TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

26 Mei 2011

BIKERS COLLIDE LEAVING ONE DEAD

One of the motorcycles that was involved in the accident. — Picture by Hai Rozzaman Jalal
One of the motorcycles that was involved in the accident. — Picture by Hai Rozzaman Jalal

A 43-YEAR-OLD security guard who was on his way home was killed when the motorcycle he was riding on collided with another motorcycle along Jalan Kampung Simpang 5 Darat near Ledang on Monday.

Mohamad Hussin Ahmad Dasuki, from Kampung Parit Pulai, succumbed to his injuries following the 6.10am accident. He reportedly suffered serious head and body injuries.

Initial investigations revealed that the victim was travelling in a Modenas Kriss motorcycle from Pekan Bukit Gambir when he collided head-on with a Yamaha motorcycle.


The rider and pillion of the other motorcycle, aged 19 and 20 respectively, were reported to be in serious condition and currently being warded at the Sultanah Fatimah Specialist Hospital in Muar.

Hussin's remains were sent to Tangkak Hospital and claimed by family members for burial at the Serom 8 Muslim Cemetary.

A traffic police spokesman when contacted said investigators have classified the case under the Road Transport Act 1987.


He urged those who witnessed the accident to contact the nearest police station. — By Ben Tan


25 Mei 2011

ATTITUDE PREVENTS ACCIDENTS

 Datuk Solah Mat Hassan (right) and Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (third from right) with senior citizens who received their B2 licences at the One Community One Johor  RTD programme. — Picture by  Hai Rozzaman Jalal
Datuk Solah Mat Hassan (right) and Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (third from right) with senior citizens who received their B2 licences at the One Community One Johor RTD programme. — Picture by Hai Rozzaman Jalal

THE attitude of motorists towards traffic laws is important to avoid accidents.

Road Transport Department (RTD) director-general Datuk Solah Mat Hassan said road accident statistics showed that 60 per cent of road fatalities involved motorcyclists and pillion riders.

He said there must be emphasis to teach motorcyclists to be responsible on the road.


"Accidents involving younger motorcyclists are due to lack of knowledge of traffic laws," said Solah, adding the RTD's recent rural services efforts focussed on getting senior citizens their B2 licences.

He said this after closing the One Community One Johor RTD programme ceremony together with the Serom State Assembly Districts Coordinating Committee on May 22. -- By Shenton Thomas De Silva

24 Mei 2011

MSSD LEDANG JUARA BERGANDA

LEDANG – Komitmen dan latihan yang konsisten akhirnya menjadi batu loncatan kepada pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Ledang apabila dinobatkan juara untuk dua kategori dalam Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) 2011, baru-baru ini.

Pengerusi Teknik Pembangunan Sepak Takraw MSSD Ledang, Khairil Anwar Mohd Lani berkata, julung kalinya dalam sejarah sepak takraw MSSJ hanya satu regu dipertandingkan dalam setiap kategori umur.

Menurutnya, MSSD Ledang mengungguli kategori bawah 12 dan 18 tahun, manakala kategori di bawah 15 tahun pula dimenangi MSSD Batu Pahat.

“Dalam pertandingan akhir bawah 12, MSSD Ledang mempamerkan corak permainan yang mantap sehingga memberikan persaingan yang sengit kepada pasukan MSSD Pontian.

“Asakkan pasukan lawan yang bersungguh-sungguh sedikit pun tidak menggugat kedudukan pasukan Ledang yang akhirnya menyaksikan Ledang berjaya menewaskan pasukan Pontian, 21-7 dan 21-17,” katanya kepada Sinar Harian.

Manakala, bagi kategori bawah 18 tahun, MSSD Ledang menewaskan tuan rumah Kota Tinggi 21-9 dan 21-15.

“Saya berasa bangga dengan kejayaan pasukan ini serta berjaya mempamerkan corak permainan yang mengagumkan.

“Bukan itu sahaja, lebih membanggakan apabila mereka berjaya mengekalkan corak permainan yang konsisten dalam beberapa kejohanan yang disertainya,” katanya.

Pihaknya berharap pasukan tersebut akan menjadi aset kepada pelapis pasukan kebangsaan kelak.

“Tujuh pemain MSSD Ledang akan mewakili negeri Johor dalam pertandingan sepak takraw MSSM yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada Jun depan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 24 MEI 2011

TRAGEDI SUBUH


LEDANG – Seorang pengawal keselamatan yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kampung Simpang Lima Darat, Bukit Gambir di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Hussin Ahmad Dasuki, 43, menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya di Kampung Parit Pulai, Serom, untuk ke tempat kerja di Serom 8.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 6.10 pagi, motosikal mangsa dari arah Bukit Gambir bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh serta mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhantuk pada jalan itu dan mati serta merta di tempat kejadian.

Manakala dua lagi mangsa kemalangan iaitu Nasrul Azrin Mistam, 19, dan Amri Bunawar, 20, mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.

Rakan Mohamad Hussin, Zakaria Kaliman, 47, berkata, dia terkejut sebaik menerima berita insiden yang menimpa rakannya itu.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan Allahyarham kelmarin semasa bersama-sama menjadi juruhebah (DJ) sambilan di majlis perkahwinan di Serom 8.

“Sepanjang pertemuan ini, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria seperti biasa.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar kerana saya dan dia sering bersama-sama menjadi DJ dalam majlis perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 24 MEI 2011

22 Mei 2011

1,014 TERIMA LESEN MEMANDU


Abdul Ghani Othman menyerahkan lesen memandu motosikal kepada salah seorang penerima di Serom, Ledang, baru-baru ini.


LEDANG 21 Mei - Seramai 1,014 orang penduduk luar bandar di daerah ini menerima lesen memandu motosikal B2 menerusi Program Satu Komuniti, Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang diadakan bagi memudahkan urusan perkhidmatan jabatan itu dengan orang ramai.

Hampir kesemua penerima lesen memandu percubaan (P) tersebut terdiri daripada penduduk tempatan yang berusia 45 tahun ke atas selain tujuh Orang Asli berusia 21 tahun ke atas dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan disaksikan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.

Menurut Abdul Ghani, program yang mengambil pendekatan turun padang itu telah memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai pentingnya undang-undang jalan raya dipatuhi dan aspek keselamatan diberi tumpuan.

"Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang begitu baik dan ini bermakna masyarakat sedar yang mereka perlu ada lesen memandu.

"Mungkin masyarakat luar bandar mempunyai halangan dan kekangan tertentu untuk mendapatkan perkara itu dan usaha JPJ turun padang memudahkan urusan masyarakat," katanya selepas majlis itu yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Serom di sini kelmarin.

Abdul Ghani berharap JPJ akan memperluaskan program mesra rakyat tersebut di samping terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sementara itu, kata Solah, pendekatan Program Satu Komuniti, Satu JPJ membolehkan anggotanya turun ke luar bandar untuk memberi kursus pendidikan pemanduan, latihan menunggang motosikal dan seterusnya membolehkan peserta menduduki ujian tanpa perlu mengikuti latihan di institusi memandu.

Beliau memberitahu, program yang dikhususkan kepada masyarakat berusia 45 tahun ke atas di kawasan kampung dan pedalaman itu akan mendorong golongan dewasa memberi contoh terbaik kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan lesen memandu.

"Mesejnya amat jelas, kalau bapa mereka yang sudah berumur 45 tahun atau 60 tahun boleh berusaha mendapatkan lesen memandu, kesedaran ini akan turun kepada generasi muda terutama lepasan sekolah," katanya.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 22 MEI 2011

21 Mei 2011

PENUNGGANG PERLU BERHEMAH


LEDANG: Usaha untuk memupuk disiplin dan sikap berhemah di jalan raya di kalangan penunggang motosikal perlu dimulakan di peringkat sekolah bagi memberi kesedaran berterusan selain mengurangkan kadar kemalangan membabitkan golongan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, berdasarkan statistik 60 peratus kemalangan maut di negara ini membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, pemanduan berhemah di kalangan penunggang motosikal perlu terus diterap supaya mereka memahami peraturan serta mematuhinya ketika berada di jalan raya.

"Kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama di kalangan golongan muda berlaku kerana mereka tidak tahu undang-undang jalan raya.

"Berikutan itu, JPJ mengambil pendekatan membawa perkhidmatan pelesenan ke luar bandar bagi memudahkan orang ramai terutama golongan muda mendapat lesen motosikal (B2) dan lesen memandu kereta untuk warga emas," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Johor bersama Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Serom dekat sini.

Selain itu, Solah berkata, kesedaran tinggi penduduk luar bandar terutama warga emas berusia 45 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal membantu program pemutihan golongan berkenaan.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 MEI 2011

DAPAT LESEN B2 SECARA TERUS


LEDANG – Fenomena menunggang motosikal tanpa lesen bagi kategori warga yang berusia 45 tahun ke atas dan Orang Asli berusia 21 tahun ke atas khususnya di kawasan luar bandar dapat diatasi menerusi pendekatan program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kekangan jarak perjalanan yang jauh menyukarkan mereka meluangkan masa ke JPJ untuk mendapat lesen memandu yang sah dipercayai menjadi faktor penunggang warga emas tidak memiliki lesen motosikal.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh JPJ dengan memberikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat untuk memperolehi lesen kelas B2 dipuji kerana mereka tidak perlu ke mana-mana institusi memandu.

“Apa yang lebih penting kepada setiap penunggang motosikal adalah mempunyai pengetahuan yang baik menggunakan jalan raya,” katanya ketika berucap merasmikan program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) DUN Serom, di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, semalam.

Beliau berkata, pengetahuan tersebut sangat penting untuk menyedarkan masyarakat agar lebih berhemah semasa menunggang motosikal di jalan raya.

“Sebanyak 60 peratus kemalangan jalan raya di negara ini membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Jadi dengan memiliki lesen yang sah, mereka tidak perlu bimbang kerana akan dilindungi dengan insurans jika berlaku sebarang kemalangan jalan raya,” katanya.

Selain itu, katanya, setiap hari mencatatkan 19 kematian akibat kemalangan jalan raya adalah membabitkan penunggang motosikal.

“Meskipun, kadarnya ini sudah berkurangan tetapi ia masih berada pada paras yang tinggi dan membimbangkan.

“Kemalangan yang berlaku ini adalah berpunca daripada sikap penunggang itu sendiri kerana sering menunggang motosikal secara berbahaya dan melebihi had laju yang ditetapkan,” katanya.

Abdul Ghani berkata, menerusi program tersebut mereka didedahkan dengan pengetahuan undang-undang jalan raya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 21 MEI 2011

PEKA KEPERLUAN PELAJAR


PKMMNJ sumbang dana kepada sekolah terpilih

LEDANG: - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) Daerah Ledang begitu peka dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar menerusi program kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru- baru ini.

Yang Dipertuanya, Zabridin Ahmad berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan memberikan sumbangan dana kepada sekolah terpilih.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membina kecemerlangan setiap calon yang bakal menduduki UPSR.

“Pihak persatuan sentiasa proaktif menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat dan melaksanakan kerja kebajikan bagi merapatkan hubungan silaturahim seramai 150 ahlinya dengan komuniti di daerah ini.

“Sejak ia ditubuhkan di daerah ini, setiap tahun kami membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian kecemerlangan murid dalam UPSR antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, SK Bukit Rahmat dan pada kali ini SK Bukit Gambir,” katanya pada ucapan perasmian Program Kecemerlangan UPSR 2011 dan Motivasi Sentuhan Hati anjuran Unit Bimbingan Kaunseling SK Bukit Gambir.

Beliau berkata, sumbangan ini bertujuan memberikan suntikan semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

“Ia menjadikan galakkan kepada mereka untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan yang diharapkan semua pihak terutamanya ibu bapa.

“Seramai 110 murid Tahun Enam sekolah ini mengikuti program motivasi selama tiga hari dua malam dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,” katanya.

Zabridin berkata, hasil daripada sumbangan berkenaan berjaya melonjakkan peningkatan pencapaian murid memperoleh 5A di sekolah yang dibantu.

“Peranan pihak sekolah dalam membina kecemerlangan anak didiknya perlu disokong ibu bapa dengan memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak dalam melipatgandakan usaha. Ilmu yang dipelajari diharap dapat dimanfaatkan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak yang cemerlang untuk menjadi insan yang berguna.

“Saya berharap sumbangan basikal yang diterima dapat meningkatkan semangat mereka untuk berusaha dan memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Difahamkan, seramai lima murid kurang berkemampuan iaitu, Nurul Syafiqah Zali; Nur Hanisah Md Tamin; Muhd Nurhafeez Misran; Fatin Najwa Kamarudin dan Mohd Badrol Amin Ibrahim menerima bantuan basikal sumbangan syarikat Irfanis Bina Sdn Bhd

Turut hadir, Setiausaha PKMMNJ Ledang, Abu Bakar Md Affendi; Yang Dipertua PIBG SK Bukit Gambir, Suib Kamari; Naibnya, Mohd Ismail Hamdan dan Guru Besar SK Bukit Gambir, Hawa Dumun.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 21 MEI 2011

TAKE MEASURES TO CURB MOTORBIKE THEFT, SAYS GHANI

TANGKAK: The crime rate in the state can be greatly reduced if motorcycle owners take the necessary precautions to protect their machines from thieves.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said police statistics showed some 50% of crime in the state was motorcycle theft.

He said if owners could protect their machines, including double-locking them when parked, they could prevent theft.

“Since some 50% of crime in the state is motorcycle theft and if we can prevent it the crime rate will be reduced.

“It is easy to steal motorcycles but if we take precautions, we make it difficult for thieves to steal them,” he said after closing a Serom constituency One Community One JPJ programme yesterday.

Abdul Ghani said while it was a must to have valid motorcycle licences, many, especially those in the rural areas, did not have them.

He said since the problem was widespread, the Road Transport Department (JPJ) had decided to conduct riding courses and issue the licences in villages.

SOURCE: THE STAR, MAY 21, 2011

20 Mei 2011

JPJ MAHU PERLUAS PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ

LEDANG 20 Mei – Kegigihan golongan warga emas mengikuti kursus untuk mendapatkan lesen motosikal di bawah program Satu komuniti, Satu JPJ anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) patut dicontohi oleh generasi muda lepasan sekolah menengah dan kolej di negara ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassn berharap program tersebut dapat menimbulkan kesedaran kepada golongan tersebut tentang pentingnya mereka mempunyai sikap pemanduan secara berhemah ketika menunggang motosikal di atas jalan raya.

"Ini kerana 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis Satu Komuniti, Satu JPJ anjuran JPJ Johor di Dewan Institut Kemahiran Tinggi Mara di Serom dekat sini hari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Serom turut menghadiri majlis tersebut.

Sebanyak 1,016 orang termasuk tujuh daripadanya Orang Asli menerima lesen motosikal di majlis berkenaan.

Menurut Solah, usaha mendapatkan lesen memandu harus disertai dengan sikap memandu secara berhemah dan bersedia mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

"Kalau mereka yang telah berusia 45 tahun ke atas malah ada yang sudah berumur 60 tahun sanggup bersusah payah menyertai program ini, apatah lagi golongan muda terutama lepasan sekolah menengah dan kolej kerana lesen memandu adalah satu keperluan,” katanya.

Mengenai program tersebut beliau menerangkan ia adalah satu pendekatan baru untuk membawa perkhidmatan JPJ kepada masyarakat luar bandar terutama mereka yang ingin mendapatkan lesen memandu tanpa perlu ke pejabat JPJ di bandar-bandar.

Katanya JPJ menyedari masyarakat pendalaman menghadapi masalah untuk menjalani kursus pemanduan di sekolah-sekolah memandu kerana kesuntukan masa serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Beliau gembira kerana sambutan masayrakat terhadap program tersebut amat menggalakkan dan berharap kesedaran pengetahuan pemanduan secara berhemah dapat dipraktikkan. - Bernama

SUMBER: UTUSAN ONLINE, 20 MEI 2011

19 Mei 2011

ART FESTIVAL TO BOOST LOCAL CULTURE

Deputy Minister of Tourism Datuk Dr James Dawos Mamit (second from right) draws water from a pot at the opening ceremony. With him are Datuk Maglin Dennis D’Cruz (right) and the director-general of the National Culture and Arts Department Datuk Norliza Rofli (left). — Picture by Hai Rozzaman Jalal
Deputy Minister of Tourism Datuk Dr James Dawos Mamit (second from right) draws water from a pot at the opening ceremony. With him are Datuk Maglin Dennis D’Cruz (right) and the director-general of the National Culture and Arts Department Datuk Norliza Rofli (left). — Picture by Hai Rozzaman Jalal

THE Gunung Ledang Arts Festival will become an annual event in an effort to attract more local and foreign tourists to the site.

Deputy Information, Communication and Culture Minister Datuk Maglin Dennis D'Cruz said the festival that is being held for the first time is one of the 20 collaborative programmes between his ministry, the Tourism Ministry and the National Culture and Arts Department.

He said making the festival an annual affair is a way to promote local arts and cultural activities in the area.


"This will help draw in tourists as Gunung Ledang is also famous for its legend and natural beauty. It was declared a national park in 2005. As a historical site for arts and culture, we hope the organiser will further develop and explore the potential of local arts and culture for tourism purposes," he said.

The three-day festival, themed "Puteri Ledang di Kaki Gunung", featured various local arts and cultures.

Maglin said the festival also revealed the wisdom of the previous generations in passing down the local culture.

16 Mei 2011

DAP MAY BECOME DOMINANT PARTY, WARNS GHANI


TANGKAK: DAP will be the new dominant party if the loose opposition grouping manages to wrest power in the next general election, Johor Umno chief Datuk Abdul Ghani Othman said.

He said the basic strategy in pursuing this goal was to split the Malay vote.

He added that the complicity of PKR and Pas in breaking up the Malay vote bank could be seen in past elections where they were dependent on the Malays being split and focused instead on getting the bulk of votes from among the non-Malays.

"As can be observed during the Tenang by-election, Pas could only hope for a fraction of the Malay votes while banking on their "fixed deposits" which were those won for them by DAP from other communities in town areas, he said.

Ghani, who was speaking at the opening of the Ledang Umno division meeting yesterday, said the constant vilifying of Umno was part of the strategy and seems to be working well with the level of Malay unity currently being at its lowest level.

"DAP's strength seems to be on the rise, with the party winning the bulk of support from other communities as could be seen in past by-elections and the recent Sarawak election.

"Their allies are now dependent on them to win the non-Malay votes and this will continue to be the case in the coming general election.

"They will have to return the favour to DAP once they manage to form the next Federal Government."

Ghani added that once DAP was in power at the federal level, it would push for changes to the basic policies on matters such as the economy and education, much to the detriment of the Malays.

Second Finance Minister Datuk Seri Husni Mohamad Hanadzlah, who declared open the meeting, said the country could not afford the upheaval which would follow such change of policies.
SOURCE: NST, MAY 16, 2011

PERANCANGAN BERSISTEMATIK

LEDANG – Prospek sektor pelancongan seni budaya di negara ini semakin bertambah dari masa ke semasa dengan adanya perancangan yang sistematik ke arah produktiviti yang menguntungkan kepada negara dan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, menerusi Festival Seni Gunung Ledang yang berlangsung pada 13 Mei hingga 15 Mei lalu dikenal pasti akan memeriahkan lagi destinasi pelancongan negara yang sedia ada.

Menurutnya, pelbagai aktiviti seni dan budaya telah dirancang dan bakal diadakan pada tarikh yang sama setiap tahun.

“Festival Seni Gunung Ledang merupakan program baru yang diperkenalkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara ke Gunung Ledang.

“Pelancong boleh menikmati keindahan flora dan fauna yang cukup terkenal di di sini,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Seni Gunung Ledang 2011, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee.

Katanya, menerusi festival tersebut juga kementerian akan meletakkan Gunung Ledang sebagai salah satu tempat yang dimasukkan dalam keledar pelancongan negara.

“Secara tidak langsung akan mempopularkan Gunung Ledang sebagai salah satu tapak seni budaya yang bersejarah.

“Bukan ini sahaja, malahan dapat merapatkan hubungan mesra antara masyarakat setempat yang kaya seni budaya dengan pelancong yang hadir,” katanya.

Selain itu, dalam festival tersebut kami akan memperkenalkan pelbagai aktiviti seni budaya kepada para pelancong yang boleh turut serta dalam aktiviti seni budaya yang dipersembahkan seperti permainan tradisional, tarian dan lakonan.

“Para pelancong juga dapat mengenal peralatan seni budaya yang digunakan dan bermesra dengan penggiat seni dan budaya di negeri Johor.

:“Kerajaan akan sentiasa memberi pelbagai kemudahan kepada kita untuk mengembangkan, mempromosi dan mengeluarkan produk seni budaya,” katanya.

Katanya, dengan adanya festival tersebut juga dapat memberi peluang dan pulangan hasil kepada kumpulan-kumpulan kesenian seluruh Johor ataupun negeri lain di Malaysia untuk mengadakan persembahan.

“Saya berharap dengan festival ini dapat memastikan hasrat dan dasar kerajaan tercapai serta dapat dirasai oleh semua rakyat di negara ini.

“Ia bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi dapat menyediakan peluang perniagaan dan promosi kepada semua penggiat seni budaya untuk melibatkan diri dalam industri kreatif budaya,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 16 MEI 2011

GANGGUAN AIR DI LEDANG HARI INI

JOHOR BAHRU 15 Mei - Orang ramai diminta menyimpan air secukupnya kerana beberapa kawasan di Muar akan mengalami gangguan bekalan esok disebabkan kerja-kerja pemasangan flow meter di Loji Rawatan Air Gersik.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, antara kawasan yang terjejas akibat gangguan 16 jam bermula pukul 10 pagi itu adalah seluruh pekan Bukit Gambir, Kampung Sungai Gambir, Kampung Sungai Lebar, Parit Lian, Sungai Bilah, Sungai Baru, Rumah Murah Bukit Gambir, Taman Cempaka, Pekan Gersik, Pekan Kundang Ulu dan kawasan sekitar.

"Turut terjejas sepanjang jalan dari Pekan Bukit Gambir ke Kampung Parit Sawah Kundang Ulu, kawasan industri Gersik, Jalan Sengkang, Parit Babok, Parit Kassim, Pusat Serenti, Kampung Sri Melaka dan Kampung Hang Tuah Termil," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Info SAJH di talian 1-800-88-7474 atau menghantar e-mel ke customer.care@saj.com.my.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 MEI 2011

TANGANI INFLASI TUMPUAN BAJET 2012

LEDANG 15 Mei - Masalah inflasi yang kian meningkat akan menjadi perhatian utama dalam Bajet 2012 bagi memastikan persekitaran ekonomi yang lebih selesa kepada setiap lapisan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bajet tersebut akan bersifat 'Rakyat Didahulukan' di samping memperkenalkan pendekatan untuk membolehkan taraf hidup masyarakat dapat dipertingkatkan.

"Apa yang penting adalah bagaimana kita sebagai kerajaan dapat membantu rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar dan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.

Ahmad Husni berkata, perbincangan dengan 10 kumpulan sasar yang merangkumi pihak kementerian, golongan peniaga, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan bermula bulan depan bagi membincangkan keperluan Bajet 2012.

Beliau berkata, selain menangani inflasi, antara perkara yang diberi tumpuan adalah merancakkan pelaburan swasta, pembangunan sosial, kemajuan luar bandar, pengkomersialan bidang penyelidikan dan inovasi, memajukan industri kecil dan sederhana, menangani masalah pembiayaan perumahan serta pengurusan nilai secara efektif.

Katanya, Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober itu akan membantu membina struktur yang lebih efisien dan efektif bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 MEI 2011

PERPADUAN MELAYU PERLU KUKUH

LEDANG 15 Mei - Perpaduan dalam masyarakat Melayu yang kukuh akan membolehkan UMNO membuktikan kekuatan politiknya dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sehubungan itu, kemakmuran yang dinikmati pada masa kini perlu dipertahankan. Beliau berkata, jika ia gagal dilaksanakan, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan daripada perpecahan masyarakat Melayu.

"Kita di Johor perlu perkukuhkan perpaduan orang Melayu untuk berdepan dengan cabaran ini dan percayalah tiada cara untuk berdepan dengan cabaran ini, selain kekuatan politik orang Melayu.

"Saya berharap dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan dapat buktikan kekuatan itu," katanya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang yang dirasmikan Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di sini hari ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 MEI 2011

BAJET 2012 TANGANI KADAR INFLASI

LEDANG: Bajet 2012 akan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 7 Oktober ini, turut mengambil kira langkah menangani peningkatan inflasi sejak lima tahun lalu yang antara lain menyebabkan kenaikan harga barang makanan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah itu perlu bagi memastikan persekitaran ekonomi lebih selesa kepada rakyat.

Katanya, Bajet 2012 akan membantu membina struktur yang lebih cekap dan efektif bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Kita akan menangani masalah inflasi, walaupun masalah itu berlaku pada peringkat global dan rakyat tahu mengenainya, namun apa yang penting bagaimana kerajaan dapat membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ledang di sini semalam. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahmad Husni berkata, sebagai permulaan penyediaan kepada bajet, pihaknya menetapkan 10 kumpulan sasar yang akan dibincangkan mulai bulan depan dengan membabitkan semua pihak termasuk kementerian, ahli perniagaan, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara perkara lain yang akan diberi tumpuan termasuk usaha tingkatkan pelaburan swasta, pembangunan sosial, kemajuan luar bandar, penyelidikan dan inovasi, industri kecil sederhana dan menangani pembiayaan perumahan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 16 MEI 2011

13 Mei 2011

TEKAD LEDANG


Oleh Jamaludin Husin

DAERAH Ledang berazam mempertahankan gelaran juara peringkat kebangsaan pertandingan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2010 kategori Bawah 12 Tahun.

Azam itu disuarakan jurulatih pasukan, Fazarina Abd Kadir selepas pasukannya menjuarai kejohanan peringkat negeri membabitkan 12 pasukan di Pontian, baru-baru ini.

Daerah Ledang berjaya mempertahankan gelaran dimenangi tahun lalu selepas mengalahkan Johor Bahru, 35-28 pada perlawanan akhir.

Mersing menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Batu Pahat dengan keputusan 21-20.

Fazarina berkata, pasukannya kini mewakili Johor ke peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur, bulan depan.

Menurutnya, tahun lalu, Johor muncul juara selepas mengalahkan Pahang 32-17 manakala tempat ketiga dimenangi Pulau Pinang yang menewaskan Sarawak.

"Kami hanya diberi masa kira-kira seminggu untuk melatih pemain sebelum menyertai pertandingan tapi masa yang singkat itu tidak mematahkan semangat pemain serta jurulatih untuk meraih kejuaraan.

"Kami bersyukur kerana Ledang kekal juara walaupun ditentang hebat terutama di peringkat suku akhir tapi kami berjaya menewaskan Batu Pahat, 27-21," katanya.

Fazarina dari Sekolah Kebangsaan Kesang Tasik, Ledang berkata, dia terpilih menjadi jurulatih pasukan MSSM negeri selepas pasukannya yang mewakili Ledang muncul juara peringkat daerah tahun lalu.

Menurutnya, dia akan memilih 12 pemain membabitkan pasukan bola jaring di Ledang, Johor Bahru dan Mersing untuk bergabung tenaga dalam sebuah pasukan bola jaring MSSM Johor ke peringkat kebangsaan.

SUMBER: HARIAN METRO, 13 MEI 2011

11 Mei 2011

BERBAKTI DI GUNUNG LEDANG


Para pelajar UTHM Batu Pahat melakukan aktiviti mendalamkan sungai ketika menyertai program 'Extra Green' di Gunung Ledang, Ledang, baru-baru ini.


LEDANG 10 Mei - Seramai 32 mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menuntut ilmu pemuliharaan alam sekitar di Gunung Ledang di sini baru-baru ini.

Nyata usaha mereka tidak sia-sia, kerana mereka berbangga kerana dapat berbakti kepada negara khususnya pihak pengurusan taman negara berkenaan.

Sepanjang program dua hari itu, peserta Program 'Extra Green' itu melakukan tugas, antaranya mendalamkan sungai, membersihkan kawasan hutan, menanam pokok dan landskap serta mempelajari pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di hutan simpan legenda itu.

Pegawai Pengiring Pusat Kokurikulum UTHM, Mohd. Suffian Md. Nor, 26, berkata, program tersebut bertujuan menanamkan semangat cintakan alam sekitar kepada golongan mahasiswa UTHM di samping membantu pihak Perbadanan Taman Negara Johor mengekalkan kehijauan hutan simpan itu.

"Kita berharap program ini memberi kesedaran kepada penuntut mengenai usaha memulihara alam sekitar dan sentiasa mengingatkan semua pihak supaya tidak memusnahkan kawasan hutan sesuka hati," katanya.

Penolong Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM, Ahmad Khirul Nizam Ali, 33, memberitahu, program itu merupakan idea penuntut kerana timbul kesedaran apabila mereka diberikan penerangan mengenai pembalakan dan pembukaan tanah haram di kawasan lereng bukit yang sering berlaku di negara ini.

"Segala perancangan program dijalankan sepenuhnya oleh mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang sering ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum di bawah kendalian Pusat Kokurikulum UTHM," katanya.

Menurut beliau, Gunung Ledang dipilih kerana tempat tersebut terkenal sebagai hutan simpan yang mempunyai pelbagai khazanah flora dan fauna serta mitos dan sejarah tersendiri.

Penuntut Fakulti Pengurusan Teknologi, Pengurusan dan Keusahawanan, Nur Fadhlina Mohd. Haris, 28, memberitahu, hasil daripada program itu, peserta dapat merasai keunikan dan keindahan alam sekitar hasil inisiatif kerajaan mengekalkan kehijauan hutan di Malaysia.

Bagi penuntut Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Shah Jahan Mohamad Mokhtar, 25, dia berasa puas kerana dapat membantu pihak Perbadanan Taman Negara Johor mengekalkan kehijauan alam sekitar di hutan tersebut.

"Umum sedia maklum bahawa dunia kini sedang mengalami pemanasan global yang kritikal, kita boleh lihat banyak bencana alam berlaku seperti banjir kilat, kemarau dan kebakaran hutan yang mengakibatkan kemusnahan harta benda, kehilangan tempat tinggal, penyakit dan mengorbankan banyak nyawa," katanya sambil berharap golongan mahasiswa harus sentiasa memainkan peranan menyedarkan masyarakat mengenai situasi itu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 11 MEI 2011

09 Mei 2011

MB ON WHAT MALAY DISUNITY PORTENDS

TANGKAK: The challenges faced by the Malays in the coming general election equal those which they had to overcome in 1946, 1957 and 1969.

Johor Umno chief Datuk Abdul Ghani Othman, who said this yesterday, pointed out that the weakening bonds among the Malays due to political differences could have disastrous consequences on the community after the next general election.

He made the reference to 1946 as that was the year the Malays formed Umno to fight the Malayan Union; 1957 - the fight for Merdeka and 1969 - the decisive general election which led to the racial riots that year.

Ghani, who was delivering a speech at the Ledang Umno division which he leads, said the alliance of DAP, PKR and Pas was working on a strategy of undermining Malay unity by attacking Umno as part of their preparations for the coming election.

"Every statement by Umno leaders calling for Malay unity has been labelled racist. This is the main strategy of the opposition to instil hatred for Umno."

Ghani, who is also the menteri besar, said the Malay-based PKR and Pas were now toeing the line of the DAP because of their desire for power.

"They are even supporting DAP's priority of reducing Malay interest as they want DAP to help them gain the votes of the non-Malays in the urban areas."

Ghani said the confidence among the opposition that Malay disunity would enable them to take over the government could be reflected by a recent statement of Johor PKR chief Datuk Chua Jui Meng that they would win in Johor with 80 per cent votes from the Chinese, 60 per cent from Indians and 50 per cent from Malays.

"It shows that they are confident that the Malay votes will be split and this will enable them to gain power."

Ghani said the Malays, irrespective of their political affiliation, needed to reflect on their future, failing which their fate as a community would be at peril.

SOURCE: NST, MAY 9, 2011

PEMBANGKANG GUNA PENDEKATAN BARU PADA PRU13 - ABDUL GHANI

MUAR 8 Mei — Pakatan pembangkang akan menggunakan pendekatan baru untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dengan menumpukan sasaran mereka terhadap UMNO pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu berkata, pendekatan ini dilakukan setelah matlamat mendapatkan sokongan 80 peratus pengundi bukan Melayu dalam bandar dalam pilihan raya umum 2008 telah tercapai.

Pakatan tersebut kini menggunkan slogan undilah calon Melayu asalkan bukan dari UMNO berbeza dengan pilihan raya umum lalu yang mengajak pengundi beralih kepada pembangkang asalkan bukan BN sehingga calon MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk di Johor.

"Pendekatan terbaru yang dimulakan sejak dua tahun lalu semakin rancak selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Serawak yang menyaksikan pembangkang menguasai kerusi kawasan bandar dan pekan pada 16 April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Ledang di Serom, Sungai Mati, di sini hari ini. — Bernama

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 MEI 2011

LATIHAN USAHAWAN CHAR KUEY TEOW




LEDANG: Pada 4 hingga 6 Mei lalu, seramai 20 orang peserta dari sekitar Ledang terdiri daripada peniaga, belia dan ibu tunggal telah mengikuti program keusahawanan char kuey teow anjuran bersama Kolej Komuniti Ledang dan CKT Global Enterprise.

Program tiga hari itu bertujuan untuk memberikan ilmu dan kemahiran untuk memulakan perniagaan serta motivasi keusahawanan.

Pihak penganjur memilih char kuey teow sebagai salah satu peluang perniagaan kerana masakan itu masih kurang diceburi di sini di samping kos memulakan perniagaan berkenaan sangat rendah.

Jurucakap penganjur berkata, kempen kursus 1Malaysia yang dijalankan oleh Kolej Komuniti itu diharapkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Katanya, pemimpin masyarakat, pertubuhan belia dan ibu tunggal perlu merebut peluang yang disediakan pihak kerajaan dalam usaha membantu rakyat menambah ilmu dan kemahiran terutama dalam dunia perniagaan.

Menurutnya, beberapa siri kursus lain akan diadakan pada masa akan datang dan mereka boleh menghubungi Kolej Komuniti Ledang di Jalan Payamas, Tangkak untuk mendapatkan keterangan lanjut atau melawati lamanLink web CKT Global Enterprise.

08 Mei 2011

TABIB CINA TURUN ILMU


Oleh Mohd Harzrul Aminuddin; Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz; Sharifah Zulaikha Syed Amali
Justify Full
LEDANG: "Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama," kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.

Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

"Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

"Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek," katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.

Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.

Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.

"Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus.

"Saya pernah memperoleh RM7,000 hasil penjualan tiga ekor ratu anai-anai. Bagaimanapun, ia bukan selalu kerana memang sukar mendapatkan ratu anai-anai," kata bapa kepada lima anak berusia enam hingga 15 tahun itu.

Menyedari harganya lumayan, Abdul Rahim menjadikan kerja mencari ratu anai-anai sebagai pendapatan sampingan selain perniagaan mengawal serangga perosak.

"Sepanjang menjalankan pekerjaan mengawal haiwan perosak seperti anai-anai, saya jarang menggunakan racun, sebaliknya memakan ratu serangga berkenaan atau menjualnya kepada pihak berminat.

"Walaupun pelik, ia berkesan, malah ratu anai-anai turut mendapat permintaan tinggi kerana khasiatnya diakui di negara Asia seperti China, Jepun dan Singapura," katanya yang mencari busut di sekitar kampung, terutama di dusun, ladang kelapa sawit dan getah untuk mengesan ratu anai-anai.

Dia mengambil masa kira-kira 10 sehingga 20 minit untuk menemui 'rumah' ratu anai-anai dan kadangkala lubang pertama digalinya membawa kepada penemuan tempat terbabit.

Katanya, cara memakan ratu anai-anai sangat mudah kerana pemakan hanya perlu menanggalkan kepala makhluk perosak terbabit lalu menelannya dengan segera.

"Sebaik menemui ratu anai-anai, kita perlu tanggalkan kepalanya sebelum meminum sedikit air untuk memudahkan ia ditelan," katanya sambil menunjukkan cara terbabit kepada wartawan Metro Ahad.

Rahim turut memberi petua iaitu ratu anai-anai perlu dimakan segera untuk mengekalkan kesegaran serta khasiatnya kerana ia hanya mampu bertahan tiga hari selepas dikeluar dari sarangnya.

Bahkan, dia mendakwa selepas memakan ratu anai-anai, ia memberi kesan yang sungguh baik serta lebih bertenaga walaupun membuat kerja berat setiap hari.

Sementara itu, usaha menemui seorang lagi pemburu ratu anai-anai yang hanya dikenali sebagai Pak Aki, 70, di Segamat menemui kegagalan kerana dia meninggal dunia baru-baru ini.

10 khasiat makan ratu anai-anai

* Merawat penyakit mati pucuk bagi lelaki

* Merawat masalah kesuburan bagi wanita

* Menguatkan tenaga batin

* Menyembuhkan penyakit kencing manis (peringkat awal)

* Merawat masalah darah tinggi dan tekanan darah rendah

* Merawat penyakit buah pinggang

* Menerangkan penglihatan

* Membantu menguatkan tenaga

* Merawat sembelit

* Merawat lesu badan


MESTI MAKAN BEGITU SAJA

LEDANG: Bagi mendapatkan kepastian mengenai khasiat tersembunyi ratu anai-anai, seorang tabib Cina yang menjalankan perniagaan berasaskan herba dan ginseng di bandar ini mengesahkan kehebatannya.

Toh Su An, 60, mengakui ratu anai-anai adalah sejenis ubat yang diamalkan masyarakat Cina sejak ratusan tahun lalu.

"Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan ratu anai-anai membuatkan jenis perubatan berkenaan seakan-akan lenyap daripada pengetahuan umum," katanya.

Toh mengakui ratu anai-anai sungguh berkesan untuk menambah kesuburan bagi wanita, tetapi dengan syarat kaum Hawa perlu memakannya begitu saja tanpa sebarang campuran.

Katanya, ratu anai-anai juga dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit seperti tekanan darah rendah, darah tinggi dan sembelit.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Datuk Dr Ismail Thamby berkata, semua itu hanya kepercayaan karut yang banyak dipengaruhi oleh psikologi seseorang kerana daripada aspek perubatan, anai-anai tiada khasiat apatah lagi mampu merawat masalah mati pucuk.

Katanya, amalan pelik seperti memakan serangga dan alat kelamin haiwan sebenarnya adalah songsang yang hanya memberi kesan placebo (perawat) sementara.

"Keberkesanan sesuatu petua atau amalan songsang ini ada kaitan dengan aspek psikologi pengamalnya kerana walaupun daripada segi perubatan ia tidak menunjukkan apa-apa khasiat, namun pengamal percaya ia berkesan.

"Bila disebut mengenai kelemahan syahwat, ia sebenarnya bergantung kepada minda dan cara pemikiran individu itu sendiri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, fenomena kepercayaan songsang bukan baru di negara ini, malah ada yang diamalkan secara turun-temurun bergantung kepada budaya individu itu.

Katanya, antara penyakit yang sering ada kaitan dengan mati pucuk adalah diabetes, darah tinggi atau hipertensi, kolesterol tinggi selain penyakit jantung.

"Rakyat di negara ini terlalu mudah mempercayai apa jua petua atau amalan yang kononnya dapat mengatasi mati pucuk dan berani mencuba tanpa mengetahui kesan negatifnya.

"Tongkat Ali contohnya sering digunakan oleh lelaki kerana dipercayai dapat memberi tenaga, sedangkan berdasarkan kajian ia sebenarnya merangsang hormon testosteron yang mana memberi rangsangan syahwat dan ereksi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, untuk mengatakan amalan berkenaan salah sepenuhnya agak sukar kerana ada pengamal merasakan perubahan positif apabila makan serangga perosak itu.

Katanya, semua itu bergantung kepada pemikiran dan kepercayaan seseorang selain psikologi.

Bagaimanapun, amalan itu masih belum terbukti berkesan mengikut aspek perubatan sebenar.

SUMBER: METRO AHAD, 8 MEI 2011

PERANAN GURU, IBU BAPA PENTING

LEDANG 7 Mei - Kejayaan pelajar bukan sahaja atas bimbingan guru, tetapi dorongan dan komitmen ibu bapa amat diperlukan untuk memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaran serta aspek lain.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, komitmen ibu bapa amat penting supaya anak- anak dapat menyedari betapa pentingnya pelajaran demi masa depan mereka.

"Kesedaran mengenai kecemerlangan pelajaran perlu dipupuk sejak usia muda agar mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

"Anak-anak kita mungkin ada yang berbeza dari segi kecerdikan tetapi saya percaya masing-masing mempunyai keupayaan untuk berjaya," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tangkak, di sini semalam.

Turut hadir, Guru Besar SK Sri Tangkak, Ngarisan Jurimi dan Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Zakaria Osman.

Abdul Ghani berkata, pelajar tidak sewajarnya hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi harus aktif melibatkan diri dalam kokurikulum yang dapat mencungkil pemikiran kreatif.

"Usaha kerajaan menerusi pelbagai pendekatan termasuk dedikasi para guru sememangnya memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar di seluruh negeri ini ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 8 MEI 2011

07 Mei 2011

MPOB WILAYAH SELATAN GIAT LAKSANA EPP4 DI BAWAH NKEA


Oleh Azran Jaffar

TANGKAK
: Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Wilayah Selatan, yakin inisiatif kerajaan dalam memajukan industri sawit di negara ini seperti digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan dapat dilaksanakan.

Ketuanya, Zulkefli Shawal, berkata pada masa ini pihaknya sedang memberi tumpuan kepada projek permulaan (EPP4), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sawit iaitu meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER) dengan meningkatkan pemahaman di kalangan peniaga buah sawit dan pekebun kecil supaya tidak berurusniaga dengan buah tandan muda.

"Buah tandan muda sawit tidak mempunyai kandungan minyak dan dikenalpasti sebagai salah satu sebab utama kejatuhan OER apabila buah sawit yang diproses di kilang mempunyai peratusan yang tinggi buah tandan muda.

"Melalui EPP4, kerajaan mensasarkan peningkatan OER kepada 23 peratus menjelang tahun 2020 daripada 20.49 peratus pada masa ini melalui peningkatan tahunan sebanyak 0.3 peratus.

"Untuk tujuan itu juga Pejabat MPOB Wilayah Selatan menempatkan 27 penguat kuasa MPOB di 27 kilang di Johor untuk menjalankan pemantauan terhadap perkara ini.

"Pada masa ini terdapat 63 kilang sawit di seluruh negeri Johor dan kita akan mendapat tambahan 86 penguat kuasa lagi untuk ditempatkan di semua kilang sawit negeri ini," katanya ketika ditemui di pejabat MPOB, Cawangan Tangkak, baru-baru ini.

Pejabat MPOB Wilayah Selatan yang berpangkalan di Johor Baru pada masa ini mengawasi tiga pejabat MPOB di negeri ini iaitu Pejabat Cawangan Kluang, Cawangan Tangkak dan Stesen Pelabuhan Pasir Gudang.

Pejabat Pelabuhan Pasir Gudang yang terletak di pelabuhan itu mempunyai makmal bagi menguji dan menganalisa keluaran sawit untuk eksport.

Zulkefli berkata, penempatan penguat kuasa di kilang sawit yang dilaksanakan pada 1 April lalu mula memperlihatkan kesan yang baik dari pengilang dan kualiti buah sawit yang diterima didapati meningkat.

"Malah kilang yang masih belum dapat penguat kuasa MPOB, meminta kami menempatkan segera pegawai penguat kuasa di kilang mereka dan kita akan menempatkan pegawai itu sebaik saja kita mendapat tambahan pegawai itu dalam masa terdekat.

"Ada kilang menyediakan kontena untuk dijadikan pejabat bagi memastikan penguat kuasa MPOB dapat melaksanakan tugas diamanahkan dengan berkesan. Ini menunjukkan penerimaan baik pengilang terhadap inisiatif NKEA kerana mereka sedar kehadiran penguat kuasa adalah untuk meningkatkan OER yang secara langsung akan memberi kebaikan kepada mereka," katanya.

Johor adalah negeri ketiga terbesar dari segi keluasan tanaman sawit, selepas Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun dari segi kematangan industri, Johor adalah yang pertama.

"Johor tidak mempunyai keluasan tanah yang besar seperti Sabah dan Sarawak untuk mengembangkan perladangan sawit dan untuk itu ia banyak terbabit dalam kegiatan hiliran industri sawit," katanya.

Ditanya mengenai tugas Pejabat MPOB Wilayah Selatan, Zulkefli berkata, selain penguatkuasaan ia juga terbabit dalam pelesenan aktiviti berkaitan kelapa sawit.

"Kita akan pastikan mereka yang terbabit dalam industri sawit dilesenkan kerana ada kes membabitkan menyimpan tanpa lesen, sedut-curi minyak sawit di samping memastikan syarat yang ditetapkan dalam lesen dipatuhi," katanya.

Mengulas mengenai aktiviti sedut-curi minyak sawit, beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar bagi membendungnya.

Aktiviti ini bukan saja melanggar Akta MPOB dan boleh diambil tindakan undang-undang tetapi juga memberi kesan tidak baik kepada industri sawit kerana menyebabkan pencemaran kepada minyak sawit, katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN (BERITA SAWIT), 7 MEI 2011

PENIAGA SAWIT LEDANG PATUH ARAHAN


Oleh Azran Jaffar

DALAM usaha membantu kerajaan meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER) sebanyak 23 peratus pada tahun 2020, Persatuan Peniaga Buah Sawit Ledang (PPBSL), Johor, giat mengingatkan ahli supaya tidak berurusniaga dengan buah sawit tandan muda yang dibekalkan pekebun kecil.

Persatuan yang dianggotai kira-kira 50 ahli itu menegaskan, mereka sentiasa mengikuti amalan ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan sudah menjelaskan kepada pekebun kecil supaya tidak membekalkan mereka dengan buah tandan muda.

Pengerusi PPBSL, Mohd Janis Abu Bakar, berkata kali terakhir ahli persatuan diingatkan mengenai perkara berkenaan pada mesyuarat terbaru mereka yang diadakan baru-baru ini dan setiap kali mesyuarat perkara itu antara agenda yang dibincangkan.

"Walaupun pada masa ini masih ada pekebun kecil yang membekalkan buah tandan muda tetapi peratusnya sudah semakin berkurangan iaitu antara 3 hingga 5 peratus dan dijangka dalam masa tidak berapa lama lagi masalah ini akan dapat diselesaikan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Gambir, Ledang.

Turut hadir pada pertemuan itu adalah ahli jawatankuasa PPBSL dan Ketua Pejabat, MPOB Wilayah Selatan, Zulkefli Shawal

Buah tanda muda bukan saja tidak mengandungi minyak, malah urus niaga buah tandan muda menjadi kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahannya di mahkamah.

Ahli Persatuan tidak akan lagi berurus niaga dengan buah tandan muda dan pihak kilang juga tidak membeli dan tidak memproses buah tandan muda. Peniaga buah sawit yang bertindak sebagai peraih adalah orang tengah antara pekebun kecil dan pengilang.

Untuk memastikan perkara ini dilaksanakan dengan sepenuhnya, pada 1 April lalu MPOB menempatkan pegawai penguat kuasa di kilang kelapa sawit di seluruh negara untuk memastikan pengilang tidak membeli buah tandan muda.

Mohd Janis berkata, hampir 70 peratus pekebun kecil sudah memahami peraturan ditetapkan MPOB dan pihaknya dari semasa ke semasa memberi taklimat dan ingatan kepada pekebun kecil mengenai perkara itu.

"Bagi peniaga buah sawit pula, walaupun tidak semua mereka yang berada di kawasan Ledang menjadi ahli PPBSL, namun mereka juga diingatkan mengenai peraturan itu dan pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan ahli PPBSL," katanya.

Peningkatan dalam OER adalah satu daripada lapan projek permulaan (EPP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sawit digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana kerajaan mensasarkan OER sebanyak 23 peratus pada tahun 2020 daripada 20.49 peratus pada masa ini melalui peningkatan tahunan sebanyak 0.3 peratus.

Dengan rata-rata ahli menyatakan kesungguhan mereka untuk mematuhi peraturan ditetapkan MPOB berhubung buah tandan muda, namun Ahli Jawatankuasa PPBSL menyatakan buah tandan muda bukan semata-mata faktor yang menentukan OER bagi kawasan Ledang.

Setiausaha PPBSL, Lim Chong Seng, pengilang juga harus memainkan peranan mereka dengan berkesan kerana ada ketikanya keadaan di kilang yang menyebabkan OER yang dicapai tidak seperti diharapkan.

"Pengilang perlu memastikan mesin mereka dalam keadaan yang baik kerana ia antara faktor menentukan OER," katanya.

Seorang Ahli Jawatankuasa, Tay Kim Boon, pula berkata, pengilang membeli sawit yang mereka bekalkan pada kadar OER 19 peratus dan kadar itu mereka bayar kepada pekebun kecil.

SUMBER: BERITA HARIAN (BERITA SAWIT) 7 MEI 2011

05 Mei 2011

FESTIVAL SENI GUNUNG LEDANG 2011

LEDANG: FESTIVAL Seni Gunung Ledang 2011 akan diadakan di Dataran Gunung Ledang Resort, Ledang, Johor, pada 13 hingga 15 Mei ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor, Abdul Hamid Muhamad, berkata penganjuran festival yang julung kali diadakan itu bertujuan memeriahkan destinasi pelancongan di kawasan berkenaan dengan aktiviti seni dan budaya.

"Ini akan menarik lebih ramai pelancong ke Gunung Ledang sebagai salah satu tapak seni dan budaya yang bersejarah, sekali gus mempopularkan Gunung Ledang," katanya dalam kenyataan melalui e-mel.

Antara aktiviti seni dan budaya yang diadakan ialah pameran serta jualan, Muzikal Tari Puteri Gunung Ledang, Demonstrasi Permainan Gasing Pangkah Kebangsaan, persembahan Haziq AF4, J Sham, Mimi Loma, Ali Mamak, A Halim, selain kumpulan muzik asli dari Pahang.

Festival Seni Gunung Ledang akan dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, pada 14 Mei ini, jam 11 pagi.

SUMBER: BERITA HARIAN, 5 MEI 2011

04 Mei 2011

SUSPECTED ROBBER DIES IN CAR CHASE

TANGKAK: A suspected robber was killed after his car skidded into a canal during a high-speed chase of his intended victim in Kampung Parit Keliling near Kesang here.

A man had just left his workplace near Bakri and was driving home when he spotted a Proton Waja trailing him at about 3.30am yesterday.

He sped away after he crossed the Muar River, but the Proton followed him into Kampung Parit Keliling in Kesang.

The man managed to lose the Proton after a sharp bend, but was shocked when his father told him later in the morning that there was a car in the canal.

He rushed to the spot and saw the car was the Proton Waja that had trailed him earlier, with the driver dead.

The man and his father then informed police about the car and the dead man in the canal.

Ledang police chief Supt. Harun Idris confirmed the incident, and said the police were investigating the case.

SOURCE: THE STAR, MAY 4, 2011

01 Mei 2011

DEKATI RAKYAT HINGGA KE AKAR UMBI


Perlu kerjasama erat antara agensi kerajaan, badan berkanun

LEDANG :– Matlamat kerajaan untuk mendekati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi akan tercapai jika kerjasama erat dapat diwujudkan hasil penglibatan bersama daripada agensi kerajaan dan badan berkanun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee berkata, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk mendekati rakyat melalui pelbagai program sama ada dianjurkan sendiri mahupun bersama agensi Kerajaan yang lain.

Menurutnya, menerusi Program Mesra Rakyat atau Hari Bersama Pelanggan dilihat menjadi platform kepada rakyat untuk menyuarakan serta menyelesaikan masalah yang hadapi selain mendapat maklumat terkini mengenai program kerajaan mahupun agensi yang terlibat.

“Melalui program yang dianjurkan, agensi kerajaan dapat menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti atau peluang yang boleh diperoleh rakyat seperti perkhidmatan atau pekerjaan yang ditawarkan.

“Pihak agensi pula dapat menerima pandangan atau idea yang boleh meningkatkan perkhidmatan mereka kepada rakyat melalui pertemuan atau dialog yang diadakan,” katanya ketika merasmikan Hari Bersama Pelanggan Telekom Malaysia (TM) dan pelancaran Kad Setia TMPoint Ledang yang diuruskan Innoseven Sdn Bhd di Jalan Payamas, Tangkak, di sini.

Tee Tee berkata, menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. kerajaan sentiasa berusaha untuk menggalakkan rakyat menggunakan Teknologi Maklumat (IT) serta meningkatkan bilangan rakyat celik IT.

“Usaha TM menganjurkan program seumpama ini sangat tepat bagi menarik minat rakyat memanfaatkan penggunaan perkhidmatan Internet di samping mendapatkan perkhidmatan dan produk terbaru yang ditawarkan.

“Dengan adanya TMPoint di bandar ini akan dapat memberikan kemudahan kepada penduduknya mendapatkan perkhidmatan seperti pembayaran bil utiliti dan penyambungan telefon baru atau Internet,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan jabatan kerajaan dan agensinya membuka cawangan mereka di bandar Tangkak sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang memerlukan pusat perkhidmatan setempat bagi memudahkan urusan seharian.

“Dengan adanya pusat perkhidmatan berkenaan, penduduk tidak perlu ke bandar lain untuk menyelesaikan urusan mereka yang berkaitan dengan beberapa agensi malah boleh pergi ke beberapa jabatan pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berharap TMPoint Ledang sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan di samping sentiasa menerima kritikan atau pandangan mereka bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang memuaskan pelanggan yang berurusan.

Sementara itu, Pengarah urusan Innoseven Sdn Bhd, Abdul Rahim Talib berkata, TMPoint Ledang memulakan operasinya bermula Jun 2010 dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Tangkak dan sekitarnya melakukan urusan pembayaran bil tanpa pergi ke pusat pembayaran bil yang lain seperti pejabat pos.

“Pelancaran Kad Setia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang membuat urusan di TMPoint Ledang secara berterusan dan pihaknya akan menyediakan hadiah kepada pelanggan setia yang terpilih,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Ahamat Yusop; Penolong Pengurus Besar, TM Consumer Johor, Mohd Anuar Arshad dan Pengerusi TM Business Council Muar/Ledang, Kamal Mokri.

SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 01 MEI 2011