PENGUNJUNG SETIA

30 November 2008

TIGA PENJENAYAH IKAT EMPAT ORANG MANGSA SAMUN

持械撬門闖入 3匪綑綁4人洗劫

警方攔截一輛可疑轎車,同時扣留一名印尼籍男子協助調查。


(武吉甘蜜29日訊)3名悍匪闖入民宅,捆綁馬來居民一家多口后,搶走逾2000令吉財物。

今日清晨4時許,武吉甘蜜巴力加山大路邊一間馬來住家,遭3名各持武器的匪徒破門闖入屋內打搶,致使事主巴漢損失手機2台、現款及手飾總共逾2000令吉。

屋主巴漢受訪時說,今日清晨其母親聽到好像有人撬開后門,於是起來視察,發現3名悍匪各持著武器已闖入進入屋內,其中一名匪徒將她推進房內,並加以綑綁。

接著他與其姐姐及表兄,也在分別聽到屋內發生狀況,也先后起床,最終全被歹徒制服,綑綁並推進同一房間內看守。

巴漢指出,其表兄哈比在還沒綑綁之前,掙扎中踢了匪徒一腳,結果其左肩也被匪徒用撬車輪的鐵器打傷,幸好只是打到肩膀,傷勢不嚴重。

“匪徒將我們4人綑綁之后,就到各房間進行翻箱倒篋,結果放置在桌上兩台手機及櫥內的首飾與現款皆被拿走,我們總損失逾2000令吉。”

巴漢說,3名匪徒交談中,帶有濃厚的印尼腔,他們肯定匪徒是印尼人。

據知,匪徒在屋內逗留大約20分鐘后,就匆匆撤退,到大路邊乘車逃走。

警追逐可疑轎車
擒1男子3逃脫

警方在案發約一小時,發現一輛可疑轎車同時逮捕一名印尼籍男子,警方疑該名男子與其同黨涉及至少5宗破門搶劫或行竊案。

據瞭解,警方一輛巡邏車今早5時許,在實廊八條前往東甲的路口處發現一輛可疑的國產賽嘉轎車,巡邏警員原命令司機停車,但該車司機不聽從命令,反而加速朝東甲方向開走。

據知,巡邏警車稍后立即高速窮追,結果追到高速公路天橋上,成功攔截該輛可疑轎車。

惟,該轎車被迫停在路邊后,車內有3人立即打開車門,分別竄逃,另一人因來不及逃走,結果被警方當場擒獲。警方目前仍在追查另外兩外在同黨。

據知,該輛轎車並非本地車牌,警方將嫌犯扣留,以調查他是否涉及今早在巴力加山打搶案件,同時也懷疑它涉及其他4宗破門搶劫案。

SUMBER: CHINA PRESS, 30 NOVEMBER 2008

PENYAMUN DIBERKAS

Oleh JUNITA MAT RASID

MUAR: Hanya empat jam selepas mengikat empat sekeluarga dan menyamun wang tunai serta telefon bimbit bernilai kira-kira RM2,000, seorang daripada tiga penyamun berjaya ditangkap polis ketika cuba lari ke arah lebuh raya berhampiran Kampung Serom 8, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 8 pagi, suspek meninggalkan keretanya dan lari selepas merompak sebuah rumah di Kampung Parit Kassan, dekat Bukit Gambir.

Polis yang mengesan sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan kemudian mengekori kereta itu, menyebabkan lelaki terbabit yang berusia 30-an dan dipercayai warga Indonesia tiada pilihan kecuali meninggalkan kenderaan di tepi jalan.

Walaupun meninggalkan Proton Waja itu di tepi jalan dan cuba lari ke arah Projek Lebuhraya Utara Selatan, suspek terbabit berjaya ditahan polis manakala dua lagi rakannya masih bebas.

Siasatan awal polis mendapati Proton Waja yang digunakan perompak itu adalah kenderaan curi berdasarkan nombor pendaftaran dan nombor cukai jalan berbeza.

Terdahulu, kira-kira jam 4 pagi, lelaki itu bersama dua rakannya memecah masuk sebuah rumah di Kampung Parit Kassan sebelum mengikat empat sekeluarga dan melarikan wang tunai serta telefon bimbit bernilai kira-kira RM2,000.

Dalam kejadian itu semua perompak, termasuk dua bertopeng dan bersenjatakan parang serta besi pemotong, memasuki rumah berkenaan selepas memecah kunci mangga pintu belakang.

Perompak berkenaan kemudian mengikat mangsa, Siti Sulimah Riduan, 56, bersama dua anaknya, Siti Nohaliza, 21, dan Farhan Selamat, 20, serta anak saudaranya, Mohd Hanif Abdul Ghaffar, 18, sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan masih mengesan kumpulan yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah dilaporkan sekitar daerah Muar dan Ledang.

SUMBER: METRO AHAD, 30 NOVEMBER 2008

3 PENJENAYAH MENYAMUN SEORANG DIBERKAS POLIS

3刀匪凌晨洗劫民宅 巡警追捕扣1人 2008/11/30 12:06:45
●南洋商报

(武吉甘蜜29日讯)上得山多终遇虎,3疑是印尼刀匪今日凌晨4时洗劫礼让县巴力加山一马来民宅,劫去2千余令吉后,离去时遇警方巡逻车,追逐约5公里匪车被迫停,扣捕一匪,余者逃脱。

3劫其中两位幪面,于上述时间撬后门潜入肇案,年迈女屋主一名曾习马来武术的外甥哈菲斯,见3匪入屋打劫,一时火起施一记飞毛腿踢中其中一匪,惹怒匪徒左肩被击伤血流如注被匪徒制服。

匪辈将全家4口推入一其中一间睡房,并切断电话线、风扇电线等将4名受害者反手綑绑,夺去女屋主配带的项链,劫去2台手机,现款及财物共值两千余令吉。

电线綑绑4受害者

就读霹雳州玛拉工艺大学的女屋主末儿子华汉斯拉末受访时说,事发时他担忧姐姐的安全,深怕劫匪非礼姐姐,乃冲进姐姐睡房保护姐姐,免受亡命匪徒伤害。

华汉说,3匪徒其中两人幪面,匪辈将一家4口都推入其姐姐睡房,并全部加以反手綑绑。

他说,3匪有带刀及车轮撬器为武器作要胁,在家里逗留约15分钟即撤离,扬长而去。

遭劫民宅乃建筑新颖民宅,坐落在武吉甘蜜甘榜巴力加山通往砂益公路旁。

巡警起疑追匪车

匪车甫离开肇事地点巧遇警方巡逻车经过,巡警对挂P字头车牌的匪车起疑,乃紧紧跟踪,匪徒发觉巡逻车跟踪心知不妙,离劫案地点3公里处乃拐向右方从实廊8条朝东甲苏洛方向急驰。

巡逻车似乎已确定前行车辆有问题乃加紧猛追,追到实廊8条国小入口处,一座天桥上越过匪车将它迫停接受检查。警方成功扣捕车上一匪,余者逃脱。

据悉,被截获的匪车乃在霹州注册,是否挂假牌或是报失轿车则有待警方作进一步调查。匪车乃国产华嘉轿车。警方今早派出科学鉴证组人员到现场调查及检验车上指纹,搜集证据。该匪车已被拖至东甲警局存案,刻由警方加紧调查中。

SUMBER: NANYANG SIANG PAU, 30 NOVEMBER 2008

3刀匪凌晨洗劫民宅巡警追捕扣1人

(武吉甘蜜29日讯)上得山多终遇虎,3疑是印尼刀匪今日凌晨4时洗劫礼让县巴力加山一马来民宅,劫去2千余令吉后,离去时遇警方巡逻车,追逐约5公里匪车被迫停,扣捕一匪,余者逃脱。

3劫其中两位幪面,于上述时间撬后门潜入肇案,年迈女屋主一名曾习马来武术的外甥哈菲斯,见3匪入屋打劫,一时火起施一记飞毛腿踢中其中一匪,惹怒匪徒左肩被击伤血流如注被匪徒制服。

匪辈将全家4口推入一其中一间睡房,并切断电话线、风扇电线等将4名受害者反手綑绑,夺去女屋主配带的项链,劫去2台手机,现款及财物共值两千余令吉。

电线綑绑4受害者

就读霹雳州玛拉工艺大学的女屋主末儿子华汉斯拉末受访时说,事发时他担忧姐姐的安全,深怕劫匪非礼姐姐,乃冲进姐姐睡房保护姐姐,免受亡命匪徒伤害。

华汉说,3匪徒其中两人幪面,匪辈将一家4口都推入其姐姐睡房,并全部加以反手綑绑。

他说,3匪有带刀及车轮撬器为武器作要胁,在家里逗留约15分钟即撤离,扬长而去。

遭劫民宅乃建筑新颖民宅,坐落在武吉甘蜜甘榜巴力加山通往砂益公路旁。

巡警起疑追匪车

匪车甫离开肇事地点巧遇警方巡逻车经过,巡警对挂P字头车牌的匪车起疑,乃紧紧跟踪,匪徒发觉巡逻车跟踪心知不妙,离劫案地点3公里处乃拐向右方从实廊8条朝东甲苏洛方向急驰。

巡逻车似乎已确定前行车辆有问题乃加紧猛追,追到实廊8条国小入口处,一座天桥上越过匪车将它迫停接受检查。警方成功扣捕车上一匪,余者逃脱。

据悉,被截获的匪车乃在霹州注册,是否挂假牌或是报失轿车则有待警方作进一步调查。匪车乃国产华嘉轿车。警方今早派出科学鉴证组人员到现场调查及检验车上指纹,搜集证据。该匪车已被拖至东甲警局存案,刻由警方加紧调查中。

SUMBER: WWW.HK007.COM

28 November 2008

EMPAT GERAI TUTUP PERNIAGAAN

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my


MUAR: Empat daripada enam peniaga gerai di Medan Ikan Bakar, Parit Karang Laut, Tanjung Gading, dekat sini, terpaksa menutup perniagaan mereka manakala dua lagi dijangka akan turut berbuat demikian berikutan kekurangan pelanggan sejak enam bulan lalu.

Keadaan itu jika berterusan akan menyebabkan medan ikan bakar bernilai RM500,000 yang dibangunkan kerajaan negeri dan Persatuan Ekonomi Nelayan Parit Karang, terbiar, sedangkan banyak usaha sudah dilakukan bagi membangunkan kemudahan di situ.

Penasihat Persatuan itu, Norizan Mahat, berkata keadaan jauh berbeza ketika kemudahan itu dibuka kepada orang ramai pada pertengahan 2006, yang tidak putus-putus dikunjungi pelanggan, termasuk dari luar kawasan termasuk dari Batu Pahat, Tangkak, Sungai Rambai dan Singapura.

"Bagaimanapun, sejak enam bulan lalu kedatangan pelanggan semakin hari semakin berkurangan menyebabkan beberapa peniaga menutup perniagaan bagi mengelak menanggung kerugian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ekonomi Nelayan Parit Karang Laut, Yahya Baba, mendakwa keadaan prasarana dan jalan yang rosak menyebabkan pelanggan kurang berminat untuk datang menjamu selera di gerai Medan Ikan Bakar berkenaan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 28 NOVEMBER 2008

27 November 2008

KURSUS PEMANTAPAN PEMBACAAN AL-QURAN

Nama Program : Kursus Pemantapan Pembacaan AL-Quran (Kaedah Safar Bersiri)

Tema : Kembali kepada Wahyu Ilahi

Tempat : Dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM)

Tarikh (Sila pilih tarikh yang boleh dihadiri (1 hari sahaja)) :

Siri Pertama > 3 Disember 2008 (Rabu)

Siri Kedua > 4 Disember 2008 (Khamis)

Siri Ketiga > 20 Disember 2008 (Sabtu)

Siri Keempat > 21 Disember 2008 (Ahad)

*Siri Pertama dan Kedua hanya untuk PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

*Siri Ketiga dan Keempat hanya untuk LEPASAN SPM DAN DEWASA

Bilangan Peserta untuk 1 Siri : 50 orang sahaja

Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Yuran : Siri Pertama > RM 60 (termasuk Pendaftaran, Sijil, Kitab Kaedah Safar dan Jamuan)

Siri Kedua > RM 60 (termasuk Pendaftaran, Sijil, Kitab Kaedah Safar dan Jamuan)

Siri Ketiga > RM 70 (termasuk Pendaftaran, Sijil, Kitab Kaedah Safar dan Jamuan)

Siri Keempat > RM 70 (termasuk Pendaftaran, Sijil, Kitab Kaedah Safar dan Jamuan)

Penceramah : Pengasas Kaedah Safar merangkap Pengurus Syarikat Cemerlang D&A InsyaA

(Tn Hj Mohd Safar bin Said)

Hubungi saya jika berminat : ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN

Event Organizer

Kursus Kaedah Safar Bersiri 2008

No. H/P : 013-733 5784

Emel : diksids@yahoo. com

Jika ingin membayar secara bank-in, sila masukkan ke dalam mana-mana akaun ana :

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 01 023 02 01 95239

MAYBANK BERHAD : 1014 1327 5675

Setelah selesai, sila maklumkan nama, tarikh masuk, masa dan jumlah kepada ana segera.

Semoga kita semua dapat Kembali Kepada Wahyu Ilahi, insyaALLAH.
Wsalam.

PROMOTE STATE AND COUNTRY, PLIGRIMS URGED

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

TANGKAK: The Johor government wants Muslims who perform the pilgrimage to Mecca very year to act as ambassadors in promoting the state and country.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said they would meet people from different countries in Mecca and Medina and take the opportunity to promote Malaysia’s peaceful and harmonious life.

He said they should know what others thought of Malaysia and Johor and how Muslims in other parts of the world regarded Islam in Malaysia.

Gesture of goodwill: Hamim (left) presenting gifts to one of the 169 pilgrims in Tangkak recently.

“I know they have little time to do other things as they are focused on performing the haj rituals.

“But, there are millions of Muslims gathering in Mecca and we should take the opportunity to know them and talk about our country and way of life,” he said when bidding farewell to 169 villagers who will leave for Mecca soon.

Abdul Ghani’s speech was delivered by his representative, Ledang MP Hamim Samuri.

Abdul Ghani said, although the pilgrimage was a religious ritual, pilgrims should take the opportunity to look at Malaysia from the outside.

He advised pilgrims to take good care of their health and look after their spouses or family members who went with them to Mecca.

“It is important for us to stay healthy as we may not be able to perform strenuous rituals if we became ill,” he added.

“Besides gifts contributed by the Ledang Umno division, the 169 pilgrims were treated to a lunch of nasi minyak with mutton and chicken curry.

SOURCE: THE STAR, Thursday November 27, 2008

PROMOSI KERJA BESAR-BESARAN

JOHOR BAHRU 26 Nov. - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan mengadakan promosi kerjaya besar-besaran bagi memaklumkan kekosongan pekerjaan di Johor kepada rakyat negara ini yang berdepan kemungkinan diberhentikan kerja di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, antara langkah yang akan diambil adalah mengedarkan risalah tentang kekosongan pekerjaan itu di pintu masuk Malaysia-Singapura.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk meletakkan risalah penerangan mengenai perkhidmatan JTK dan borang maklumat pencari kerja di pintu masuk.

"Setelah melengkapkan borang itu, mereka boleh memasukkan borang tersebut ke dalam kotak maklum balas yang ditempatkan di pintu keluar Singapura-Malaysia," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tee Siew Kiong (BN-Pulai Sebatang) mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah pemberhentian kerja rakyat negara ini di Singapura dan membantu mereka mengisi peluang pekerjaan di Malaysia.

Asojan berkata, maklumat mengenai perkhidmatan JTK juga akan dipaparkan pada papan tanda gergasi (billboard) di sekitar bandar raya ini yang menjadi kawasan laluan pekerja masuk dan pulang dari Singapura.

Katanya, hebahan tentang maklumat itu juga akan disiarkan melalui media cetak dan elektronik yang memaparkan peranan JTK serta lokasi dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

"Mereka yang terlibat juga boleh mendaftarkan diri untuk mencari pekerjaan di JTK secara talian atau datang terus ke jabatan itu.

"Menerusi on-line, mereka boleh mendaftar di laman web jobsmalaysia.gov.my," katanya.

Sementara itu Asojan berkata, terdapat 46,379 peluang pekerjaan di Johor terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia yang boleh diisi oleh rakyat negara ini yang berdepan kemungkinan diberhentikan kerja di Singapura.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 19,000 peluang pekerjaan dijangka akan wujud pada tahun depan.

"Buat masa ini, kekosongan pekerjaan yang dilaporkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah sebanyak 12,091 manakala JTK pula sebanyak 15,288 pekerjaan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 NOVEMBER 2008

26 November 2008

TIGA KAMPUNG ORANG ASLI MASIH TUNGGU ELEKTRIK

KERAJAAN negeri masih menunggu kelulusan permohonan bekalan elektrik luar bandar sistem talian grid dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi pembekalan utiliti itu di Kampung Orang Asli Tanah Gembuh, Muar.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Aisah Md Ariff, berkata kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak mempunyai tiga perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Sungai Mering, Kampung Orang Asli Tanah Gembuh dan Kampung Orang Asli Air Tawas.

Beliau berkata, seramai 156 penduduk membabitkan 26 keluarga Kampung Orang Asli Sungai Mering kini menikmati bekalan itu sejak 2005 sehingga ini, manakala Tanah Gembuh yang mempunyai 285 orang (52 keluarga) dan Air Tawas yang mempunyai 15 keluarga merangkumi 72 orang masih belum menerima bekalan itu.

"Bagi kampung Tanah Gembuh, permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar Sistem Talian Grid sudah dimajukan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kini menunggu kelulusan projek itu," katanya.

Mengenai kemudahan bekalan itu di Kampung Orang Asli Air Tawas, Tangkak, Asiah berkata, projek itu sudah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dana Akaun Amanah Industri Elektrik (AAIBE) pada 29 Januari lalu dengan dana dibiayai penuh AAIBE yang diuruskan Kementerian Tenaga air dan Komunikasi (KTAK), untuk dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan Goh Tee Tee (BN-Tangkak) mengenai projek pembekalan elektrik ke Kampung Orang Asli Tanah Gembuh dan Kampung Orang Asli di Air Tawas pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim, semalam.

SUMBER: BERITA HARIAN, 26 NOVEMBER 2008

MOHD. TAHRIR DILANTIK MUFTI JOHOR YANG BARU

JOHOR BAHRU 25 Nov. - Desas-desus mengenai siapa yang menjadi Mufti Johor ketika ini terjawab apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail berkenan melantik Timbalan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin, 60, sebagai Mufti Johor yang baru.

Dengan pelantikan yang berkuat kuasa mulai 13 November lalu, Mohd. Tahrir dipilih menggantikan Datuk Nooh Gadot yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 7 November lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berikutan itu Sultan Johor juga berkenaan melantik dan menaikkan pangkat Nooh sebagai Penasihat MAIJ mulai tarikh yang sama.

''Nooh yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 7 November setelah berkhidmat sebagai Mufti mulai 1999 hingga 7 November lalu.

''Tempat Nooh diisi oleh Mohd. Tahrir yang juga lulusan dari universiti yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor berkata, pelantikan Nooh, 62, sebagai Penasihat MAIJ adalah satu penghormatan kepadanya yang turut sama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Mohd. Tahrir menjadi Timbalan Mufti sejak 1999 hingga November lalu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 NOVEMBER 2008

25 November 2008

JPS DIMINTA PANTAU KERJA TAMBAK PANTAI

YAHYA menunjukkan beg pasir yang diletakkan di tebing pantai kuala pangkalan nelayan Parit Karang Laut, Muar, bocor, kelmarin.

MUAR: Persatuan Ekonomi Nelayan Parit Karang Laut, dekat sini, meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memantau pelaksanaan projek penambakan pantai pangkalan nelayan kampung berkenaan, yang didakwa tidak memenuhi spesifikasi dan memusnahkan prasarana sedia ada.

Pengerusinya, Yahya Baba, berkata projek yang menelan kos RM90,000 itu membabitkan kerja menambak tepi pantai sepanjang kira-kira 300 meter di kuala pangkalan nelayan berkenaan dengan beg pasir.

Beliau berkata, projek itu bertujuan mengelak hakisan terutama ketika air pasang dan ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, katanya, beg pasir yang diletakkan di tepi pantai kuala jeti nelayan di situ mula mendap dan sebahagiannya hampir dihanyutkan air walaupun projek itu baru dua bulan disiapkan.

“Beberapa beg juga didapati bocor menyebabkan pasir di dalamnya turut dihanyutkan air menyebabkan sebahagian tebing di situ semakin mendap dan cetek.

“Kami juga mendapati sebahagian beg tidak penuh dengan pasir menyebabkannya mudah terbuka apabila dibasahi air,” katanya, ditemui di jeti nelayan berkenaan, kelmarin.

Nelayan, Alias Hashim, berkata pemborong sepatutnya menanam cerucuk dan konkrit di bahagian tebing pantai itu sebelum meletakkan beg pasir bagi mengelakkan beg pasir dihanyutkan.

Tinjauan ke jeti pangkalan nelayan berkenaan mendapati permukaan tebing pantai yang diturap, pecah malah kemudahan bangku tempat duduk pengunjung juga rosak serta bersepah di tepi hutan bakau berdekatan.

Alias mendakwa, bangku itu diletakkan di bahu jalan bagi memberi peluang pengunjung duduk berehat sambil menyaksikan keindahan pemandangan kuala pangkalan itu yang bertentangan dengan Selat Melaka.

Bagaimanapun, katanya, bangku itu dipindahkan pemborong bagi memudahkan lori yang membawa beg pasir lalu di situ sekali gus menyebabkan banyak prasarana rosak sehingga menjejaskan kedatangan pengunjung.

SUMBER: BERITA HARIAN, 25 NOVEMBER 2008

23 November 2008

MASKED ROBBERS THREATEN TO SET FAMILY ON FIRE


TANGKAK: A family of four spent a terrifying hour with five masked armed men who assaulted and tied them up before threatening to set them ablaze. They ransacked the house before escaping with RM2,000 and two mobile phones in Kampung Kenanga, Kundang Ulu here, yesterday.


The five, who brandished knives and a pair of scissors, broke into the home of Abdullah Omar, 55, about 1.30am.

They had gained entry by cutting the metal grille in the kitchen window.

At that time, Abdullah was sleeping in the master bedroom with his wife, Sapinah Surpadi, 55.

The couple's eldest son, Mohd Nazri, 24, had fallen asleep in front of the television in the living room while their other son, Mohd Shukri, 22, was sleeping in his room.

The family was awakened when the robbers switched on all the lights. They then tied up the family.

Abdullah said the robbers got annoyed when they could not find any cash in the house.

"They beat me and my wife. I suffered a cut on my back while my wife was bruised on her left cheek."

Abdullah said the robbers placed clothes around his family members, soaked them in petrol and threatened to set them on fire.

"They held up a cigarette lighter and threatened to burn my family alive."

Despite the family's pleas, the robbers continued to threaten Abdullah while kicking him.

They also threatened to stab Sapinah in her abdomen.

After more than an hour ransacking the house, the five men found RM2,000 which was hidden in the kitchen and took two mobile phones.

"When they found the money, they covered us with a few bedsheets and poured petrol over us.

"Then everything went quiet and we freed ourselves."

Abdullah said it was the second robbery at their home.

In 2005, he suffered losses of RM25,000 when robbers took his cash, his wife's jewellery and a car.

He said he would no longer keep cash in his house.

Police have mounted a manhunt for the suspects.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, 23 NOVEMBER 2008

PENYAMUN UGUT BAKAR

Oleh ZALIFAH MOHD YATIM
zalifah@hmetro.com.my


TANGKAK: Sekumpulan lima penyamun bertindak ganas apabila menyimbah petrol serta mengugut membakar sekeluarga mangsa sebelum menggeledah rumah dan melarikan wang tunai serta dua telefon bimbit bernilai RM5,000 dalam kejadian samun di Kampung Kenanga, Kundang Ulu, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian antara jam 1.30 hingga 2.45 pagi itu, kumpulan penyamun bersenjatakan parang panjang, pisau dan gunting besi serta bertopeng memecah masuk kediaman berkenaan dengan memotong besi tingkap dapur ketika empat mangsa terbabit sedang lena tidur di bilik masing-masing.

Mangsa, Abdullah Omar, 55, berkata ketika kejadian, dia tidur bersama isterinya, Sapinah Surpadi, 55, di dalam bilik manakala dua anak lelakinya Mohd Shukri, 22, tidur di dalam biliknya manakala Mohd Nazri, 24, tidur di ruang tamu selepas menonton televisyen.

Mereka terjaga apabila kumpulan penjenayah itu membuka lampu sebelum mengikat kaki dan tangannya semua mangsa.

“Apabila gagal mendapatkan wang tunai selepas menggeledah rumah, mereka memukul dan menendang saya serta isteri sehingga luka di bahagian belakang manakala isteri lebam di pipi kiri. Mereka kemudian mengikat pinggang saya, isteri dan Mohd Shukri.

“Kami tiga beranak kemudian disimbah petrol pada pakaian dan kain yang disepahkan di sekeliling kami. Mereka mengugut mahu membakar keluarga saya hidup-hidup sambil menunjukkan pemetik api.

“Namun, selepas menemui wang tunai yang disembunyikan di bahagian dapur bernilai RM2,000, mereka menyelubung kami bertiga dengan beberapa helai kain cadar dan sekali lagi menyimbah kami dengan petrol sebelum keadaan menjadi senyap dan mereka meninggalkan kami,” katanya.

Abdullah berkata, sepanjang kejadian itu, kumpulan terbabit menendang dan memukul selain mahu memotong perut isterinya apabila mereka memberitahu tiada wang atau barang kemas disimpan di dalam rumah.

“Ini kejadian kedua menimpa keluarga saya kerana pada 2005, rumah saya pernah dipecah masuk menyebabkan isteri menerima sembilan jahitan di bahagian kepala dan kami kerugian kira-kira RM25,000 apabila wang tunai, barang kemas dan sebuah kereta dilarikan.

“Berikutan pengalaman pahit itu, kami sekeluarga tidak lagi menyimpan banyak wang tunai di rumah, malah isteri yang trauma selepas kecederaan dialaminya kini hanya memakai emas tiruan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan usaha menjejaki kumpulan penjenayah berkenaan giat dijalankan.

SUMBER: METRO AHAD, 23 NOVEMBER 2008

22 November 2008

KERETA DILARIKAN, 5 SEKELUARGA DIANCAM PARANG PANJANG

SAKDIAH Bachik menunjukkan kesan lebam pada lengannya selepas dicederakan salah seorang penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Parit Kasan di Bukit Gambir, dekat Ledang awal pagi kelmarin.

MUAR 21 Nov. - Lima sekeluarga di Kampung Parit Kasan Tangkak, dekat sini menyifatkan tempoh 30 minit yang dilalui ketika rumah mereka dipecah masuk empat penjenayah, awal pagi semalam adalah suatu pengalaman yang cukup menakutkan.

Sakdiah Bachik, 55, seorang suri rumah yang masih trauma akibat kejadian itu berkata, dia bersama suami serta tiga orang anaknya diikat serta diugut dengan parang panjang oleh penjenayah terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu.

Katanya, empat penjenayah bersenjatakan parang panjang, pisau, pemotong besi dan pemutar skru itu melarikan sebuah Perodua Viva serta barangan kemas, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah lebih RM5,000 dalam kejadian tersebut.

"Hati saya masih seram sejuk apabila teringat kejadian pagi semalam, malah tangan kiri saya masih lebam akibat disiku oleh salah seorang penjenayah ketika cuba merentap rantai leher yang saya pakai.

"Dahi saya pula turut dihentak ke dinding, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini.

Ketika kejadian, Sakdiah dan suaminya, A. Samad Buang, 53, yang juga seorang penoreh getah bersama-sama tiga anak mereka iaitu Mohd. Hazrin, 23; Hainey Hafifie, 16; dan Hasnur Lida, 15, sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing.

Perompak dipercayai warga asing itu memecah masuk dengan membuka enam daripada lapan keping cermin tingkap di salah sebuah bilik rumah itu yang tidak berpenghuni.

Menurut Sakdiah, dia dan suaminya tersedar apabila salah seorang daripada penjenayah itu membuka suis lampu bilik tidurnya lalu mengarahkan mereka duduk di satu sudut sebelum mengikat pasangan terbabit dengan wayar mesin jahit.

Menjerit

Berikutan itu, kata Sakdiah, dia menjerit ketakutan namun penjenayah itu mengarahkan mereka supaya diam sebelum memasuki bilik tiga orang anaknya dan membawa mereka ke bilik pasangan itu untuk diikat.

"Ketika itu, empat lelaki tersebut menyelongkar rumah saya dan mengambil barangan termasuk empat buah telefon bimbit, seutas jam tangan, barangan kemas termasuk dua rantai serta gelang, sepasang subang dan wang tunai RM400 milik anak lelaki saya.

"Mereka kemudiannya mengambil wang RM70 daripada dompet suami saya sebelum mengikat tangan kami di belakang dan menutup muka kami sekeluarga dengan kain sebelum melarikan diri dengan kereta Viva Mohd. Hazrin," katanya.

Berikutan itu, A. Samad membuat laporan polis di Balai Polis Tangkak berhubung kejadian pecah rumah dan kehilangan kereta anak mereka, hari ini.

Kereta Perodua Viva warna hijau milik Mohd. Hazrin itu bernombor pendaftaran AGF 7127 dan baru dibelinya awal tahun ini, kata Sakdiah.

Menurutnya, dia yakin penjenayah itu cuba melarikan Proton Wira milik suaminya yang diletakkan di belakang rumah namun disebabkan minyak kenderaan itu yang hampir habis, mereka menukar pendirian membawa lari kereta anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, usaha kini sedang giat dijalankan bagi mengesan keempat-empat penjenayah terbabit dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 22 NOVEMBER 2008


21 November 2008

DIHANTUK PENYAMUN

Warga emas diacukan senjata tajam, anak diugut potong telinga jika buat bising

TANGKAK: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kepalanya dihantukkan ke dinding bilik tidur berikutan terkejut dan cuba mengelak selepas sekumpulan penyamun mengacukan senjata tajam ke lehernya dalam kejadian samun di Parit Kassan, Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa, Saadiah Bachik, 56 dan suaminya, A Samad Buang, 56, diikat tangan dan kaki manakala mulut ditutp sebelum tiga anak mereka dibawa berkumpul di dalam satu bilik dan diancam akan dipotong telinga sekiranya membuat bising.

Kumpulan empat penyamun dipercayai warga Indonesia itu melarikan barangan kemas, wang tunai dan sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan kerugian RM34,000.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 NOVEMBER 2008

KPYPJ BUKA DUA LAGI TADIKA HIKMAH

JOHOR BAHRU 11 Nov. - Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) akan membuka dua lagi cawangan Tadika Hikmah di bawah Program Pembangunan Usahawan di negeri ini awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md. Nooh berkata, dua cawangan tadika itu akan diwujudkan di Taman Nusantara, Gelang Patah dan Permas Jaya.

Menurutnya, dengan pembukaan dua tadika berkenaan, jumlah Tadika Hikmah di negeri ini menjadi lapan.

Enam lagi tadika seumpamanya telah diwujudkan di Taman Bukit Saujana, Larkin Jaya dan Taman Tampoi Utama di Johor Bahru, Taman Kota Jaya (Kota Tinggi), Parit Bunga (Muar) dan Jalan Parit Ibrahim (Pontian).

Sa'ari berkata, di bawah Program Pembangunan Usahawan Tadika Hikmah yang bersifat francais, para pengusaha perlu mencari sendiri lokasi bersesuaian serta modul pembelajaran meliputi buku teks dan seragam Tadika Hikmah sedia ada.

"Mereka juga perlu membayar yuran kerjasama sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada KPYPJ selaku pengendali rangkaian Tadika Hikmah YPJ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, langkah tersebut adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dari negeri ini terutamanya dalam bidang pendidikan pra sekolah.

Beliau memberitahu, kurikulum Tadika Hikmah setanding dengan tadika persendirian yang lain termasuk memberi penekanan terhadap Arithmetik Mental/Sempoa, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Asas Komputer, Kaedah Mudah Membaca, Iqra, Fardhu Ain, Sains dan bahasa Arab.

Pada masa yang sama, KPYPJ sentiasa memastikan barisan tenaga pengajar Tadika Hikmah sentiasa berada di tahap yang terbaik melalui penyediaan pelbagai insentif dan latihan yang boleh memanfaatkan kerjaya mereka dan pelajar.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 NOVEMBER 2008

TEKNOLOGI SEJUK BEKU BUAH TEMPATAN


Durian yang telah disejuk bekukan di kompleks bilik sejuk FAMA di Muar, Johor.

APABILA tiba musim buah-buahan, mereka yang paling gembira bukan sahaja penjual atau pemilik gerai serta pasar tani, malah penggemar buah-buah khususnya durian antara yang menunggu saat itu.

Ini kerana, ketika musim inilah mereka berpeluang menikmati pelbagai jenis buah-buahan segar bermusim, harga murah dan merasainya di mana juga.

Ketika ini, penggemar buah-buahan bagaikan kemaruk melihat lambakan buah dijual di tepi jalan dan tentunya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmatinya.

Malangnya, di sebalik kegembiraan tersebut dan kemeriahan pesta buah, pemilik dusun kadangkala bimbang kerana masalah lambakan selalunya menghantui mereka.

Buah yang terlalu banyak, dijual pada harga murah, tidak mungkin dapat dinikmati sekiranya disimpan terlalu lama yang boleh menyebabkannya rosak.

Seiring dengan kedatangan musim buah-buahan, masalah lambakan itu juga merisaukan kerajaan kerana bimbang ia akan menjejaskan industri tersebut dan mengikis keyakinan orang ramai terhadap kualiti produk segar di pasaran.

Agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagaimanapun mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) bagi membantu mempromosi hasil dusun tersebut.

Berdasarkan laman web agensi tersebut, GBBS merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA.

Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sedia ada di seluruh negara yang telah dipilih untuk ditambah baik dengan imej yang seragam dan susun atur yang kemas serta menarik.

GBBS diwujudkan sebagai saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai luang kepada usahawan untuk meningkat urus niaga buah-buahan.

Sehingga kini FAMA telah berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.

Selain GBBS, langkah terbaru FAMA ialah dengan menubuhkan kompleks sejuk beku di Jalan Solok Tangkak, Johor bagi mengatasi masalah lambakan yang selalunya melibatkan durian.

Kompleks sejuk beku itu dibina dengan peruntukan khas sebanyak RM480,000 bertujuan mengatasi masalah lambakan dan juga mengeksport durian sejuk beku.

Menurut Pegawai FAMA Daerah Muar/Ledang, Abd. Malek Ramli, pusat tersebut dibuka tahun lalu dengan percubaan menjalankan proses sejuk beku durian dengan menyimpannya selama lapan jam pada suhu -40 darjah Celsius.

Selepas itu buah berkenaan di masukkan ke dalam penyejuk bersuhu -18 darjah Celsius.

Beliau berkata, pihaknya juga memproses isi durian untuk tujuan sama tetapi untuk pasaran tempatan.

Bilik sejuk beku tersebut mampu memuatkan 200 tan metrik durian segar pada satu-satu masa dan 100 tan metrik isi durian.

Beliau berkata, bagi sebiji durian ia mampu menghasilkan 10 peratus isi dan ia dikeluarkan daripada biji secara manual dan menggunakan alat pelerai khas yang diperoleh daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

‘‘Kita telah mengeksport 100 tan metrik durian sejuk beku ke Australia pada Julai lalu, ‘’ ujarnya kepada Mega.

Kualiti durian yang dihasilkan daripada proses sejuk beku itu katanya, tidak berubah melainkan warnanya sedikit kekuningan.

Setakat ini katanya, durian segar diperoleh di sekitar Muar dan ada juga yang datang dari Jerantut, Pahang.

Usaha tersebut meskipun masih di peringkat awal tetapi berjaya membuktikan bahawa durian yang disejuk beku tanpa dikopek juga masih berkualiti.

Pada masa sama, masalah lambakan jika berlaku pada masa akan datang, boleh ditangani.

Kadangkala, buah segar juga dihantar ke pusat tersebut untuk disejuk beku jika ia tidak dipasarkan kerana harganya terlalu rendah.

‘‘Kita terima buah segar setiap musim buah yang hebat (tahun lalu) tetapi pada tahun ini jumlah pengeluaran agak sederhana,” ujarnya.

Ketika ini pihaknya juga dalam dalam proses percubaan untuk menghasilkan buah cempedak sejuk beku supaya kompleks tersebut dapat dimanfaatkan ke tahap maksimum. - LAUPA JUNUS

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 NOVEMBER 2008

A SPECIAL DO BY SPECIAL CHILDREN

THE Tangkak Mentally Retarded Children Counselling Centre organised a Deeparaya do for 70 children at its premises in Jalan Hassan, Tangkak, recently.

SPECTACULAR: Students of the centre entertaining the crowd with dance and songs.

The centre is run by the Johor Association of State Assemblymen's Wives (Juita) under its state constituency community rehabilitation and counselling programme.

Attending the event was Tangkak state assemblyman Goh Tee Tee.

There are 74 children in the constituency who are seeking counselling services at the centre. Of the total, 36 attend classes regularly while the others are given counselling at their home.

At present, six counsellors are assisting the running of the centre.

Goh said the celebration provided an opportunity for the children to interact and made them feel there are someone who care and support them.

"The centre has been instrumental in playing a role to rehabilitate the children since it was set up in 1994. They are taught living skills that are essential to teach them to be independent," he said.

Tee announced an RM3,000 allocation to fund the centre to buy learning materials and equipment.

Each of the children was given treats and duit raya.

They were treated to a lunch.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, JOHOR BUZZ, 21 NOVEMBER 2008

20 November 2008

BEBERAPA KAWASAN DI JOHOR DILANDA BANJIR

KANAK-KANAK bermain banjir di hadapan sebuah rumah penduduk di Kampung Sri Ma'amor, Tangkak.

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di negeri ini mula dilanda banjir selepas mengalami keadaan cuaca tidak menentu sejak kelmarin, dengan hujan lebat serta angin kencang dan ditambah faktor air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Antara kawasan yang mula terjejas ialah di Tangkak, Muar apabila seramai 268 orang daripada 58 keluarga di Kampung Sri Maamor, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan selepas air Sungai Tangkak melimpah ke rumah penduduk berikutan hujan lebat dua jam petang kelmarin.

Semua penduduk dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sri Maamor dan Surau At Taqwa Sri Maamor Darat, sejak jam jam 6.30 petang kelmarin.

Walaupun air mulai surut mulai awal pagi semalam, namun jumlah mereka dipindahkan kekal sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan berlaku lagi hujan lebat yang akan menyebabkan peningkatan paras air dengan mendadak.

Selain itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dengan dilengkapi kemudahan bot turut ditempatkan di tempat kejadian sebagai langkah persediaan operasi menyelamat, selain pasukan polis dan bomba turut membuat pemantauan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee dan Pegawai Daerah Ledang, Asmail A Kadir turut melawat mangsa yang ditempatkan di kedua-dua pusat pemindahan itu.

Ketua Kampung Sri Maamor, Samigan Ahmad, berkata hujan lebat mulai kira-kira jam 3.30 petang hingga jam 6 petang, menyebabkan air meningkat dengan mendadak sehingga menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sehingga ke paras 0.9 meter.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa mengarahkan penduduk terutama yang tinggal di tepi Sungai Tangkak supaya berpindah sebagai langkah keselamatan.

"Penduduk mula dipindahkan mulai jam 6.30 petang dan sehingga tengah malam jumlah penduduk meningkat kepada 268 orang daripada 58 keluarga yang terpaksa bermalam di dua pusat pemindahan," katanya.

IDRUS Khamis, 24, sambil dibantu adiknya Zubaidah, 19, mengumpul beberapa barang yang rosak akibat dilanda banjir lewat malam semalam, di Kampung Sri Ma'amor, Tangkak.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Latiff Yusof ketika dihubungi Berita Harian menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang tragedi.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 NOVEMBER 2008

PEMBAHAGIAN TANAH DIDAKWA TIDAK ADIL

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

PENDUDUK Ahmad Katan (kiri), Saiman dan Mohamad Fuad (kanan) membuat laporan polis mengenai penyelewengan pembahagian tanah di Kampung Kundang Teluk Rimba, Muar.

18 penduduk buat aduan bantah proses agih tanah Felcra Sungai Kesang Satu
MUAR: Seramai 18 penduduk di empat kampung di Mukim Kundang Teluk Rimba, dekat sini, membuat laporan polis membantah proses pembahagian tanah Felcra Saliran Sungai Kesang Satu di Kampung Paya Kepong seluas 104 hektar yang didakwa dilakukan secara tidak adil.

Laporan polis itu dibuat wakil kumpulan berkenaan, Mohamad Fuad Talib, 44, yang turut menyenaraikan nama 18 orang pemohon terbabit yang berusia antara 28 hingga 82 tahun, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Mati, di sini, semalam.

Kumpulan itu juga sudah menyerahkan bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan dijangka membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam tempoh terdekat.

Mohamad Fuad berkata, beliau dimaklumkan bahawa Julai lalu, seramai 174 pemohon daripada tiga kampung mendapat tanah seluas 0.8 hektar setiap seorang tetapi mendakwa proses pembahagian tanah yang diuruskan ketua kampung itu dilakukan secara tidak adil.

Beliau berkata, pihaknya membuat aduan berikutan ada ketidakadilan dalam pembahagian tanah diuruskan tiga ketua kampung di kawasan mukim berkenaan.

Katanya, daripada senarai pemohon yang mendapat tanah itu, terdapat banyak kecacatan berlaku termasuk penerimanya adalah kroni ketua kampung, malah ada di kalangan penerima pernah menerima tanah kurnia di tempat lain.

"Selain itu, ada beberapa keluarga asal kampung ini tidak disenarai sebagai penerima, selain ada beberapa orang bujang yang turut disenaraikan sebagai penerima serta sepasang suami isteri juga disenarai sebagai penerima hak milik tanah, malah, ada sehingga empat dan lima penerima adalah daripada satu keluarga yang sepatutnya tidak berlaku.

"Kami juga mendapati ada penerima yang tinggal di luar kampung turut diluluskan permohonannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau turut mendakwa bahawa borang permohonan tanah itu diagihkan pihak tertentu dan dijadikan bahan ugutan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara seorang lagi pengadu, Saiman Hassan, 82, berkata beliau membuat permohonan tanah itu sejak 1965 lalu ketika berusia 40 tahun dan kecewa apabila tiba masanya, permohonan itu ditolak.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 NOVEMBER 2008

19 November 2008

ANAK PEKERJA JPS DAPAT 5A DALAM UPSR

Nur Afrina yang menerima hadiah galakan sebuah basikal bergambar bersama ibunya, Manisah Abd Majid, bapanya, Abd Razak Sari, YDP PIBG SKS5D, Mohd Noh Abd Montalib dan Guru Besar, Mazlan Ahmad (kanan) pada majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah itu, baru-baru ini. (Foto: Nan9864)

Oleh ADISABARIMAN


LEDANG:
Berkat bangun pada awal pagi untuk menelaah pelajaran telah membuahkan kejayaan kepada Nur Afrina Abd Razak apabila mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 lalu.

Murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat (SKS5D), Bukit Gambir itu mendapat kejayaan 5A bersama-sama empat lagi rakannya iaitu Iffa Izzah Ahmad Puat, Iskandar Jasman, Mohd Danial Mokles dan Nurazizah Bahari.

Menurut bapanya, Abd Razak Sari, 38, pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Muar berkata, anaknya memulakan rutin belajar di rumah selepas solat Isyak dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah dan beliau akan tidur seawal jam 10 malam.

"Nur Afrina akan bangun pagi pada pukul 5 pagi untuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran sehingga jam 6 pagi dan seterusnya bersiap-siap untuk ke sekolah," katanya kepada iNFOLEDANG pada Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SKS5D, baru-baru ini.

Katanya, beliau mahu Nur Afrina tidur awal supaya mendapat tidur dan rehat secukupnya bagi membolehkan dia bangun awal untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu pagi memandangkan pada waktu itu minda anak-anak masih segar.

Bagaimanapun, katanya, anaknya diberi kelonggaran menonton televisyen pada hari cuti sekolah agar tidak terkongkong dengan rutin belajar sahaja.

Kejayaan Nur Afrina adalah hasil dorongan dan perangsang keluarga terutama ibunya, Manisah Abd Majid, 37 dan menjadi idola kepada dua orang adik beradiknya di samping didikan oleh para pendidik yang dedikasi di sekolah.

"Nur Afrina bercita-cita untuk menjadi seorang saintis dan diharapkan cita-cita yang ditanamkan itu menjadi pendorong dan semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang dicita-citakan," tambah Abd Razak.

Abd Razak yang juga Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah itu mewakili para ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus dan berusaha mendidik dan menjana kejayaan dan kecemerlangan murid-murid dan sekolah.

Katanya, banyak program yang bermanfaat yang menjurus ke arah kecemerlangan dalam pendidikan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG.

Pada majlis itu, pelajar yang mendapat keputusan 5A telah menerima hadiah galakan berupa sebuah basikal yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Ledang, Ir Haji Hamim Samuri yang disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Mohd Noh Abd Montalib dan Guru Besar, Mazlan Ahmad. -iNFOLEDANG

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KASAN

Para peserta majlis khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Bukit Gambir bergambar ramai selepas diarak bersama Guru Besar, Munah Abd Majid dan Yang Dipertua PIBG, Padil Md Amin.

MUAR 18 Nov. - Seramai 22 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Parit Kasan menyertai majlis khatam al-Quran yang diadakan di dewan sekolah tersebut di Ledang dekat sini hari ini.

Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) itu turut dihadiri Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Padil Md. Amin; Guru Besar sekolah, Munah Abdul Majid serta imam Masjid Jamek Parit Kasan, Haron Salleh.

Padil dalam ucapan perasmian majlis itu berkata, majlis khatam al-Quran itu merupakan program tahunan yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada murid-murid khususnya yang berada di tahun enam dan telah berjaya menamatkan bacaan al-Quran mereka.

"Objektif utama program ini adalah bagi memberi galakan dan perangsang kepada murid-murid di peringkat tahun lima ke bawah supaya memegang tekad menghabiskan bacaan al-Quran sebelum mencecah usia 12 tahun.

"Melalui program ini juga, murid-murid akan bersungguh-sungguh untuk khatam dan secara tidak langsung mereka akan membaca kitab suci itu setiap hari dan mengamalkannya amalan yang terdapat di dalam kitab suci itu," katanya.

Menurutnya, sebagai generasi muda, murid sekolah itu perlu celik dan mahir dalam bacaan al-Quran supaya ia menjadi pedoman dalam kehidupan seharian.

Pada majlis itu, seramai 22 murid yang menyertai majlis khatam al-Quran itu diraikan dengan dibawa berarak bersama paluan kompang sambil selawat menuju ke sekolah.

Setiap peserta dikehendaki membawa bunga pahar untuk diserahkan kepada guru mengaji mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah membimbing mereka sehingga berjaya khatam membaca al-Quran.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 19 NOVEMBER 2008

AIR HIJRAH GUNA TANPA WAS-WAS



BERBEKALKAN pengalaman 19 tahun dalam pemasaran berkaitan penapis air, Mohd. M. Said menggembeling tenaga, idea dan keberanian menghasilkan produk yang memang dinanti-nantikan pengguna Muslim iaitu Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali.

Malah menurut Mohd. selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Toyibbah Network Sdn. Bhd. (HTNSB) yang beroperasi di Tangkak, Johor, pihaknya juga merancang melahirkan seberapa ramai usahawan Muslim tulen sesuai dengan moto ‘Satu Keluarga Satu Penapis Air’.

Yakin beliau, hasrat ini mampu direalisasikan menerusi penyediaan beberapa pilihan pakej, apatah lagi HTNSB mensasarkan 500 stokis di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2008.

Ikuti temu bual wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, ZAKARIA IDRIS bersama Mohd. dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

MEGA: Bagaimanakah datangnya idea untuk menghasilkan produk Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali?
MOHD.: Idea ini datang setelah melihat pelbagai penapis air di pasaran terlalu tinggi harganya hingga mencecah RM2,000. Sungguhpun ada di antaranya menyediakan skim bayaran ansuran, ia boleh dikira agak membebankan pelanggan. Apabila tamat bayaran, harga menjadi sekali ganda dan berunsur faedah atau riba. Keuntungan syarikat tersebut berlipat kali ganda tanpa memberi pulangan yang tinggi kepada usahawan.

Oleh itu, kehadiran produk penapis air Hijrah ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan khususnya orang Islam. Penapis air kami dijual pada harga RM1,523 sama ada tunai atau kredit.

Kami menyediakan bayaran ansuran dengan kadar yang dikira berpatutan iaitu pelanggan hanya perlu membayar RM65 sebulan selama 23 bulan dan bulan ke 24 hanya RM28.

Skim kami tidak membebankan pelanggan dan bebas daripada unsur riba.

Apakah keistimewaan penapis yang diketengahkan oleh syarikat HTNSB?
MOHD.: Penapis Air Hijrah Aura Ion Beralkali menggunakan gabungan teknologi canggih dari Korea, United Kingdom dan Jepun, pengujian dan pengesahan mengikut piawaian antarabangsa dari Sirim No2006KL1088. Sistem penapisan kami dapat menapis dan menyingkirkan lebih daripada 99 peratus pencemaran, klorin, bakteria, kulat dan logam berat merbahaya dalam air.

Malah melalui teknologi inframerah jauh dan batu mineral semula jadi produk ini mampu membekalkan tenaga, mineral semula jadi dan kalsium kepada air minuman anda. Sekali gus memberi daya hidup kepada sel-sel darah, memperbaiki sistem pengaliran dan meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga.

Yang unik dan istimewanya penapis air Hijrah ini ialah ia bebas daripada penggunaan tulang haiwan di dalamnya dan katrij keluaran syarikat kami hanya menggunakan batu batan dan tempurung kelapa sebagai gantian tulang haiwan yang diimport dari Filipina.

Selain itu, kos penyelenggaraan juga murah, ada setengah penapis air memerlukan tiga atau empat katrij untuk ditukar dalam tempoh setahun yang melibatkan kos di antara RM300 atau RM400, tetapi penapis air kami hanya memerlukan belanja tidak sampai RM100 untuk setiap tahun.

Di samping itu, kandungan PH kami tinggi menghampiri air zam zam, amat sesuai untuk meneutralkan asid di dalam badan. Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca daripada sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk daripada pemakanan seharian kita.

Oleh itu, mineral beralkali yang terdapat di dalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Hal ini diakui oleh pengarah Majlis Air Antarabangsa, Dr. Mona Harisson. Beliau mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Mengapa perniagaan ini yang dipilih dan tidak kepada bentuk perniagaan lain?
MOHD.: Kami memilih produk penapis air adalah kerana ia merupakan produk keperluan dan bukan produk mewah. Sungguhpun permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran, tetapi kebanyakan pelanggan tidak berkemampuan untuk membeli apa lagi secara tunai.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana mengatasinya?
MOHD.: Dalam perniagaan, rintangan dan cabaran tetap ada di depan mata seperti, persaingan dengan syarikat gergasi, pandangan rendah masyarakat Islam terutamanya terhadap produk keluaran Muslim dan sebagainya.

Pun begitu, pengalaman selama 19 tahun dalam bidang pemasaran telah mematangkan saya dan faham akan kehendak pengguna jika satu-satu produk itu berada di pasaran.

Kita hanya meniru dan mengubah suai produk tersebut sesuai mengikut kehendak pasaran khususnya untuk kegunaan umat Islam. Alhamdulillah, sekarang orang Islam telah sedar bahawa kuasa membeli adalah amat tinggi daripada masyarakat Islam. Sebab itulah hanya dengan bantuan orang Islam sahaja ekonomi ummah boleh berkembang.

Kepuasan yang bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?
MOHD.: Apabila pelanggan Islam khususnya, yang menggunakan produk kami, mereka mengucapkan terima kasih kerana mengeluarkan produk mengikut hukum syariah tanpa riba serta produk yang halal. Hal ini telah menyentuh perasaan dan saya merasa bangga dapat membantu mereka keluar daripada kepompong produk yang bertentangan dengan Islam.

Saya juga dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya dengan memperoleh pendapatan RM2,000 ke atas. Apabila usahawan menjadi stokis, 70 peratus bayaran daripada pelanggan sebanyak RM65 setiap bulan selama dua tahun, usahawan akan mendapat RM45 selama dua tahun juga.

Bagi mereka yang berminat menjana pendapatan bolehlah menjadi stokis kami dengan permulaan modal yang berpatutan. Mereka bolehlah menghubungi talian 06-978 8384 atau layari laman web kami di alamat http://www.hijrahwater.com/

Apakah pandangan saudara berkaitan saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan?
MOHD.: Tidak dinafikan 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan, tetapi kita harus ingat bentuk perniagaan yang kita lakukan, adakah produk yang dijual atau konsep perniagaan itu mengikut kehendak syarak.

Sebagai contoh kita menjual ikan dengan menipu timbangan, menjual barang dengan skim pinjaman berunsur riba, menjual daging dengan mencampurkan daging lama dengan daging baru tanpa pengetahuan pelanggan tetapi mengenakan bayaran mengikut daging yang baru dan sebagainya, hukumnya adalah haram dan tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan akhirnya, perniagaan ditutup.

Maka 9/10 punca rezeki yang dikatakan itu tidak berjaya kerana bercanggah dengan hukum Islam. Kegagalan itu bukan disebabkan bidang perniagaan tetapi konsep perniagaan itu sendiri telah menutup pintu rezeki dalam perniagaan tersebut.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 19 NOVEMBER 2008

16 November 2008

BOY FALLS OFF BUS DURING FIELD TRIP

PUTRAJAYA: A 12-year-old boy was badly injured after falling off a bus when the emergency door accidentally opened during a field trip.

In the 9am incident yesterday, Hwo Hsien Hwang is believed to be leaning against the door at the back of the schoolbus.

Hsien Hwang, who recently sat for the UPSR exam at SRJK (C) Chi Ming in Tangkak, Johor, was thrown on the road as the door opened at Precinct 12. The bus driver stopped after the other children alerted him.

An ambulance took Hsien Hwang to Putrajaya Hospital where he was warded in the Intensive Care Unit. It is learnt that he broke both his arms and legs.

Hsien Hwang was with 78 students and seven teachers in two buses visiting Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Cameron Highlands and Genting Highlands.

Bus driver Mohd Isa Moh said he believed that Hsien Hwang was playing with the emergency door as the safety latch was unlocked.

SOURCE: THE STAR, Sunday November 16, 2008

NAJIB RAI PERSANDINGAN ANAK MENTERI BESAR JOHOR

NAJIB Tun Razak merenjis air mawar kepada pasangan mempelai, Juwita Edora dan Muhammad Idris pada majlis persandingan mereka di Sungai Mati, Ledang, Johor, semalam.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 16 NOVEMBER 2008

NAJIB RAI ANAK MB JOHOR

NAJIB menepung tawar Juwita dan Muhammad Idris ketika hadir menyerikan majlis perkahwinan anak perempuan Abdul Ghani di kediamannya di Sungai Mati, Ledang, semalam.

Oleh KHIRUL BAHRI BASARUDDIN DAN JUNITA MAT RASID
am@hmetro.com.my


MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Juwita Edora di kediamannya di Sungai Mati, di sini, semalam.

Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai tetamu khas meraikan perkahwinan Juwita Edora, 31, dengan pasangannya, Muhammad Idris Iskandar Abdullah, 34, berasal dari Wales.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut oleh Abdul Ghani dan isterinya, Datin Prof Dr Jamilah Ariffin, sebelum turut menyempurnakan acara merenjis pengantin dan makan beradab.

Majlis yang disertai oleh kira-kira 8,000 jemputan di kampung asal Abdul Ghani itu turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan isteri; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri.

SUMBER: METRO AHAD, 16 NOVEMBER 2008

NAJIB SERIKAN MAJLIS KAHWIN ANAK MB JOHOR

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Sungai Mati, di sini, semalam.

Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai tetamu khas meraikan perkahwinan Juwita Edora, 31, dengan pasangannya, Muhammad Idris Iskandar Abdullah, 34, berasal dari Wales.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut oleh Abdul Ghani dan isterinya, Datin Prof Dr Jamilah Ariffin, sebelum turut menyempurnakan acara merenjis pengantin dan makan beradab.

Majlis yang disertai oleh kira-kira 8,000 jemputan di kampung asal Abdul Ghani itu turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan isteri serta beberapa menteri Kabinet dan wakil rakyat.

SUMBER: BERITA MINGGU, 16 NOVEMBER 2008

15 November 2008

GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SUNGAI MUAR

Gambar-gambar sekitar pertandingan memancing udang galah di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Ledang anjuran Komuniti Bestari Ledang dan Jabatan Penerangan Ledang pada 8 November 2008.

Gambar-gambar tersebut boleh dilihat di IMAZAMDESIGNER.FOTOPAGES.COM dan di MATDESIGNER.FOTOPAGES.COM

Terima kasih kepada pemilik imazamdesigner.fotopages.com & matdesigner.fotopages.com :-Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan fotografi dan videografi perkahwinan di sini. Hubungi talian:013-6280789 @ 019-6076763.

14 November 2008

VILLAGERS' PLEA FOR BETTER BRIDGES

SOME 300 residents of Kampung Belemang, Mukim Serom in Ledang want better roads in their village.

FALLING APART: The railings on the bridge in Mukim Serom, Ledang are rusty and are not capable of preventing anyone from falling into the river.
FALLING APART: The railings on the bridge in Mukim Serom, Ledang are rusty and are not capable of preventing anyone from falling into the river.

The main road leading into the village from Pekan Serom is a metre wide and can only accommodate one vehicle at a time.

The bridges that connected the village to Belemang 1, 2 and 3 are also narrow and their railings are rusting.

Villager Abd Ghani Jaafar, 43, said the 7km main road into the village also posed a problem for the villagers in Kampung Kolam and Telok Bakung.

He said the narrowness of the road made it difficult for the residents, who were mostly farmers, to transport their produce into town.


Farmer Ah Lam, 50, said he hatef going on the bridge for fear of encountering traffic from the opposite direction.

"I am worried because the railings are rusty I could easily fall into the river," he said.


Villager Ramli Mohamad said the road to Kampung Kolam was badly damaged by heavy vehicles that transported construction materials and agricultural products.

Meanwhile, Kampung Kolam Village Development and Safety Committee chairman Yahya Othman said the road problem had been brought to the attention of the Ledang District Office.

He said the villagers expected the roads and bridges to be upgraded during the Ninth Malaysia Plan.

"This should be possible in view of the government's recent announcement of an additional budget of RM30 billion to upgrade rural facilities and infrastructure."

SOURCE: JOHOR BUZZ, NEW STRAITS TIMES, 14 NOVEMBER 2008

13 November 2008

IBU BAPA PERLU GALAK ANAK AKTIF KOKURIKULUM


Padil sedang menyampaikan hadiah kepada peserta perkhemahan SKPK pada majlis penutupan program itu.

MUAR: Ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menyertai kegiatan kokurikulum anjuran sekolah, termasuk program perkhemahan kerana ia boleh meningkatkan minda di samping mendidik generasi muda bekerjasama menjayakan projek berfaedah secara berpasukan.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Kassan (SKPK) Bukit Gambir, Padil Md Amin, berkata program perkhemahan adalah antara acara lasak yang sering dianjurkan pihak sekolah pada musim cuti, bagi menerapkan semangat gotong-royong dan prihatin sesama peserta terutama jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, melalui perkhemahan juga peserta dapat menilai sejauh mana ketabahan setiap individu ketika melakukan aktiviti yang diadakan, termasuk menyiapkan kerja rumah yang sering dilakukan ibu bapa seperti memasak dan mengemas.

"Acara yang diadakan juga dapat meningkatkan disiplin peserta, termasuk menepati masa dan memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan untuk menyiapkan tugas diberikan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Perkhemahan Pasukan Beruniform SKPK, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Program itu dihadiri kira-kira 50 peserta, terdiri daripada murid tahun empat hingga enam yang menyertai Pasukan Pengakap dan Persatuan Puteri Islam di sekolah itu.

Hadir sama, Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar; Guru Besar SKPK, Munah Abd Majid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Khudhairi Jais.

Sementara itu, Munah berkata, program perkhemahan itu adalah acara tahunan yang dianjurkan sekolah bertujuan melatih peserta untuk berdikari dan menyemai semangat kasih sayang, muhibah dan perpaduan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan tiga hari itu adalah ceramah motivasi, pertandingan memasak, sukaneka, khemah terbaik, kawad kaki dan persembahan kebudayaan selain kuliah subuh, solat berjemaah dan merentas desa.

SUMBER: BERITA HARIAN, 13 NOVEMBER 2008

12 November 2008

COUPLE'S HARROWING ORDEAL

MUAR: FIVE masked robbers armed with knives and parang broke into the house of a senior citizen in Parit Babok, Bukit Gambir, here recently and escaped with valuables worth about RM8,000.

Ahmad Kamidi, 81, and his wife, Fatimah Ismail, 77, were sleeping in the living room when they were awakened by noise from the kitchen at 4am.

"When we first saw the huge, dark figure near the refrigerator, we thought it was a ghost," said Fatimah.

She said the robber, believed to have entered the house by cutting a window grille, was dressed in black and wore a mask.

"We only realised they were robbers when his four accomplices entered the house and ordered us to be quiet in a thick Indonesian accent, with knives pointed at our necks.

"I was so shocked. When they demanded for the keys to our bedroom, I could not move. They became angry and one of them threatened to hurt my husband.

"After getting the keys, they ransacked the place for about 30 minutes with one of the men looking over us," said Fatimah.

The men escaped with RM4,000 in cash, jewellery worth about RM3,800, some documents, including identification papers and land ownership grant, the couple's car and mobile phones.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES (JOHOR BUZZ), 12 NOVEMBER 2008

11 November 2008

RM18mil BUT ROAD STILL NOT UP TO MARK

By Chuah Bee Kim

MOTORISTS plying Jalan Kesang Tasek to Sungai Rambai in Muar are advised to drive with extra care as about 100 metres of the road, is in deplorable condition.

DEPLORABLE: The Jalan Kesang Tasek to Sungai Rambai in Muar, is a hazard to motorists.
DEPLORABLE: The Jalan Kesang Tasek to Sungai Rambai in Muar, is a hazard to motorists.

The condition on both sides of the road is also a potential threat for motorists especially at night.

Othman Khamis, 50, a motorist said the problem had started more than four years ago as the road upgrading project costing about RM18 million was not done properly.

"The upgrading of the road which connects the Kesang Tasek padi fields to Sungai Rambai started in 2004," Othman said.

"Students from secondary schools have to use this road to get to their respective schools," he said, adding that big lorries also ply the road.

Tan Kim Swee, 45, a motorist from Sungai Rambai, said a project that costs millions of ringgit was not supposed to be like this.

"I hope the Public Works Department will look into the matter before a mishap occurs."

He urged the relevant authorities to look into the matter immediately to prevent the road condition from worsening.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, 11 NOVEMBER 2008