PENGUNJUNG SETIA

30 November 2011

TERTEKAN 'BANJIR TERMENUNG'

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tertekan ‘banjir termenung’

LEDANG – “Kami tertekan,” hanya itu yang mampu diluahkan pendu­duk, Mohd Shamsudin Dawam, 40, apabila masalah ‘banjir termenung’ yang melanda Kampung Parit Da­halan, Paya Kepong Mukim Kundang Teluk Rimba, di sini tidak berkesudahan sejak 12 hari lalu.

Bencana alam tersebut menye­babkan kira-kira 20 rumah pendu­duk ditenggelami air sedalam kira-kira satu kaki selepas hujan lebat yang melanda kampung itu pada 19 No­vember lalu.

Keadaan air yang masih belum surut hingga kini menyebabkan tekanan kepada penduduk terlibat.

Mohd Shamsudin berkata, rata-rata penduduk mendakwa masalah ‘banjir termenung’ yang berlaku itu juga mungkin ada kaitan dengan kerosakan yang berlaku pada Benteng Sungai Kesang.

Menurutnya, benteng itu dipercayai rosak ketika bencana banjir yang berlaku pada Februari lalu dan hingga kini tidak dibaiki oleh pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan air Sungai Kesang melimpah dan memasuki ke kawasan rumah penduduk.

Katanya, insiden itu turut memberikan beban kepada ramai penduduk yang rata-rata merupakan golongan petani di sini.

“Ini kerana kawasan kampung terdiri daripada kira-kira 200 hektar kawasan padang ragut dan 80 hektar tanaman kelapa sawit dan getah.

“Daripada itu, sebahagian besar ka­wasan itu diteng­gelami air dan ramai petani tidak dapat mengusahakan tanaman mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Mohd Shamsudin berkata, sebuah keluarga di sini terpaksa menumpang di rumah jiran sejak 12 hari lalu kerana rumahnya dinaiki air dan tidak boleh diduduki,” katanya.

Menurutnya, dia juga bimbang dengan keselamatan anak-anak memandangkan parit di sekitar kampung ini dipenuhi air banjir dan di­­khua­­tiri menjadi tumpuan kanak-kanak bermain.

Seorang lagi penduduk, Sabari Tasrib, 70, berkata, dia telah kehilangan pendapatan kira-kira RM1,000 sejak ‘banjir termenung’ melanda kam­pungnya itu.

“Sudah 12 hari saya tidak menoreh getah kerana kawasan kebun digenangi air banjir. Risau jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan pendapatan petani di sini,” katanya.

Sabari berkata, setelah 12 hari berlaku, paras air yang surut sangat sedikit iaitu dua inci sahaja.

“Keadaan kebun yang digenangi air terlalu lama juga dikhuatiri akan merosakkan tanaman dan tidak menolak kemungkinan pokok akan tumbang berikutan struktur tanah menjadi lemah,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pen­­ternak lembu, Yunos Sarpan, 41, berkata, berikutan kejadian itu kawasan ternakan dan padang ragut yang diusahakannya ditenggelami air mencecah satu meter.

Menurutnya, dia juga terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 kerana rumput yang baru ditanamnya sebulan lalu musnah ditenggelami air.

Yunos berkata, penduduk kampung berharap dan merayu masalah itu diatasi segera supaya beban mereka dapat dikurangkan.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) daerah, tetapi gagal.

SUMBER: SINAR HARIAN, 30 NOVEMBER 2011

28 November 2011

1,140 KEKOSONGAN JAWATAN JOBS MALAYSIA

LEDANG 27 Nov. - JobsMalaysia Centre menawarkan 1,140 pekerjaan kosong di daerah Muar dan Ledang kepada pengunjung Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Karnival selama empat hari bermula Khamis lalu itu turut membawa bersama 20 syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai sektor termasuk perkilangan, perkhidmatan, peruncitan dan perladangan.

Pengurus Jobs Malaysia Centre Iskandar Malaysia, Mohd. Syahrul Syahid Mohd. Salleh berkata, pihaknya menyasarkan 250 penempatan kerja dapat dibuat melalui program di daerah Ledang ini dengan golongan sasaran adalah lepasan sekolah serta graduan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Mana-mana pengunjung ke gerai pameran JobsMalaysia akan kami daftarkan dan dibawa kepada majikan yang turut berada di sini untuk ditemuduga.

"Kita turut membantu mendaftarkan mereka ke dalam portal JobsMalaysia yang mempunyai lebih 12,000 kekosongan jawatan dan kami juga mengadakan klinik kerjaya untuk membantu mereka membina keyakinan diri dan penguasaan bahasa Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain JobsMalaysia Centre, program Kepak yang memasuki edisi keempat di daerah Ledang ini turut menampilkan sebanyak 60 gerai pameran lain.

Menurut Pengarah Urusan Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (Puspatri), Ja'apar Samat, pihaknya tidak ketinggalan membuka gerai pameran bagi mempromosikan peluang pendidikan dan kemahiran yang ditawarkan di Puspatri Pasir Gudang.

"Kami menawarkan kursus peringkat sijil kepada tiga kumpulan sasar iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan siswazah dan juga golongan pekerja untuk mempertingkatkan kemahiran," katanya.

Jelas beliau, kursus peringkat sijil selama 12 bulan kepada lepasan SPM ditawarkan secara percuma serta diberikan elaun dan ia memberi peluang kerjaya sebagai jurukimpal arka logam, juruteknik elektrik, mekanik industri, elektronik industri dan pemesinan am.

"Program Peningkatan Kemahiran Siswazah di Puspatri juga adalah percuma manakala kursus kemahiran kepada golongan pekerja pula melibatkan yuran yang berpatutan namun ia memberi kelebihan untuk pekerja memiliki kemahiran baru dalam industri yang berkembang pesat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pejabat Koridor Wilayah Selatan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Muhammad Hafizi Sulaiman berkata, penglibatan pihaknya dalam Kepak bertujuan menggalakkan penyertaan warga Johor dalam bidang francais.

"Program Kepak ini merupakan platform terbaik untuk kami mempromosikan skim pinjaman mikro francais bagi perniagaan yang bernilai di bawah RM50,000 dan sehingga kini, sambutannya amat menggalakkan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 28 NOVEMBER 2011

KEPAK BERI BANYAK MANFAAT

LEDANG 27 Nov. - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak di sini berlangsung meriah dengan menawarkan pelbagai peluang kepada anak-anak tempatan mendapatkan kerjaya, memulakan perniagaan serta mempertingkatkan kemahiran diri.

Pelbagai pengisian turut dibuat sempena karnival selama empat hari bermula Khamis lalu itu, termasuk acara bola sepak jalanan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, demonstrasi batik air brush oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang dan Forum Perdana Sambutan Maal Hijrah 1433H/2011M.

Menurut salah seorang pengunjung, Suraya Fitri Mat Husain, 25, dia menggunakan kesempatan itu mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakannya sebagai graduan Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Buat masa ini, saya sedang bekerja di syarikat alat tulis dan setelah ternampak iklan karnival ini di Segamat, saya mengajak bersama rakan saya untuk meninjau peluang yang ada," katanya yang berasal dari Kampung Paya, Segamat.

Katanya, Kepak mempunyai manfaat yang luas, namun dia berharap lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan di dalam program karnival tersebut untuk pencari kerja sepertinya.

Sementara itu, Siti Fatimah Gahnehman, 25, berharap kehadirannya pada program Kepak itu dapat membantunya mendapat pekerjaan tetap.

"Sebelum ini, saya telah bekerja dengan banyak bank dan syarikat insurans namun semua jawatannya berbentuk kontrak, saya berharap rezeki dalam program Kepak ini dapat membolehkan saya mendapat pekerjaan tetap," katanya yang merupakan graduan Ijazah Pemasaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, bagi membantu memperoleh pekerjaan yang lebih baik, dia turut mendaftarkan dirinya dalam portal Jobs Malaysia dan mengikuti bimbingan yang ditawarkan pada gerai pameran Jobs Malaysia di karnival berkenaan.

Dalam pada itu, menurut seorang pelajar, Mohd. Zakaria Sharif, 17, berkata dia mengikuti program Kepak bagi meneliti prospek kerjaya dalam bidang-bidang yang mempunyai permintaan dalam pasaran kerja.

"Saya sedang mengambil peperiksaan SPM dan apabila ada program ini, saya memanfaatkannya untuk melihat peluang-peluang kerjaya terutamanya dalam kejuruteraan automotif," katanya yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Nazmi Mohd. Rafian, 17, berkata, program Kepak turut menawarkan peluang pekerjaan sambilan kepada golongan belia sepertinya yang akan selesai mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ini.

"Saya belum keliling habis karnival ini namun saya turut nampak ada pelbagai kursus kemahiran yang juga mempunyai prospek untuk masa hadapan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 28 NOVEMBER 2011

27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H


SALAM MAAL HIJRAH 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MANA SAJA BERADA KHUSUSNYA WARGA LEDANG, JOHOR.
SEMOGA PENGHIJRAHAN KITA AKAN BERTAMBAH KEPADA KEBAIKAN YANG SEJATI.

1 MUHARAM 1433H / 27 NOVEMBER 2011

25 November 2011

JKM PERUNTUK RM5j HADAPI BANJIR


KHATIJAH Abdullah bersama dua lagi pegawai JKM melihat simpanan barang-barang keperluan untuk mangsa banjir di Jalan Abdul Rahman, Muar, semalam.


MUAR 24 Nov. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sudah bersiap sedia untuk menyediakan keperluan makanan kepada mangsa banjir di negeri ini dengan peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan negeri.

Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah berkata, pihaknya telah melantik sebanyak 158 pembekal barangan makanan yang terletak berhampiran pusat-pusat pemindahan sementara di negeri ini dan lima pembekal pasar raya besar untuk keperluan dalam kuantiti yang banyak.

“Insya-Allah, setiap keperluan mencukupi dan kita telah bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir,” katanya selepas melawat Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Selatan di Jalan Abdul Rahman, di sini, semalam.

Menurutnya, persiapan awal untuk menghadapi bencana itu telah dibuat dengan barangan keperluan asas bernilai RM250,000 diagih-agihkan ke 48 pangkalan hadapan di seluruh negeri Johor.

“Pangkalan-pangkalan hadapan ini kita wujudkan di kawasan-kawasan yang berpotensi terputus hubungan jalan raya semasa banjir.

“Barangan asas yang kita tempatkan ini termasuk pakaian, tilam, selimut, telekung, tuala, lampin wanita dan air mineral,” katanya.

Beliau berkata, Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Selatan terletak di Muar turut menempatkan barangan keperluan asas bernilai RM250,00 untuk persediaan kepada tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 25 NOVEMBER 2011

KEPAK 2011 KINI SINGGAH DI LEDANG

LEDANG 24 Nov. - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran 2011 (Kepak 2011) kini singgah ke Ledang setelah menjelajah empat daerah utama iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Batu Pahat sebelum ini.

Program itu berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bermula hari ini hingga Ahad, mulai 9 pagi hingga 6 petang bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran kepada penduduk setempat malah dari Muar dan Segamat.

Secara keseluruhannya, sejak penganjuran sebanyak empat kali, Kepak 2011 mencatatkan kehadiran hampir 40,000 pengunjung bagi mengambil peluang mendapatkan kerjaya, perniagaan serta mempertingkatkan kemahiran diri.

Semua itu selari dengan matlamat utama ingin membantu meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Menurut Pengurus JobsMalaysia Centre, Mohd. Syahrul Syahid Mohd. Salleh, sepanjang penganjuran Kepak 2011, seramai 722 pencari kerja telah ditempatkan segera bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada, manakala seramai 1,424 pencari kerja masih lagi menunggu maklum balas pihak majikan atau menunggu panggilan untuk temuduga kedua sebelum ditempatkan di mana-mana industri atau perkhidmatan.

"Penempatan kerja itu diberikan kepada golongan siswazah dan bukan siswazah sama ada dalam bidang industri pembuatan dan perkhidmatan.

"Sebanyak 12,350 kekosongan jawatan ditawarkan di wilayah Iskandar Malaysia, dengan 7,299 melibatkan bidang pembuatan manakala 5,051 lagi bidang perkhidmatan," katanya.

Bagaimanapun, pekerja berkemahiran tinggi amat diperlukan seiring dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang rancak berkembang bagi membolehkan perkhidmatan bertaraf dunia diberikan kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) turut mendapat maklum balas positif melalui pameran yang diadakan.

Kepak 2011 di Ledang kali ini mempunyai kelainan serta penambahbaikan berbanding program sebelumnya dengan pengisian pelbagai aktiviti termasuk pameran kerjaya, perniagaan dan kemahiran, program kerjaya dan mencari harta karun anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Pada Sabtu ini berlangsung acara bola sepak jalanan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, demonstrasi batik air brush oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang dan Forum Perdana Sambutan Maal Hijrah 1433H/2011M pada malamnya.

Pengunjung juga berpeluang menyertai Charity ride pada Ahad bermula 10 pagi hingga 3 petang di Dataran Ledang.

Kepak 2011 Ledang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman esok. Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi Kepak 2011.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 25 NOVEMBER 2011

24 November 2011

CALON SPM DITANGKAP KHALWAT

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Khalwat

LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 24 NOVEMBER 2011

23 November 2011

POLIS PATAH KAKI DIREMPUH


MUHAMMAD Salleh Abd. Razak melihat kaki kanan Mohd. Angawam Mikom yang patah akibat dirempuh penunggang motosikal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, semalam.


LEDANG 22 Nov. – Seorang anggota polis patah kaki kanannya selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya di Parit Bunga, di sini awal pagi tadi.

Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku ketika anggota berkenaan, Mohd. Angawam Maikom, 52, meronda bersama pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) berhampiran lokasi sekatan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, suspek datang dari arah Jambatan Kedua Muar menghala ke Sungai Mati itu dikatakan berpatah balik dan melawan arus selepas menyedari sekatan jalan raya.

“Mangsa bersama beberapa anggota SRS Parit Bunga melakukan rondaan di tepi jalan ketika itu. Mangsa meminta suspek berhenti tetapi lelaki itu enggan lalu merempuh mangsa.

“Penunggang motosikal itu kemudian melarikan diri manakala mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Salleh turut meluangkan masa bagi melawat Mohd. Angawam yang menjalani pembedahan.

Jelas beliau, pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan berusaha mengenal pasti penunggang motosikal berkenaan.

Katanya, mangsa yang merupakan anggota di Balai Polis Parit Bunga itu kini dalam keadaan stabil.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 NOVEMBER 2011

22 November 2011

'BANDAR PENCEN' PESAT MEMBANGUN, POPULAR


SEJAK 10 tahun kebelakangan ini, Daerah Muar yang terletak di kawasan Johor yang bersempadan dengan Melaka, semakin pesat membangun dan dikenali berbanding suatu ketika dulu yang sering dikaitkan sebagai bandar pencen atau pekan mati.

Daerah Muar mempunyai pelbagai tarikan pelancongan termasuk tempat bersejarah, makanan istimewa dan seni budaya yang mengasyikkan, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi pelancongan unik yang perlu dilawati.

Muar yang bersempadan dengan daerah Ledang, Segamat, Batu Pahat dan negeri Melaka mempunyai pelbagai tarikan kerana memiliki pakej pelancongan lengkap termasuk eko-pelancongan, juadah istimewa, tempat bersejarah, perkampungan inap desa dan keindahan alam yang masih terpelihara.

Bandar Muar dibuka pada 1884 turut dikenali sebagai Bandar Maharani, memiliki bangunan zaman kolonial termasuk Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Bangunan Sultan Abu Bakar, Kubu Bentayan, Bangunan Kastam Diraja Malaysia, kompleks lama Mahkamah Tinggi/Sesyen, Pejabat Cawangan Polis Trafik Muar dan Sekolah Tinggi Muar, selain deretan kedai zaman kolonial yang kekal terpulihara.

Pentadbiran Daerah Muar di bawah Pegawai Daerahnya, Amran Abdul Rahman dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) di bawah teraju Yang Dipertuanya, Zulkiflee Abbas, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti daerah itu termasuk melalui program Muar Daerahku, Bersih Idamanku sebagai matlamat utama memastikan persekitaran sihat dan indah, selain turut menjadikannya bandar hijau melalui penanaman pokok bersesuaian.

Sehubungan itu kawasan Rekreasi Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang yang terletak muara Sungai Muar turut diberi perhatian melalui projek penanaman pokok dan mengecat semula bangunan Dataran Tanjung Emas.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) turut meningkatkan kemudahan infrastruktur kawasan Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang dengan menyediakan pelbagai peralatan senaman, tempat duduk awam dan kemudahan pejalan kaki yang selesa, selain menggalakkan orang ramai menyertai program riadah J-Robik dan senaman taichi yang diadakan dijalankan di situ.

Selain itu antara projek terbaru dilaksana bagi meningkatkan pembangunan kawasan bandar ialah Uptown Maharani yang terletak di Jalan Sisi dengan kos RM3 juta menerusi perkongsian peruntukan antara Kerajaan Pusat dan negeri.

Kerja menyiapkan laluan berbumbung Uptown Maharani giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan, sekali gus mampu memberi tarikan baru dan menceriakan kawasan bandar dengan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan terutama pakaian dan kraftangan.

Konsep bandar selamat juga mula diterapkan di Muar apabila 16 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang pada lokasi strategik sekitar bandar itu bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa, manakala laluan pejalan kaki turut dipasang dengan halangan bagi keselamatan orang ramai.

Selain itu, langkah kerajaan mewujudkan Hab Pendidikan Pagoh yang terletak dalam daerah Muar secara tidak langsung mampu merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan dengan fasa pertama projek itu bermula tahun ini hingga 2015 di kawasan seluas 404.7 hektar.

Fasa pertama projek itu membabitkan empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh yang boleh menampung 16,800 pelajar dengan turut merangkumi kawasan perumahan baru, kemudahan komersial serta kemudahan asas dan awam.

Usaha berterusan dijalankan bagi membangunkan daerah Muar mampu meletakkannya sebaris dengan kawasan lain di Johor dan masa sama kerjasama semua pihak termasuk orang ramai juga penting bagi memastikan pembangunan dirancang tidak terencat.

SUMBER: BERITA HARIAN, 22 NOVEMBER 2011

21 November 2011

INSPIRING MEETING TO UPLIFT SPIRIT OF POLICE FORCE

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metrose@thestar.com.my

MUAR: District police in the state have been directed to hold their monthly gathering at the old Bukit Kepong police station to inspire the fighting spirits of former police force among the present day policemen in Johor.

The directive, issued by the Johor Police Chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff recently, was also aimed at remembering the sacrifices of those who served the force in the early days.

Ledang acting police chief Deputy Supt Mohd Salleh Abdul Razak said the district police would rotate holding their monthly gathering in Bukit Kepong from now.

We in Ledang are honoured to be the first district police to hold the monthly gathering here in Bukit Kepong.

Words of encouragement: DSP Mohd Salleh (right) giving his speech at the Ledang police monthly gathering held at the old Bukit Kepong police station.

We hope our policemen, including those senior officers, will be more committed in their duties to serve the people and in looking at the nation’s security, he said in Bukit Kepong recently.

DSP Mohd Salleh said about 100 policemen and senior officers from the Ledang district police participated in the programme yesterday.

He also said recent remarks by certain quarters which regarded the communist rebels as true independence fighters, not the policemen, had hurt many parties.

Earlier, in his speech DSP Mohd Salleh urged policemen in Ledang to avoid all negative activities that could tarnish the image of the department.

He said they should conduct themselves and carry out their duties with pride and dignity as shown by those policemen who were killed fighting the communist rebels in Bukit Kepong in 1950.

He said although they now faced different forms of challenges, their spirits to serve the people and to protect the nation should remain strong.

It is very important for members in Ledang to have a strong fighting spirit to avoid doing negative activities and in looking after the security, he added.

SOURCE: THE STAR, NOV 21, 2011

19 November 2011

SEND YOUNG CHILDREN TO KINDERGARTEN, VILLAGERS URGED

TANGKAK: Parents in rural areas have been urged to send their young children to kindergartens operated by the Community Development Department (Kemas) to expose them to early education.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said learning at the young age of between three and five would cultivate the learning habit among the children.

Young achiever: Abdul Ghani presenting a scroll to a kindergarten pupil at the Ledang Kemas mini-convocation in Tangkak Friday.

“An international study has shown that early exposure to learning will instil a strong urge in children to seek knowledge in their lives.

“This is the reason the Education Ministry introduced pre-school programmes for young children about three years ago,” he said before closing the Ledang Kemas mini-convocation here yesterday.

He said early education would also help reduce school dropouts.

Abdul Ghani, who was accompanied by Ledang MP Hamim Samuri on his visit, said it was important for parents to ensure that their children went to kindergartens or pre-school classes.

Earlier, Johor Kemas deputy director Taufik Mohd Yusof said the department had set up 1,158 kindergartens in the state with 1,620 teachers, of whom 190 were diploma holders.

“Besides giving basic learning and education to young children, we are looking at improving our content,” he said, promising more kindergartens in the future.

SOURCE: THE STAR, NOV 19, 2011

17 November 2011

WOMAN HELD IN BABY-DUMPING CASE

MUAR: Police have detained a 20-year-old woman for investigations into a baby-dumping case in Kampung Melayu Raya in Sagil on Nov 5, Ledang acting police chief Deputy Supt Mohd Salleh Abdul Razak said.

He said the unemployed woman was detained at her house, a kilometre away from a rubber plantation where the baby was found.

She is believed to have delivered the baby at 6pm on Nov 4.

“Since the woman had just delivered, she had to be sent to Tangkak Hospital but was kept under police observation,” he said at the old Bukit Kepong police station yesterday.

He said it was fortunate that the baby, with her umbilical cord still intact, was found alive by rubber tapper Mohd Shuib Md Dasin.

On another matter, DSP Mohd Salleh said three youths, who broke into a house in Taman Pelangi in Tangkak and stole cash, jewellery and electrical items valued at RM13,000 on Nov 9, had been arrested.

He said one of the youths had earlier tried to rob a 68-year-old trader who was about to open his shop in Tangkak.

SOURCE: THE STAR, NOV 17, 2011

KES PECAH RUMAH DI LEDANG SELESAI

MUAR 16 Nov. - Dalam tempoh tidak sampai tiga jam, polis berjaya menyelesaikan satu kes pecah rumah di Taman Tangkak 2, Ledang yang membabitkan nilai kerugian RM13,600 selepas menahan tiga orang suspek kes itu pada 9 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun ditahan dalam satu serbuan pada pukul 4 petang di sebuah rumah di Taman Pelangi, Tangkak.

Sebelum itu, katanya, polis menerima laporan pada pukul 1.10 petang daripada seorang guru berusia 56 tahun yang mendapati biliknya berselerak apabila pulang ke rumah.

"Dalam tangkapan itu, polis turut menemui semula barang curi bernilai RM13,600 berupa dua utas rantai tangan, dua loket, dua subang, dua cincin, wang tunai RM600, telefon bimbit, kamera riba dan beberapa mata wang Singapura dan Brunei.

"Ketika kejadian, anak mangsa berusia 20 tahun berada dalam rumah namun dia tidak diapa-apakan dan hanya sedar selepas suspek melarikan diri," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di Dataran Pondok Polis Bukit Kepong di sini hari ini.

Menurut Muhammad Salleh, siasatan lanjut kes mendapati, salah seorang suspek terlibat dalam cubaan menyamun seorang peniaga makanan di Taman Indah, Tangkak pada pukul 5.15 pagi hari yang sama.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 17 NOVEMBER 2011

16 November 2011

POLIS TAHAN WANITA DISYAKI BUANG BAYI

PAGOH: Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan berkaitan penemuan seorang bayi perempuan di kebun sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil pada 5 November lalu.

Wanita yang tidak bekerja itu ditahan di rumahnya kira-kira 500 meter dari lokasi bayi berkenaan ditemui.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, penahanan wanita itu dilakukan berdasarkan siasatan polis selain maklumat awam.

“Tangkapan dilakukan di rumah wanita berkenaan pada jam 4.20 petang Khamis lalu, lima hari selepas bayi itu ditemui.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita terbabit melahirkan bayi berkenaan pada jam 6 petang iaitu sehari sebelum mangsa ditemui,” katanya, semalam.

Menurut Salleh, siasatan awal turut mendapati wanita terbabit melahirkan bayi itu sendirian di kebun sawit berkenaan.

Beliau berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan dia menjalani rawatan lanjut di Hospital Tangkak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada 5 November lalu, penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, menemui seorang bayi di dalam parit ketika sedang menoreh getah.

SUMBER: HARIAN METRO, 16 NOVEMBER 2011

RAHSIA IBU TERBONGKAR

pix_gal0
LEDANG: Selepas seminggu menutup perbuatannya, rahsia gadis berusia 20 tahun terbongkar apabila polis menahannya kerana membuang bayi yang baru dilahirkan di dalam parit kebun sawit Kampung Melayu Raja dekat Sagil di sini, Khamis lalu.

Penemuan bayi perempuan yang masih sihat dalam keadaan bogel kira-kira jam 9 pagi pada 5 November lalu, menggemparkan penduduk di kawasan itu yang membantu polis menjejaki dalang kejadian itu.

Hasil maklumat penduduk, polis menjejaki gadis berkenaan yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan bayi terbabit, kira-kira jam 4.30 petang, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak, berkata sejurus ditahan, gadis terbabit dirujuk untuk rawatan susulan dengan Hospital Tangkak.

“Rumah gadis itu yang tinggal bersama keluarganya terletak kira-kira 500 meter dari lokasi bayi ditemui. Siasatan awal, mendapati gadis terbabit melahirkan bayi perempuan itu sendirian kira-kira jam 6 petang pada 4 November lalu dalam kebun sawit berkenaan.

“Bayi itu kemudian dibuangnya dalam parit kebun sawit berkenaan sejurus dilahirkan, sebelum ditemui seorang penoreh getah keesokan paginya. Bayi yang ditinggalkan ditemui dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan.

“Nasib baik, sepanjang tempoh dibuang dalam parit itu, bayi berkenaan tidak menjadi mangsa dibaham ular sawa atau anjing liar yang biasanya berkeliaran sekitar kebun sawit,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Ledang, di perkarangan Balai Polis Bukit Kepong, dekat Pagoh di sini.

Muhammad Salleh berkata, gadis itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Dia dibebaskan dengan jaminan kerana memerlukan rawatan susulan di Hospital Tangkak. Polis sedang melengkapkan siasatan kes ini, termasuk mengenal pasti teman lelaki gadis berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan termasuk pendakwaan di mahkamah,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, 16 NOVEMBER 2011

PADAH PECAH MASUK RUMAH GURU

Oleh : Wartawan Sinar Harian

Mohamad-Salleh-menunjukkan-parang-yang-dirampas-dalam-serbuan-ke-atas-suspek-yang-terlibat-dalam-keg

LEDANG – Tindakan berani tiga remaja lelaki memecah masuk rumah seorang guru mengundang padah apabila ditahan polis kurang 12 jam selepas melakukan jenayah itu di Taman Tangkak dekat sini pada 9 November lalu.

Kesemua suspek yang berusia 19 tahun ditahan ketika sedang leka beristirahat di rumah mereka di Taman Pelangi, Tangkak, kira-kira jam 4.40 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, serbuan hasil maklumat dan risikan itu dilakukan sepasukan anggota Balai Polis Tangkak yang diketuai Inspektor Jamellulkamal Abdul Halim.

Menurutnya, turut ditemui dalam serbuan berkenaan ialah dua rantai tangan, dua loket, dua subang, dua cincin, lima wang kertas Dolar Brunei, sekeping wang Dolar Singapura, satu telefon bimbit jenis Motorola dan sebuah komputer riba.

“Kesemua barangan rampasan ini di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang dan dianggarkan bernilai RM13,000.

“Dengan penangkapan kesemua suspek berjaya menyelesaikan sebanyak empat kes pecah rumah di sekitar daerah Ledang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Perkarangan Pondok Polis Bukit Kepong di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian itu disedari anak perempuan mangsa berusia 20 tahun yang baru bangun daripada tidur kira-kira jam 1.10 petang.

“Anak mangsa terkejut setelah mendapati bilik utama ibu bapanya berselerak seperti digeledah orang.

“Lantas anak mangsa segera menghubungi bapanya yang merupakan seorang guru untuk pulang ke rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan oleh guru berusia 56 tahun itu mendapati rumahnya dipecah masuk dan mendapati beberapa barangan kemas milik isterinya hilang.

Katanya,, kesemua suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati dua daripada tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Berikutan itu, siasatan lanjut ke atas kesemua suspek mendapati salah seorang daripada suspek didapati terlibat dalam kes cubaan samun di Taman Indah, Tangkak, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, seorang peniaga kedai makan berusia 68 tahun sedang memasak bagi memulakan perniagaan tiba-tiba didatangi suspek dari arah belakang lalu mengacu parang di leher serta meminta wang.

“Berlaku sedikit pergelutan di antara mangsa dengan suspek dan mangsa cedera di jari tangan, manakala suspek gagal mendapatkan wang lalu melarikan diri.

“Suspek sudah ditahan reman pada 10 November hingga semalam (kelmarin), ” katanya.

Kes disiasat Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan, dan Seksyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk rumah yang memperuntukkan hu­kuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 16 NOVEMBER 2011

08 November 2011

TANGANI REMAJA TIDAK SEMBAHYANG JUMAAT


Remaja Islam perlu diberi pendedahan peringkat sekolah lagi bagi menghormati kesucian masjid. - Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini, ramai pihak seolah-olah menutup sebelah mata isu remaja ataupun golongan belia yang tidak menunaikan solat Jumaat walhal mereka hanya datang melepak dan bersembang dalam kumpulan mereka.

Lebih mencemarkan pandangan mata, mereka merokok dan berbuat bising seperti merempit motor mereka.

Walaupun perkara ini nampak seperti bukanlah satu perkara besar, akan tetapi apakah natijahnya meninggalkan solat Jumaat dan apakah hukumnya jika perkara ini tidak diambil tindakan?

Mereka akan melepak di kawasan letak motor dan pelbagai impak yang boleh berlaku ketika itu seperti kecurian motor. Bukan hendak mengata bahawa apa yang buruk dituding kepada golongan muda tetapi mereka sendiri yang mencerminkan diri mereka dan dilabelkan seperti itu.

Langkah drastik perlu diambil oleh ibu bapa sendiri kerana pendidikan awal seseorang bermula dari rumah. Ibu bapa yang mendapati anak mereka tidak menunaikan solat Jumaat merekalah yang perlu mengambil tindakan dengan menasihati mereka.

Selain itu, perkara ini boleh dibendung oleh golongan kolar putih. Penguasa-penguasa dari Pejabat Kadi daerah boleh melaksanakan serbuan atau operasi di masjid bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Pihak masjid juga mengambil inisiatif dengan mengarahkan remaja-remaja terbabit untuk masuk ke dalam dewan masjid dan tidak melepak di dalam perkarangan masjid.

Warga kolar biru juga perlu sama-sama membantu menangani gejala tidak sihat ini. Pihak polis juga boleh menempatkan anggota polis wanita di masjid-masjid bagi mengawasi gejala ini. Anggota Rela juga perlu membantu dan membuat rondaan. Pihak polis perlu membuat rondaan ke premis-premis hiburan agar remaja-remaja ini tidak bertandang di situ pada waktu sembahyang Jumaat.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 NOVEMBER 2011

07 November 2011

RM15.2j UNTUK SEKOLAH AGAMA

LEDANG: Kementerian Pelajaran mengagihkan lebih RM15.2 juta kepada 39 sekolah agama di negeri ini bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran untuk keselesaan pelajar di sekolah terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata agihan itu membabitkan 33 Sekolah Agama Rakyat (SAR), dua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan kewangan itu bagi membolehkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing ditingkatkan selain menyediakan kemudahan lebih selesa untuk pelajarnya.

"Saya sedar sesetengah sekolah agama tidak mempunyai dana yang cukup dan perjalanan yang tidak begitu lancar, justeru, kita amat mengalukan-alukan mana-mana sekolah agama tampil untuk didaftarkan sebagai SABK.

"Apabila SAR bertukar status kepada SABK, kerajaan dapat menyalurkan bantuan sewajarnya dengan lebih berkesan termasuk dari segi kelengkapan dan penyediaan tenaga pengajar yang bertauliah," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kepada Sekolah-Sekolah Agama negeri Johor di Sekolah Menengah Agama Shamusiddiniah, Parit Medan, Kundang Ulu, di sini, petang kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan SAR terpaksa bergantung kepada sumbangan derma bagi membiayai operasi harian dan kerajaan sedia membantu dari segi menyediakan dana untuk gaji guru agama serta bantuan latihan.

"Kerajaan melihat aspek pendidikan dalam soal yang lebih meluas dalam usaha melahirkan modal insan yang bukan saja pintar tetapi juga mempunyai pekerti mulia dan jati diri yang tinggi," katanya.

Pada majlis berasingan, Muhyiddin turut menyerahkan sumbangan tiga bot berserta enjin termasuk jaket keselamatan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kundang Ulu di sini.

Sumbangan lebih RM100,000 itu bagi persiapan membantu penduduk di kawasan terbabit berdepan banjir.

SUMBER: BERITA HARIAN, 07 NOVEMBER 2011

06 November 2011

PPSMI: BUKAN KEPUTUSAN 'FLIP FLOP'


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Johor di SMA Shamsuddiniah, Parit Medan, Ledang, Johor, semalam.

PAGOH 5 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan keputusan yang bersifat 'flip flop'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan dibuat setelah kerajaan mengambil kira hasil kajian yang dijalankan bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu.

"Keputusan kerajaan ini bukan 'flip flop.' Sewaktu saya membuat penggulungan di Dewan Rakyat mengenai PPSMI pada 2009 bahawa kita tidak akan teruskan dasar ini dan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), semua pihak bersetuju termasuk pemimpin pembangkang," ujarnya ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa keputusan itu bersifat 'flip flop.'

Muhyiddin ditemui selepas dialog tertutup dengan ahli 91 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyerahan 98 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan PPSMI dibuat supaya ia tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar apabila didapati antara lima hingga tujuh peratus sahaja kelas yang menggunakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Muhyiddin menegaskan, pemansuhan PPSMI kekal tetapi pelajar tahun dua hingga tingkatan lima yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebelum ini boleh meneruskannya sehingga tingkatan lima.

Beliau berkata, menerusi dasar MBMMBI, kini sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka.

Mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan jika berkuasa, Muhyiddin berkata, pakatan pembangkang tidak faham betapa besarnya sumbangan kakitangan awam dalam memajukan negara.

"Jumlah pegawai dan kakitangan kerajaan yang besar ini adalah berdasarkan keadaan dan keperluan serta beban tugas dalam memastikan proses penyampaian berjalan dengan licin. Tiada siapa boleh menafikan sumbangan pegawai kerajaan. Pembangkang tidak faham itu. Kalau mereka mahu, mereka boleh mulakan di negeri-negeri pakatan seperti Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 6 NOVEMBER 2011

POLIS MAUT KERETA BERTEMBUNG LORI BAWA MUATAN TAR JALAN

LEDANG 6 Nov. – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tar jalan di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Tangkak, di sini semalam.

Dalam kemalangan pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Koperal Peter Benedict Francis, 43, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak selepas tamat bertugas.

Katanya, kereta mangsa dikatakan hilang kawalan menyebabkannya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah Tangkak.

“Pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lori berkenaan pula terbalik dan muatan tar dibawanya bertaburan di atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk mengambil kenyataan dari pemandu lori itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tangkak untuk dibedah siasat. - Utusan

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 6 NOVEMBER 2011

RUBBER TAPPER FINDS A BABY GIRL IN DRY CREEK

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

TANGKAK: A rubber tapper was shocked to find a newborn baby girl crying in a dry creek at a plantation in Kampung Melayu Raya in Sagil near here.

Initially Mohd Shuib Md Dasin, 53, thought the cries were from a kitten.

But when he went to check, he found a naked baby with her umbilical cord still intact.

“The baby is plump and looked healthy. I immediately called my wife who was working nearby,” he told reporters here yesterday.

“We alerted some villagers who brought a sarong to cover the baby,” he added.

Mohd Shuib said they then took the baby to a neighbour’s house about 100m from the creek.

“We gave her some milk and she fell asleep,” he said.

Ledang deputy police chief Deputy Supt Mohd Salleh Abdul Razak said village head Supaat Wagiman informed Sagil police about the baby.

He said the girl, who was believed to have been delivered less than 24 hours before she was discovered, was sent to the Tangkak Hospital for observation.

Supt Mohd Salleh said police would carry out a DNA test to determine her parents.

“We urge those with information related to the baby to call Ledang police at 06-9781 222 ,” he said, adding that police would investigate the case under Section 317 of the Penal Code for baby dumping.

SOURCE: THE STAR, NOVEMBER 6, 2011

BAYI DIBUANG DALAM PARIT KEBUN SAWIT

LEDANG 5 Nov. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dibuang di dalam sebatang parit di kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini hari ini.

Si kecil yang masih bertali pusat dan dalam keadaan berbogel itu namun bernasib baik apabila ditemui seorang penoreh getah yang melalui kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, lelaki itu terkejut apabila terdengar tangisan bayi tersebut di kebun yang terletak bersebelahan kebunnya.

"Dia lalu memaklumkan kepada anggota di Balai Polis Sagil dan sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian. Semasa ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan bogel di dalam parit kecil yang tidak berair.

"Bayi itu dalam keadaan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Menurutnya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu membuang bayi itu dan akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bapanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di talian 06-9781222 .

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 6 NOVEMBER 2011

JUMPA BAYI DALAM PARIT


Oleh FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS
asmaini@nstp.com.my

LEDANG: “Saya sangka saya berkhayal atau ia hanya suara kucing apabila terdengar sayup suara menangis, namun terkejut apabila menemui seorang bayi di dalam parit,” kata penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, ketika ditemui di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini, semalam.

Shuib mengimbau kembali penemuan bayi perempuan berkenaan ketika dia menoreh getah di kebunnya yang terletak bersebelahan ladang kelapa sawit, jam 9 pagi semalam.


Menurut Shuib, dia terdengar suara seakan-akan bunyi menangis tanpa henti lantas mendorongnya untuk menyiasat.

“Saya mencari dari mana suara itu datang dan selepas beberapa minit, bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan bogel di dalam parit yang tidak berair dan kelihatan letih kerana menangis tanpa henti.


“Saya bergegas memanggil isteri dan kemudian membalut bayi itu dengan kain untuk mengelakkannya kesejukan sebelum memaklumkan penemuan kepada penduduk kampung supaya menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak ketika dihubungi berkata, anggota di Balai Polis Sagil menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan penemuan bayi itu.

“Kami bergegas ke sana sejurus kemudian dan mendapati bayi berkenaan dalam keadaan sihat. Bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditinggalkan di kebun getah.


“Bayi itu dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan sebelum ditempatkan di wad bagi pemerhatian lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Menurut Salleh, pihaknya akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mana-mana suspek bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di talian 06-9781222 bagi membantu siasatan.

SUMBER: METRO AHAD, 6 NOVEMBER 2011

TANGISAN BAYI DISANGKA BUNYI KUCING

Oleh : NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN

tompokan darah

LEDANG – Seorang penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, tidak menyangka bunyi suara seakan anak kucing yang didengarinya ketika sedang menoreh, akhirnya membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan dalam parit kecil tidak berair sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya Sagil, Tangkak, di sini, semalam.

Ketika menceritakan detik tersebut, Mohd Shuib berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pada mulanya dia menyangka hanyalah kucing sesat yang berada dalam kebunnya itu.

Menurutnya, ketika menoreh pokok getah yang berhampiran dengan parit tersebut, dia mula berasa hairan kerana suara itu semakin kuat dan jelas.

“Tanpa rasa ragu saya segera ke arah parit itu dan terkejut mendapati seorang bayi perempuan dalam keadaan berbogel serta bertali pusat sedang menangis.

“Saya tidak menyangka, suara seakan kucing ini ada tangisan seorang bayi yang kesejukan dan kelaparan,”katanya.

Dalam keadaan terkejut dia segera memanggil isterinya Radziah Marwi, 46, yang ketika itu sama membantunya menoreh di kebun berkenaan.

Lantas, Mohd Shuib memanggil rakan-rakan untuk membantunya dengan mengambil kain batik di rumah penduduk berhampiran untuk menyelamatkan bayi malang itu.

“Kemudian, kami membawa bayi malang ini ke rumah penduduk berhampiran yang terletak kira-kira 100 meter daripada lokasi penemuan bayi itu.

“Kami balut bayi yang kesejukkan ini dengan kain batik serta berikan sedikit susu sehingga bayi ini tertidur sementara menunggu di bawa ke hospital,”katanya.

Selain itu, kami turut menjumpai dua kesan tompokan darah di dalam kebun tersebut pada jarak kurang 50 meter tempat bayi itu dijumpai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Abd Razak ketika ditemui berkata, anggota polis di Balai Polis Sagil menerima panggilan telefon daripada Ketua Kampung tersebut, Supaat Wagimin yang memaklumkan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi berkenaan dalam keadaan sihat tetapi kelihatan sedikit keletihan.

“Kami percaya bayi ini dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai penoreh getah berkenaan.

“Bayi ini dalam keadaan sihat dan sempurna yang kemudiannya dihantar ke Hospital Tangkak serta ditempatkan dalam wad kank-kanak untuk pemeriksaan lanjut,”katanya.
Pada masa yang sama, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu.

“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti ibu bapanya bayi berkenaan.

“Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di 06-9781222 bagi membantu siasatan,”katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 6 NOVEMBER 2011

PENOREH TEMUI BAYI DALAM PARIT

LEDANG: Seorang penoreh terkejut apabila menemui bayi baru lahir yang masih hidup dalam parit di kebun sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Mohd Shuib Md Dasin, 53, menoreh di kebunnya yang terletak bersebelahan kebun sawit, terkejut mendengar tangisan bayi.

Mohd Shuib kemudian menemui bayi perempuan tanpa seurat benang berada dalam parit kecil di kebun kelapa sawit berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak, berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Sagil berkejar ke lokasi sejurus menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung.

"Bayi itu berada dalam keadaan sihat itu, dihantar ke Hospital Tangkak (HT) untuk pemeriksaan dan diberi pemerhatian lanjut," katanya, semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di talian 06-9781222 bagi membantu siasatan.

SUMBER: BERITA HARIAN, 07 NOVEMBER 2011

03 November 2011

10,816 TABIKA KEMAS DIBUKA TAHUN DEPAN


Hasan Malek bersalaman dengan pasukan futsal Tabika Kemas Johor di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang, Johor, semalam.


LEDANG 2 Nov. - Pembukaan tabika Kemas di seluruh negara menerusi program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bakal memberi peluang pekerjaan kepada 5,000 orang di kawasan luar bandar untuk menjadi tenaga pengajar di pusat bimbingan berkenaan.

Tenaga pengajar tersebut diperlukan bagi memenuhi hasrat kerajaan memperluaskan pendidikan prasekolah dengan mewujudkan sebanyak 10,816 kelas tabika Kemas pada tahun 2012.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada tahun 2012, sebanyak 10,816 buah kelas tabika akan memberi faedah kepada 240,000 kanak-kanak di kawasan luar bandar.

"Pembukaan kelas ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada seramai 5,000 orang anak-anak muda kita dari kawasan luar bandar, perkampungan Orang Asli dan kawasan pedalaman, yang mempunyai kelayakan dan berminat dalam pendidikan awal kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalannya, Datuk Hasan Malek pada Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, malam tadi.

Program empat hari bermula kelmarin menghimpunkan 854 kanak- kanak tabika dari seluruh negara bagi acara sukan, 14 orang kanak- kanak bagi Anugerah Kanak-Kanak Cemerlang manakala 28 guru tabika telah disenarai pendek sebagai Anugerah Pemaju Masyarakat.

Menurut Shafie, beliau berharap peluang pekerjaan di tabika Kemas itu dapat dimanfaatkan anak tempatan supaya dapat berkhidmat di tempat mereka sendiri tanpa perlu berhijrah ke tempat lain.

Kata beliau, usaha berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan tenaga pengajar tabika Kemas mempunyai kelayakan akademik di peringkat diploma dengan peluang melanjutkan pelajaran diberikan.

"Sehingga kini, seramai 2,330 guru tabika Kemas berkelulusan diploma dan sebanyak 1,902 orang sedang mengikuti pengajian itu. Seramai 3,741 orang akan mengikuti pengajian peringkat diploma mula tahun 2011 dan berakhir tahun 2015," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 03 NOVEMBER 2011

02 November 2011

BEKAS AMIL DIJEL 4 TAHUN


REDZUAN Mohd. Said (tengah) diiringi dua anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kulaijaya, Johor semalam.


KULAIJAYA 1 Nov. – Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah wang zakat bernilai RM19,510 pada Ogos tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar membuat keputusan itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, yang merupakan bekas imam sebuah masjid di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco, Kulaijaya antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.

Mengikut kertas pertuduhan, Redzuan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai amil bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim di daerah ini.

Bagaimanapun, tertuduh gagal menyerahkan wang kutipan tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah dan MAINJ.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Karthiyayini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zaiton memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 28 Oktober lalu.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan bekas amil fitrah diburu polis selepas didakwa gagal menyerahkan kutipan wang zakat tahun lalu.

Suspek yang berumah tangga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada 28 Oktober lalu, sehari selepas wajahnya disiarkan media massa.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 02 NOVEMBER 2011

AMIL DAPAT 3 SEBATAN

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

KULAIJAYA: Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah wang zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim berjumlah RM19,510 pada Ogos 2010.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Redzuan Mohd Said, 28, yang juga bekas imam sebuah masjid di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.


Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim itu untuk kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di sini, antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) sebagai amil fitrah bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim di daerah ini.


Tertuduh bagaimanapun gagal menyerahkan wang kutipan itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah serta Maij dan dengan itu dia dianggap melakukan pecah amanah jenayah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan juga denda.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A Karthiyayini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula pada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Oktober lalu.


Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan bekas amil fitrah diburu polis selepas didakwa gagal menyerahkan kembali kutipan wang zakat tahun lalu.


Suspek yang sudah berumahtangga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada 28 Oktober lalu, sehari selepas wajahnya disiarkan media.

SUMBER: HARIAN METRO, 02 NOVEMBER 2011

PEMANCING UDANG DITEMUI MATI LEMAS

LEDANG 1 Nov. – Misteri kehilangan seorang pemancing sejak awal pagi semalam terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Muar berhampiran Jambatan Kedua, Tanjung Agas di sini hari ini.

Mayat Aman Endin, 64, ditemui pukul 8.15 pagi oleh seorang pemancing.

Menurut anak mangsa, Jamal Aman, 35, dia bersama bapanya keluar dari rumah datuknya di Parit Bunga kira-kira pukul 12 tengah malam semalam untuk memancing udang dengan menggunakan dua sampan berlainan di lokasi yang berbeza.

“Biasanya bapa memancing di kawasan Jeti Nelayan Sabak Awor dan saya memancing berhampiran Jambatan Kedua. Kami biasanya akan berjumpa semula di rumah datuk sebelum pukul 5 pagi,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula bimbang apabila ayahnya tidak muncul dan lebih terkejut apabila diberitahu oleh seorang rakan pukul 11 pagi semalam yang menemui bot ayahnya terapung berhampiran Tanjung Emas dengan telefon bimbit serta kad pengenalan di atas bot itu.

“Saya dan rakan-rakan kemudian mencari ayah di sekitar Sungai Muar namun gagal dan kemudiannya membuat laporan polis pukul 5 petang,” katanya.

Mayat bapanya ditemui terapung berhampiran Jambatan Kedua, menghadap Jeti Parit Bunga oleh seorang pemancing kemudian dibawa naik oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang tiba di tempat kejadian setelah dimaklumkan.

Jamal memberitahu, bapanya yang tidak menghidap penyakit kronik serta pandai berenang mungkin terjatuh ke dalam sungai ketika memancing.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Salleh Abdul Razak memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas.

Sementara itu di Bukit Pasir, Muar, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keretanya di kawasan belakang kedainya.

Lau Chong Ann, 47, ditemui mati di tempat duduk pemandu. Turut ditemui, periuk berisi arang di tempat duduk belakang. Mayatnya ditemui isterinya yang mencari mangsa setelah menerima panggilan yang memberitahu suaminya tidak ke tempat kerjanya di Singapura.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli memberitahu, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 02 NOVEMBER 2011