TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

31 Mac 2009

11 TAMIL SCHOOLS GET RM235,000 FOR UPGRADE

A TOTAL of RM235,000 will be channelled to 11 Tamil vernacular schools in Muar and Ledang in a bid to raise their standard of teaching facilities and management of the schools.

State Unity, Human Resources, Science, Technology and Innovation Committee chairman, M. Asojan, said Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Tangkak in Sagil, Muar, would get RM200,000 to build an extension to accommodate the student population.

When completed, the school will have another wing comprising four classrooms and an administrative office.

He said the balance of the allocation will be used to upgrade the drainage system of 10 schools in Ledang and Muar.

"The government is always taking steps to ensure that every child, regardless of whether he attends national or vernacular school, gets adequate education," he said after handing over the funds to the schools recently.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, JB, 31 MARCH 2009

30 Mac 2009

KEADAAN JALAN KG SUNGAI KELADI, SEROM

LEDANG: Beginilah keadaan sebahagian jalan di Kampung Sungai Keladi, Serom 2, Ledang yang berlubang serta membahayakan pengguna lebih-lebih lagi pada waktu malam. Gambar ini dirakamkan oleh ahli i-Metro Harian Metro pada 23 Mac 2009 lalu. Beliau berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian dan tindakan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan ini.

23/03/2009
08:58 PM

[ LAPORPOR87:IMA76993 ]
sampai bila nak biarkan jalan di kampung sg keladi serom 2 muar begini harap pihak yang bekenaan dapat ambil tindakan.

PERSEDIAAN KELUAR SERENTI


MINAT yang mendalam membolehkan pelatih pusat serenti mempraktikkan kemahiran urut refleksologi yang dipelajari mereka kepada para pegawai di Pusat Serenti Muar, Ledang, Johor, baru-baru ini. - utusan / kamil maslih

LEDANG 29 Mac - Sama ada disedari atau tidak, pelbagai peranan telah dimainkan oleh anggota masyarakat bagi membolehkan golongan bekas penagih dadah mampu kembali pulang ke pangkuan masyarakat.

Usaha berkenaan penting bagi memastikan golongan terbabit tidak terjerumus lagi dalam penyalahgunaan najis dadah.

Terbaru, Pusat Serenti Muar telah memperkenalkan kursus kemahiran urut refleksologi kepada para pelatih pusat serenti terbabit sebagai persediaan mereka menghadapi dunia luar.

Menurut Komandan pusat serenti berkenaan, V. M. Asok Kumar, kursus kemahiran tersebut adalah yang julung kali diadakan di pusat serenti di negara ini.

Jelas beliau, dengan mendapat kerjasama pakar-pakar urut refleksologi dari Johor Bahru, kursus tersebut telah ditawarkan sejak pertengahan Februari yang lalu.

"Biasanya, pelatih-pelatih yang keluar dari pusat pemulihan akan diberikan stigma negatif daripada masyarakat.

"Dengan adanya kemahiran (urut refleksologi) ini, kita berharap mereka akan bersikap lebih positif dan boleh menjadikan kemahiran itu sebagai sumber pendapatan untuk mencari rezeki," katanya.

Katanya, matlamat mengadakan kursus tersebut adalah untuk memberi kepelbagaian terhadap kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus pertukangan, kraftangan dan pertanian.

"Sehingga kini, sebanyak 30 pelatih telah mengikuti kursus urut refleksologi ini dan kami tawarkan kepada mereka yang akan bebas dalam tempoh empat bulan," katanya.

Jelas Asok, berdasarkan respon positif yang diterima pada kursus tersebut, pihaknya berhasrat untuk menjadikannya sebagai salah satu kursus tetap dan memperluaskannya ke pusat serenti lain.

Sementara itu, menurut salah seorang tenaga pengajar urut refleksologi di pusat serenti berkenaan, Francis Heng, sumbangan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya kepada masyarakat.

"Bidang urut refleksologi ini merupakan bidang yang semakin diterima ramai dan kita boleh nampak semakin banyak pusat urut refleksologi telah dibuka," katanya.

"Bagi mereka yang mungkin baru, pendapatan yang diterima selama sebulan adalah tidak kurang dari RM1,000 namun kalau mereka sudah sampai tahap pakar, pendapatannya boleh mencecah lebih RM3,000," katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan memastikan pelatih-pelatih yang menjalani kursus tersebut benar-benar berkelayakan dengan ujian akan diberikan sehingga mereka lulus.

"Kalau di luar, kursus selama tiga bulan ini bernilai RM5,000, namun kami berikannya secara percuma supaya mereka boleh berdikari apabila keluar dari pusat serenti nanti,'' katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 30 MAC 2009

PENGISIAN BERMANFAAT


SALAH seorang pelatih pusat serenti menunjukkan kemahiran urut refleksologi yang dipelajarinya kepada pihak media di Pusat Serenti Muar, Ledang, Johor, baru-baru ini.

LEDANG 29 Mac - Kursus urut refleksologi yang ditawarkan kepada pelatih-pelatih Pusat Serenti Muar merupakan sebuah pengisian yang amat bermanfaat untuk masa depan para pelatih terbabit.

Pendedahan yang diberikan itu ternyata membolehkan pelatih terbabit menerokai lapangan yang berkait rapat dengan kesihatan di samping menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

Menurut seorang pelatih yang hanya mahu dikenali sebagai Jas, 25, peluang untuk mengikuti kursus tersebut adalah amat berguna untuknya apabila dibebaskan dari pusat serenti nanti.

"Sebelum ini saya ada juga belajar sikit-sikit mengenai urut, namun dalam kursus ini saya belajar lebih mendalam mengenai sel-sel dan urat-urat yang perlu dikenal pasti.

"Kursus pengisian seperti ini amat bermanfaat dan semua orang macam berebut mahu mengikutinya," katanya yang telah lapan bulan berada di dalam pusat serenti tersebut.

Katanya, kursus tersebut amat mudah untuk difahami dan dia serta pelatih-pelatih yang lain mempelajarinya dua jam seminggu.

Sementara itu, menurut seorang lagi pelatih yang dikenali sebagai Din, 39, dia amat menghargai usaha tidak mengenal penat lelah tenaga pengajar kursus tersebut dalam memberi ilmu kemahiran kepada para pelatih sepertinya.

"Dalam tiga minggu mengikuti kursus ini, saya tidak pernah ketinggalan kerana saya memang berminat untuk mempelajarinya," katanya yang merupakan bapa kepada tiga orang anak.

Jelasnya, dia berhasrat untuk memperkembangkan kemahiran tersebut apabila dibebaskan kelak bagi membolehkannya menyara keluarga.

Dalam pada itu, bagi seorang lagi pelatih yang dikenali sebagai Eddy, buat ketika ini, dia hanya berpeluang mempraktikkan kemahiran barunya itu kepada pegawai-pegawai di pusat serenti tersebut.

"Kami banyak belajar mengurut kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit dan ia merupakan teknik yang amat menyeronokkan," katanya.

Katanya, tidak sukar untuk mempelajari teknik urut refleksologi itu kerana dia sentiasa menerima dorongan yang positif daripada tenaga pengajar untuk mempertingkatkan lagi kemahirannya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 30 MAC 2009

27 Mac 2009

RM235,000 NAIK TARAF 11 SEKOLAH

MUAR 26 Mac _ Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM235,000 bagi membantu menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran di 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Muar dan Ledang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan masyarakat India terutamanya dalam bidang pelajaran.

''Sebanyak RM200,000 daripada peruntukan ini adalah untuk membina bangunan tambahan bagi SJKT Ladang Tangkak di Sagil.

"Baki daripada peruntukan ini pula diagihkan untuk kesemua SJKT di dua daerah ini bagi memastikan kemudahan pengajaran mencukupi dan bantuan pengurusan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada SJKT daerah Muar dan Ledang di SJKT Jalan Khalidi di sini semalam.

Menurut Asojan, bantuan kewangan khas itu dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor dan peruntukan peribadinya selaku Exco kerajaan negeri.

Beliau memberitahu, bagi menaik taraf SJKT secara menyeluruh di seluruh negara, Kerajaan Pusat akan mengeluarkan peruntukan berjumlah RM130 juta menerusi pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan.

''Peruntukan untuk pembangunan SJKT ini akan turut melibatkan pemindahan sekolah-sekolah dari kawasan terpencil ke kawasan yang le bih ramai penduduk.

''Sehingga kini, sebanyak lima buah SJKT di negeri Johor telah dikenal pasti untuk dipindahkan dan usaha mencari tapak baru masih di peringkat perancangan,'' katanya.

Beliau berkata, antara SJKT yang akan terlibat dengan pemindahan ialah SJKT Ladang Sungai Papan di Kota Tinggi ke Bukit Indah, Johor Bahru dan pemindahan SJKT Bukit Serampang ke Bukit Gambir.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 MAC 2009

25 Mac 2009

MB ASKS PEOPLE TO AVOID POLITICAL CRISIS

TANGKAK: Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman wants Johor’s multi-racial community to avoid any political crisis, which can affect the state’s economic stability.

Speaking at a belated Chinese New Year celebration dinner here in Sungai Mati, he reminded all races to focus on strengthening unity with one another.

He said greater political and econo­mic stability would enable the state to continue to progress despite the global economic slowdown.

“We in Johor have a common tradition of working together between the Malays, the Chinese and the Indians, and we should continue to uphold the tradition.

“With the global economic gloom looming over the region, we should shed any feeling of mistrust or dissatisfaction among us,” he said at the dinner organised by the Sungai Mati MCA and several organisations at SRKJ Pei Hwa last Friday.

Abdul Ghani, who is also the state Barisan Nasional chairman, said if that people are united as they had always been for many years, the economic crisis could be handled well.

Abdul Ghani added that the state had always taken care of the people’s needs including in education, health, culture, infrastructures and economic growth.

Later, Abdul Ghani announced financial allocations totalling RM1.4mil for three Chinese schools, a temple and several organisations in Sungai Mati.

SOURCE: THE STAR, 25 MARCH 2009

24 Mac 2009

500 YOUTHS ATTEND JOB FAIR

MORE than 500 unemployed youths from Muar and Ledang thronged an employment fair held as part of the Job Placement Programme 2009 at Tanjung Agas, Muar, recently.

Youths searching online for job  vacancies  at the  fair at Tanjung Agas, Muar, recently.
Youths searching online for job vacancies at the fair at Tanjung Agas, Muar, recently.
At the event organised by the Muar Labour Department, youths eager to get jobs were given the opportunity to meet prospective employers who had set up counters at the fair.

Department senior assistant director Shafee Mohd Noh said the one-day programme, which was held from 9am to 5pm, received good response.


"Eighteen companies in the manufacturing and production sectors set up counters, offering 575 positions in their respective industries.

"Apart from registering with us, visitors were able to ask questions and gauge their chances based on their qualifications and skills," he said.

Shafee, who launched the programme, said it was open to youths aged 18 to 35, including degree and diploma holders from local and foreign institutions of higher learning.

There were vacancies for accountants, marketing officers, clerks, cashiers and production operators.

Shafee said the youths were also invited to register for the various courses offered by the department.

A visitor, who only wanted to be known as Salleh, said the department should expand the programme to the rural areas to allow more youths to look for jobs or register themselves as unemployed.

SOURCE: NST JOHOR BUZZ, 24 MARCH 2009

SENI SILAT SENDENG MAKIN DIMINATI

MUAR: Pasukan Seni Silat Sendeng, Bukit Kangkar, di sini, semakin diminati ramai bukan saja untuk memenuhi menerima undangan daripada penduduk tempatan, malah di luar kawasan.

Mereka diundang mempersembahkan kesenian warisan Melayu itu di majlis amal, keraian sempena sambutan hari kebesaran, termasuk Hari Kemerdekaan di peringkat daerah.

Malah, sejak kebelakangan ini, pasukan itu menerima undangan bagi menyerikan majlis perkahwinan, termasuk di Selangor, Melaka, Johor Bahru selain di daerah ini dan Ledang.

Penolong jurulatih pasukan itu, Rozaidi Othman, 22, berkata pasukan itu yang ditubuhkan pada 2002 disertai 50 remaja lelaki dan perempuan berusia lapan tahun hingga 16 tahun.

"Persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengembangkan serta mempertahankan kesenian silat yang menjadi warisan bangsa Melayu zaman berzaman supaya tidak pupus di telan zaman.

"Di samping itu, penubuhannya dapat menanam semangat remaja supaya cinta dan tidak memperlekehkan kesenian Melayu, sekali gus mengangkat martabat bangsa dalam bidang seni silat di persada antarabangsa," katanya ketika ditemui selepas pasukan itu mengadakan persembahan pada satu majlis perkahwinan di Taman Tun Dr Ismail 5, di sini, baru-baru ini.

Rozaidi berkata, kesenian silat sendeng terbahagi kepada beberapa jenis silat, termasuk seni mempertahankan diri, silat sembah kepada pembesar, silat peradaban pengantin dan seni silat tarian.

Katanya, disebabkan terlalu banyak menerima tempahan, pihak pengurusan persatuan terpaksa menetapkan tempoh sebulan kepada penganjur majlis, jika ingin mengundang pasukan itu menyerikan majlis mereka.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima lebih 30 tempahan, termasuk di luar kawasan selain di daerah ini dan Ledang. Bagi mereka yang berminat untuk mengundang pasukan ini, boleh menghubungi Ahmad Nazri melalui telefon bimbit 013-6521069.

Seorang peserta, Mohd Faizal Roslan, 19, berkata penyertaannya dalam pasukan Seni Silat Sendeng bukan bertujuan untuk bermegah dengan rakan lain tetapi kerana mahu meningkatkan martabat kesenian itu.

"Ini kerana seni silat Sendeng mempunyai beberapa jurus yang sesuai dipelajari remaja, terutama kesenian peradaban dan kesopanan ketika mempersembahkan silat.

SUMBER: BERITA HARIAN, 24 MAC 2009

23 Mac 2009

SEKITAR PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR KE-30

Sekitar Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir ke-30 Oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang Pada 27 Februari 2009.















SUMBER:MEDKOM JOHOR

ELAK MARINA TANJUNG EMAS TERBIAR

MUAR 22 Mac - Kemudahan Marina Tanjung Emas di Sungai Muar tidak sewajarnya terbiar begitu sahaja kerana ia berpotensi dikembangkan dengan pelbagai kegiatan pelancongan.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Jabatan Laut negeri yang menguruskan marina tersebut perlu mengendalikannya dengan baik agar tidak menjadi projek gajah putih.

"Saya berharap pembinaan (marina) itu tidak terbiar, ia sepatutnya digunakan sebagai persinggahan untuk pelaut-pelaut atau rakyat tempatan.

"Manfaatnya yang besar pasti untuk industri pelancongan kerana ia untuk pelayar-pelayar yang singgah di Sungai Muar," katanya di sini baru-baru ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 MAC 2009

247 PELAJAR UTHM SERTAI PROGRAM BESTARI KOMUNITI

LEDANG 22 Mac - Seramai 247 pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2009 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, di sini.

Program selama tiga hari itu menempatkan pelajar-pelajar terbabit di rumah 129 keluarga angkat yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak universiti dan masyarakat setempat.

Majlis pelancaran program tersebut di Sekolah Kebangsaan Serom 3 disempurnakan oleh Menteri Besar Johor yang juga Ahli DUN Serom, Datuk Abdul Ghani Othman dan disaksikan oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Abdul Ghani dalam ucapannya berharap, program berkenaan dapat memberi pendedahan sewajarnya kepada masyarakat desa mengenai pengajian tinggi dan prospek kerjaya yang tersedia dalam bidang profesional.

"Kita mempunyai sistem pendidikan yang luas dan adil merangkumi pelbagai bidang.

"Bidang pendidikan dahulu cuma dapat dinikmati masyarakat bandar, namun, sekarang anak pekebun kecil, anak pemandu teksi atau anak siapa sahaja mampu berjaya ke mercu universiti," katanya pada majlis tersebut kelmarin.

Menurutnya lagi, program berkenaan diyakini dapat membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, menurut Mohd. Noh, penganjuran program Jalinan Bestari itu diharap dapat membantu membangunkan kecemerlangan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti telah disusun dalam program Jalinan Bestari tersebut termasuk kursus motivasi kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah, kursus penggunaan komputer, gotong-royong di seluruh kawasan Serom serta ceramah agama.

Selain itu, khidmat masyarakat juga diberikan secara terus kepada penduduk setempat menerusi khidmat bantuan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan swasta serta penyampaian sumbangan kepada keluarga susah.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 MAC 2009

TERNAKAN KUPANG BERPOTENSI TARIK PELANCONG

TANGKAK: Perusahaan ternakan kupang dalam sangkar di sepanjang Selat Johor dan Sungai Melayu di negeri ini berpotensi dimajukan, termasuk sebagai tarikan pelancong dengan penggunaan sangkar yang lebih menarik dan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata pada masa ini terdapat kira-kira 120 pengusaha kupang di kawasan itu yang mengeluarkan kupang berkualiti dan boleh mendapat pasaran yang baik.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan meminta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) bekerjasama dengan Jabatan Perikanan bagi memodenkan lagi penggunaan sangkar ternakan kupang di kawasan berkenaan.

"Kita mahu struktur sangkar lebih moden supaya perusahaan itu lebih efisien dan cantik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Nelayan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Selain itu, katanya, kedudukan Selat Johor di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia memberi kelebihan untuk industri berkenaan dimajukan dan pada masa sama boleh menjadi tarikan pelancong.

Abdul Ghani berkata, pihaknya sudah mengarahkan pihak berkaitan supaya menyediakan kertas cadangan untuk pemodenan projek ternakan kupang dalam sangkar itu sebelum ia dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik.

Katanya, pemodenan ternakan kupang dalam sangkar di Selat Johor dan Sungai Melayu juga akan dijadikan projek perintis sebelum ia dilaksanakan di kawasan lain.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk melaksanakan projek ternakan kupang dalam sangkar di Sungai Kesang, Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Muar.

SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MAC 2009

USAH BIAR MARINA MUAR JADI GAJAH PUTIH: GHANI

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

ABDUL GHANI menyerahkan cek bantuan kepada nelayan yang mengalami kerugian akibat kerja pengorekan muara Sungai Muar.

TANGKAK: Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman meminta pembukaan Marina Muar di Tanjung Emas, Muar dipercepatkan bagi mengelakkannya menjadi projek gajah putih, sekali gus menyebabkan bangunan dibina kira-kira tiga tahun lalu bertukar usang.

Beliau berkata, marina yang dibina di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan diuruskan Jabatan Laut itu sepatutnya sudah lama dibuka, tetapi masih gagal beroperasi sebagai tempat persinggahan dan kemudahan pelayar.

“Saya bimbang ia terbiar begitu saja. Marina itu untuk bot pelayar dan kita berharap ia tidak terbiar kerana akan menjadi projek gajah putih kerana bangunannya juga semakin usang," katanya.

Abdul Ghani berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek bantuan bernilai RM157,000 kepada 88 nelayan Sungai Kesang dan Muar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini kelmarin.

Bantuan disumbangkan kerajaan negeri berjumlah RM107,000, manakala syarikat menjalankan kerja pengorekan muara Sungai Muar menyumbang RM50,000 bagi membantu nelayan berkenaan yang kerosakan jaring akibat projek terbabit.

Abdul Ghani berkata, pembinaan marina di muara Sungai Muar juga dipercayai menyebabkan sungai semakin cetek selain alur ombak berubah ke arah pantai yang terletak berhampiran projek itu.

Katanya, kerja mengorek muara Sungai Muar terpaksa dijalankan pada akhir 2007 dan muara itu dijangka perlu diperdalamkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terus cetek.

"Muara Sungai Muar dikatakan cetek terutama apabila marina dibina di Tanjung Emas. Sebenarnya kerajaan Johor tidak tahu hujung pangkal pembinaannya kerana ia adalah projek kerajaan Persekutuan.

“Pada masa ini, kerajaan negeri tidak tahu perancangan untuk marina itu kerana ia diserahkan kepada Jabatan Laut tetapi berharap pembukaannya dapat dipercepatkan supaya kemudahan sedia ada dapat digunakan sepenuhnya,” katanya.

Menteri Besar berkata, selain Muar, satu lagi marina terletak di Tanjung Pengelih dekat Pengerang untuk kemudahan pelayar selain merebut peluang daripada kedudukan negeri ini di persisiran pantai Selat Melaka dan Laut China Selatan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MAC 2009

KETUA MENTERI DIGESA BERSIKAP TELUS

LEDANG 22 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu bersikap telus dalam isu peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, ia merupakan isu serius kerana membabitkan peletakan jawatan pada peringkat pentadbiran kerajaan negeri dan bukan dalam parti politik.

"Isu ini membabitkan kepentingan rakyat Pulau Pinang, maka Ketua Menteri yang mengetuai pentadbiran negeri patut memberi penjelasan sejelas mungkin mengenai peletakan jawatan itu dan bukannya berdolak-dalik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Khemah Kerja MCA Bahagian Pagoh di Gunung Ledang Resort di sini hari ini.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Exco kerajaan negeri yang akan berkuat kuasa 8 April ini.

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP bagaimanapun enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Mohammad Fairus.

Menurut Tee Keat, dalam tempoh sesingkat 24 jam, beliau mendapati terlalu banyak perubahan mengejut dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kalau perkara beginipun, tidak dapat dijelaskan secara ikhlas dan telus, bagaimana kita harapkan dia mengotakan janji untuk mentadbir Pulau Pinang secara telus," katanya.

Katanya, biarpun penjelasan mengenai isu tersebut akan diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, peletakan jawatan yang berlaku bukan melibatkan skop parti politik.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 MAC 2009

21 Mac 2009

TERNAKAN KUPANG DIMODENKAN

LEDANG 20 Mac - Aktiviti ternakan dan pembiakan kupang di perairan membabitkan kawasan Iskandar Malaysia akan dimodenkan supaya menjadi lebih efisyen dan dapat menjadi tarikan pelancongan ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dua kawasan yang dikenal pasti bagi pemodenan kegiatan pembiakan berkenaan adalah di Sungai Johor dan Sungai Melayu di Johor Bahru.

''Dalam konteks pemodenan, kerajaan negeri telah meminta Jabatan Perikanan agar menghasilkan struktur pembiakan yang lebih efisyen dan lebih cantik berbanding sekarang ini.

''Aktiviti pembiakan ini perlu dikemaskan bukan sahaja untuk kegiatan ekonomi hasil laut malah dapat dijadikan tarikan pelancongan dari sudut pembangunan kawasan perairan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek bantuan kepada para nelayan di sekitar daerah Ledang dan Muar di Dewan Jubli Intan, Tangkak di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghani, sehingga kini, terdapat sebanyak 120 pengusaha terlibat dalam kegiatan pembiakan kupang di kawasan perairan dari Tebing Runtuh sehingga Pasir Putih.

Jelas beliau, usaha bagi memodenkan kegiatan berkenaan akan turut melibatkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Sementara itu, Abdul Ghani memberitahu, peruntukan sebanyak RM157,000 telah dikeluarkan bagi membayar pampasan kepada 88 nelayan di Sungai Muar yang terjejas pendapatan akibat pukat mereka rosak berikutan kerja-kerja mendalamkan sungai tersebut tahun lalu.

Katanya, sebanyak RM107,000 daripada peruntukan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri manakala bakinya disumbang oleh syarikat kontraktor kerja-kerja pengorekkan sungai tersebut.

''Kami meyakini yang berlakunya kerosakan kepada peralatan para nelayan akibat kerja-kerja yang dilakukan dan keputusan telah diambil untuk membantu para nelayan,'' katanya.

Tambahnya, pampasan berkenaan akan diagihkan kepada para nelayan terbabit bergantung kepada kerugian peralatan yang dialami mereka.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 MAC 2009

4 RIVERS EARMARKED FOR BREEDING FISH IN CAGES

Chong Chee Seong

Four rivers in Johor have been identified as most suitable for the breeding of fish in cages while the Johor Straits is best for mussel cultivation.

Datuk Abdul Ghani Othman says working papers will be prepared for the projects.
Datuk Abdul Ghani Othman says working papers will be prepared for the projects.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said he had directed the state Fisheries Department to undertake in-depth studies and prepare working papers on the four rivers, namely, Sungai Johor, Sungai Pulai, Sungai Muar and Sungai Kesang so that large-scale breeding could be implemented there.

He said he had also directed the department to design a modern structure for mussel breeding in the Johor Straits to attract tourists.

Ghani said relevant departments in the districts must monitor the cleanliness of the rivers to prevent pollution.

"The fishing industry is important as Johor is a maritime state surrounded by the South China Sea, the Johor Straits and the Straits of Malacca," he said after presenting compensations totalling RM157,000 to 88 inshore fishermen along Muar coast at Tangkak, Ledang, on March 20.

The compensations were for the fishermen after they lodged reports that their boats, fishing nets, traps and equipment were damaged by a dredging company.

Ghani said he would continue to liaise with the fishing community to understand their problems, needs and aspirations.

He said he was aware that the catch at sea had dwindled and therefore it was important to find ways to provide fishermen with alternative sources of income.

"That is why I had directed the relevant departments to look into the possibilities of increasing the breeding of fish in cages in more Johor rivers.

"As for mussels, Johor is known to be the biggest producer in the country and therefore all efforts must be made to fully exploit the potential of this industry," he added.

On the RM27.3 million marina at the estuary of the Muar river, Ghani said he had directed the Marine Department to expedite its use to prevent it from becoming a "white elephant".

The marina, which would be used as a stopover for local and foreign luxury boats, was completed in 2007.

The construction undertaken by Kuala Lumpur-based Maju Holding includes the Marina Tanjung Emas clubhouse, restaurant, multi-purpose shop, gymnasium, surau, restrooms, rooms for meetings, conferences and courses, and an office for the Immigration, Marine and Customs departments.

It also includes a breakwater and a pontoon for 52 boats to berth.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, JOHOR BUZZ, 21 MARCH 2009

20 Mac 2009

YPKDT PERKUKUH INSTITUSI KEKELUARGAAN

MOHD TAHA (tengah) memberikan nama kepada seorang bayi sempena Program Pengamalan Sakinah di Surau Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, kelmarin.

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my

MUAR: Institusi kekeluargaan yang kukuh, bukan saja dapat mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi dapat mengelak generasi muda daripada terjebak dalam kegiatan gejala sosial.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap tingkah laku anak-anak, selain melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan untuk membantu meningkatkan pembangunan minda generasi muda.

Pegawai Penyelaras Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Ta'zim (YPKDT) daerah Muar, Salehoddin Sulaiman, berkata langkah itu juga selaras dengan ajaran yang terkandung di dalam program Modul Sakinah yang diperkenalkan kerajaan negeri di negeri ini, sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, melalui program itu masyarakat Islam diberikan bimbingan dan tunjuk ajar, dengan penekanan terhadap pentingnya ibu bapa mendidik anak serta melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan agama serta mengamalkan cara hidup berlandaskan ajaran al- Quran dan sunnah.

"Bagi memastikan garis panduan yang terdapat dalam program Modul Sakinah dilaksanakan secara menyeluruh, YPKDT kini memperluaskan lagi program itu kepada program Pengamalan Sakinah, sejak dua tahun lalu.

"Langkah itu bertujuan membimbing masyarakat Islam supaya sentiasa mengukuhkan institusi kekeluargaan untuk menjana keluarga bahagia di kalangan masyarakat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Pengamalan Sakinah DUN Gambir anjuran bersama YPKDT Daerah Muar dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama ialah, Pegawai Penggerak Sakinah Daerah, Zakaria Muhamad, Pengerusi JKKK Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar, Ketua UMNO Cawangan, Muslim Jasmin, Imam Masjid Jamek Parit Kassan, Mohd Taha Husnan, dan Pengerusi Surau Dua Parit Kassan, Mos Pandi.

Katanya, Pegawai Penggerak Sakinah yang dilantik di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, diarahkan meningkatkan lagi program Pengamalan Sakinah sehingga ke peringkat akar umbi, selain meneruskan siri ceramah di masjid dan surau, sebagaimana diadakan sebelum ini.

Salehoddin berkata, melalui program Pengamalan Sakinah, Pegawai Penggerak Sakinah akan turun padang untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar terhadap acara dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam dalam kehidupan seharian, melalui majlis keraian, kenduri kendara, sama ada dianjurkan secara berkelompok atau secara individu.

Beliau berkata, antara acara yang diberikan tumpuan ialah, menyambut kelahiran bayi, bercukur jambul, memberi nama bayi dan program berkaitan dengan majlis keraian, kenduri kahwin, menziarahi dan memandikan jenazah serta majlis membaca Yassin dan tahlil.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak penganjur majlis melakukan perkara khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam, sekali gus boleh mengelirukan masyarakat.

"Ini kerana ada antara acara yang diadakan sebelum ini, dikenal pasti banyak dipengaruhi budaya agama lain yang jika diamalkan berterusan boleh memesongkan akidah," katanya.

Sempena program itu, diadakan acara bercukur rambut dan menamakan bayi yang baru lahir bagi pasangan Mohd Khairi Paimin dan Sumarmi Barnin.

Acara lain, ialah penyerahan taklif iaitu tanggungjawab keagamaan daripada ibu bapa kepada tujuh remaja yang sudah akil baligh, bagi memastikan mereka mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.

Sementara itu, Zakaria berkata, melalui kegiatan yang dianjurkan melalui Program Pengamalan Sakinah di peringkat kampung dan mukim membolehkan semua lapisan masyarakat Islam setempat sama ada lelaki, wanita, dewasa, generasi muda dan kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 MAC 2009

HASRAT KAJI SEJARAH TEMENGGONG MUAR TERCAPAI

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my

MUAR: Hasrat seorang pengkaji sejarah dari Jepun, menjejakkan kakinya ke daerah ini, akhirnya tercapai apabila beliau dibawa meninjau kesan sejarah pemerintahan Temenggong Muar, di Kampung Pengkalan Kota, Durian Condong, di sini, baru-baru ini.

Profesor Mika Okushima, 39, dari Kanda University of International Studies, Jepun, itu juga dibawa melawat kesan peninggalan sejarah Temenggong Muar di Kampung Lubuk Batu, Segamat.

Beliau diiringi Pengerusi Persatuan Waris Temenggong Muar (Pewaris), Raja Abdul Rahman Raja Basok, dalam usaha membantu beliau menerbitkan buku sejarah mengenai pemerintahan Temenggong Muar untuk dijadikan bahan rujukkan di universiti berkenaan.

Okushima, 39, berkata beliau dengan kerjasama Kementerian Pendidikan di negaranya sedang berusaha menerbitkan buku sejarah mengenai pemerintahan Temenggong Muar yang dikatakan berkaitan dengan pemerintahan Kesultanan Johor Lama.

Beliau mendakwa, dia sudah menjalankan kajian mengenai pemerintahan Kesultanan Johor Lama sejak 10 tahun lalu termasuk mengadakan lawatan di beberapa daerah di Kalimantan, Indonesia, Sabah dan Sarawak.

"Lawatan kami ke daerah ini dan Segamat dapat melengkapkan lagi hasil kajian yang dilakukan sebelum ini, sekali gus membolehkan buku yang bakal diterbitkan itu mengandungi bahan sejarah tempatan yang lengkap.

"Saya gembira dan bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri enam keturunan makam Temenggong Muar, di Segamat dan satu lagi di daerah ini iaitu, di Kampung Pengkalan Kota,” katanya yang fasih berbahasa Melayu/Indonesia ketika ditemui di kampung berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Pengkalan Kota, Anuar Hamzah dan Tengku Khairul Azuan Tengku Saedin, 26, iaitu salah seorang waris keturunan Almarhum Sultan Hussin Shah, Sultan Johor ke-16 yang kini menetap di Bukit Siput, Segamat.

Awal Januari lalu, Okushima menghantar beberapa e-mel dalam bahasa Melayu kepada Pewaris dengan menyatakan hasrat untuk datang ke Muar bagi meninjau kesan peninggalan sejarah pembesar Muar itu.

Antara isi kandungan e-melnya, beliau menyatakan beliau dari Jepun dan seorang pengkaji antropologi serta pernah menyelidik sejarah daerah Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

Beliau mendapatkan maklumat mengenai sejarah pemerintahan Temenggong Muar melalui laman lama web Pewaris.com selepas beberapa laporan mengenai disiarkan di akhbar ini, baru-baru ini.

Hasil kajiannya selepas bertemu dengan penduduk tertua di wilayah Kalimantan, Sabah dan Sarawak, beliau berjaya mengumpul sejarah lisan mengenai Kesultanan Bulungan, di sempadan Sabah-Indonesia.

Katanya, kajian itu mendapati seorang putra Sultan Johor dikatakan berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Bulungan, Kaharudin 1 dan meninggal dunia pada 1850, di mana keturunannya menjadi bangsawan Muar.

Abdul Rahman berkata, di Segamat, Okushima diberi penerangan mengenai kesan peninggalan sejarah Temenggong Muar oleh mantan Penghulu Mukim Sungai Segamat, Ahmad Sulaiman, 59, bersama Tengku Khairul Azuan.

Katanya, Okushima dibawa melawat makam Temenggong Muar serta kerabat di Kampung Lubok Batu.

Beliau berkata, Okushima juga diberi penerangan mengenai sejarah pembukaan Segamat oleh Bendahara Tepok atau Bendahara Lubok Batu iaitu keturunan Bendahara Kesultanan Melayu Melaka terakhir pada 1511.

Anuar pula berkata, mengikut Sejarah Melayu, Bukit Kepong dan Lenga, hulu Sungai Muar, asalnya dikenali sebagai Teluk Dalam, kerana di situ terdapat sebuah telok yang dalamnya 14 meter.

Beliau berkata, di tepi tebing teluk yang tinggi di Teluk Dalam itu dikatakan tempat membina istana pemerintah Muar yang berpusat di hulu Sungai Muar.

Menurut Tengku Khairul, sejarah pemerintahan Temenggong Muar berkait rapat dengan pemerintahan Sultan Hussin Shah dan Sultan Ali yang bermula pada 1707.

Beliau berkata, pemerintahan Temenggong Muar bermula pada 1707 dan berakhir pada tahun 1935.

SUMBER: BERITA HARIAN, 20 MAC 2009

16 Mac 2009

BEKAS PENAGIH PELAJARI KEMAHIRAN URUT REFLEKSOLOGI

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

MUAR: Seramai 30 pelatih Pusat Serenti Muar, dekat sini menjadi kumpulan perintis kursus urut refleksologi di negara ini melalui latihan selama tiga bulan yang dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat refleksologi berpengalaman.

Kursus secara percuma itu dikendalikan kakitangan Pusat Refleksologi Suria, Pusat Tabib SK dan Pusat Pemulihan Teraju dengan membabitkan pelatih yang mempunyai minat dalam bidang itu dan mempunyai tempoh antara empat hingga lima bulan sebelum dibebaskan dari pusat serenti berkenaan.

Kursus itu kali pertama diadakan di pusat serenti di negara ini sebagai tambahan kepada kursus kemahiran sedia ada termasuk vokasional, bengkel, mekanik dan pertanian.

Penganjuran kursus itu menerima sambutan menggalakkan apabila kebanyakan pelatih terbabit tekun belajar teknik mengurut kaki dengan betul dan hanya selepas kira-kira tiga minggu saja, mereka sudah bersedia serta mampu mengurut kaki dengan betul.

Komandan Pusat Serenti Muar, V M Asok Kumar, berkata kursus refleksologi itu boleh memberi kemahiran kepada bekas pelatih untuk mencari rezeki selepas keluar dari pusat berkenaan.

Beliau turut berterima kasih dengan inisiatif NGO dan pusat refleksologi terbabit yang menjalankan latihan secara percuma kerana mengikut pasaran semasa, kursus selama tiga bulan itu membabitkan kos kira-kira RM5,000 bagi setiap pelatih.

"Kursus kemahiran itu penting untuk pelatih hidup di luar apabila dibebaskan kelak kerana umum mengetahui mengenai keaiban masyarakat terhadap bekas penagih dadah. Sehubungan itu, jika pelatih mempunyai kemahiran, mereka boleh mencari rezeki sendiri," katanya.

Katanya, kursus refleksologi menjadi tambahan kepada program kemahiran lain yang di pusat serenti itu termasuk dalam bidang vokasional, bengkel dan sektor pertanian, sekali gus mempelbagaikan program sedia ada.

Beliau berkata, pemilihan pelatih kursus refleksologi berdasarkan kepada minat dan hanya membabitkan pelatih fasa tiga iaitu mereka yang akan dibebaskan dalam tempoh empat atau lima bulan.

Katanya, pihaknya merancang menjalankan kursus itu secara berterusan di pusat serenti, tambahan pula perkhidmatan refleksologi semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat negara ini.

Sementara itu, Perunding Tabib Cina Pusat Refleksologi Suria, Chia Sui Kin, berkata tempoh perkhidmatan refleksologi itu mengambil masa kira-kira 45 minit dan bagi mereka yang baru dalam bidang itu boleh mendapat upah kira-kira RM20 bagi setiap pelanggan.

Katanya, bidang itu boleh memberi pendapatan paling kurang RM1,000 sebulan, manakala mereka yang mempunyai kemahiran tinggi boleh mendapat pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

"Jika betul-betul minat untuk belajar bidang itu seseorang yang mempunyai kepakaran boleh memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan," katanya.

Chia berkata, beliau juga merancang untuk membuka pusat refleksologi baru bagi memberi peluang pekerjaan kepada bekas pelatih pusat serenti itu.

Sementara itu, seorang pelatih yang hanya dikenali sebagai Mazlan, 44, berkata beliau menyertai program itu kerana minat dalam bidang refleksologi dan akan menggunakan kemahirannya sebagai pekerjaan apabila dibebaskan dari pusat berkenaan akhir Jun ini.

SUMBER: BERITA HARIAN, 16 MAC 2009

30 INMATES TO UNDERGO FREE FOOT REFLEXOLOGY COURSE

THIRTY inmates from the Muar Drug Rehabilitation Centre have been short-listed to undergo a three-month foot reflexology course.

Muar Drug Rehabilitation Centre commandant V. M. Asok    Kumar (right) having  a foot massage.
Muar Drug Rehabilitation Centre commandant V. M. Asok Kumar (right) having a foot massage.

Centre commandant V. M. Asok Kumar said this is the latest course offered for inmates in drug rehabilitation centres nationwide with cooperation from non-governmental organisations.

He said all selected inmates will be awarded with a certificate after passing their examinations to be supervised by the respective NGOs.

"The inmates are lucky as the course is provided free. Otherwise, they have to pay RM2,000 to acquire the skills outside.

"I hope they will make full use of their skills after they are released from the centre.


"The 30 inmates are those who are interested in the course and are about to be released soon," he said.

The three-month training will be held once a week and handled by four experts of Pusat Pemulihan Teraju, Pusat Pemulihan Cahaya and Pusat Tabib SK.

Other courses available for inmates are farming, livestock farming, vocational training and handicraft-making.

Pusat Pemulihan Teraju manager Chia Sui Kin said the free course offered by his centre is part of his social responsibility to give back to the society.

"After the course, the inmates will be equipped with new skills which could help them earn at least RM1,000 a month. Those who are experienced enough could easily rake in RM3,000 to RM4,000 a month.

"To be an expert in the field, one has to learn at least seven years," he said.

SOURCE: NST JOHOR BUZZ, 16 MARCH 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

LEDANG: JAWATANKUASA Sambutan Maulidur Rasul SAW Kampung Sungai Rambai, Bukit Gambir menjemput kaum muslimin di sekitar Bukit Gambir dan daerah ini ke majlis tersebut yang akan diadakan esok, Selasa, 17 Mac.

Menurut jurucakapnya, majlis tersebut akan diadakan di perkarangan Surau Kampung Sungai Rambai mulai jam 2.30 petang.

Katanya, penceramah undangan program itu ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Ledang, As-sheikh Haji Sulaiman Maidin.

15 Mac 2009

KETUA WANITA LEDANG MENINGGAL




MUAR 14 Mac – Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Aminah Ahmad (gambar), 62, meninggal dunia hari ini di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini akibat penyakit radang paru-paru.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 8.10 pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu semalam.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuntang, Tangkak kira-kira pukul 11.30 pagi.

Aminah yang merupakan bekas pengetua sekolah telah memegang jawatan ketua Wanita bahagian itu sejak 2004.

Beliau merupakan seorang yang disenangi ramai dan aktif dalam kegiatan masyarakat.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 15 MAC 2009

KETUA WANITA UMNO LEDANG MENINGGAL

AMINAH AHMAD


MUAR: Ketua Wanita Umno Bahagian Ledang, Aminah Ahmad, 62, meninggal dunia ketika dirawat akibat penyakit radang paru-paru di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini semalam.

Allahyarham adalah bekas pengetua sekolah dan juga rakan sekelas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 10.30 pagi kelmarin.

Allahyarham memegang jawatan ketua wanita bahagian itu sejak 2004 dikenali sebagai seorang yang aktif dan disenangi semua pihak.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, Tangkak, kira-kira jam 11.30 pagi.

SUMBER: BERITA MINGGU, 15 MAC 2009

13 Mac 2009

QURAN INTERPRETERS TO HELP MUSLIMS

EACH of the 56 state constituencies will soon have a Quran interpreter to help Muslims better understand the Holy Book.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the new appointments were approved by the state assembly recently.

The interpreters will join the state Religious Department.

The experts will assist Muslims to grasp the actual interpretations and know the true meanings of the Arabic words.

"Every Muslim can read and recite the Koran fluently, but very few understand it properly.

"So they have lost the intrinsic value of the Koran," he said at the opening of the Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir Parent-Teacher Association annual meeting at Bukit Gambir, Ledang.

SOURCE: NST JOHOR BUZZ, 13 MARCH 2009

HADIAH ULANG TAHUN KE-25


SEBAHAGIAN daripada 25 pelajar cemerlang SPM menunjukkan sijil masing-masing selepas majlis meraikan pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Muar, Muar, semalam.


MUAR 12 Mac - Sambutan ulang tahun ke-25 Sekolah Menengah Sains Muar tahun ini cukup manis dengan kejayaan muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Sekolah berkenaan berjaya mencatatkan jumlah pelajar sebanyak 25 orang yang mendapat keputusan semua A1 dalam mata pelajaran yang diambil dan 58 orang mendapat semua A1 dan A2.

Kejayaan muncul sekolah terbaik peringkat negeri merupakan kejayaan kali keempat berturut-turut bagi Sekolah Menengah Sains Muar sejak tahun 2005.

Menurut Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Zakaria Haiyun, pencapaian tahun ini nyata begitu membanggakan kerana para pelajar telah berjaya menyahut cabaran yang diberikan.

"Malah bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam keputusan SPM tahun 2008 meningkat lebih tiga kali ganda berbanding sembilan orang pada SPM 2007," katanya pada majlis meraikan pelajar SPM cemerlang di sekolah tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Muar, Zainal Amin.

Zakaria berkata, pengetua sekolah itu, Samian Sawiyo tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana berada di Johor Bahru untuk menerima anugerah sekolah cemerlang daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang, Nurul Nadia Mohd. Nasir melahirkan rasa bangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada rekod cemerlang sekolah berkenaan.

"Bagi saya, di samping belajar bersungguh-sungguh, kita juga tidak boleh melupakan aktiviti riadah," katanya yang mencatat keputusan 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Bagi Muhammad Syafiq Mohamed pula, kejayaannya memperoleh semua 9A dalam SPM turut banyak disumbang para gurunya yang cukup berdedikasi.

"Bagi saya, 60 peratus daripada kejayaan ini adalah hasil tunjuk ajar guru dan bakinya adalah usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh dengan solat yang tidak dilupakan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 MAC 2009

12 Mac 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA SK SIMPANG 5 DARAT

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat, Bukit Gambir, Ledang, Johor bergambar bersama Guru Besar SKS5D, Mazlan Ahmad (kanan sekali) selepas majlis Kejohanan Olahraga 2009 sekolah itu, baru-baru ini. (Foto: Nan9864)

IMAM RUGI RM30,000 RUMAH TERBAKAR

LEDANG 11 Mac _ Seorang imam kerugian RM30,000 apabila sebahagian daripada rumahnya di Kampung Sialang, Tangkak di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Imam Masjid Kampung Sialang, Idris Ismail, 63, berkata, beliau bagaimanapun bersyukur kerana anak lelakinya, Idrul Hafifi, 21, yang berada dalam rumah ketika kejadian tersebut terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, beliau dan isterinya sedang berada di bandar Muar untuk mengikuti kelas agama.

''Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumah saya terbakar.

''Alhamdulillah, jiran saya itu kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk memadam kebakaran," katanya yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Sialang.

Menurut Idris, sebaik tiba di rumah, beliau mendapati pihak bomba telah memadam kebakaran yang memusnahkan bahagian ruang tamu dan dua bilik di dalam rumahnya.

''Sebenarnya, saya risaukan anak kerana dia mempunyai masalah saraf dan banyak kali termenung selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tetapi syukur dia terselamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kejadian itu,'' katanya.

Hasil siasatan awal pihak bomba, kebakaran tersebut berkemungkinan berpunca daripada litar pintas.

Menurut Idris, rumah itu telah didiami keluarganya sejak 30 tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa penghargaan terhadap kehadiran ramai pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada keluarganya.

''UMNO Bahagian Tangkak telah bersetuju memberi bantuan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tangkak, Goh Tee Tee juga melawat rumah saya tadi dan menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban,'' katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 12 MAC 2009

09 Mac 2009

BANYAK KHAZANAH NABI MASIH BELUM DIGALI


ACARA perarakan program kemestian sambutan Maulidur Rasul di negara ini. -Gambar hiasan


MAULID berasal daripada perkataan Arab yang bermakna melahirkan bayi. Pada hari ini perkataan maulid itu merujuk kepada sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW setiap kali tibanya tarikh kelahiran baginda iaitu, 12 Rabiulawal setiap tahun.

Berikut senarai beberapa lagi istilah perayaan kelahiran Rasulullah yang disambut oleh kebanyakan negara di dunia;

-Mawlid an-Nabi (pl. al-Mawalid) - Kelahiran Nabi * Muhammad (Arab)
-Milad an-Nabi - Kelahiran Nabi (Arab dan Urdu)
-Mevlid Serif - Kelahiran Yang Diberkati Allah (Turki)
-Mevlud - Kelahiran (Bosnia)
-Mawlud Sharif - Kelahiran Yang Diberkati (Urdu)
-Zadruz-e Payambar-e Akram - Kelahiran Junjungan Besar (Parsi)

-Eid al-Mawlid an-Nabawi - Perayaan Sambutan Kelahiran Nabi (Arab)

-Eid-e-Milad-un-Nabi - Festival Keputeraan Nabi (Urdu)
-Mawlid En-Nabaoui - Algeria (Afrika Utara)
-Yawm an-Nabi - Hari Kebangkitan Nabi (Arab)
-Maulidur-Rasul - Keputeraan Pesuruh Allah (Malaysia)
-Mulud - Keputeraan Nabi (Jawa)
-Maulid Nabi - Keputeraan Nabi Muhammad (Indonesia)
-Maulidi - Swahili (Afrika Timur)
-Gamou - Wolof (Senegal)

Menurut seorang teman yang pernah tinggal kerana bertugas di Jeddah, Arab Saudi, jangankan sambutan, bahkan tiada cuti diperuntukkan bagi setiap kali tibanya tarikh besar 12 Rabiulawal di negara yang menjadi tanah keputeraan Rasulullah SAW itu!

Namun, jangan menaruh sebarang prasangka atau menuduh Arab Saudi seolah-olah tidak mengenang perjuangan dan pengorbanan Rasulullah kerana apa yang penting, kita yang berpeluang untuk menyambut Maulidur Rasul, kita mesti menyambutnya!

Sebagai tanda kecintaan terhadap Rasulullah, kerana tanpa tarikh keputeraan baginda itu, maka lahirkah Islam yang menjadi anutan kita sehingga ke saat ini?

Telah lebih 1,400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita maka wajar sekali jika sambutan Maulidur Rasul mesti diteruskan.

Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh ulama terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradawi bahawa di zaman Rasulullah, para sahabat Rasulullah SAW tidak merayakan hari kelahiran baginda kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak geri Rasulullah. Seterusnya ingatan terhadap baginda itu tetap kekal dalam hati dan ingatan.

"Namun generasi-generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesan-kesannya maka dengan itu perayaan Maulid Rasul perlu diadakan," katanya.

Tanpa adanya sebarang sambutan, tidak mustahil ramai yang hanya mengenang Rasulullah hanya pada namanya sahaja. Tiada keinsafan yang timbul di hati bagi menjadikan Rasulullah itu sebagai suri teladan bagi menciptakan kejayaan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Namun sambutan ini sebenarnya ada di pelbagai peringkat, tidak sekadar dengan menyertai pelbagai program yang diaturkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menganjurkan sambutan.

Di peringkat dalaman, setiap detik 12 Rabiulawal perlu memberikan pengertian yang besar dalam setiap diri pengikut Nabi Muhammad. Apakah ertinya Junjungan Besar ini kepada diri kita secara individu. Adakah sekadar kerana kita melafazkan sumpah atas nama baginda setiap kali mengucapkan dua kalimah syahadah, maka itu sudah menjadi menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai mengakui kerasulan Nabi?

Di saat kadang kala Nabi Muhammad dijadikan bahan cercaan dengan pelbagai cerita palsu oleh sesetengah pihak yang memusuhi Islam, adakah kita mampu untuk melawan untuk mempertahankan Rasulullah?

Begitu juga apa erti Maulidur Rasul ini jika peranan baginda sebagai seorang pendakwah tidak diteruskan oleh umatnya tetapi dalam masa yang kita mendakwa kononnya kagum dengan segala perjuangan dan pengorbanan Nabi? Tidakkah kita bertanggungjawab untuk memperkenalkan baginda kepada yang bukan Islam dan mengajak mereka supaya mengakui kerasulan baginda itu?

Bercerita mengenai Maulidur Rasul ini, beberapa aspek yang perlu kita ketahui betapa kelahiran Nabi sebenarnya telah ditunggu-tunggu!

Mereka dikhabarkan bahawa kelahiran baginda akan memberikan sinar yang menerangi kehidupan kerana antara lain baginda akan membawa pengikutnya menuju kebahagiaan abadi, iaitu kita akan kembali ke syurga!

Tetapi yang menunggu keputeraan baginda tentunya bukan terdiri dari kaum Arab Jahiliah yang telah tersesat jauh dengan berhala-berhala mereka.

Bayangkan suasananya apabila kelahiran seorang nabi akhirnya telah menjadi heboh tersebar dan diperkatakan orang.

Abu Sufyan pernah marah kepada Umayya bin Abi'sh-Shalt disebabkan orang ini sering mengulang-ulang cerita para rahib (Nasrani dan Yahudi) mengenai akan lahirnya seorang Nabi. Oleh kerana sesuai dengan kedudukan Abu Sufyan yang menjadi terkenal di kalangan kaum Arab, beliau berkata; "Para rahib itu suka membawa cerita semacam itu kerana mereka tidak mengerti soal agama mereka sendiri. Mereka memerlukan sekali adanya seorang nabi yang akan memberi petunjuk kepada mereka.

"Tetapi kita yang sudah punya berhala-berhala, yang akan mendekatkan kita kepada Tuhan, tidak memerlukan lagi hal serupa itu. Kita harus menentang semua pembicaraan yang seperti ini," katanya.

Daripada kata-kata Abu Sufyan itu jelas menunjukkan betapa fanatiknya beliau sebagaimana orang Arab yang lain terhadap kepercayaan karut menyembah berhala.

Sedangkan ketika itu kenabian Muhammad SAW sudah dekat dan di ambang pintu bahwa dari tanah Arab itu, satu cahaya Tauhid dan sinar kebenaran akan memancar ke seluruh dunia.

Walaupun apa yang berlaku, Nasrani dan Yahudi telah menolak kerasulan Nabi Muhammad kerana baginda tidak dilahirkan di kalangan mereka, tetapi kita juga sewajarnya mempunyai semangat seperti mereka.

Yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran Nabi Muhammad kerana tidak sabar untuk mengikuti segala ajaran baginda!

Begitu sahaja kita menyambut Hari Maulidur Rasul, berselawat terhadap baginda sahaja adalah mesti tetapi akuilah banyak lagi khazanah Rasulullah masih banyak tidak digali!

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 MAC 2009

05 Mac 2009

56 PAKAR TAFSIR AL-QURAN

MUAR: Kerajaan Negeri Johor bakal melantik 56 Pakar Tafsir al-Quran yang akan ditempatkan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi memastikan masyarakat Islam di negeri ini, bukan hanya mahir mengaji tetapi juga faham terjemahan dan maksudnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, jawatan baru yang diwujudkan itu diletakkan di bawah Jabatan Agama Johor (Jaj) dan pakar tafsir al-Quran itu akan dilantik di kalangan mereka yang berkelulusan universiti tempatan atau antarabangsa.

"Masyarakat Islam rata-rata mahir mengaji al-Quran dan sudah dilatih sejak kecil lagi, malah ada pembacaan lengkap dengan taranumnya. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak faham dan mahir dengan maksud apa yang dibacakan.

"Kerajaan melantik pakar tafsir yang akan ditempatkan di semua DUN bagi memastikan masyarakat Islam bukan saja mahir membaca al-Quran tetapi turut memahami maksudnya," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Ke-30 Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, M Asojan; Guru Besar sekolah itu, Hawa Dumun dan Yang Dipertua PIBG, Suib Kamari.

Abdul Ghani turut meluluskan peruntukkan RM300,000 untuk projek pembinaan dewan sekolah yang mempunyai 734 murid dan 51 guru itu.

Sementara itu, beliau meminta Jabatan Pelajaran Johor untuk tidak lagi membina projek di padang sekolah kerana ia mengganggu kegiatan pelajar dan guru.

Katanya, kira-kira enam tahun lalu, banyak padang sekolah di negeri ini terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan projek pembesaran dan pembinaan makmal komputer.

"Pada masa depan, saya mencadangkan padang sekolah dikekalkan dan tidak ada padang dikorbankan untuk memberi laluan kepada pembesaran atau pembinaan makmal komputer," katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 5 MAC 2009

04 Mac 2009

HOSPITAL MERSING PERANGI AEDES

MERSING 3 Mac - Hospital Daerah Mersing akan menganjurkan Kempen Memerangi Aedes Peringkat Daerah di kawasan rekreasi Esplanet Kampung Seri Lalang di sini Sabtu ini.

Pegawai Kesihatan Hospital Daerah Mersing, Moktar Pungot berkata, kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran awal kepada penduduk-penduduk di daerah ini mengenai bahaya penyakit denggi yang dibawa nyamuk aedes.

"Pada kempen itu juga, kita akan menggalakkan orang ramai supaya mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi dan dipercayai terdapat aedes membiak," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan.

Menurutnya, selain kawasan rumah, perhatian juga harus diberikan kepada premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan, surau, masjid dan sekolah.

"Saya mengingatkan kepada semua, jika ada tanda-tanda seperti demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan," katanya.

Moktar turut meminta orang ramai supaya memeriksa kawasan rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk aedes.

P/S: Dr Mohtar Pungot@Ahmad adalah anak jati Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 4 MAC 2009

03 Mac 2009

56 DILANTIK PAKAR TAFSIR AL-QURAN

MUAR 2 Mac - Sebanyak 56 pakar tafsir al-Quran akan ditempatkan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini bagi membantu masyarakat Islam memahami dan menghayati kandungan kitab suci itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, mereka akan dilantik Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan hanya yang berkelayakan akan memainkan peranan tersebut.

"Dalam mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan, saya telah mencadangkan pelantikan itu selain kita galakkan budaya pembacaan al-Quran, kita juga perlu memahami terjemahannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir di sini kelmarin.

Menurut Abdul Ghani, pakar tafsir terbabit akan dipastikan merupakan lulusan agama peringkat tertinggi seperti daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang akan membantu masyarakat untuk lebih mendalami al-Quran.

"Dalam masyarakat Melayu, nenek moyang kita boleh membaca al-Quran dengan tajwidnya sekali, namun tidak dapat memahami kandungannya kerana tidak menguasai bahasa Arab.

"Oleh itu, usaha ini diharap dapat membantu masyarakat untuk faham terjemahannya," katanya.

Pada majlis tersebut, Abdul Ghani yang juga bekas murid sekolah berkenaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM300,000 untuk membiayai pembinaan bangunan dewan sekolah itu.

Beliau juga akan membantu sekolah tersebut bagi mendapatkan tanah berhampiran untuk dijadikan kawasan padang sekolah itu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 3 MAC 2009

02 Mac 2009

BERSIH SUNGAI MUAR

MUAR 1 Mac - Seramai 120 kakitangan Pioneer Technology (M) Sdn. Bhd., bergotong-royong membersihkan kawasan pesisiran Sungai Muar di Tanjung Agas di sini kelmarin.

Program yang bermula pukul 9 pagi itu turut mendapat kerjasama daripada SWM Environment Sdn. Bhd., yang bersama-sama mengutip sampah-sarap dan membersihkan kawasan awam di pesisiran tersebut.

Majlis perasmian program gotong-royong tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri dan turut dihadiri Pengarah Urusan Pioneer Technology, K. Miyamura.

Hamim dalam ucapannya memuji langkah yang diambil Pioneer untuk bersama-sama membersihkan kawasan awam yang berhampiran dengan kilang ia beroperasi.

"Program seperti gotong-royong ini diperlukan untuk menggerakkan kesedaran semua pihak dalam menjalankan tanggungjawab sosial menjaga kebersihan," katanya.

Beliau berharap langkah yang diambil oleh Pioneer itu dapat dicontohi syarikat korporat lain untuk bersama-sama menggerakkan aktiviti seumpama itu.

Katanya, adalah amat penting jika program gotong-royong diadakan dengan disertai semua pihak terutamanya anggota masyarakat agar dapat menanam sifat cintakan kebersihan dan alam sekitar.

"Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar ini supaya ia dapat dinikmati juga oleh generasi anak cucu kita," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 2 MAC 2009

SAMBUTAN MERIAH


ABDUL Ghani Othman dan Ong Tee Keat (tengah) bersama para pemimpin masyarakat pada sambutan perayaan Tahun Baru Cina anjuran MCA peringkat negeri Johor di Dataran Ledang, Tangkak, Ledang, Johor, kelmarin.

BIARPUN hampir sebulan berlalu, namun lebih 5,000 orang hadir bagi memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina anjuran MCA peringkat negeri Johor yang diadakan di Dataran Ledang, Tangkak, Johor, malam kelmarin.

Majlis yang padat dengan pelbagai persembahan kebudayaan itu secara tidak langsung turut meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan parti MCA.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor.

Tee Keat dalam ucapannya berkata, dengan genapnya 60 tahun penubuhan parti MCA, permuafakatan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini merupakan kekuatan utama yang menggerakkan pembangunan.

“Di bumi Malaysia ini, kita bukan sahaja beraya bersama-sama malah kita turut berjuang bersama-sama terutamanya dalam menghadapi kelembapan ekonomi global yang berlaku kini,” katanya.

Jelas beliau, MCA menerusi rangkaian kerjasama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan saling berganding bahu bagi membela kepentingan rakyat.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 2 MAC 2009