TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

30 April 2008

PIBG BOLEH BANTU MURID CEMERLANG

Selatan: PIBG boleh bantu murid cemerlang


Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim samuri sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG, SKPK, Padil Md Amin selepas majlis perasmian.

MUAR: Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh meningkatkan lagi komitmen guru dan pengurusan sekolah dalam membimbing dan mendidik murid atau pelajar.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung PIBG bukan saja menyemarakkan lagi semangat guru terhadap tugas mendidik murid atau pelajar, malah boleh mendorong kepada peningkatan kecemerlangan pendidikan di sekolah terbabit.

Beliau berkata, tanggungjawab ibu bapa bukan setakat menghantar anak ke sekolah tanpa melakukan pemantauan terhadap pelajaran mereka sebaliknya harus turut terbabit dalam kegiatan anjuran sekolah.


"Kerjasama ibu bapa menjayakan aktiviti di peringkat sekolah tempat anak mereka belajar penting kerana tindakan itu dapat merangsang anak mengikuti pelajaran sekali gus mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

"Kejayaan anak-anak ini bukan saja membanggakan ibu bapa malah semua pihak sama ada guru dan kakitangan sekolah malah pemimpin masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Kassan (SKPK) Bukit Gambir, di sini, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian Johor, 30 April 2008

28 April 2008

180 NELAYAN DITAWAR SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK

180 nelayan ditawar skim perumahan mampu milik

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR


HAMIM Samuri (tiga dari kiri) menunjukkan pelan skim perumahan mampu milik kepada penduduk Kampung Kesang Laut dan Kampung Parit Karang di Muar, baru-baru ini.



MUAR 25 April - Penantian 180 keluarga nelayan di Kesang Laut untuk menduduki rumah sendiri bakal tercapai tidak lama lagi apabila kerajaan negeri menawarkan pelbagai skim perumahan mampu milik kepada mereka menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Kesemua 180 nelayan yang tinggal di Kampung Kesang Laut dan Kampung Parit Karang itu dijanjikan oleh SPNB untuk membeli rumah berharga antara RM35,000 sehingga RM161,000.

Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri berkata, sebanyak 282 unit rumah serta rumah kedai akan dibina di Kesang Laut melalui skim perumahan mampu milik berkenaan.

"Bagi mereka yang berpendapatan rendah, SPNB menawarkan rumah teres setingkat pada harga RM35,000 dan bagi mereka yang mampu pula, syarikat itu turut menyediakan rumah teres dua tingkat bernilai RM161,141.

"Selain itu, bagi mereka yang berpendapatan sederhana, pakej perumahan yang ditawarkan adalah pada harga RM50,000 dan RM80,000 seunit," katanya ketika melawat Kampung Kesang Laut di sini baru-baru ini.

Hamim memberitahu, SPNB pada masa yang sama turut menyediakan enam unit bangunan rumah kedai dua tingkat yang akan dijual dengan harga RM240,406 seunit dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk kawasan tersebut.

Menurutnya, skim perumahan mampu milik itu dilaksanakan untuk memberi keselesaan kepada golongan nelayan di kawasan itu yang selama ini tinggal secara bertaburan di perkampungan tersebut.

Tambahnya, skim itu dibuka kepada semua kaum dan SPNB telah melantik Bank Islam untuk menjalankan urusan pinjaman, manakala proses perundangan akan dilakukan sebuah syarikat peguam, Khairin Nissa Salleh.

Hamim berkata, maklumat lanjut mengenai skim perumahan mampu milik itu boleh diperoleh dengan menghubungi pejabat SPNB di Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru di 07-2259900.

Kerajaan negeri berharap dengan adanya skim perumahan itu taraf hidup golongan nelayan di kedua-dua kampung itu dapat ditingkatkan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia Johor, 26 April 2008 (www.utusan.com.my)

PEMUDA LANGGAR MOTORSIKAL DITAHAN

Pemuda langgar motosikal ditahan

MUAR 24 April - Seorang pemuda ditahan kerana bertindak melarikan diri dan melanggar dua motosikal dalam satu kejadian di pekan Bukit Gambir dekat sini awal pagi semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu diberkas di sebuah ladang kelapa sawit Kampung Simpang Lima Darat pukul 2 pagi setelah melarikan diri dengan meninggalkan Proton Waja yang dipandunya.

Sebelum itu, suspek merempuh pagar rumah seorang penduduk di Taman Chempaka selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang penduduk kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, sebaik menerima laporan itu sepasukan polis pergi ke tempat kejadian dan mendapati suspek melarikan diri ke arah Bukit Gambir.

"Suspek tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti sebaliknya bertindak melanggar dua buah motosikal di kawasan tersebut,'' katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun kata Mohammad Nasir, suspek terpaksa berhenti apabila keretanya dikepung polis tetapi suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau ketika Ketua Polis Balai Bukit Gambir, Sarjan Mejar Samsudin Saad menghampirinya.

Katanya, Samsudin bertindak menembak tayar depan kereta suspek yang ketika cuba melanggarnya.

"Dalam keadaan tayarnya yang sudah pecah, suspek sempat memecut kenderaannya dan memasuki ladang kelapa sawit di Kampung Simpang Lima Darat, kira-kira lima kilometer dari pekan itu.

"Gerakan memburu yang dilancarkan kemudiannya berjaya menahannya serta menemui sebilah pisau yang digunakannya," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 25 April 2008 (www.utusan.com.my)

27 April 2008

NELAYAN RESAH PERAIRAN KAMPUNG DIPENUHI LUMPUR

Nelayan resah perairan kampung dipenuhi lumpur

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

MUAR 22 April - Hampir 200 nelayan di Kampung Kesang Laut dan Kampung Parit Karang di sini meminta campur tangan pihak berkuasa bagi mengatasi masalah lumpur yang didakwa dibuang oleh syarikat pengorek pasir di kawasan perairan kedua-dua kampung tersebut sejak awal tahun ini.

Menurut mereka, kegiatan mengorek pasir yang dijalankan oleh sebuah syarikat di kuala Sungai Kesang itu mengakibatkan lebihan lumpur dibuang di perairan mereka.

Tidak tahan dengan masalah itu, nelayan terbabit yang diketuai Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kesang Laut, Samah Molok hari ini mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri bagi mendapatkan bantuan.

Menurut Samah, 53, kegiatan pembuangan lumpur itu bermula sejak Januari lalu selepas syarikat terbabit diberikan kontrak untuk mendalamkan perairan Sungai Muar.

"Berikutan kegiatan itu, kami telah membuat laporan kepada pihak yang berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Wakil rakyat sendiri boleh melihat kesan pembuangan lumpur di kawasan ini sehingga mengotorkan perairan sungai ini disebabkan kegiatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Hamim yang mengadakan lawatan ke projek pembinaan skim rumah penduduk kawasan itu terkejut melihat longgokan lumpur yang dapat dilihat dalam jarak kira-kira satu batu nautika dari perairan sungai terbabit.

Beliau berkata, perkara itu akan diajukan kepada kerajaan negeri dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan pembuangan lumpur itu tidak menjejaskan pendapatan para nelayan di kawasan itu.

"Nelayan di kawasan ini meminta supaya kerja-kerja mengorek pasir itu dijalankan seberapa jauh yang mungkin dari kawasan ini agar lumpur tidak dibuang sewenang-wenangnya di perairan sungai selain mencemar habitat," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia, 23 April 2008  (www.utusan.com.my)

26 April 2008

MANGSA PETIR KEMPUNAN PENGAT KELADI

Mangsa petir kempunan pengat keladi

MUAR 12 April - Allahyarham Mohd. Rafi Abdul Aziz, penoreh getah yang maut akibat disambar petir di Kampung Sri Jaya, Bukit Serampang dekat sini petang kelmarin kempunan menjamah pengat keladi yang dibuat isterinya sebelum ditimpa kemalangan itu.

Mangsa yang berusia 42 tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik selepas melecur di bahagian kepala, telinga dan lebam di bahagian dada berikutan kejadian pada pukul 3.30 petang itu.

Ibu mertuanya, Puziah Ibrahim, 51, berkata, menantunya itu teringin makan pengat keladi yang dibuat oleh isterinya namun tidak sempat menjamah kerana ingin pergi ke kebun getahnya terlebih dulu.

"Allahyarham sempat bertanyakan kepada anak saya, Salimah Sapuwan, 36, sama ada sudah buat pengat keladi itu tetapi anak saya belum menyiapkannya menyebabkan dia keluar ke kebun dulu.

Dalam kejadian petang kelmarin, Mohd. Rafi maut akibat disambar petir ketika sedang mengutip getah di kebun berhampiran rumahnya.

Mangsa ketika itu bersama anak keduanya, Abdul Razak, 16, memasuki kebun getah yang terletak di Simpang Tiga Bukit Serampang, kira-kira 500 meter dari rumahnya, sejam sebelum kejadian.

Menurut Puziah, menantunya itu pergi ke kebun untuk melihat getah yang ditoreh pada sebelah pagi untuk menukar cawan bagi susu getah yang sudah penuh sebelum hujan turun dengan lebat, diikuti ribut petir.

"Ketika berada di bawah pokok, mangsa disambar petir yang menyambar pokok tersebut lalu rebah.

"Namun ketika itu dia masih sedar tetapi tidak boleh bercakap dan cucu saya yang berada kira-kira 50 meter darinya berlari pulang ke rumah memberitahu kejadian itu kepada saya," katanya.

Sumber: Mingguan Malaysia 13 April 2008 (www.utusan.com.my)

25 April 2008

FIRM UNVEILS SCHEME FOR KESANG LAUT FISHERMEN

Firm unveils scheme for Kesang Laut fishermen
By HAMDAN


MUAR: About 180 fishermen at two villages in Kesang Laut here will able to own houses under an affordable home scheme planned by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Ledang MP Hamim Samuri said the scheme had several categories of houses to be built in Kesang Laut soon.

Speaking to the villagers, he said those who could afford it could go for the more expensive double-storey terrace houses priced RM161,141 each.

“Those in the low-income group can buy single-storey terrace homes at RM35,000 per unit.


Interesting: Hamim (third from left) showing fishermen of Kampung Kesang Laut and Kampung Parit Karang the layout plan of the SPNB scheme while lawyer Khairin Nissa Salleh (second from left) looks on in Muar recently.
“Others who want low-medium cost homes can choose from those priced at RM50,000 or RM80,000 each,” he said at Kampung Kesang Laut here recently.

Hamim said SPNB planned to build six units of two-storey shops at a price of RM240,406 per unit, and priority would be given to local residents.

He said the scheme, with 282 units of houses and shops, was aimed at providing homes to fishermen and villagers who had no houses in the area.

The scheme was open to all races and SPNB had engaged Bank Islam to provide loans and the law firm Khairin Nissa Salleh for legal transactions, he said.

“We hope fishermen in Kampung Kesang Laut and Kampung Parit Karang will participate in the scheme as we want them to own houses,” he added.

Those interested in purchasing the houses or shops can contact SPNB at Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, Johor Baru, or call 07-225 9900.

Source: The Star Online, 25 April 2008 (The Star Online)

SEMUA PBT DIMINTA SEDIA TAPAK PERKHEMAHAN

Semua PBT diminta sedia tapak perkhemahan

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR


ABDUL Ghani Othman (kanan) mendengar taklimat yang disampaikan Pengurus Kem Remaja Seri Gelam, Mohd. Razik Abdul Jalil ketika melawat kem itu di Sengkang dekat Muar, kelmarin.

MUAR 20 April - Kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menyediakan tapak perkhemahan yang sesuai untuk golongan remaja menjalankan pelbagai aktiviti di kawasan tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pihaknya pernah mengeluarkan arahan itu kira-kira empat tahun lalu, namun tidak banyak PBT yang menyediakan kemudahan tersebut.

Menurut beliau, kemudahan tapak perkhemahan itu boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja golongan remaja malah boleh digunakan oleh pihak sekolah serta industri kilang mengadakan aktiviti berkenaan.

"Saya telah mengarahkan agar semua PBT mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai bagi membina tapak perkhemahan dan kita akan memeriksa sama ada projek tersebut dilaksanakan.

"Kerajaan Johor mahu setiap PBT sekurang-kurangnya menyediakan satu tapak perkhemahan bagi memberi kemudahan kepada golongan remaja melaksanakan pelbagai aktiviti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kem Remaja Seri Gelam di Sengkang, Bukit Gambir dekat sini semalam.

Menurut Abdul Ghani, kegiatan perkhemahan boleh dilaksanakan mengikut kaedah negara Barat seperti kem musim panas dan pada masa yang sama, ia juga boleh diadakan pada setiap hujung minggu.

Katanya, pengendali kem di negara Barat sering mengadakan pelbagai aktiviti perkhemahan untuk tempoh jangka masa yang panjang sewaktu musim cuti sekolah di negara-negara mereka.

Pada masa yang sama, kata beliau, kemudahan asas yang disediakan di setiap tapak perkhemahan itu perlu dilengkapkan termasuk bekalan tenaga elektrik dan air.

Tambahnya, selain kem remaja di Sengkang, pihaknya turut mengesan satu lokasi yang sesuai untuk diwujudkan tapak perkhemahan iaitu di sebelah Sekolah Menengah Tun Mamat di Tangkak yang turut mempunyai sebuah sungai yang jernih.

Selain itu kata beliau, beberapa lokasi lain yang telah sedia mempunyai tapak perkhemahan ialah di Bekok (Labis), Gunung Pulai dan Gunung Lambak (Kluang) dan Gunung Panti (Kota Tinggi).

Abdul Ghani menambah, untuk Kem Remaja Seri Gelam, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM40,000 bagi membolehkan pihak pengurusan menaik taraf segala kemudahan yang diperlukan.

"Kerajaan negeri berharap agar pihak pengurusan mampu meningkatkan taraf kabel kuasa di kawasan ini kepada tiga peringkat supaya lebih banyak tenaga elektrik dapat dibekalkan.

"Pengurusan khemah ini juga perlu membersihkan Sungai Sawah Ring yang terdapat bersebelahan tapak perkhemahan ini bagi mencegah kawasan ini daripada terlibat dalam bencana banjir berikutan tanahnya yang agak rendah," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Johor (www.utusan.com.my)

PENOREH GETAH MAUT DISAMBAR PETIR

Penoreh getah maut disambar petir
10/04/2008 10:06pm

MUAR 10 April – Seorang penoreh getah maut disambar petir ketika sedang mengutip getah di kebun berhampiran rumahnya di Kampung Simpang, Jalan Bukit Serampang dekat sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Rafi Aziz, 42, sebelum itu bersama seorang anak lelakinya yang berusia 16 tahun memasuki kebun getah terbabit ketika hujan lebat pada pukul 3.30 petang.

Menurut seorang penduduk kampung terbabit, ketika sedang mengutip susu getah di kebunnya, mangsa tiba-tiba disambar petir menyebabkan dia terjatuh.

Penduduk tersebut yang enggan dikenali berkata, anak lelaki mangsa yang ketika itu berada hampir dengannya bagaimanapun terselamat dan sempat meminta bantuan penduduk kampung lain.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Poliklinik Bukit Serampang, namun disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Sementara itu jurucakap polis ketika dihubungi lewat petang ini berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sumber: Utusan Malaysia Johor (www.utusan.com.my)

FMC BANTU DUA RUMAH KEBAJIKAN

FMC bantu dua rumah kebajikan



MUAR 16 April - Seramai 35 ahli kelab permotoran Faceless Motor Club (FMC) menyertai program amal menyampaikan sumbangan kepada dua pusat kebajikan di Tangkak di sini baru-baru ini.

Program yang diadakan pada Ahad lalu itu berlangsung di Rumah Orang-orang Tua Tangkak serta Asrama Putera dan Puteri, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar (PKAYIM), di sini.

Pengerusi FMC, Razali Yacob, 40, berkata, konvoi tersebut disertai 25 buah kereta ahli kelab yang bermula dari pejabat kelab itu di Bukit Gambir menuju ke Tangkak dan kemudian ke Muar.

Setiap ahli, katanya, bersama keluarga masing-masing menyertai program amal itu menemui lima warga emas di Rumah Orang Tua Tangkak serta 94 anak-anak yatim bagi menyampaikan sumbangan.

"Program amal ini adalah salah satu daripada aktiviti FMC dan ia merupakan kesinambungan pada program amal yang telah dilaksanakan pada Disember 2007 iaitu membantu mangsa banjir di Kundang Ulu, Bukit Kepong dan Lenga.

"Tujuan program ini bagi mengisi masa lapang ahli di samping menjalinkan hubungan mesra dan silaturahim di antara ahli-ahli kelab dengan warga emas dan anak-anak yatim yang dikunjungi," katanya.

FMC yang ditubuhkan sejak 25 Mac tahun lalu merupakan sebuah kelab permotoran yang dianggotai lebih 50 ahli dan antara aktiviti yang telah dianjurkan termasuk konvoi, gotong-royong dan kegiatan kebajikan.

Razali berkata, aktiviti kemasyarakatan yang diadakan ini merupakan satu tanggungjawab sosial kelab yang tidak hanya tertumpu kepada kegiatan riadah atau keseronokan sahaja.

"Kami berharap program seperti ini dapat melahirkan rasa simpati di kalangan ahli kerana mereka dapat melihat sendiri kehidupan warga emas yang tinggal di rumah kebajikan dan asrama anak yatim," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 17 April 2008 (www.utusan.com.my)

24 April 2008

MUD DUMPING AFFECTS FISHERMEN'S LIVELIHOOD

Mud dumping affects fishermen’s livelihood
By HAMDAN RAJA ABDULLAH


MUAR: About 200 fishermen of Kampung Parit Karang and Kampung Kesang Laut here want the local authority to act against an excavation company for dumping sludge in the sea off their villages.

The group, led by Kampung Kesang Laut Fishermen’s Association chairman Samah Molok, appealed to Ledang MP Hamim Samuri to look into their plight.

Samah claimed the dumping had been going on since January after the company was given a contract to deepen the Muar River estuary.

Outlining their woes: Kampung Parit Karang fisherman Mohd Najib Ahmad (second from left) and Samah (left) showing a map of coastal areas affected by the dumping to Hamim (right) in Muar recently.
“We have lodged complaints with the relevant authorities, including the Department of Environment, but nothing has been done.

“Everybody here can see a barge dumping mud from the Muar River estuary into the coastal areas,” he told Hamim during his visit to the village.

Hamim said he would raise the matter with the state and the relevant authorities as the dumping had affected fishing at sea off Kesang.

He said the fishermen wanted the dumping to be done several nautical miles from the shore as the sludge could pollute coastal areas.


Source: The Star Online, 24 April 2008 (The Star Online)

22 April 2008

MOTOR CLUB BRINGS CHEER TO OLD FOLK

Motor Club brings cheer to old folk

THE Faceless Motor Club (FMC) visited the Tangkak Old Folks' Home recently to bring cheer to the residents of the home in Bukit Gambir, Muar.

BRINGING CHEER: Mohd Razuan Senin  (right) and Mohd Ismail Hamdan (second from left)  with  some residents old folks of  Rumah Orang Tua Tangkak, Muar,  during their visit there on the occasion of  charity FMC di Tangkak, Muar, recently.
BRINGING CHEER: Mohd Fazli Abu Bakar (right) and Mohd Razuan Senin (second from left) with some residents old folks of Rumah Orang Tua Tangkak, Muar, during their visit there on the occasion of charity FMC di Tangkak, Muar, recently.

During the visit, the club donated rice, flour and sugar to the centre and conducted a "gotong royong" to clean up its compound.

FMC Chairman Razali Yacob, 40, said about 35 club members in a convoy of 25 cars visited the home.

The members even brought their family members on the trip.

"Apart from delivering our donations, we chatted and mingled with the five residents of the centre hoping that our company would brighten their day.

"The programme also benefited our members as they spent their time in a meaningful way," said Razali.

According to Razali, the club members were also involved in helping the flood victims in Muar town last December.

"We constantly hold programmes to fulfil our social responsibility. Its not just fun and games for us.

"This programme helps to inculcate awareness and empathy in the hearts of our members towards those who are less fortunate," Razali said.

SOURCE: NEWS STRAITS TIMES, 22 APRIL 2008

20 April 2008

RM200,000 BISCUIT TRUCK STOLEN

MUAR: A truck driver was shocked when he went to his truck parked not far from his house and found the vehicle loaded with biscuits gone.

Goh You Koon, 40, from Taman Mulia in Bukit Gambir, said he suspected the truck was stolen between 3am and 4am yesterday.

He went home on Friday night and left the truck along a main road near his house but when he returned to the place at about 9am yesterday, it was no longer there.

One of my neighbours said the truck was there when he arrived home at about 1am.

“Since my neighbour saw the truck at around that time, I believed it was stolen between 3am and 4am,” he said.

Goh said the shipment was supposed to be delivered to Kuala Lumpur. He estimated the losses to be about RM200,000.

He said he had lodged a police report.

SOURCE: THE STAR, Sunday April 20, 2008

PROMOTE CAMPING TO YOUTHS, GHANI TELLS LOCAL AUTHORITIES

TANGKAK: The state government wants all local authorities in Johor to encourage youths to go camping, Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said.

He said the state had directed the authorities to set up campsites about four years ago but not many had carried them out.

Abdul Ghani said campsites were important because there were demands from schools and even factories to organise camping activities.

“We have asked the local authorities to identify suitable sites for camping and we will check how many have implemented the project.

“We want every local authority to have at least one to enable the younger generation to carry out camping activities,” he said after a visit to the Sri Gelam Youth Camp in Sengkang near here yesterday.

Abdul Ghani said the camp project and activities could be based on the West’s summer camp concept except that camping in Johor could also be held during weekends.

He said the state campsites should have the basic necessities such as power and piped water but must also blend in with nature.

He said besides Sengkang, there were other suitable camping sites here as well as in Bekok near Labis, Gunung Pulai, Gunung Lambak in Kluang and Gunung Panti in Kota Tinggi.

For the Sri Gelam Youth Camp, he said the state would allocate RM40,000 to enable its management team to upgrade the power supply cable to three-phase.

SOURCE: THE STAR, Sunday April 20, 2008

LEBIH 200 PENDUDUK PARIT HAJI IDRIS SAMBUT MAULIDUR RASUL

Lebih 200 penduduk Parit Haji Idris sambut Maulidur Rasul

MUAR 15 April - Lebih 200 penduduk Kampung Parit Haji Idris, Bukit Gambir dekat sini mengikuti ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah di pekarangan masjid kampung itu kelmarin.

Ceramah yang disampaikan penceramah bebas, Zakaria Muhammad itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Jamek kampung berkenaan dan turut dihadiri Penghulu Mukim Grisek, Abdul Latif Ahmad, Penggerak Masjid dan Surau Gambir, Jamal Diman dan Ketua Kampung Parit Haji Idris, Ismail Sitam.

Dalam ceramahnya, Zakaria berkata, umat Islam di Johor sepatutnya berasa bertuah kerana dapat mengadakan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad dalam suasana yang aman tanpa sebarang kacau-bilau.

"Kita mengadakan sambutan ini setiap tahun untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad walaupun kita tidak pernah bertemu dengan baginda.

Membanteras"Bagi menghayati semangat perjuangan Rasulullah, umat Islam digesa membanteras perkara-perkara yang berlaku pada Zaman Jahiliah seperti seks bebas dan buang bayi yang kerap berlaku ketika ini," katanya.

Menurutnya, ibu bapa perlu memantau anak-anak supaya sentiasa menerap dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka sebagai penangkis kepada gejala tersebut.

Katanya, anak-anak perlu diingatkan agar melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan menunaikan solat dan mendekati masjid serta surau.

"Kita sebagai ibu bapa perlu sama-sama dengan anak-anak untuk mendekati masjid dan surau dengan mengerjakan solat berjemaah kerana fadilat solat berjemaah sangat banyak.

"Selain itu, tiga kaedah untuk panjang umur bagi melakukan ibadat kepada Allah ialah memperbanyakkan sedekah, mendoakan orang yang telah meninggal dunia dan sentiasa menyayangi dan menghormati ibu bapa," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

HAMDAN BERSARA SELEPAS 33 TAHUN JADI GURU

Hamdan bersara selepas 33 tahun jadi guru


Hamdan Seren sedang bersalaman dengan murid-murid SK Simpang Lima Darat pada majlis persaraannya, baru-baru ini.

MUAR 12 April - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Lima Darat, Hamdan Seren, 56, bersara baru-baru ini selepas 33 tahun menjadi guru.

Hamdan mengakui bukan mudah untuk meninggalkan kerjaya yang diceburi sejak sekian lama, bagaimanapun beliau lega dan gembira kerana berjaya melaksanakan tugasnya.

"Saya rasa lega dan gembira kerana telah menunaikan amanah dan tanggungjawab besar selaku seorang pendidik sejak sekian lama," katanya ketika ditemui pada majlis persaraannya, baru-baru ini.

Majlis persaraan Hamdan itu turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah itu, Mohd. Noh Abdul Montalib serta lebih 30 kakitangan dan guru serta 800 pelajar sekolah terbabit.

Beliau yang dilahirkan pada 3 April 1952 mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Jamaliah Sulaiman dan dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Hamdan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru dan sekolah pertama beliau ditempatkan ialah SK Mat Daling, Ulu Tembeling di Pahang.

Beliau kemudian mengajar di enam buah sekolah lain iaitu SK Jerantut, Pahang; SK Bukit Gambir; SK Palong Timur, Segamat, SK Sengkang, Bukit Gambir, SK Bakri Batu 2 dan SK Serom 8 sebelum berkhidmat di SK Simpang Lima Darat sehingga bersara.

Beliau bersyukur kerana sistem pengurusan yang dilaksanakan bersama warga pendidik yang lain menghasilkan keputusan terbaik dengan peningkatan jumlah murid sekolah tersebut mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.

"Saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat dan sekolah ini sekiranya masih diperlukan.

"Bagi saya, persaraan merupakan fasa baru dalam kehidupan saya tetapi perwatakan sebagai guru tentunya akan kekal selama-lamanya," katanya.

Sumber: Mingguan Malaysia (www.utusan.com.my)

57 JAWATAN JTK JOHOR PERLU DIISI

57 jawatan JTK Johor perlu diisi

JOHOR BAHRU 27 Mac - Kerajaan Johor akan meminta Kementerian Sumber Manusia agar mengisi segera 57 pelbagai jawatan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, langkah itu perlu bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran dan perkhidmatannya kepada rakyat.

Menurutnya, kekurangan pegawai dan kakitangan akan hanya mengganggu kelancaran pentadbiran, sekali gus menyukarkan jabatan berkenaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutama golongan pencari kerja.

''Saya akan menemui sendiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam untuk meminta agar mengisi segera kekosongan tersebut,'' katanya selepas mendengar taklimat Timbalan Pengarah JTK Johor, Mohd. Sazali Abdul Wahab di pejabatnya di Bukit Timbalan di sini hari ini.

Asojan berkata, kekosongan jawatan itu meliputi pelbagai kategori daripada kerani hingga ke peringkat penolong pengarah membabitkan lima cawangannya di Johor.

''Jabatan itu sepatutnya mempunyai 164 kakitangan tetapi kini hanya mempunyai 107 orang sahaja,'' katanya.

Beliau berkata, JTK Johor juga telah diarah mengemas kini data pencari kerja bagi memudahkan majikan untuk mendapatkan pekerja dalam bidang yang diperlukan.

Menurutnya, ketiadaan data terkini yang lebih lengkap mengenai pencari kerja menyukarkan majikan menghubungi dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada mereka.

''JTK Johor juga telah diminta mewujudkan laman web sendiri bagi membolehkan majikan mendapatkan maklumat segera apabila memerlukan tenaga kerja,'' katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan tersebut akan mengadakan Karnival Pekerjaan di Plaza Angsana di sini mulai 12 hingga 13 April ini untuk memberi peluang pencari kerja mencari kerja di pelbagai sektor di negeri ini.

''Karnival seumpama itu juga akan diperluaskan di setiap daerah tidak lama lagi,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

BERAZAM BERI KHIDMAT TERBAIK

Berazam beri khidmat terbaik

Oleh: KAMIL MASLIH

JOHOR BAHRU 16 Mac - Barisan Exco negeri Johor yang baru berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memastikan agenda pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan rasa penghargaan di atas kepercayaan pucuk pimpinan dan bertekad untuk menggerakkan usaha dalam menjayakan perancangan kerajaan negeri.

Bagi ADUN Gambir, M. Asojan yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi pula akan menggunakan pengalamannya sebagai wakil rakyat bagi penggal lalu untuk melicinkan lagi pentadbiran negeri.

"Di samping meneruskan pendekatan yang dilaksanakan sebelum ini, saya yakin kerjasama erat antara semua barisan Exco akan memperkuatkan lagi jentera kerajaan negeri," katanya yang juga Ketua Pemuda MIC Johor.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

YAKIN DAPAT SOKONGAN PENGUNDI MELAYU, CINA

Yakin dapat sokongan pengundi Melayu, Cina

MUAR 4 Mac - ''Pengundi kaum India di Gambir hanya empat peratus berbanding kaum Melayu sebanyak 55 peratus dan Cina 44 peratus tetapi saya tetap yakin penduduk akan menerima saya sebagai wakil rakyat mereka bagi meneruskan pembangunan di kawasan tersebut."

Demikian keyakinan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, M. Asojan, 42, yang mempertahankan kerusi yang dimenanginya bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan BN untuk terus bertanding di kerusi itu membuktikan beliau telah melaksanakan tugasnya selama sepenggal dengan berjaya untuk penduduk DUN Gambir.

"Saya tidak gentar untuk berdepan dengan calon lawan, malah saya berasa sudah serasi dengan semua penduduk di DUN Gambir ini dan untuk itu saya berkeyakinan penduduk akan membuat pilihan tepat pada pilihan raya umum kali ini.

"Rakyat di DUN ini sendiri tahu menilai sejauh mana perkhidmatan saya kepada mereka. Saya bukannya bekerja sepanjang musim pilihan raya ini sahaja, malah sejak saya mewakili di DUN ini empat tahun lalu," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Gambir, dekat sini hari ini.

Asojan yang merupakan anak kelahiran Melaka dipilih untuk mewakili BN menentang calon Pas, Kasim Ibrahim. Pada pilihan raya umum 2004, beliau menewaskan calon Pas, Aripin Dahlan dengan majoriti 6,109 undi.

Sejak Gambir dijadikan kawasan DUN baru ekoran persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 2004, banyak pembangunan telah dilaksanakan di kawasan tersebut.

Antaranya ialah pembinaan rumah-rumah kedai di pusat bandar, kilang-kilang dan yang terbaru kemudahan Pasar Tani Bukit Gambir yang sudah siap dibina bagi kemudahan lebih 30,000 penduduk di situ.

Asojan berkata, antara pembangunan yang akan dilaksanakan olehnya jika terus diberi kepercayaan memimpin kawasan itu ialah memastikan pertambahan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat menerusi kewujudan sektor perindustrian yang berkembang pesat.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

PENDUDUK DUN GAMBIR DAPAT TIGA LAMPU ISYARAT

Penduduk DUN Gambir dapat tiga lampu isyarat

MUAR 13 Feb. - Hampir 30,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dekat sini, bakal menerima kemudahan apabila kerajaan meluluskan pembinaan tiga batang lampu isyarat di persimpangan utama di pekan itu.

Malahan, ketika ini, satu daripada tiga lampu isyarat itu sudah mula beroperasi sejak pertengahan Disember lalu, iaitu di persimpangan Jalan Bukit Gambir ke Sengkang.

Dua lagi lampu isyarat yang menelan belanja sebanyak RM1 juta sudah diluluskan peruntukannya oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu kelmarin, dan projek pelaksanaannya akan dijalankan segera.

Pembinaan dua batang lampu isyarat itu akan dilaksanakan di hadapan Bank CIMB dan di hadapan Perhentian Teksi Bukit Gambir yang kedua-duanya merupakan jalan utama di pekan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gambir, M. Asojan berkata, beliau sendiri telah dimaklumkan oleh Samy Vellu bahawa arahan itu telah diberikan serta merta baru-baru ini, atas permintaan berterusan daripada penduduk kawasan itu.

"Permohonan untuk membina tiga buah lampu isyarat di Bukit Gambir itu sudah dikemukakan sejak Oktober lalu dan kelulusan yang diterima daripada Kementerian Kerja Raya ini pasti menggembirakan penduduk.

"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa projek kemudahan tersebut bukannya disebabkan tarikh pilihan raya umum ke-12, sebaliknya ia sudah lama dibuat cuma kelulusannya baru diperoleh," katanya di sini hari ini.

Pekan Bukit Gambir yang mempunyai penduduk lebih 20,000 orang kini pesat membangun dan jalan utamanya yang semakin sibuk kini memerlukan persimpangan lampu isyarat.

Pembinaan lampu isyarat di persimpangan Bukit Gambir-Sengkang baru-baru ini, dilihat memudahkan penduduk yang keluar masuk dari arah Sengkang serta mereka yang ingin melalui Jalan Bukit Gambir-Kundang Ulu.

Menurut Asojan, pihaknya juga ingin memaklumkan kepada penduduk bahawa pembinaan dua lampu isyarat di hadapan CIMB dan hentian teksi itu memakan belanja yang lebih besar iaitu RM1 juta disebabkan kerja pelebaran jalan perlu dibuat.

"Disebabkan kedua-dua persimpangan itu ialah simpang empat, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa kosnya meningkat berbanding RM200,000 sebuah kerana kita terpaksa melebarkan jalan kepada empat lorong dan mewujudkan pembahagi jalan.

"Berikutan kerja-kerja pelebaran jalan itu juga, ia memakan masa yang lama untuk diluluskan kerana JKR perlu menyiapkan kerja-naik taraf jalan itu terlebih dulu sebelum membina lampu isyarat," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

TANGKAK REP TO DO A POST MORTEM

Tangkak rep to do a post mortem

Tee: I must thank the people for the opportunity.

JOHOR BARU (March 12, 2008): Newly-elected Tangkak assemblyman Goh Tee Tee will perform a post mortem to find out the reason for his low winning majority.

The 52-year-old MCA Ledang division chairman, who won by a majority of 295, said he could serve the people better by knowing what went wrong.


Asked about his feelings when the votes were being counted, he said he was tense and worried when he heard the bad news of his component party members either losing or winning with low majorities.

“I could not believe it when I was announced the winner.

“I must thank the people for the opportunity given to me,” he said, adding that he will serve the people of Tangkak to prove he was worthy of their votes.

Goh said he would visit his people regularly for dialogues to understand their needs and problems.

Goh is the MCA Ledang division chairman and has been a member of the party for 18 years.

He polled 7,130 votes, defeating DAP’s Lee Fu Haw who obtained 6,835 votes.

Source: The Star Online (Star Online)

RM10m TO CURB FLOODS

RM10m to curb floods

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

TANGKAK (18 April 2008): The Government has approved a RM10mil allocation to improve drainage and irrigation systems to curb flash floods here.

Ledang MP Hamim Samuri said the allocation was included in the Ninth Malaysia Plan and the projects would be implemented soon.

The projects include works on Sungai Tangkak to Sungai Kesang and the drainage system in the town.

“Tenders will be called soon and the works are expected to begin in October. When completed, we hope Tangkak will be free of flash floods,” he said after a meeting with Johor Drainage and Irrigation Department director Chong Chee Han on Wednesday.

Tangkak, which is famous for textile shops, was hit by flash floods recently.

He said the latest incident took place on April 8 when Kampung Payamas, Taman Lagenda, Taman Tangkak Jaya Tiga, Taman Payamas and Taman Bahagia were flooded.

Besides these areas, he said that villages such as Kampung Solok, Kampung Bukit Banjar, Anjung Batu and Kampung Seri Makmor were frequently flooded.

Rivers in the affected areas would be deepened and widened to speed up water flow from Tangkak, said Hamim.

Source: The Star Online (Star Online)

RM10j NAIK TARAF SUNGAI, PARIT

RM10j naik taraf sungai, parit

Oleh suffian abu bakar


HAMIM Samuri (tengah) bersama Goh Tee Tee (kiri) dan Chong Chee Han meninjau keadaan sistem saliran di Sungai Kebun Sayur yang bakal dinaik taraf di Tangkak dekat Muar, semalam.


MUAR 15 April - Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan sungai sepanjang 27 kilometer di daerah Ledang dekat sini akan dilaksanakan seawal Ogos ini, demikian menurut Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM10 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk melaksanakan projek itu telah diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini.

Beliau berkata, peruntukan tersebut yang dipohonnya sejak sepenggal lalu akan digunakan untuk menaik taraf sungai-sungai dan parit di kawasan itu bagi mengelak banjir kilat yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

"Peruntukan sebanyak RM10 juta itu akan digunakan untuk menaik taraf semula sungai dan perparitan di sepanjang Sungai Tangkak hingga ke Sungai Kesang bagi mengelak masalah banjir kilat di kawasan tersebut.

"Kerajaan berharap selepas projek naik taraf ini siap dilaksanakan pada tahun 2010, masalah banjir kilat ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada faktor taburan hujan serta pasang surut sungai utama di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, Chong Chee Han di Dataran Ledang, Tangkak, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee dan Pegawai JPS daerah Muar, Rehan Ahmad.

Pertemuan tersebut diadakan berikutan kejadian banjir kilat yang sering berlaku di sekitar daerah Ledang, sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian terbaru pada 8 April lalu, beberapa kawasan dilanda banjir kilat iaitu Kampung Payamas, Taman Lagenda, Taman Tangkak Jaya 3, Taman Payamas, Taman Bahagia.

Selain itu, turut dilanda banjir adalah Kampung Solok, Bukit Banjar, Anjung Batu dan Seri Makmoor.

Menurut Hamim, usaha menaik taraf sistem perparitan dan sungai itu melibatkan kerja-kerja mendalam serta melebarkan kawasan saliran itu supaya air mudah mengalir ke sungai utama dan seterusnya ke Selat Melaka.

Terdapat dua sungai utama yang bertemu dengan Sungai Tangkak iaitu Sungai Bukit Banjar dan Sungai Kebun Sayur di kawasan ini yang dijangka akan terlibat dalam kerja naik taraf tersebut.

"Saya sendiri pernah memohon agar peruntukan tersebut dimasukkan dalam RMK-9 dan bersyukur akhirnya ia diluluskan. Ketika ini, kontrak projek-projek naik taraf itu akan dibuka untuk tender penghujung bulan ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Hamim serta Chee Han turut melawat beberapa lokasi tapak projek naik taraf yang akan dilaksanakan termasuk di Sungai Anjung Batu, Bukit Banjar dan Kebun Sayur.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

KONTRAKTOR PERLU JUJUR LAKSANA KERJA

Kontraktor perlu jujur laksana kerja

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR


HAMIM Samuri (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian daripada jawatankuasa dan ahli Persatuan Kontraktor Kawasan Ledang selepas melancarkan persatuan itu di Bukit Gambir, Muar, kelmarin.


MUAR 10 April – Semua ahli persatuan digesa supaya memanfaatkan organisasi itu dengan melaksanakan kerja-kerja pembangunan secara jujur, ikhlas dan memenuhi permintaan pelanggan.

Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri berkata, semua kontraktor itu bukan sahaja perlu menjalinkan hubungan dan kerjasama yang harmoni, malah perlu menjaga imej serta nama baik persatuan.

Beliau berkata, setiap ahli perlu memahami peranan mereka dan menyedari pentingnya sesebuah persatuan untuk membela nasib dan kepentingan ahli-ahlinya.

“Setiap ahli perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya persatuan ini sentiasa berada pada landasan yang betul.

“Untuk memastikan persatuan terus kukuh, kepercayaan antara setiap ahli dan sikap jujur serta ikhlas perlu ada dalam diri bagi memastikan setiap tanggungjawab yang diamanahkan itu dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Persatuan Kontraktor Kawasan Ledang di Dewan Serbaguna Bukit Gambir dekat sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Johor, Ir. Mahmud Amir dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kawasan Ledang, Zahidin Ahmad.

Lebih 200 kontraktor Melayu di kawasan Ledang menjadi ahli persatuan tersebut yang melibatkan kontraktor kelas A hingga F.

Menurut Hamim, ahli persatuan itu juga digesa supaya tidak sesekali mengamalkan sikap dengki dan iri hati terhadap rakan-rakan yang mendapat projek sebaliknya terus bersabar dan menunggu giliran masing-masing.

Katanya, sikap iri hati hanya akan memusnahkan sesebuah persatuan kerana ia akan mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan ahli khususnya dalam soal pembahagian projek.

“Apa yang penting untuk sesebuah persatuan ialah mereka perlu bersatu dan bersama-sama dalam merangka strategi mendapatkan peluang yang lebih baik dan sama rata untuk semua ahli,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

MB: PENGUNDI BN JOHOR JANGAN KECEWA

MB: Pengundi BN Johor jangan kecewa

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR


ABDUL Ghani Othman (tengah) bersalaman dengan tetamu majlis kesyukuran Pilihan Raya Umum Ke-12 Parlimen Ledang di Dewan Jubli Intan Tangkak, Muar, malam kelmarin.

MUAR 5 April – Pengundi Barisan Nasional (BN) di Johor diminta agar tidak terlalu kecewa berikutan kekalahan tujuh kerusi termasuk satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sebaliknya terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, rakyat perlu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk berjuang membela nasib mereka, berikutan kejayaan parti itu mentadbir negara sejak 50 tahun lalu.

“Berilah kepercayaan kepada BN untuk menghadapi masalah tersebut (kekalahan teruk pilihan raya umum) dan saya meminta rakyat jangan sesekali patah semangat untuk terus berjuang dalam parti.

“Pengundi BN diharapkan agar terus memberi sokongan kepada parti dan pada masa yang sama, kita semua perlu memastikan semangat perpaduan dapat diperkukuhkan kerana ia adalah asas kekuatan kita,” tegasnya.

Abdul Ghani merangkap Pengerusi BN Johor berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,500 hadirin pada majlis sambutan kesyukuran sempena kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 peringkat Parlimen Ledang di Dataran Dewan Jubli Intan Tangkak dekat sini, malam tadi.

Turut hadir semua pemimpin BN yang menang bagi kerusi Parlimen Ledang iaitu Ahli Parlimennya, Ir. Hamim Samuri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee dan ADUN Gambir, M. Asojan.

BN Ledang mencatat kemenangan bersih pada pilihan raya umum lalu bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen termasuk Abdul Ghani yang mempertahankan kerusi DUN Serom.

Namun, menurut Abdul Ghani, keputusan pilihan raya umum lalu di seluruh negara dilihat mencatatkan satu ‘kelainan’ apabila lima negeri jatuh ke tangan pembangkang, selain Johor sendiri kehilangan enam kerusi DUN dan satu Parlimen.

Selain kerusi Parlimen Bakri, enam lagi kerusi DUN di Johor yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Enam DUN tersebut ialah Senai (DAP), Bentayan (DAP), Skudai (DAP), Mengkibol (DAP), Maharani (Pas) dan Sungai Abong (Pas).

Abdul Ghani berkata, rakyat Johor juga yang rata-rata merupakan pengundi setia BN bersyukur kerana negeri ini tidak menghadapi kekalahan teruk seperti negeri-negeri lain, malah mampu menyumbang kemenangan sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 50 kerusi DUN untuk membolehkan BN membentuk kerajaan Pusat dan negeri.

Katanya, untuk itu, kekalahan teruk parti di negeri-negeri lain sepatutnya dijadikan pengajaran kepada BN termasuk rakyat Johor bahawa pentingnya perpaduan dan semangat bersatu padu semua kaum itu dipertahankan.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

JUMPA AHLI LEBIH KERAP

Jumpa ahli lebih kerap

Oleh Suffian Abu Bakar


HAMIM Samuri (kiri) bertanya sesuatu kepada Foo Jong Hwa ketika melawat penduduk di pekan Bukit Kangkar, Muar, kelmarin.


MUAR 28 Mac - Semua pemimpin UMNO di Johor terutama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diarahkan berjumpa dengan semua ahli di peringkat akar umbi bagi menjelas dan meningkatkan moral mereka berikutan prestasi teruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, tahap moral di kalangan ahli semakin menurun ekoran kekalahan teruk yang dialami BN di beberapa kawasan dan ia memerlukan pemimpin parti berjumpa dan berbincang mengenai masalah itu.

Katanya, tsunami politik yang melanda negara dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 turut membabitkan Johor apabila enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen di Johor tumbang kepada DAP dan Pas.

"Kerajaan BN di Johor perlu berjumpa dengan ahli di setiap peringkat akar umbi lebih kerap selepas ini untuk melihat dan mendengar permasalahan mereka.

"Saya sendiri akan berjumpa dengan pengundi di seluruh negeri tidak lama lagi bagi menjelaskan kepada mereka kenapa tsunami politik ini berlaku dan puncanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tangkak, dekat sini malam tadi sebaik sahaja kembali dari menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu negara, semalam.

Abdul Ghani berkata, walaupun BN dan UMNO di Johor tidak mengalami kesan tsunami politik yang ketara, namun setiap pemimpin perlu mendekati masyarakat di peringkat akar umbi bagi mengenal pasti luahan hati mereka.

Pada masa yang sama, Pengerusi BN negeri itu berkata, BN perlu terus mengorak langkah untuk memperkuatkan jentera di kalangan ahlinya.

Sebagai contoh, usaha menarik minat golongan muda untuk menyokong parti itu perlu diteruskan kerana ia penting bagi menjamin kekuatan BN pada masa depan, katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri pula berkata, beliau akan melaksanakan segera saranan Menteri Besar untuk menemui penduduk kerana ia penting bagi mendekatkan masyarakat dan pemimpin.

Beliau juga telah mengadakan lawatan ke Bukit Kangkar di sini semalam untuk bertemu dengan penduduk di kawasan itu selain mendengar masalah mereka.

Dalam lawatan itu, beliau sempat menemui seorang warga emas berketurunan Tionghoa, Foo Jong Hwa, 64, yang menderita sakit kencing manis, angin ahmar dan tidak mampu berjalan sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

"Saya akan memaklumkan permasalahan warga emas itu kepada pemimpin BN setempat bagi mencari dana untuk membiayai pesakit ini yang terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

BOOST GRASSROOTS MORALE, UMNO LEADERS URGED

Boost grassroots morale, Umno leaders urged

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

TANGKAK (29 March 2008): Umno leaders at all levels will be asked to meet with party members at the grassroots from now on to boost morale.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said members' morale in certain areas in the state was low after the Barisan Nasional lost four states to Opposition parties in the general election.

He said that although the state Umno and Barisan were not badly affected, party leaders as well as all state representatives in Johor should start listening to grassroots’ sentiments.

“We need to meet with the grassroots more often and listen to their views or problems if any. I, too, will meet up with those at the grassroots in the state soon,” he said when met on Thursday.

Abdul Ghani, who had just returned from attending an Umno supreme council meeting in Kuala Lumpur, said the state party needed to move forward towards strengthening unity among members.

Abdul Ghani, who is also Ledang Umno division chairman, said all party leaders should make efforts to be closer to younger voters and outline programmes to attract their interests.

Meanwhile, Ledang MP Hamim Samuri said he had started to go down to the grassroots as he felt it was important for him and the party to know their needs.

He said he visited Bukit Kangkar residents on Thursday and noted that they were happy to receive him.

He said that before he visited the small town he was informed of an elderly woman who had diabetes and renal problems, suffered a stroke and could not walk. He decided to donate a wheelchair to the woman.

He said Foo Jong Hwa, 64, who needed dialysis thrice a week, also required financial support.

“She has to go to the Muar Lions Club dialysis centre in town and I will ask local Barisan leaders to organise charity events to raise funds for her and others here who are in need,” he added.

Source: The Star Online (The Star)

JOHOR YAKIN JADI NEGERI PALING MAJU

Johor yakin jadi negeri paling maju

MUAR (17 Feb 2008): Johor yakin muncul negeri paling maju di negara ini dalam tempoh lima tahun, berikutan kejayaannya mencatat jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan terbesar tiga tahun berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata jumlah pelaburan diterima negeri ini mampu mencapai pembangunan ekonomi terbaik yang membolehkannya muncul sebagai negeri termaju di negara ini.

Katanya, projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) juga dijangkakan menerima pelaburan dan perkhidmatan pada paras yang tinggi, sekali gus membantu usaha memajukan lagi negeri ini.

“Kita yakin boleh mencapai sasaran (termaju) selepas kejayaan menerima pelaburan dari luar dan dalam negara yang tertinggi selama tiga tahun berturut-turut," katanya ketika berucap di Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2008 anjuran MCA Bahagian Ledang dan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Cina Tangkak di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Ming 1, Tangkak di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Datuk Yap Chik Dong; Adun Gambir, M Asojan dan Pengerusi MCA Ledang, Goh Tee Tee.

Abdul Ghani berkata, kejayaan pelaburan dan WPI itu menjanjikan pembangunan yang menyeluruh di negeri ini dan semua masyarakat akan dapat menikmatinya tanpa mengira sama ada mereka tinggal di bandar atau di luar bandar.

Katanya, walaupun WPI terletak di kawasan Johor Bahru, kesan pembangunannya akan dirasai dan sampai ke semua daerah lain di negeri ini termasuk Tangkak.

Beliau berkata, WPI akan memberikan impak ekonomi meluas kerana ia menjadi pusat utama pertumbuhan ekonomi negeri ini.

"Jangan kita fikir WPI hanya di Johor Bahru kerana sebenarnya kita akan nampak pertumbuhannya berlaku menyeluruh dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang ekonomi Johor akan terus berkembang pesat," katanya.

NGO DISARAN AKTIF LAKSANA AKTIVITI

NGO Disaran Aktif Laksana Aktiviti

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri dan ADUN Gambir, M Asojan bergambar bersama   ahli kelab FMC selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung FMC, baru-baru ini

Oleh HAI ROZZAMAN JALAL

MUAR:(23 Mac) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) disaran agar aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti agar dapat memberi manfaat kepada setiap ahlinya.

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata, setiap kelab perlu sentiasa menjalankan program dan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya kekal dalam pertubuhan itu.

“Sekiranya sesebuah kelab itu sentiasa melaksanakan aktiviti yang berfaedah untuk ahli-ahlinya, maka setiap ahli yang menganggotai kelab itu akan terus menyokong dan memberi komitmen terhadap kelab,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Faceless Motor Club (FMC) di Balai Raya Parit Kassan, Bukit Gambir, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M Asojan, Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar dan Pengerusi FMC, Razali Yacob.
Hamim berkata pada kebiasaannya, sesebuah NGO hanya aktif pada peringkat awal penubuhannya dan selepas itu kurang bermaya akibat tidak menjalankan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kelab FMC kerana terus menjalankan pelbagai aktiviti walaupun baru berusia ‘setahun jagung’ dan mendapat sokongan ahli-ahlinya dalam setiap aktiviti yang diadakan.

Hamim juga berbangga kerana FMC turut memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan mewujudkan laman web yang boleh dilayari oleh semua walau di mana sahaja mereka berada.

“Melalui kemudahan internet ini, FMC boleh berhubungan dengan kelab-kelab kereta lain yang mempunyai laman web untuk menjalin hubungan dengan lebih akrab lagi,” tambah beliau lagi.

Hamim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang berkata, dalam setiap pertubuhan atau kelab, perubahan pucuk pimpinan adalah lumrah kerana setiap ahli akan menilai prestasi kepimpinan dalam tempoh tertentu dan pemimpin yang tidak berupaya untuk memimpin akan berundur atau diundurkan oleh ahli melalui pemilihan dalam mesyuarat agung.

Katanya, setiap pemimpin atau ahli kelab perlu akur dengan tiga perkara iaitu mesti menerima setiap perubahan yang berlaku dalam institusi tersebut, mesti mensesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dengan keadaan sekitar dan mengawal perubahan yang berlaku supaya tidak hanyut dengan kehidupan.

Beliau menasihati supaya setiap pemimpin kelab perlu mempelbagaikan aktiviti yang memberi faedah kepada setiap ahli sama ada kekeluargaan, kemasyarakatan atau menjana ekonomi.

Pengerusi FMC, Razali Yacob pula berkata beliau akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ahli untuk menggerakkan kelab itu dengan mempelbagaikan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada setiap ahli.

Menurutnya, kegiatan kelab sepanjang setahun yang lalu boleh dilihat dengan melayari laman web kelab di alamat http://facelessmc.blogspot.com.

BLOG INFO LEDANG DILANCARKAN

HARI ini, Sabtu, 19 April 2008 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1429H, sebuah blog yang akan menghimpunkan berita atau maklumat yang berlaku di sekitar Daerah/Parlimen Ledang telah dilancarkan. Blog ini akan memaparkan berita atau maklumat berkaitan pembangunan, majlis-majlis yang dihadiri oleh Wakil Rakyat, idea, pandangan, komen atau apa sahaja bahan selagi ia tidak menyinggung mana-mana pihak atau melanggar etika dan undang-undang. Kami akan memaparkan kegiatan atau  majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Johor dan Ahli Parlimen Ledang khasnya,  juga ADUN Gambir dan ADUN Tangkak.  Sumber-sumber atau bahan berita akan diambil daripada ehsan mana-mana akhbar, jabatan, laman web, maklumat orang perseorangan ataupun berita yang diperolehi oleh blogmaster laman ini sendiri. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau info yang hendak disampaikan melalui blog ini boleh emelkan kepada infoledang@gmail.com untuk kami muatkan di INFO LEDANG.

IBU BAPA ELAK ANAK SERTAI DEMONSTRASI

Ibu bapa elak anak sertai demonstrasi
 

MUAR: Ibu bapa luar bandar dinasihatkan supaya mengingatkan anak mereka terutama yang tinggal di kota besar, terutama di ibu negara supaya tidak terjebak dengan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, berkata tindakan itu penting bagi mengelak generasi muda luar bandar termasuk mereka yang menuntut di pusat pengajian tinggi di ibu negara terbabit dengan gejala kurang sihat itu.

Beliau berkata, pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi kini giat mempengaruhi golongan muda supaya menyertai demonstrasi jalanan yang kononnya untuk menyelesaikan masalah dalam pentadbiran negara dan kerajaan.

Sebaliknya, katanya, demonstrasi yang tidak mendapat permit dan kelulusan pihak berkuasa itu menimbulkan lebih banyak masalah, termasuk menjejaskan ekonomi negara terutama dalam bidang perniagaan dan pelancongan.

"Lebih malang lagi sekiranya ada antara mereka termasuk pelajar yang menyertai kegiatan itu dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa, sekali gus menimbulkan masalah kepada ibu bapa.

"Berikutan itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan tiada anak mereka sama ada yang bertugas atau melanjutkan pelajaran di pusat pengajian di ibu negara supaya tidak terbabit dengan kegiatan tidak berfaedah itu," katanya ketika merasmikan Program Mesra Gerakan Daya Wawasan (GDW) 2007 di Parit Haji Idris, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Program anjuran bersama GDW, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kemas Parlimen Ledang dan Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu diadakan di pekarangan balai raya kampung berkenaan.

Hadir sama, Penyelaras GDW Parlimen Ledang, Haliza Zabir, Pengerusi GDW yang juga Pengerusi JKKK, Ismail Sitam dan Ketua Pemuda Cawangan, Ramli Abdul Rahman.

Hamim yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Ledang turut mengingatkan penduduk berbilang kaum supaya mengekalkan suasana keharmonian hidup yang menjadi teras perpaduan dan ketenteraman negara sejak merdeka hingga sekarang.

Beliau berkata, perpaduan di kalangan masyarakat akar umbi membolehkan kerajaan melaksanakan lebih pembangunan untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka pada masa depan.

Sumber: Berita Harian, 1 Januari 2008 (www.bharian.com.my)

GHANI LIKELY TO DEFEND SEROM STATE SEAT

Ghani likely to defend Serom state seat


MUAR (16 Feb 2008): The position of Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman continues to be mired in uncertainty following talk that he is now likely to seek re-election in the Serom state seat in the upcoming general election.
If that is the case and if he goes on to win the seat, a Barisan Nasional stronghold, his reappointment as the menteri besar is quite certain.

However, there is no official confirmation on this and Johor Umno officials said the speculation would only end on Tuesday when Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi endorsed the final list of BN candidates.

Political sources said Ghani stood a good chance of being retained as menteri besar as he has laid a strong foundation for the Iskandar Development Region and the East Coast Economic Region in Mersing and his service was much needed to ensure continuous inflow of foreign investments to complete the projects for the benefit of Johor folk.

Met before chairing the Umno Ledang division meeting in Tangkak here yesterday, Ghani did not confirm or deny that he would go for the Serom seat.
"It is up to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to assign me a state or parliamentary seat. I will abide by his decision."

In the 2004 general election, Ghani was supposed to switch to a parliamentary seat. However, it was said then that the sultan wanted Ghani to serve another term, resulting in the last-minute switch.

Should Ghani go for a parliamentary seat he would likely go for the Ledang seat, switching with Hamim Samuri.

The Ledang parliamentary constituency consists of three state seats -- Gambir, Tangkak and Serom -- which are currently held by M. Asojan, Datuk Yap Chik Dong and Ghani.

In 2004, Ghani polled 11,276 votes against Abu Bakar Tambi (Pas) who obtained 3,195 votes, winning by a majority of 8,08l. In 1999, Ghani contested and won the seat with a majority of 8,248 votes.

During a Chinese New Year celebration organised by the Johor Gerakan in Tangkak on Thursday night, Ghani said Johor BN would submit its candidate list to Abdullah next week.

A committee member when approached after the division's meeting said Ghani called on Umno leaders and members to work even harder to retain the Ledang parliamentary and state seats .

He said Ghani did not disclose where he would contest.

He added the Ledang division pledged that BN candidates would win comfortably in the constituency.

Source: New Straits Times (nstonline)

DAP MIMPI KOSONG - MB

DAP mimpi kosong – MB

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

MUAR 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, DAP hanya memasang angan-angan dan mimpi kosong untuk menawan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Beliau yakin rakyat Johor tidak akan menerima parti pembangkang sama ada DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah terbukti Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembangunan pesat kepada rakyat negeri ini.

“Itu hanya mimpi kosong (DAP)...saya yakin tidak ada peluang untuk DAP mendapat tempat di Johor ini walaupun sama ada di peringkat Parlimen atau DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan lebih 100 pekebun sayur berketurunan Tionghua di Bangunan Persatuan Fui Chew, Jalan Panggung Wayang Lama Tangkak, dekat sini malam tadi.

Majlis anjuran Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Daerah Muar Utara itu turut dihadiri calon BN Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri dan calon BN DUN Tangkak, Goh Tee Tee.

Abdul Ghani yang juga calon BN di DUN Serom diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika melawat Johor kelmarin bahawa DAP mampu memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau yakin sokongan yang diterima oleh BN di negeri itu sentiasa meningkat menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Katanya, BN Johor sentiasa dalam keadaan terbaik untuk memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan di negeri itu berikutan semua jentera telah bergerakan sepenuhnya.

“Apabila jentera BN bergerak sepenuhnya, kita mendapat kesan dan sokongan yang lebih meyakinkan sama ada di kawasan yang sememangnya kubu kuat BN bertambah, manakala sokongan pengundi di kawasan yang sokongannya dikatakan sederhana bertambah baik.

“Bagi kawasan yang dulunya memerlukan kita bekerja kuat, BN telah mengatur langkah untuk memperkuatkan pengaruh di kawasan itu dan nampaknya, peluang kita lebih cerah memenangi kerusi-kerusi berkenaan,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

TANGKAK JADI LEMBAH ILMU INDUSTRI DI JOHOR

Tangkak jadi Lembah Ilmu Industri di Johor

TANGKAK 4 Mac - Bandar Tangkak yang bersempadan dengan negeri Melaka bakal berubah wajah menjadi sebuah Lembah Ilmu dan perindustrian terkemuka di utara Johor menjelang 2020.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Aminah Ahmad berkata, pelan pembangunan mengenainya telah pun diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan langkah menaik taraf Tangkak daripada daerah kecil menjadi daerah Ledang akhir tahun lalu.

Menurutnya, pelan pembangunan itu disediakan Majlis Daerah Ledang (MDL) dan pelaksanaannya akan bermula tidak lama lagi.

"Ia akan dilaksanakan selepas kerajaan melancarkan secara rasmi Tangkak menjadi sebuah daerah penuh tidak lama lagi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Daerah Ledang mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Parlimen Ledang dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing Serom, Tangkak dan Gambir.

Calon BN yang bertanding di kerusi Parlimen Ledang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini ialah Hamim Samuri, manakala Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mempertahankan kerusi DUN Serom, M. Asojan di DUN Gambir dan Goh Tee Tee di DUN Tangkak.

Aminah berkata, pada peringkat permulaan beberapa pusat pengajian telah dibina di daerah itu termasuk Institut Kemahiran Tinggi Mara.

Beliau berkata, difahamkan beberapa institusi pengajian tinggi swasta juga telah menyatakan minat untuk membuka kampus cawangan mereka di kawasan itu tidak lama lagi.

Mengenai perindustrian, beliau berkata, pada peringkat permulaan daerah Ledang telah pun mempunyai tapak perindustrian ekoran kemasukan Tanjung Agas dalam wilayahnya.

"Tanjung Agas yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) memang terkenal sebagai pusat perindustrian utama di utara Johor," katannya.

Selain itu, sebuah lagi tapak perindustrian telah dikenal pasti oleh MDL berhampiran bandar Tangkak.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Fahariyah Md. Nordin yakin daerah Ledang akan lebih maju menjelang 2020 sekiranya semua pengundi memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN.

"Ini kerana hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Md. Zan Abu pula berkata, identiti Tangkak yang terkenal dengan perniagaan tekstilnya tidak akan terjejas ekoran langkah kerajaan menaik taraf menjadi sebuah daerah.

Sebaliknya, kerajaan akan memajukan lagi perniagaan tersebut dengan menjadikannya salah satu produk terpenting industri pelancongan di Ledang.

"Selain tekstil, daerah ini juga popular dengan buah durian dan menjadi tumpuan pelancong pada setiap musim buah-buahan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

DAERAH LEDANG MEMBANGUN

Daerah Ledang membangun

MUAR 2 Mac - Usaha kerajaan menaik taraf Tangkak menjadi sebuah daerah yang dikenali sebagai Daerah Ledang akan membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan ke kawasan berkenaan.

Calon BN yang mempertahankan kerusi Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri (gambar)

berkata, langkah itu bukan sahaja disambut baik oleh penduduk, malah membuktikan kawasan tersebut semakin maju di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Meskipun majlis pengisytiharan naik taraf daerah Ledang yang mempunyai 58,501 penduduk itu belum dilaksanakan, namun kini ia sudah mempunyai pejabat daerah sendiri dan proses naik taraf ini akan dilakukan sepenuhnya selepas pilihan raya umum nanti.

"Peluang BN untuk mengekalkan kerusi di Parlimen ini juga amat cerah. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom telah banyak memajukan daerah Ledang,'' katanya ketika ditemui di Tangkak, dekat sini hari ini.

Hamim yang memenangi kerusi Parlimen Ledang menewaskan calon Pas, Kasim Ibrahim pada pilihan raya umum tahun 2004 dengan majoriti 21,671 undi, kali ini ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lau Tek Hai.

Selain Abdul Ghani yang mempertahankan kerusi DUN Serom, Parlimen Ledang turut menampilkan M. Asojan di DUN Gambir, manakala calon kerusi DUN Tangkak adalah muka baru iaitu Goh Tee Tee.

Menurut Hamim, taktik pembangkang menggunakan isu kenaikan harga barang dan minyak bagi meraih sokongan pengundi jelas menunjukkan mereka ketandusan idea kerana tiada lagi isu lain yang boleh diketengahkan.

"Kerajaan BN telah menjelaskan kenapa harga barang terpaksa dinaikkan berikutan peningkatan harga minyak sedunia, tetapi pembangkang masih mengemukakan hujah yang sama,'' katanya.

Beliau berkata, pengundi di Tangkak sedar bahawa kemajuan yang mereka nikmati ketika ini dan sejak 50 tahun tidak perlu dikorbankan melalui undi eksperimen kepada pembangkang untuk memerintah.

Sumber: Utusan Malaysia (www.utusan.com.my)

EKSPERIMEN BOLEH MUSNAHKAN NEGARA

Eksperimen boleh musnahkan negara

MUAR 29 Feb. – Kemajuan yang dikecapi oleh negara sejak 50 tahun setelah mencapai kemerdekaan akan hilang begitu sahaja sekiranya rakyat cuba membuat eksperimen dengan memberi peluang kepada parti pembangkang untuk memerintah negara ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, eksperimen rakyat biarpun untuk tempoh sepenggal bagi memberi peluang kepada pembangkang memerintah akan menggagalkan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memimpin negara ini secara berterusan sehingga membawa kepada kejayaan yang ada pada hari ini.

Beliau berkata, hasrat Malaysia untuk maju menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal 12 tahun lagi juga tidak dapat dicapai sekiranya rakyat berani mengambil risiko itu.

“Tempoh 50 tahun itu tidak sepatutnya dikorbankan dengan eksperimen untuk sepenggal sekalipun kerana ia akan mewujudkan suasana yang tidak menentu termasuk kestabilan politik atau ekonomi.

“Amat penting BN terus memerintah negara ini jika dilihat dari sudut pelaburan kerana ia memerlukan keselarasan politik serta dasar ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Keibubapaan dan Bangunan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Taman Legenda Tangkak dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Kemas negeri, Azman Yusof; calon BN bagi Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Goh Tee Tee.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi BN Johor dan calon kerusi DUN Serom mengulas kenyataan Presiden BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko buruk kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik.

Abdul Ghani berkata, sekiranya berlaku eksperimen, suasana yang tiada menentu akan wujud membabitkan perubahan dasar dan ia akan membawa gangguan kepada arus pembangunan negara.

“Pembangunan terencat ini juga akan mengakibatkan segala apa yang telah kita laksanakan termasuk pembangunan, dasar, kestabilan ekonomi serta politik sejak 50 tahun lalu akan hilang begitu saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jentera pilihan raya di seluruh Johor tetap berjalan lancar walaupun pembangkang menggunakan kempen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan BN.

Beliau berkata, rakyat harus sedar kerajaan BN yang memerintah negara ketika ini bersikap adil serta memberi peluang sama rata terhadap semua kaum untuk menikmati kemajuan dan pembangunan negara.

"Malaysia adalah satu-satunya negara yang rakyatnya di pelbagai peringkat dapat mengecapi kemajuan dan kemakmuran ekonomi," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 1 Mac 2008 (www.utusan.com.my)

SENARAI CALON BN DI JOHOR DALAM PRU 12

Senarai calon BN di Johor yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini:

PARLIMEN

SEGAMAT
Dr. S. Subramaniam

SEKIJANG
Datuk Baharum Mohamed

LABIS
Chua Tee Yong (muka baru)
(Menggantikan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek)

PAGOH
Tan Sri Muhyiddin Yassin

LEDANG
Hamim Samuri

BAKRI
Tay Puay Chuan (muka baru)
(Menggantikan Datuk Chua Jui Meng)

MUAR
Razali Ibrahim

PARIT SULONG
Datuk Noraini Ahmad (muka baru)
(Menggantikan Syed Hood Syed Edros)

AYER HITAM
Dr. Wee Ka Siong

SRI GADING
Datuk Mohamed Aziz

BATU PAHAT
Mohd. Puad Zarkashi (muka baru)
(Menggantikan Dr. Junaidy Abdul Wahab)

SIMPANG RENGGAM
Liang Teck Meng (muka baru)
(Menggantikan Datuk Kerk Choo Ting)

KLUANG
Hou Kok Chung (muka baru)
(Menggantikan Hoo Seong Chang yang berpindah ke DUN Paloh)

SEMBRONG
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

MERSING
Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad

TENGGARA
Datuk Halimah Mohamed Sadique
(Berpindah dari DUN Pasir Raja)

KOTA TINGGI
Datuk Seri Syed Hamid Albar

PENGERANG
Datuk Seri Azalina Othman Said

TEBRAU
Ling Ban San @ Teng Boon Soon

PASIR GUDANG
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU
Datuk Shahrir Abdul Samad

PULAI
Datuk Nur Jazlan Mohamed

GELANG PATAH
Tan Ah Eng

KULAI
Datuk Seri Ong Ka Ting
(Berpindah dari Parlimen Tanjong Piai dan menggantikan Datuk Lim Si Cheng)

PONTIAN

Ahmad Maslan (muka baru)
(Menggantikan Datuk Hasni Mohammad yang berpindah ke DUN Benut)

TANJONG PIAI
Wee Jeck Seng
(Berpindah dari DUN Pekan Nanas)

Dewan Undangan Negeri

BULUH KASAP
Datuk Othman Jais

JEMENTAH
Dr. Lee Hong Tee

PEMANIS
Lau Chin Hoon

KEMELAH
Ayub Rahmat

TENANG
Datuk Sulaiman Taha

BEKOK
Tan Kok Hong @ Tan Yi

BUKIT SERAMPANG
Tahir Mohd.Taat

JORAK
Dr. Saharudin Md. Salleh (muka baru)
(Menggantikan Samat Aripin)

GAMBIR
M.Asojan

TANGKAK
Goh Tee Tee (muka baru) 
(Menggantikan Datuk Yap Chik Dong)


SEROM
Datuk Abdul Ghani Othman

BENTAYAN
Lee Ching Yong (muka baru)
(Menggantikan Lau Yew Wee)

SUNGAI ABONG
Kamaruddin Suratman (muka baru)
(Menggantikan Datuk Dr. Haris Salleh)

BUKIT NANING
Datuk Abdullah @ Md. Khalid Ali

MAHARANI
Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah

SUNGAI BALANG
Dr. Robia Kosai

SEMERAH
Datuk Ariss Samsudin

SRI MEDAN
Ahmad Zahri Jamil

YONG PENG
Lim Kee Moi

SEMARANG
Datuk Samsol Bari Jamali

PARIT YAANI
Ng See Tiong

PARIT RAJA
Aziz Kaprawi

PENGGARAM
Koh Chee Chai

SENGGARANG
Ja'affar Hashim (muka baru)
(Kerusi ini dimenangi Pas pada 2004)

RENGIT
Ayub Jamil

MACHAP
Datuk Abd. Hamid Abd. Rahman

LAYANG-LAYANG
Onn Mohd. Yassin

MENGKIBOL
Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu

MAHKOTA
Md. Jais Sarday (muka baru)
(Menggantikan Datuk Gapar Gurrohu)

PALOH
Hoo Seong Chang
(Berpindah dari Parlimen Kluang)

KAHANG
R. Vidyananthan (muka baru)
(menggantikan S. Ramis)

ENDAU
Zainal Abidin Osman

TENGGAROH
T. Murukasvary (muka baru)
(menggantikan mendiang Datuk S. Krishnasamy)

PANTI
Datuk Baderi Dasuki

PASIR RAJA
Datuk Dr. Adham Baba
(Berpindah dari Parlimen Tenggara)

SEDILI
Rasman Ithnain (muka baru)
(Menggantikan Dr. Abdul Rashid Abd. Mokhti)

JOHOR LAMA
Asiah Md. Ariff

PENAWAR
Hamimah Mansor (muka baru)
(Menggantikan Dr. Mohd. Azam Rauzan)

TANJONG SURAT
Datuk Harun Abdullah

TIRAM
Datuk Maulizan Bujang

PUTERI WANGSA
Abdul Halim Suleiman

JOHOR JAYA
Tan Cher Puk

PERMAS
M. Munusamy (muka baru)
(Menggantikan Datuk K.S Balakrishnan)

TANJONG PUTERI
Adam Sumiru (muka baru)
(Menggantikan Ali Mohamed)

STULANG
Mok Chek Hou (muka baru)
(Menggantikan Freddie Long Hoo Hin)

PENGKALAN RINTING
Chia Song Cheng (muka baru)
(Menggantikan Low Teh Hian)

KEMPAS
Datuk Osman Sapian

SKUDAI
Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee

NUSAJAYA
Datuk Abdul Aziz Sapian

BUKIT PERMAI
Kamaruzaman Ali (muka baru)
(Menggantikan Zainal Abidin Jidin)

BUKIT BATU
Cheong Chin Liang

SENAI
Chun Yoon Fook

BENUT
Datuk Ir. Hasni Mohammad
(Berpindah dari Parlimen Pontian menggantikan Salehon Sengot)

PULAI SEBATANG
Datuk Tee Siew Kiong

PEKAN NANAS
Tang Nai Soon (muka baru)
(Menggantikan Wee Jeck Seng yang berpindah ke Parlimen Tanjong Piai)

KUKUP
Datuk Md. Othman Yusof (muka baru)
(Menggantikan Jamilah Endan)

Sumber: Utusan Malaysia 23/2/2008 (www.utusan.com.my)