TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

31 Januari 2011

BN MENANG BESAR


MUHYIDDIN Yassin mengangkat tangan Mohd. Azahar Ibrahim setelah diumumkan sebagai pemenang kerusi DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, malam tadi. - Utusan/ISHAK RAHMAD


LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2011

30 Januari 2011

LARANGAN PEMBAKARAN KEKAL

LEDANG - Larangan pembakaran mercun dan bunga api sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari depan kekal seperti tahun yang sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Harun Idris berkata, larangan berkenaan bertujuan melindungi orang ramai daripada mengalami sebarang kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda akibat pembakaran mercun dan bunga api.

Menurutnya, bunga api yang diberi pengecualian juga masih sama iaitu jenis Pop-Pop kerana bunga api jenis ini tidak mengandungi bahan membakar serta tidak membahayakan orang ramai.

“Bagaimanapun, orang ramai diberikan kelonggaran untuk membakar bunga api dan mercun pada perayaan Tahun Baru Cina jika mereka mempunyai surat kebenaran daripada polis.

“Langkah ini bertujuan mengelakkan timbulnya pertikaian daripada pihak tertentu yang mengatakan polis tidak mengambil sebarang tindakan berhubung aktiviti pembakaran mercun dan bunga api,” katanya ketika Berdialog Bersama 20 Ketua Masyarakat Cina Daerah Ledang Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada orang awam yang ingkar arahan berkenaan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 kerana didapati memiliki, mengilang atau mengimport mercun atau bunga api.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua- duanya,” katanya.

Harun berkata, Tahun Baru Cina akan berlangsung dengan meriah dan bermakna jika semua pihak mematuhi larangan berkenaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan polis akan mempergiatkan kawalan keselamatan termasuk rondaan di kawasan kediaman penduduk ketika perayaan Tahun Baru Cina bagi mengelakkan kejadian pecah rumah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk memaklumkan kepada polis sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Ia untuk memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.

“Dengan cara ini mereka boleh meninggalkan kediaman dengan tenang tanpa memikirkan soal keselamatan harta benda,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atas segala maklumat orang ramai berikan sebelum meninggalkan rumah.

“Kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis,” katanya.

Harun berkata, di samping itu, selain bantuan daripada polis, masyarakat juga perlu mengamalkan sikap ‘jaga tepi kain orang’ bagi mengurangkan kadar jenayah di kediaman masing-masing untuk kebaikan bersama.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 30 JANUARI 2011

27 Januari 2011

NYARIS MAUT LANGGAR POKOK

LEDANG – Gara-gara keletihan, peniaga nyaris maut apabila kereta Proton Saga yang dipandunya terlanggar sebatang pokok di Parit Zink, Bukit Gambir, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.11 petang, mangsa Khairul Nizam Hashim, 33, bersama isteri Siti Liana Misdir, 29, serta anaknya, Alia Farhana, 2, dalam perjalanan dari Bukit Gambir ke Serom 8.

Saksi kejadian, Mohd Ali Taman, 45, berkata, sebelum kejadian dia berada di belakang kenderaan yang dipandu oleh mangsa.

Menurutnya, setibanya di Parit Zink kereta mangsa beralih ke lorong kiri jalan dan beliau menyangka mangsa memberi laluan kepadanya untuk memotong.

“Belum sempat saya memotong secara tiba-tiba kenderaan mangsa telah melanggar sebatang pokok di tepi jalan ini sebelum termasuk ke dalam parit berhampiran.

“Saya memberhentikan kenderaan dan cuba menyelamatkan mangsa tetapi terkejut apabila ternampak seorang kanak-kanak menangis di bahagian belakang kereta.

“Tanpa rasa takut saya segera memasuki parit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang dalam ketakutan selepas insiden ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ledang bersama-sama enam anggota bomba berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 27 JANUARI 2011

25 Januari 2011

PERSATUAN TERUS REALISTIK

LEDANG - Persatuan Kuil Subramaniam Tangkak terus realistik apabila menjadikan aktiviti kebajikan sebagai agenda utamanya bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Terbaru, persatuan berkenaan telah menyampaikan sebanyak 70 sumbangan berupa hamper kepada 13 penghuni Pusat Kebajikan Masyarakat Tangkak dan 57 pesakit Hospital Tangkak sempena sambutan Hari Ponggal, baru- baru ini.

Pada masa sama, persatuan itu turut mengadakan kempen derma darah yang melibatkan ahli persatuan dan orang awam di Hospital Tangkak.

Pengerusinya, K Govinden berkata, aktiviti berkenaan adalah acara tahunan persatuan ini dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, aktiviti kebajikan itu diadakan bagi menterjemahkan keprihatinan persatuan ini terhadap kesusahan yang dihadapi sebahagian kumpulan masyarakat.

“Dengan cara ini secara tidak langsung menjadikan persatuan ini lebih dekat dan mesra dengan masyarakat setempat.

“Meskipun sumbangan yang diberikan sempena Hari Ponggal tetapi penerimanya tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ia sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia dan telah dipraktikkan oleh persatuan berkenaan semenjak konsep itu diperkenalkan.

Manakala kempen menderma darah pula dilakukan berikutan senario masalah kekurangan bekalan darah Tabung Darah Negara.

“Secara tidak langsung ia dapat memupuk kesedaran orang ramai supaya tidak pentingkan diri kerana pada masa akan datang kita atau ahli keluarga akan memerlukan darah.

“Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai belia terlibat dalam kempen derma darah kerana pada masa ini bilangan yang menderma sangat terhad,” katanya.

Penerima, Tan Kee Sui, 75, yang dirawat di Hospital Tangkak berasa terharu dengan kunjungan persatuan berkenaan dan menerima sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 25 JANUARI 2011

24 Januari 2011

GURU CEMERLANG

LEDANG - Pilu, terharu dan gembira. Itulah gambaran perasaan yang dirasai bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kasan, Munah Abd Majid, 58, apabila dirai sempena majlis persaraannya, baru-baru ini.

Kira-kira 1,000 warga sekolah berhimpun meraikan persaraan beliau dalam majlis yang turut dihadiri Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Azmi Abd Rahman.

Anak jati Kampung Gelang Chincin, Segamat ini memulakan profesion keguruan selepas tamat menjalani latihan per- guruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dalam bidang peng- khususan Bahasa Inggeris dan Geografi.

Ibu tiga cahaya mata ini memulakan tugas di Sekolah Menengah Jementah pada 1 Januari 1978 selama 12 tahun hingga 1 Disember 1990.

Kemudian beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jementah, Segamat pada 2 Disember 1990 hingga 31 Oktober 1999.

Di atas perkhid- matan yang cemerlang, beliau dilantik menjadi Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) di SK LKTP Pemanis 2, Segamat mulai 1 November 1999 hingga 15 Ogos 2001.

Tidak terhenti di situ sahaja, beliau kemudiannya berpindah ke SK Gemereh sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pada 16 Ogos 2001 selama dua tahun. Di sini, beliau banyak mendalami ilmu pengurusan sekolah.

Karier beliau sebagai Guru Besar bermula di SK Ladang Welch, Jementah pada 16 Julai 2003 selama empat tahun dan berpindah ke SK Gembut, Kota Tinggi sebagai Guru Besar selama dua tahun.

Pada 16 Julai 2008, beliau telah menjadi Guru Besar di SK Parit Kasan, Bukit Gambir, Ledang sehinggalah bersara wajib pada 12 Januari 2011.

Munah berkata, meskipun bersara wajib tetapi beliau berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan bidang pendidikan yang dicintainya sejak 33 tahun.

Menurutnya, bidang pendidikan adalah bidang yang sangat mencabar kerana memegang tanggungjawab dan amanah yang besar dalam mendidik anak bangsa.

“Apa yang lebih berat adalah untuk mendidik murid menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

“SK Parit Kasan adalah institusi pendidikan yang sedia menerima semua murid dari tahun satu hingga tahun enam,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, meskipun SK Parit Kasan bukan sekolah pilihan tetapi sekolah berkenaan sudah mampu melahirkan murid- murid cemerlang.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan warga sekolah dalam meraikan persaraan ini,” katanya.

Munah berkata, walaupun hanya dua tahun berkhidmat di sekolah berkenaan, namun beliau berbangga kerana dapat membantu meningkatkan kecemerlangan di sekolah itu.

“Saya berasa berat hati mahu meninggalkan anak murid dan warga sekolah kerana semangat ingin menabur bakti mendidik anak bangsa masih tebal di hati ini, namun atas faktor usia menjadikan saya rela melepaskan jawatan ini.

“Nasihat kepada semua guru agar sentiasa menambah ilmu pengetahuan kerana bidang pendidikan pada hari ini sering berubah dan memerlukan kesabaran serta daya usaha tinggi dalam mendidik anak bangsa mencapai kecemerlangan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Kasan, Padil Md Amin berkata, persaraan beliau adalah satu kehilangan besar di sekolah berkenaan.

Menurutnya, sepanjang berkhidmat di SKPK beliau aktif dan sentiasa mendapat kerjasama daripada warga sekolah dan masyarakat kampung.

“Sifat beliau yang tenang dan sabar menjadikan beliau seorang yang mudah didekati.

“Beliau mempunyai matlamat yang tinggi dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah tercapai melalui beberapa pendekatan yang diperkenalkannya,” katanya.

Selain itu, beliau juga seperti bapa kepada murid-murid di sini kerana sering menasihati mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan juga peperiksaan serta menjadi insan berguna pada masa depan.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 24 JANUARI 2011

20 Januari 2011

KERA MIANG GANGGU WANITA

LEDANG - Seramai 250 penduduk di Parit Tanjung Pinang Kesang Laut, di sini, dibelenggu ketakutan apabila terpaksa berhadapan gangguan kera liar yang semakin bermaharajalela di kampung berkenaan sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa dianggarkan kira-kira 100 kera mula menyerang kampung itu sejak dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun, gangguan itu semakin ketara sejak setahun lalu sehinggakan ada kumpulan kera yang semakin berani mengganggu penduduk.

Penduduk, Mohd Zubir Md Salleh, 28, berkata, sejak gangguan daripada kera liar berkenaan penduduk di kampung itu terpaksa berhati-hati kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

Menurutnya, pada peringkat awal, kera terbabit sekadar berkeliaran di sekitar luar rumah penduduk di sini.

“Namun, lama-kelamaan ia semakin berani memasuki rumah penduduk dan menyelongkar makanan di dalam tudung saji.

“Senario ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk kerana boleh mengancam keselamatan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zubir berkata, sejak kehadiran kera itu penduduk juga terpaksa menanggung banyak kerugian apabila anak ayam ternakan mereka musnah dimakan haiwan liar berkenaan.

Katanya, selain itu, penduduk juga terpaksa berputih mata terutamanya ketika musim buah-buahan apabila hasil tanaman mereka rosak angkara kumpulan kera itu.

“Pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk mengatasi masalah ini, tetapi tidak berhasil dan sebaliknya kera ini semakin membiak.

“Dipercayai pokok buluh yang ada di kampung ini menjadi sarang haiwan berkenaan membiak,” katanya.

Mohd Zubir berkata, lazimnya kera berkenaan bergerak secara berkumpulan dan waktunya menyerang rumah penduduk juga tidak menentu.

Katanya, ada sekumpulan kera yang agak agresif dan berani mengancam semula penduduk jika mereka mengambil tindakan menghalau kera berkenaan.

“Lebih membimbangkan apabila kumpulan kera ini sangat berminat mengganggu penduduk wanita sehinggakan ada sebahagiannya yang takut untuk tinggal bersendirian di rumah.

“Kami bimbang haiwan liar ini akan bertindak lebih ganas jika bilangannya semakin tidak terkawal,” katanya.

Mohd Zubir berkata, justeru itu, dia meminta jasa baik pihak berkenaan supaya dapat memberi perhatian dan mengambil langkah proaktif bagi membantu serta menyelesaikan masalah gangguan kera liar sejak sekian lama di kampung berkenaan sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penduduk di sini.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 20 JANUARI 2011

19 Januari 2011

JOHOR MAY BECOME BIGGEST BIRD NEST PRODUCER

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

TANGKAK: The Payamas industrial area which is located about four kilometres from here is set to become the state’s biggest producer of swiftlet bird nest.

The project, undertaken by Sialin Holding Sdn Bhd. was formed by a group of businessmen and the swiftlet nest production centre comprises some 40 units of shoplots in four buildings.

Sialin chairman Datuk Saipolbahari Suib said each unit in the three-storey building costs RM530,000 while the ones in the four-storey blocks were priced at RM750,000.

He said participants in the bird nest project invested a total of RM33mil to purchase all the units, which was converted into swiftlet nesting area.

“This is the first commercially set up swiftlet nesting project in Johor and we expect to harvest between 200kg and 250kg of bird nests in the initial stages.

“Since the site is located near Gunung Ledang we hope to attract swiftlets from around the mountain,” he said at the opening of Taman Burung Walit Payamas by Agriculture and Agro-Based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar recently.

Saipolbahari said the project was mooted by Noh and several businessmen in the state, including in Ledang and Muar had decided to set up a company for the purpose of bird’s nest production.

He said the company also planned to set up a cleaning, processing and grading centre within the bird park as it wanted to produce high-quality nests.

During the launch, Noh urged the company to focus on the quality of the nests as the highest grade fetched about RM8,000 per kilo.

He said Sialin Sdn Bhd should also become an anchor company to the surrounding villagers and help them with all the necessary needs, including technical expertise.

“The swiftlet industry is a lucrative business and we want all, including the poor villagers, to get involved,” he added.

SOURCE: THE STAR, JANUARY 19, 2011

18 Januari 2011

HASIL PRODUK TERBAIK

LEDANG - Kejayaan Sialin Holding Sdn Bhd membangunkan taman burung walit di Payamas, Tangkak, di sini dijangka mampu menjadi satu daya tarikan pelancongan di daerah ini ke-pada pelancong luar.

Penaungnya, Datuk Saipolbahri Suib berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat mempopularkan lagi Ledang yang selama ini sudah terkenal dengan pelbagai tarikan seperti legenda Puteri Gunung Ledang.

Menurutnya, pembangunan yang pesat dan permintaan tinggi industri sarang burung walit di negara ini telah menarik minatnya untuk meneroka bidang terbabit.

“Kebelakangan ini, pe- nuaian sarang burung walit telah diusahakan secara besar-besaran dan memberi pulangan menguntungkan.

“Melihat kepada potensi ini, saya sanggup melabur dengan jumlah kos yang tinggi untuk membina kira-kira 40 unit rumah burung walit,” katanya pada ucapan Majlis Penyerahan Kunci Projek Industri Payamas, Tangkak, Ledang di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, projek industri sarang burung walit adalah yang pertama bukan sahaja di Johor bahkan di negara ini.

“Idea untuk membina taman ini adalah galakan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berhasrat untuk menjadikan projek ini sebagai satu kebanggaan kepada rakyat negara ini.

“Menerusi projek ini, sarang burung walit akan dapat dikomersialkan di Malaysia dan diakui produk sarang burung walit di negara ini antara yang terbaik berbanding negara lain,” katanya.

Saipolbahri berkata, selain menjadi industri sarang burung walit, taman ini juga akan membangunkan industri lain berkaitan.

Katanya, pada masa sama, beliau merancang untuk mewujudkan pusat pembersihan sarang burung walit di sini.

“Bagi fasa pertama taman burung walit ini, saya menyasarkan mampu menghasilkan kira-kira 2000 kilogram sarang burung walit dalam tempoh masa tiga tahun akan datang.

“Saya menyeru kepada orang ramai supaya menceburi bidang ini kerana ia berimpak tinggi dan mampu memberikan pulangan yang lumayan,” katanya.

Difahamkan, majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Negeri Johor, Datuk Aziz Kaprawi; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Datin Paduka Dr Fauziah Embong dan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abd Rahman.

SUMBER: SINAR HARIAN, 18 JANUARI 2011

17 Januari 2011

CULPRITS NABBED IN RAID

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

TANGKAK: Police detained three men and seized RM4,500 worth of illegal fireworks during a raid at Jalan Solok here.

Ledang police chief Supt Harun Idris said the men, aged 68, 29 and 19, were arrested after a police team found the contraband in a car recently.

He added that following the find. police later raided a house at Jalan Solok and seized boxes containing fireworks.

Seized: Harun (right) showing some of the fireworks seized after police detained three men recently.

“Three men were arrested. One from Pahang, the other from Kluang and another is a 68-year-old Tangkak resident.

“We also found RM5,000 in cash from the house and believed that the items were meant for sale during the Chinese New Year celebration,” he said.

Supt Harun said all three were investigated under Section 8 of the Explosives Act 1957.

He also warned traders here not to trade in the banned items.

In another case, Supt Harun said police detained a 40year-old man and his 21-year-old girl friend, both tested positive for drugs, over some cable theft cases reported in the district late last month.

He said the couple was arrested at a house near Taman Payamas in Tangkak and police also found some rolls of cables, cutters and other tools at about 1am on Jan 11.

He said with the arrest, police believed they have solved some 12 cases related with cable thefts at the Tangkak Industrial Parks in December.

“We also arrested a 20-year-old man who is believed involved in breaking into an in-community rehabilitation centre and the Tangkak Welfare Department office last month.

“With the arrest, we believe we have solved eight cases of house break-ins committed last year,” he added.

SOURCE: THE STAR, JANUARY 17, 2011

15 Januari 2011

GARIS PANDUAN INDUSTRI WALET


LEDANG: Kementerian Pertanian dan Asas Tani menyediakan buku Garis Panduan Industri Burung Walet Negara (IGP) bagi menyeragamkan undang-undang dan peraturan diamalkan pelbagai agensi terbabit dengan perusahaan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, garis panduan itu yang sudah mendapat kelulusan Kabinet minggu lalu akan dijual pada harga RM15 senaskah dan dijadual dilancarkan pada 19 Januari ini.

Menurutnya, pengusaha yang sudah dan bakal membabitkan diri dalam industri itu perlu mematuhi garis panduan yang terkandung dalam IGP berkenaan termasuk mematuhi segala syarat dan peraturan sebelum diberikan lesen.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang diberi tanggungjawab terhadap pengeluaran lesen premis industri ini akan menentukan kelayakan pengusaha sebelum mereka mendapatkan kelulusan jabatan.

"Antara aspek yang diberi tumpuan ialah perladangan, pemprosesan, import eksport selain menyediakan premis mampan dan mesra alam.

"Langkah itu bertujuan menjamin pengeluaran sarang yang berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian pemasaran global," katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis penyerahan kunci Taman Industri Burung Walet Payamas, dekat Tangkak, Ledang, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian negeri, Datuk Aziz Karpawi; Timbalan Ketua Pengarah (2) JPV, Datuk Dr Ibrahim Che Embong; Pengarah JPV negeri, Datin Paduka Dr Fauziah Embong dan Pengerusi Projek Taman Burung Walit Payamas, Datuk Saipol Bahari Suib.

Projek Taman Burung Walet Payamas diusahakan Syarikat Sialin Holding Sdn Bhd menyediakan 42 unit menternak walet yang dijual kepada pengusaha pada harga antara RM400,000 hingga RM750,000 setiap unit.

Noh berkata, syarat lain yang perlu dipatuhi ialah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika premis itu dibina dalam kawasan majlis daerah dan bandaran.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 JANUARI 2011

URUSAN BANK PEJABAT POS


Oleh Mahaizura Abd Malik

PONTIAN: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) kini menawarkan Kaunter Perkhidmatan Perbankan Perkongsian bagi kemudahan urusan kewangan terutama kepada penduduk di pedalaman.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar berkata, bagi tujuan itu pihaknya kini menjalinkan kerjasama dengan Malayan Banking Berhad (Maybank).

Menurutnya, pelancaran kemudahan itu dijalankan berperingkat hingga penghujung Jun depan.

"Benut pejabat pos pertama menyediakan perkhidmatan membabitkan lima kemudahan lengkap perbankan termasuk kaunter pembukaan akaun, pindahan wang dan pembayaran semula pinjaman.

"Pada masa sama, 475 cawangan Pos Malaysia terpilih akan mengendalikan transaksi perbankan ini yang akan beroperasi di seluruh negara tidak lama lagi.

"Perkhidmatan ini selaras dengan usaha kedua-dua pihak menawarkan pelbagai produk, perkhidmatan serta kemudahan dan keselesaan di bawah satu bumbung," katanya sambil menjelaskan sebelum ini hanya mesin juruwang automatik (ATM) disediakan di pejabat pos di seluruh negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Perbankan Perkongsian antara Pos Malaysia dengan Maybank di Pejabat Pos Benut, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Abdul Wahid berkata, pelaksanaan perkhidmatan itu dilakukan secara berperingkat. Sebagai permulaan, Pos Malaysia menyediakan kemudahan bagi pelanggan Maybank berurus niaga termasuk deposit tunai, pengeluaran dan pembayaran semula pinjaman di pejabat pos terpilih.

"Sebagai permulaan, 10 cawangan Pos Malaysia di Semenanjung iaitu Benut, Bukit Gambir dan Parit Sulong di Johor serta Maran, Bandar Pusat Jengka dan Air Tawar di Pahang.

"Dua di Negeri Sembilan iaitu di Taman Tuanku Jaafar dan Rembau serta masing-masing satu di Sungai Besar, Selangor dan Bangsar, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ATM disediakan di cawangan terbabit bagi kemudahan orang ramai melakukan urus niaga di luar waktu operasi bank.

"Menjelang penghujung Jun, semua cawangan terpilih di seluruh negara turut menawarkan perkhidmatan kiriman wang dan pembukaan akaun simpanan dan semasa," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 JANUARI 2011

14 Januari 2011

WANITA MATI MINUM RACUN

LEDANG – Bagaikan dirasuk, seorang wanita telah hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh diri dengan minum sejenis racun rumput di rumahnya di Bukit Gambir, Ledang pada 10 Januari, lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami tekanan hidup kerana tidak mampu menjelaskan hutang yang ditanggungnya.

Menurut sumber, mangsa berusia 41 tahun itu tinggal bersama-sama tiga anaknya selepas berpisah dengan suaminya sejak enam tahun lalu.

“Sejak berpisah, mangsa hanya menjadi suri rumah dan segala perbelanjaannya telah ditanggung oleh adik beradiknya yang lain.

“Mangsa sebelum ini telah beberapa melakukan cubaan untuk membunuh diri tetapi gagal,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas minum racun, mangsa menghubungi rakannya untuk meminta pertolongan.

Apabila melihat keadaannya yang agak teruk telah mendorong rakannya menghantar mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Bagaimanapun, sejurus beberapa jam menerima rawatan di HPSF, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

“Tiada sebarang mempunyai unsur jenayah dalam insiden ini dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemubual wartawan Sinar Harian.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 14 JANUARI 2011

KES PELAJAR DIHEMPAP POKOK TAK JEJAS KEHADIRAN PELAWAT

LEDANG: Kawasan perkelahan Gunung Ledang, terus menjadi tarikan pengunjung biarpun dikejutkan dengan kejadian dua pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dihempap pokok ketika mandi-manda di kawasan itu, baru-baru ini.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Mohd Syazwan Zainal Abidin, 21, berkata dia tidak risau untuk menjadikan Gunung Ledang sebagai destinasi pilihan bersantai pada cuti hujung minggu.

Malah, dia sanggup mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer semata-mata untuk bersantai di kawasan perkelahan itu.

"Saya membaca laporan akhbar Harian Metro baru-baru ini mengenai pelajar ditimpa pokok, namun semua itu tidak langsung merisaukan saya dan rakan-rakan kerana ia membabitkan kes terpencil dan jarang sekali berlaku.

"Kejadian itu juga membabitkan faktor alam semula jadi yang sukar dijangka, jadi kami perlu sentiasa beringat dan berhati-hati selepas ini, bukannya langsung tidak ke mari," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kakitangan swasta, Salmah Hamid, 36, berpendapat pihak pengurusan perlu sentiasa memantau keadaan sekitar terutama pokok besar yang sudah reput serta membahayakan keadaan pengunjung.

"Saya cadangkan pokok seperti itu ditebang atau dicantas dahannya bagi memastikan peristiwa dihempap pokok tidak berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) cedera apabila mereka dihempap pokok ketika mandi-manda di kawasan perkelahan berkenaan.

Dua mangsa terbabit ialah Salman Al Farisi Ahmad Sabri dan Muhamad Hafizudin Abdullah masing-masing berusia 21 tahun, cedera di badan termasuk seorang patah tulang rusuk.

Tiupan angin kencang dikatakan menjadi punca sebenar pokok berusia ratusan tahun itu tumbang. Kedua-dua mereka diberikan rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Pengarah Urusan Gunung Ledang Resort (GLR), Tey Chee Yan (gambar) ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa memastikan keselamatan orang ramai yang berkunjung di sekitar pusat peranginan berkenaan.

"Orang ramai tidak perlu takut untuk berkunjung ke sini kerana GLR menugaskan renjer terlatih untuk memantau keadaan sekitar.

"Selain itu juga, papan tanda amaran juga disediakan di tempat yang merbahaya untuk memberi amaran kepada orang ramai," katanya di sini.

Menurutnya, selain menugaskan renjer bagi langkah keselamatan, orang ramai juga perlu memberi kerjasama yang baik jika berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain itu juga, Tey berharap pengunjung lebih berhati-hati ketika berkunjung ke pusat peranginan itu lebih-lebih lagi pada cuaca buruk atau musim hujan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku selepas ini.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 JANUARI 2011

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN

LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat.

Bagaimanapun, dia dikatakan menyesal selepas meneguk racun itu sebelum menelefon seorang rakan dan merayu supaya segera dihantar ke pusat rawatan berhampiran.

Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami.

Difahamkan, dalam perjalanan ke hospital mangsa mengaku menyesal minum racun.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Hospital mangsa tidak sedarkan diri selain mulutnya berbuih.

Mangsa gagal diselamatkira-kira tiga jam selepas rawatan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubung menerima laporan kematian wanita terbabit kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 JANUARI 2011

13 Januari 2011

3 SECURITY PERSONNEL SURVIVE ACCIDENT

Mohd Ridzuan Paiman receiving first aid at the accident site.

Muhamad Izwan Othman waiting for assistance after the van he and his colleagues were travelling in overturned. — Picture by Hai Rozzaman Jalal

THREE security company employees in Ledang, Johor, narrowly escaped death in a road accident, recently.

The van the trio were travelling in from Bukit Gambir, heading towards Kolej Matrikulasi Johor, for a maintenance task, overturned and spunned several times before coming to a halt.

"It all happened in a split second and I heard my colleagues crying out in pain," said security guard Muhamad Izwan Othman, 27, who was sitting behind the van driver, Nurul Akmal Mohd Hazin.

Nurul, 24, fractured a shoulder while technician Mohd Ridzuan Paiman, 22, sustained a head injury.

Izwan said people from a nearby village helped to pull out Akmal and Ridzuan.

Akmal and Ridzuan were treated at Hospital Tangkak.

"I thank God the van did not hit a lamp post or plunge into a ravine nearby, otherwise we would have more seriously injured," said Izwan. -- By Shenton Thomas De Silva

ORANG JAWA TIDAK LAGI BERASA HATI

Orang Jawa tidak lagi berasa hati
- ABD JALIL ALI

LAHIR dan dibesarkan di sebuah kampung terpencil di Negeri Johor, saya biasa sangat mendengar berbagai gelaran mengenai Jawa. Untuk makluman, lima atau enam dekad lalu kampung di Hulu Muar itu, penduduknya 99 peratus Jawa, dan saya tidak termasuk yang satu peratus itu!

Ada gelaran ‘Jawa kontrak’, iaitu merujuk kepada orang dari tanah Jawa (Indonesia) yang dipaksa datang ke Tanah Melayu – kononnya naik kapal arang – untuk menjadi buruh kasar di ladang cengkih.

‘Jawa totok’ ialah Jawa kuno yang tidak tahu sepatah pun perkataan Melayu. Sesetengah orang mengandaikan Jawa jenis ini lebih rendah tarafnya berbanding kumpulan yang naik kapal arang, konon lidah mereka pekat Jawa sehinggakan bacaan al-Quran pun bunyi Jawa. Contoh, dalam surah Al-Fatihah, perkataan ‘aalamin’ disebut ‘ngallamin’.

Ada juga gelaran ‘Jawa celup’, iaitu keturunan yang lahir dari bapa Jawa dengan ibu Melayu, atau lelaki dari Jawa berkahwin dengan perempuan di sini. Ini kira Jawa masuk Melayu, sama seperti Cina masuk Melayu atau India masuk Melayu. Arab masuk Melayu pun ramai juga.

Pada satu ketika ‘:branding:’ Jawa dianggap satu penghinaan, ‘koman bebenor’ kata orang Perak. Sebab itu di tempat saya dulu-dulu ada yang berkelahi dan bertumbuk sebab dihina dengan jenama Jawa.

Bagi sesetengah orang, Jawa dianggap spesies berkelas rendah. Maka tidak menghairankan ketika mula merantau ke KL empat dekad dulu, ada teman-teman sepejabat memandang semacam apabila saya memberitahu saya orang Jawa. Ada orang tidak mahu mengaku dirinya Jawa.

Ada juga orang hendak menyembunyikan keturunan, tetapi namanya dengan sendiri menjelaskan asal-usul. Kalau nama dia Bahari bin Ngadiman, dengan sendiri orang tahu dia Jawa. Mana hendak sembunyi kalau nama Poniah binti Sentot, Salikon bin Ngarno, Suparman bin Toyo?

Seorang kawan semasa di kampus suka benar apabila dipanggil ‘Joe’. Katanya macam bunyi nama orang putih. Pada hari konvo baru saya tahu nama sebenarnya ialah Suparjo bin Samingon.

Begitulah orang cuba menyembunyikan jenama Jawa pada ketika itu. Konon, ada yang tidak jadi bertunang setelah mengetahui si jejaka keturunan Jawa. Kalau silap-silap sebut mungkin boleh bertumbuk. Malah, mungkin juga boleh kena saman. Bagi sesetengah orang, ‘Jawa’ adalah istilah sensitif.

Itu dulu! Zaman berubah, masa berlalu. Sistem nilai pun sudah tidak seperti sebelum merdeka dulu. Hari ini tidak ada lagi yang malu apabila dikatakan Jawa. Istilah itu malah dikaitkan dengan perkara-perkara positif seperti kuat kerja, taat kepada ketua, berani, budiman, tampan berkumis, dan sebagainya.

Hakikatnya ialah warganegara keturunan Jawa kini sudah berjaya dalam berbagai-bagai bidang, dan semakin ramai menduduki jawatan-jawatan penting termasuk menteri, ketua jabatan, CEO, hakim, pakar motivasi, dan sebagainya. Ramai Jawa berjaya dalam bisnes, ramai jadi jutawan. Ada juga jadi artis terkenal.

Istilah yang satu ketika dulu dianggap sebagai berkelas rendah, kini bukan lagi sesuatu yang menghina. Tidak ada yang akan marah-marah atau berasa hati sekiranya terlihat, terbaca, atau terdengar perkataan Jawa. Sekiranya dicetak dalam buku atau majalah pun tidak mengapa.

Sepatutnya dalam semangat Jawa begitulah orang melihat perkataan ‘paria’ atau ‘pariah’ dalam novel ‘:Interlok:’ karya Sasterawan Negara, Ismail Hussein, yang kini menjadi teks sastera Tingkatan Lima. Tidak ada apa yang hendak disensasikan dengan istilah tersebut.

Istilah yang satu itu hanya disebut dua kali dalam keseluruhan novel setebal lebih 200 halaman itu. Saya tidak fikir istilah tersebut satu sindiran atau satu tuduhan terhadap kaum India di negara ini.

Novel itu telah diterbit, diedar dan dibaca 40 tahun dulu, tidak ada siapa yang berasa tersinggung. Sekiranya ada kesan negatif pasti perkataan yang disebut dua kali dalam novel itu, telah menimbulkan keresahan sejak empat dekad dulu. Kenapa baru sekarang?

Perkataan yang dikatakan terlalu sensitif itu sebenarnya tidak relevan langsung dengan kaum India di negara ini. Semua orang tahu dalam amalan masyarakat majmuk di negara ini, baik Melayu, Cina, India atau mana-mana suku kaum adalah sama sebagai warganegara. Kita tidak ada sistem kasta.

Oleh sebab tidak ada kasta, tidak ada seorang pun paria di negara ini. Istilah kontroversi dalam novel itu adalah merujuk kepada masyarakat di benua kecil India zaman dulu. Kaum India di negara ini tidak ada kena mengena langsung dengan status paria. Jadi, tidak perlu berasa hati.

Apa yang terjadi sekarang ialah kita sengaja menyusahkan perkara yang mudah. Novel telah diterima sebagai buku teks, dan ada seorang dua yang entah mengapa berasa tersinggung, dan berteriak.

Sebagai reaksi kilat, semua pihak – kementerian, NGO, pemimpin politik, pemimpin besar, pemimpin kecil – turut berteriak sama. Maka benda yang kecil dan terpendam sejak 40 tahun dulu, tiba-tiba meletup.

Sekiranya dilayan, perkara ini tidak akan selesai, walaupun di mahkamah. Malah kalau silap gaya ia akan menjadi hubaya-hubaya yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Semua pihak perlu hentikan isu ini. Jangan kacaukan ‘1Malaysia’ hanya kerana satu istilah yang tidak ada kaitan langsung dengan masyarakat kita.

SUMBER: SINAR HARIAN, 13 JANUARI 2011

10 Januari 2011

PLANS AFOOT TO DRAIN SWAMPY PLOTS OF WATER

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metrose@thestar.com.my

TANGKAK: Some 272 owners of swampy plots near Sengkang will be able to earn an income totalling about RM430,000 per month if water is drained from their land.

The area, measuring some 434ha and located along the Sengkang Kampung Teratai road near Bukit Gambir, was opened in 2006 but has remained unproductive due to flooding.

However, the situation is set to improve with the state government planning to dredge three canals across the land to drain the floodwater into Sungai Sengkang.

State Unity, Human Resource, Technology and Innovation Committee chairman M. Asojan said the state had agreed to allocate RM100,000 to expedite the dredging works.

Attentive: Asojan (right) listening to Mohd Yasir (left) explaining about the layout of the swampy plots.

“We have discussed the state’s plan with the Muar Drainage and Irrigation Department officer Hayal Atan. The department agreed to dig the canals and plans to start work next month,” he told the land owners at a dialogue held at the land recently.

Asojan, who is also Gambir assemblyman, said the canals named Sungai Datuk Ngah Satu, Sungai Datuk Ngah Dua and Parit Zakariah, would also be maintained on a regular basis.

The area, located at the foot of Gunung Ledang and named Kampung Tanah Paya Datuk Ngah, was fertile and suitable for oil palm plots.

The department has also planned to deepen Sungai Sengkang to speed up water flow from the area into Sungai Ring, which supplied water to the padi fields at Kampung Sawah Ring.

Earlier, the land owners’ representative Kapt (B) Mohd Yasir Mohed said out of 272 owners, 43 had tried to cultivate the land but only 19 succeeded.

“The land will be under 1.2m of water every time after heavy rain and this frustrates the owners who cannot cultivate their plots,” he said, adding the 19 who succeeded now earned about RM1,000 per month for every hectare of plot planted with oil palm trees.

SOURCE: THE STAR, JANUARY 10, 2011

07 Januari 2011

BIMBING HORMAT IBU BAPA, SOLAT SEMPURNA


LEDANG: Selain mendapat kenalan baru, peserta yang menyertai Kem Motivasi Anak Soleh di Tangkak di sini, baru-baru ini, diajar kaedah menghormati ibu bapa dan bimbingan berkaitan solat yang sempurna.

Peserta, Muhammad Khairul Hafizy Roslan, berkata sebelum mengikuti kem berkenaan dia tidak menjaga solat dan ada kalanya terlalai.

"Bagaimanapun, selepas menyertai kem motivasi ini, saya berazam untuk menjaga solat lima waktu selain patuh kepada ibu bapa.

"Saya juga akan lebih kerap membaca al-Quran kerana terlalu banyak kebaikan yang bakal diperoleh untuk bekalan di akhirat," katanya yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka.

Hafizy antara 60 peserta berusia 9 hingga 15 tahun yang menyertai kem motivasi berkenaan selama tiga minggu sempena cuti sekolah.

Kem motivasi yang bertemakan Ke Arah Pembentukan Akhlak al-Quran itu disertai pelajar sekolah rendah dan menengah dari Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Melaka.

Pengarah kem, Kasma Mohd Said, berkata objektif program itu untuk membentuk peribadi Muslim sejati dengan menyemaikan sifat mulia ke dalam jiwa setiap peserta di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan al-Quran.

"Tiga modul diperkenalkan sepanjang program iaitu Apakah Makna Islam, Kenali Allah dengan Asmaul Husna dan Gagal Mujahadah Tergadai Maruah yang berkaitan dosa besar.

"Sepanjang tiga minggu, peserta turut menyertai pertandingan tahfiz al-Quran dan hadis, sukaneka, ceramah serta kursus solat selain pembentangan modul oleh peserta sendiri dalam setiap bengkel," katanya.

Menurut Kasma, peserta dibimbing untuk melakukan solat tahajud setiap malam supaya diberi hidayah daripada Allah dan dibuka pintu hati mereka bagi mengikuti program berkenaan.

Sementara itu, penasihat kem, Mohd Arifi Mat Husin, berkata program berkenaan diharap dapat melahirkan individu yang sentiasa mentaati perintah Allah swt dan ibu bapa.

"Pembentukan anak soleh bukan perkara mudah, malah ia perlu melalui proses bimbingan yang berterusan dalam bidang keagamaan dan kerohanian.

"Selain itu, berdasarkan maklum balas ibu bapa, kami akan menganjurkan kem motivasi ini pada setiap cuti persekolahan," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 7 JANUARI 2011

CUNGKIL BAKAT PEMAIN BOLA SAWAH RING

ZAIDI sedang bersalaman dengan ahli pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup di padang Sekolah Kebangsaan Sawah Ring. FOTO: HAI ROZZAMAN JALAL

LEDANG: KEJOHANAN Bola sepak 7 Sebelah Tertutup Kampung Sawah Ring di sini, baru-baru ini, diadakan bagi mencungkil bakat baru sukan berkenaan.

Ia dianjurkan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sawah Ring, Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kampung Sawah Ring, Kampung Baru dan Kampung Gaung Kepar.

Objektif lain kejohanan adalah untuk membentuk skuad bola sepak Sawah Ring sebagai persediaan menyertai pertandingan pada masa akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang, Zaidi Ab Majid, berkata melalui sukan, ia dapat menanamkan sikap persaingan secara sihat tanpa ada sekatan atau batasan yang boleh menimbulkan perasaan irihati juga dendam.

“Semangat kerjasama dapat dipupuk di kalangan belia di mana dengan adanya semangat kerja berpasukan, matlamat yang diimpikan boleh dicapai.

“Semangat kesukanan yang dibentuk melalui pertandingan bola sepak ini boleh diterjemahkan ke dalam kepemimpinan dalam masyarakat dengan kerjasama erat setiap individu,” katanya ketika merasmikan kejohanan itu di padang Sekolah Kebangsaan Sawah Ring.

Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang, Mohd Musa Kathiran; Pengerusi JKKK Sawah Ring, Hussin Mohamed dan Setiausahanya, Wira Pairan.

Dalam kejohanan itu, Alam FC muncul johan selepas menewaskan Kick FC dan masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM200 serta RM150.

Pasukan Belia Sawah Ring FC mendapat tempat ketiga dengan hadiah piala dan wang tunai RM100, manakala Zairul Zainal dinobatkan pemain terbaik, Mohd Zaim Zaqwan Yusof (penjaring terbanyak) dan Mohd Firdaus Nordin memegang gelaran pemain harapan.

SUMBER: HARIAN METRO, 7 JANUARI 2011

06 Januari 2011

COMPANY REWARDS LOYAL STAFF

TANGKAK: A multi-national electronics factory here awarded some 1,149 long-serving workers with service certificates for their loyalty.

ST Microelectronics Sdn Bhd factory in Tanjung Agas Industrial Park presented its staff digital cameras and cellular handsets to celebrate the occassion.

The company’s general manager Whang Jindoo said the factory was the first multi-national electronics plant in Johor and had decided to acknowledge its worker’s loyalty.

Loyalty pays: Whang (right) presenting a longservice certificate to Norlia (centre) who has served the company for more than 35 years yesterday.

“We are very proud of their commitment to the company and decided to present them with award certificates and gifts.”

The recipients were those who had served the company for more than 35 years.

Whang said the company experienced rough times last year, but managed to pull through owing to strong support and sacrifices from the staff.

He said the company hoped that the 4,000-odd workers would continue to give their best towards making the Muar factory more competitive.

The general manager said three main areas which the workers, including all the managers, should focus on were quality, delivery and cost and he was confident they could make it happen.

One of the longest serving staff, Norlia Abu Bakar, 56, said she worked for more than 35 years and felt attached to the factory.

She added that the factory was first located near Jalan Timbalan at Tanjung Emas before it moved to the present site at the Tanjung Agas Industrial Park.

Norlia joined the company as soon as she finished schooling in 1974 and worked as a production operator, adding that, she was now a senior production operator.

“I will be retiring at the end of the year but the company has just offered me a two-year contract if I wanted to continue working,” she added.

SOURCE: THE STAR, JANUARY 6, 2011

05 Januari 2011

DUA PELAJAR UTeM PARAH DITIMPA POKOK TUMBANG


LEDANG: Keseronokan 14 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkelah Gunung Ledang petang semalam, bertukar malang apabila pokok sebesar pemeluk, tumbang menimpa mereka yang sedang berehat di sekitarnya, menyebabkan dua cedera termasuk seorang parah.

Kejadian berlaku di kawasan Kolam Puteri Gunung Ledang kira-kira 2 petang, ketika kumpulan pelajar terbabit sedang berkelah sambil mandi manda di aliran air terjun kawasan tarikan pelancongan itu.

Secara tiba-tiba, pokok terbabit patah dan menimpa dua mangsa iaitu Salman Alfarisi Ahmad Sabri, 22, yang cedera parah apabila patah tulang rusuk, manakala rakannya, Hafizudin Abdullah, 21, cedera ringan.

Dua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Tangkak, sebelum Salman Alfarisi yang berasal dari Felda Hutan perca, Alor Gajah, Melaka, dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, untuk rawatan lanjut, manakala Hafizudin yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, hanya menerima rawatan pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kejadian berlaku ketika 14 sahabat itu berkelah di kawasan yang terletak pada ketinggian 270 meter di kawasan Air Terjun Gunung Ledang itu.

"Ketika sebahagian daripada mereka sedang mandi, secara tiba-tiba pokok yang terletak di tepi air terjun terbabit patah sebelum menimpa dua mangsa terbabit.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan bantuan renjer Gunung Ledang Resort (GLR) bergegas ke tempat kejadian bagi membantu membawa mangsa turun sebelum dihantar mendapat rawatan kecemasan di Hospital Tangkak," katanya.

Sementara itu, Hafizudin berkata, angin kencang tiba-tiba bertiup di kawasan mereka berkelah dan kemudiannya dikejutkan dengan bunyi kiutan pokok yang agak kuat namun tiada apa-apa yang berlaku.

"Beberapa saat kemudian barulah saya sedar sebatang pokok tua tumbang ke arah kami, menyebabkan saya dan Salman tidak sempat mengelak," katanya ketika di temui di Hospital Tangkak di sini, petang semalam.

SUMBER: BERITA HARIAN, 5 JANUARI 2010

PENUNTUT UTeM DIHEMPAP POKOK

LEDANG – Kegembiraan 14 penuntut Universiti Teknikal Melaysia Melaka (UTeM), yang berkelah di Pusat Perkelahan Gunung Ledang, bertukar menjadi detik mencemaskan apabila dua cedera setelah dihempap sebatang pokok di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Muhamad Hafizudin Abdullah, 21 dan Salman Sabri Al-Farisi, 21, dihempap pokok semasa sedang beristirehat di pusat perkelahan itu selepas mandi manda bersama-sama 12 rakannya yang lain.

Ketika menceritakan detik tersebut, Muhamad Hafizudin berkata, kejadian berlaku sangat pantas seiring dengan angin kencang di kawasan terbabit.

Menurutnya, dia terdengar bunyi yang sangat kuat dan nampak sebatang pokok tua yang besar tumbang ke arahnya.

“Saya seperti tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat pokok ini tumbang ke arah saya.

“Selepas dahan pokok ini jatuh mengenai badan, barulah saya sedar dan berusaha untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, perancangan untuk berkelah bersama rakan-rakan lain sudah lama dirangka dan ia dibuat pada hari kejadian (semalam) memandangkan kelapangan masa yang ada.

“Sebaliknya, perkelahan kami kali ini memberikan satu pengalaman yang menakutkan dan tidak menyangka insiden ini akan berlaku.

“Tindakan pantas rakan-rakan lain meminta pertolongan daripada pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan telah menyelamatkan kami,” katanya

Kedua-dua penuntut jurusan Sains Komputer yang mengalami kecederaan itu dibawa ke Hospital Tangkak kira-kira jam 3.45 petang.

Muhamad Hafizudin cedera pada bahagian tangan kanan dan dirawat di hospital berkenaan sebagai pesakit luar.

Manakala, Salman Sabri patah tulang rusuk kanan dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 5 JANUARI 2011