TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

30 September 2012

GEMBIRA ELAUN DAN PERLINDUNGAN INSURANS DITERUSKAN

Wartawan Sinar Harian

Gembira elaun dan perlindungan insurans diteruskan
Pasar Nelayan Kesang Laut menjadi nadi kepada kira-kira 160 nelayan persatuan berkenaan untuk memasarkan hasil tangkapan setiap hari.
 
LEDANG – Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, dilihat mesra rakyat kerana memberi lebih banyak fokus ke peringkat akar umbi dalam mengumumkan beberapa peruntukkan baru untuk rakyat.

Nelayan antara kumpulan yang tidak ketinggalan untuk menikmati kelebihan itu apabila pemberian insentif elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan diteruskan termasuk perlindungan insurans RM100,000.

Sinar Harian mengambil peluang untuk menemu bual beberapa nelayan di Kesang Laut untuk mendengar pandangan mereka berkaitan pengumuman dalam bajet tersebut.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan pengumuman itu, namun tidak kurang juga memberikan cadangan supaya insentif kepada nelayan ditambah baik dalam pembentangan bajet akan datang.

Pengerusi Nelayan Kesang Laut, Rosman Selamat berkata, memang diakui elaun bantuan sara hidup nelayan RM200 yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu telah membantu kehidupan nelayan.

Menurutnya, apabila Perdana Menteri meneruskan pemberian elaun untuk tempoh setahun pada tahun hadapan ia cukup menggembirakan kerana kerajaan tetap prihatin terhadap kebajikan nelayan.

“Sekurang-kurangnya wang ini dapat juga membantu meringankan kehidupan nelayan, selain pemberian bantuan subsidi petrol dan diesel.

“Cuma kami berhadapan masalah apabila ada ahli persatuan yang tidak menerima elaun sara hidup ini selama hampir tujuh bulan kerana lesen tamat tempoh, sedangkan tempoh untuk menyiapkannya mengambil masa yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, beliau berharap nelayan yang tidak menerima elaun sara hidup dalam tempoh beberapa bulan itu supaya diberikan tunggakan pembayaran elaun.

Berhubung perlindungan insurans RM100,000, Rosman berkata, dengan adanya skim tersebut, kebimbangan nelayan untuk turun ke laut berkurangan.

“Sebelum ini ada sebahagian nelayan yang tidak dilindungi insurans dan apabila ditimpa kemalangan, mereka telah kehilangan punca pencarian.

“Dengan pampasan insurans ini apabila berlaku kemalangan ia dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, menjadi harapan nelayan di sini, supaya bilangan nelayan yang boleh mendapat perlindungan insurans ditambah kerana sebelum ini yang dilindungi insurans hanya pemilik lesen dan seorang awak-awak bot.

Seorang nelayan, Md Derus Mohamad, 58, berkata, beliau turut menyatakan pendirian yang sama supaya lebih ramai bilangan nelayan yang dilindungi insurans.

“Daripada kira-kira 120 ahli nelayan di sini, hanya 60 nelayan yang dilindungi insurans,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 30 SEPTEMBER 2012

28 September 2012

HELAH PERAGUT BERTANYA

 SAMINAM (kiri) melakonkan semula bagaimana peragut berkenaan merentap rantai lehernya di rumahnya di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir.

LEDANG: “Lelaki itu bertanya sama ada saya mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang dilarikan pencuri dua bulan lalu,” kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Saminam membasuh lantai beranda rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, sebelum didatangi dua lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5.

Seorang daripada lelaki terbabit menghampiri Saminam dan bertanyakan perihal Aziz.

Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Musian Abu, 78, berada di bilik air dan baru pulang dari menziarah jiran yang kematian bapa.

“Lelaki itu turut meminta saya menunjukkan lokasi rumah Aziz. Saya memaklumkan tidak kenal dengan nama individu dicarinya.

“Tiba-tiba rakan lelaki terbabit turun daripada motosikal lalu menarik tangan kanan yang sedang memegang penyapu sambil merentap rantai leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Saminam berkata, kedua-dua penjenayah terbabit gagal dikejar dan dia melaporkan kejadian di Balai
Polis Bukit Gambir.

SUMBER: HARIAN METRO, 28 SEPTEMBER 2012

27 September 2012

MANFAAT KEMUDAHAN ASAS YANG DIBERI

LEDANG 26 Sept. - Ketua kampung atau pemimpin masyarakat di daerah ini diberi amaran supaya sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan dan memanfaatkan kemudahan diberikan terutamanya surau di kawasan masing-masing. 

Ketua Penolong Pegawai Daerah Ledang, Mustafa Kamal Shamsuddin berkata, berdasarkan siasatan dan penilaian pihaknya, sebanyak 16 buah surau di daerah ini tidak menghidupkan solat berjemaah lima kali sehari dan ada yang sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

"Apa yang mengejutkan, terdapat sebuah surau di daerah ini yang ayam bertelur dan mengeram berdekatan kawasan mimbar, malah ada rumah ibadat itu yang terbiar begitu sahaja. Ini membazirkan wang.

"Budaya menyelenggara dan menghidupkan ukhuwah itu bukan tidak ada tetapi apa yang diharapkan Perdana Menteri iaitu nilai untuk setiap sen dikeluarkan kerajaan itu tidak berjaya dilakukan jika ini terus berlaku," katanya ketika melawat projek baik pulih dan kemudahan asas di sekitar daerah ini di Kampung Durian Chondong dekat sini semalam.

Lawatan itu disertai pegawai daripada Bahagian Audit Kementerian Kewangan yang melakukan lawatan terhadap 12 projek di bawah peruntukan membina dan membaik pulih membabitkan kemudahan awam serta kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Mustafa berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek, diharapkan semua kemudahan yang diberikan dapat digunakan sepenuhnya dan bukan hanya tahu meminta tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita mahu apabila mereka memohon dan ia diluluskan, semua kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya kerana ia membabitkan peruntukan yang banyak dan adalah merugikan jika ia sekadar menjadi perhiasan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 SEPTEMBER 2012

26 September 2012

21 TERIMA WANG TUNAI, BARANG KEPERLUAN

AB. Han Ramin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Ledang, baru-baru ini. 
 
LEDANG 25 Sept. - Seramai 21 golongan kurang berkemampuan di daerah ini menerima bantuan menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar daripada Majlis Daerah Tangkak (MDT) baru-baru ini.

Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin berkata, bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian itu diberikan kepada penerima terpilih daripada kaum Melayu, Cina dan India.

"Program sumbangan ini bertujuan merealisasikan peranan MDT sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin dengan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan pentadbirannya.

"Terdapat golongan kurang berkemampuan tinggal di kawasan taman perumahan yang perlu diberi perhatian dan menerusi program ini MDT menghulurkan sumbangan sewajarnya," katanya pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan di pekarangan pejabat MDT di sini.

Turut hadir, Setiausaha MDT, Hafiz Aliman; Ketua Whip MDT, Abu Othman dan ahli- ahli Majlis MDT.

Menurut Ab. Han, beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban dan menggembirakan keluarga penerima tanpa mengira kaum berikutan kos hidup yang semakin tinggi.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 SEPTEMBER 2012

25 September 2012

MANGSA KEBAKARAN BAKAL DAPAT RUMAH PPRT

LEDANG 24 Sept. - Pasangan warga emas yang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Datuk Ngah, Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, dekat sini Rabu lalu bakal menerima bantuan rumah baru tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan berkata, pasangan malang itu menerima bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dijadualkan pembinaannya awal Oktober ini sejurus Pejabat Daerah Ledang (PDL) mengeluarkan tender berkenaan kepada kontraktor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, Bakar Mustapha, 85, dan isteri, Salimah Samin, 76, bertuah kerana PDL bersetuju memasukkan nama mereka sebagai penerima bantuan di bawah program itu.

"Secara kebetulan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) memperuntukkan dua unit rumah baru di bawah PPRT untuk disalurkan kepada penerima di kawasan DUN Gambir dan sebuah daripadanya saya masukkan nama Wak Bakar (nama panggilan Bakar) sebagai penerima kerana mereka memang layak menerima bantuan ini.

"Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Wak Bakar dan akan berusaha membantunya," katanya ketika melawat tapak rumah Abu Bakar bersama Ketua UMNO cawangan Datuk Ngah, Mohd. Yasir Mohed dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Mohd. Shazarul Afidz Mohd. Khairuddin kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lalu, rumah Bakar yang didudukinya sejak 37 tahun lalu musnah dijilat api dalam masa kira-kira 15 minit dan mengakibatkan kerugian dianggarkan RM60,000.

Berikutan itu pasangan tersebut terpaksa menumpang di rumah anak saudara di kawasan berdekatan dan tinggal sehelai sepinggang akibat tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen, barangan berharga atau pakaian.

Sementara itu, Mohd. Yasir berkata, nama mangsa memang ada dimasukkan dalam senarai permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah PPRT bulan lalu sebelum kejadian tersebut berikutan keadaan rumah pasangan tersebut yang usang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 25 SEPTEMBER 2012

24 September 2012

SETTING NAYSAYERS RIGHT WITH JASA

RECENTLY, I was on a 30-minute talk show on Johor FM for the state Special Affairs Department (Jasa).
setting
Mohammad Abu Bakar (standing) greets visitors of Jasa’s Hari Raya celebration at the Johor Golf Country Club. Pix by Zulkarnain Ahmad Tajuddin

 A caller suggested that Rukun Negara be made a subject for students.  I thought it was a good idea for students to better embrace all five principles in the Rukun Negara.
  Answering public queries and receiving feedback on government policies, as done in this radio programme, are part and parcel of the duties of Jasa officers.
  Other programmes are carried out by going to the grassroots and engaging with politicians, community leaders or penghulu (village heads), relevant agencies and councillors as well as residents.

  We are a department under the Information, Communications and Culture Ministry (KPKK) established on May 11, 1960, and back then it was known as the special affairs division.

  There are Jasa officers in all 56 parliamentary constituencies and 26 state constituencies in Johor.

  My journey with Jasa Johor started on Dec 5, 1989 in the Serom state constituency to pursue my  passion in politics and nation-building.

  I was promoted to be the Jasa Johor director on Jan 15, 2009. Prior to that, I was a Jasa officer in Serom state constituency for two years and later served in Ledang parliamentary constituency for another two years.

  This is my 23rd year of service in Jasa Johor and I wish to contribute for  as long as I can.  As a child, I heard inspirational stories from my late father, Abu Bakar Mohd Noh on the United Malays National Organisation (Umno) and its reputable leaders including Tun Saadon Jubir, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, and Datuk Onn Jaafar.

  I was interested to be a Jasa officer as I believe that an understanding among different religions and races, is crucial to form a nation.

  In the 1980s, officers were dressed in white and black uniform as  part of a politician’s entourage during their tour.

  Being around them also meant that we will provide a check and balance to the politicians on community needs so they will deliver their promises. It was our responsibility to inform the public with facts for knowledge-sharing or to counter malice thrown by irresponsible groups or individuals. There is a  huge difference between an educated and informed person especially  when it comes to knowing about politics or government policies.   The latter may be swayed by perception  On the run-up to the 2013 Budget, we will receive information from the department’s headquarters to be disseminated to the community via their leaders.  I am grateful to receive guidance from former officers such as Mohd Yusof Arshad, 74, whose courage and wisdom were invaluable to Jasa Johor.

  We worked together briefly and I noticed that people like him were brave and outspoken in upholding the truth with facts.

  This well-versed lot helped to instil confidence among the public under the stewardship of former prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad when Malaysia faced an economic crisis in 1997. 

   They were also among those who persuaded Umno members who followed Tengku Razaleigh Hamzah for a newly-formed party, Semangat 46 (S46) to return to Umno  following the political crisis in  1987.

  Yusof is an example of a loyal Umno supporter who wished for harmony in Malaysia, respect for Islam, the monarchy and is staunchly against the idea mooted by some individuals who supposedly want to form a republic to replace the current form of government.

  There were less women in Jasa Johor since it was formed but I am glad that more have taken up the challenge to join our team since 2000.

  For example, Siti Zaleha Abdullah, 50, a senior private sector employee had joined our team two years ago, and is  the Skudai state constituency Jasa officer.

  She has been the chairman of Jasa’s Gelang Patah women committee.  Without them, women welfare issues may not be fully addressed.  I am delighted to see family members of Jasa officers and KPKK employees  from various races joining us for the department’s recent Hari Raya gathering at Johor Golf and Country Club.  I wish for all Malaysians to foster better understanding through common ground instead of being diverted due to differences.

It is also not worth the risk to put our country’s national, political, and economic stability at stake just for the sake of change.

SOURCE: NST, STREETS JOHOR, SEPT 24, 2012

22 September 2012

GABUNG LEDANG BANTAH NGEH



 Ahli Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) Daerah Ledang mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang dekat Tangkak membantah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.



LEDANG: Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) Daerah Ledang membuat laporan polis terhadap tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Laporan dibuat oleh Pengerusinya, Norizan Mahat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang jam 4 petang semalam yang turut disertai sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit.

Antara ahli GABUNG daerah ini yang terlibat ialah Persatuan Bekas Polis Malaysia; Persatuan Bekas Tentera Malaysia; Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Johor; Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA).

NGO lain termasuk Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia Negeri Johor; Pertubuhan Tiga Enam Tiga; Persatuan Silat PAKSI dan Persatuan Peniaga-peniaga Kemboja Ledang.

Norizan berkata, pihaknya menganggap Koo Ham tidak sensitif apabila menyifatkan bantahan terhadap filem itu hanya membuang masa dan tenaga sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Katanya, Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu perlu berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama kaum lain kerana ia boleh menimbulkan kontroversi kaum.

“Sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, Koo Ham tidak sewajarnya mengeluarkan kata-kata yang menyinggung umat Islam yang ketika ini membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW.

“Selaku wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih peka dengan tidak menyentuh sensitiviti kaum lain malah mengajak ke arah perpaduan bagi mengelakkan negara daripada kacau bilau,” katanya selepas membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan IPD Ledang dekat Tangkak.

Dalam perhimpunan aman selama 10 minit itu, kira-kira 30 ahli turut membawa sepanduk antaranya bertulis “DAP Jangan Campur Tangan Urusan Agama Islam” dan “Ngeh Koo Ham Jangan Biadap Ini Bukan Negara Komunis” sambil melaungkan takbir.

Ditanya mengenai permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan oleh Koo Ham, Norizan berkata, meminta maaf memang mudah tetapi ia perlu dipastikan agar perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang sama ada dilakukan oleh pemimpin yang sama mahupun pihak lain.

“Bak kata pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Jadi untuk mengeluarkan kata-kata yang menyentuh agama atau budaya sesuatu kaum perlu berfikir jauh terlebih dahulu mengenai kesannya.

“Semua pihak perlu menghormati agama dan budaya yang dianuti oleh pelbagai kaum di negara ini dengan tidak menyentuh perkara yang sensitif sehingga menimbulkan kemarahan penganutnya,” katanya.

Menurutnya, GABUNG Daerah Ledang turut mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW kerana membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

21 September 2012

2 RAKAN SIMPAN BARANG CURI


LEDANG: Dua wanita yang juga sahabat baik berusia 23 tahun ditahan di sebuah rumah di Tanjung Agas di sini, 11 September lalu selepas didapati menyimpan barangan curi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kedua-dua wanita berkenaan ditahan hasil siasatan terhadap satu kes pecah rumah di Taman Tanjung Gading, 26 Mei lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, rumah seorang guru berusia 45 tahun dipecah masuk ketika mangsa dan keluarganya tiada di rumah.

"Pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai dilarikan dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati pada hari sama.

"Penahanan dua wanita itu membawa kepada penemuan komputer riba, kamera, beg tangan, telefon bimbit, jam tangan serta alat penyimpan data milik mangsa," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati sebahagian barangan dicuri sudah pun dilupuskan.

Harun berkata, semua barangan ditemui di rumah suspek disahkan milik mangsa dan pihaknya kini memburu suspek utama kes itu yang kini menyembunyikan diri.

"Dua wanita terbabit sudah pun didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan didenda RM900 seorang sebelum dibebaskan," katanya.

Menurutnya, pihaknya kini mengesan seorang lelaki, Khairul Azrul Abdul Latiff bernombor kad pengenalan 920202-04-5453 dan beralamat di 5567, Kampung Pulai, Kilometer 16, Merlimau, Melaka bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Khairul Azrul diminta menghubungi IPD Ledang di talian  06-9788804  atau balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki Orang Asli dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana memiliki motosikal curi.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 SEPTEMBER 2012

'PEMBURU' DITAHAN

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


LEDANG: Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki selaras senapang buatan sendiri serta empat parang dalam sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Tangkak, di sini, jam 3.30 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 22, 24, dan 25 tahun berasal dari Tangkak serta Jasin, Melaka itu dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Melaka untuk berburu.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui satu bebola besi dipercayai peluru senapang angin berkenaan.

"Suspek menaiki pacuan empat roda ketika ditahan. Siasatan awal mendapati senapang angin itu dihasilkan sendiri suspek untuk kegunaan peribadi manakala kenderaan itu milik kakak seorang daripada mereka," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki terbabit kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Dalam perkembangan lain, IPD Ledang berjaya menyelesaikan enam kes jenayah selepas menahan dua lelaki berusia 40 tahun di pekan Bukit Gambir, 12 September lalu.

Harun berkata, dua lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ketika ditahan turut memiliki 10 batang besi pembinaan dipercayai dicuri.

"Hasil semakan seorang daripada suspek memiliki rekod kesalahan lampau iaitu enam kes jenayah dan tiga kes berkaitan dadah.

"Rakan suspek pula memiliki lima rekod jenayah dan dua rekod dadah selain termasuk dalam senarai individu dikehendaki polis," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 SEPTEMBER 2012

PADAH SIMPAN BARANG CURI

Wartawan Sinar Harian

Padah simpan barang curi
Harun menunjukkan barangan curi yang berjaya dirampas.
 
LEDANG – Tindakan berani dua wanita menyimpan barang curi milik rakannya yang terlibat dalam kegiatan  memecah masuk sebuah rumah mengundang padah apabila mereka ditahan polis pada 11 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, serbuan kira-kira jam 1 pagi itu berdasarkan satu laporan kejadian pecah rumah di Taman Tanjung Gading, Tanjung Agas, dekat Sungai Mati pada 26 Mei lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis membuat risikan dan menyerbu sebuah rumah di Taman Tun Syed Nasir, Sungai Mati, dekat sini serta menahan dua wanita yang masing-masing berusia 23 tahun.
“Mereka ditahan ketika sedang beristirehat di rumah milik keluarga salah seorang suspek.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemui beberapa barangan dipercayai milik mangsa dalam kejadian pecah rumah di Taman Tanjung Gading,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.

Beliau berkata, antara barangan yang dijumpai sebuah komputer riba, pendrive, lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan dan kamera digital yang disembunyikan dalam sebuah bilik.
Katanya, kesemua barang tersebut kemudiannya dirampas serta dibawa ke IPD Ledang.

“Kedua-dua wanita yang tidak bekerja itu ditahan untuk membantu siasatan, dan polis tidak menolak kemungkinan terdapat barangan curi yang sudah dijual.

“Mangsa seorang guru berusia 45 tahun menyedari rumahnya dipecah masuk sekembalinya pulang bercuti dari kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Harun berkata, polis mencari seorang lelaki iaitu Khairul Azrul Abdul Latif, 20, dan alamat terakhirnya di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka, untuk membantu kes siasatan.

“Kita percaya lelaki berkenaan masih berada di sekitar Melaka dan Ledang. Justeru pihak polis meminta kerjasama daripada orang ramai yang mengenali atau pernah melihatnya  supaya segera menghubungi IPD Ledang di talian  06-9781222  atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis percaya akan dapat menyelesaikan kes tersebut dengan segera,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 21 SEPTEMBER 2012

20 September 2012

JIRAN TERIAK NAMPAK API

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus; Hai Rozzaman Jalal

LEDANG: "Saya hanya menyedari rumah terbakar apabila jiran menjerit selepas melihat api dan kepulan asap di bilik tengah rumah," kata Salimah Samin, 76, yang kehilangan tempat tinggal apabila rumahnya di Kampung Datuk Ngah, Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, di sini, musnah dalam kebakaran pada jam 6.30 petang, kelmarin.

Salimah yang tinggal bersama suaminya, Bakar Mustapha, 85, gagal menyelamatkan barangan dan dokumen penting apabila api marak menjilat keseluruhan rumah papan berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan warga emas itu bersyukur kerana terselamat.

Kerugian pula dianggarkan berjumlah RM60,000

Salimah berkata, ketika kejadian, dia bersama suaminya sedang berehat di beranda rumah.

"Apabila melihat api marak membakar bahagian tengah rumah, saya sempat mematikan suis elektrik utama manakala suami cuba memadamkan api, tetapi saya menghalangnya bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

"Kurang 15 minit kemudian, keseluruhan rumah musnah dijilat api," katanya yang menumpang sementara di rumah Ketua Umno Cawangan Kampung Datuk Ngah, Mohd Yasir Mohed.

Menurut Salimah, anak saudaranya yang turut menyedari kejadian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir yang tiba lima minit kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.42 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera bersama 12 anggota serta pegawai.

Katanya, apabila tiba di lokasi, rumah berkenaan sudah 60 peratus dimamah api.

"Struktur rumah yang diperbuat daripada papan menyebabkan api marak dengan cepat, namun kami mengawal keseluruhan kebakaran pada jam 7.30 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir, M Asojan yang dimaklumkan kebakaran berkenaan turut melawat mangsa dan meninjau lokasi kejadian.

"Bakar dan Salimah tidak perlu risau berkaitan di mana mereka mahu tinggal selepas ini kerana nama mereka sudah dipilih untuk menerima bantuan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 20 SEPTEMBER 2012

JERITAN JIRAN SELAMAT WARGA EMAS

Wartawan Sinar Harian

Anggota bomba berjaya mengawal keseluruhan kebakaran rumah sepasang warga emas di Kampung Dato’ Ngah
Anggota bomba berjaya mengawal keseluruhan kebakaran rumah sepasang warga emas di Kampung Dato’ Ngah, Batu 20 Sengkang, Bukit Gambir di sini, kelmarin.
 
LEDANG – Jeritan jiran telah menyelamatkan sepasang warga emas daripada menjadi mangsa kebakaran dalam kejadian di Kampung Dato’ Ngah, Batu 20 Sengkang, Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu disedari jiran mangsa apabila terlihat kepulan asap berserta api keluar dari bilik bahagian tengah rumah Bakar Mustapha, 85, dan Salimah Samin, 76.

Salimah berkata, ketika kejadian dia bersama suami sedang berehat di ruang beranda rumah, namun menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan jiran mengatakan rumahnya terbakar.

Menurutnya, walaupun terkejut melihat  api  marak membakar bahagian tengah rumah, dia  sempat memasuki bahagian hadapan rumah untuk   mematikan suis utama.

“Saya sempat halang suami yang cuba memasuki rumah untuk memadamkan api sebelum menyelamatkan diri ke kawasan kebun kelapa sawit di hadapan rumah.

“Semua barang-barang, pakaian termasuk dokumen penting hangus terbakar kerana api marak terlalu cepat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia sedih kerana melihat sendiri rumah yang didudukinya sejak 37 tahun itu musnah terbakar dalam masa kurang 15 minit.

“Anak saudara yang turut sama menyedari kejadian itu bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir yang tiba kira-kira lima minit kemudian untuk memadamkan kebakaran.

“Berikutan kejadian ini, saya mengalami kerugian RM60,000 dan buat masa ini tinggal sementara di rumah anak saudara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Shazarul Afidz Hairudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.42 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera bersama 12 anggota.

“Kami tiba di lokasi kejadian kurang dari lima minit, tetapi rumah berkenaan sudah terbakar sebanyak 60 peratus.

“Struktur rumah papan ini menyebabkan api marak terlalu cepat, namun kami berjaya mengawal keseluruhan kebakaran pada jam 7.30 malam,” katanya  yang turut menjelaskan punca kebakaran masih dalam siasatan.

SUMBER: SINAR HARIAN, 20 SEPTEMBER 2012

19 September 2012

RAIH RM25,000 SEBULAN


LEDANG: Bermula daripada menjual roti dan kek secara kecil-kecilan di rumahnya di Kesang Laut di sini, suri rumah, Hartijah Kesot, 45, kini mampu meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai di Kompleks Pasar Tani Kekal Fama, Bukit Gambir di sini, sejak empat tahun lalu.

Hartijah atau lebih dikenali sebagai Kak Jah, kini bangga apabila memiliki Puncak Citra Kasih iaitu Kedai Roti dan Kek yang memasarkan produknya ke Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Lebih membanggakan, dia kini memperoleh pendapatan hingga RM25,000 sebulan, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarganya.

Kak Jah berkata, antara roti dan kek digemari pelanggan termasuk roti naik, roti Perancis dan bahulu.

Menurutnya, berikutan sambutan menggalakkan dia memperkenalkan kek lapis sejak dua tahun lalu dan tidak menyangka ia mendapat sambutan menggalakkan.

"Biasanya kek lapis hanya popular di Sarawak, namun kini mendapat sambutan menggalakkan pelanggan.

"Walaupun baru dua tahun menjadi pengeluar kek lapis, kami menerima permintaan luar biasa daripada pengusaha restoran, kedai runcit dan gerai makanan yang berminat mendapatkan bekalan kek itu.

"Selain itu, kami menerima permintaan daripada pembekal yang mengedarkannya ke restoran di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Melaka, Negeri Sembilan, Batu Pahat dan Johor Bahru," katanya ketika dite mui di gerainya di Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Kak Jah berkata, dia mengikuti kursus membuat kek lapis tiga hari anjuran Fama di Sarawak, pada 2009 sebelum menjadikan kek lapis produk terbaru bagi melariskan perniagaannya yang sudah dikenali di Ledang.

SUMBER: HARIAN METRO, 19 SEPTEMBER 2012

17 September 2012

100 PETANI TERIMA RM1j MENERUSI AZAM TANI

Hamim Samuri (empat dari kiri) melihat peralatan pertanian yang diterima oleh para petani dan pekebun kecil pada Majlis Penyampaian Bantuan Azam Tani 2012 di Bukit Gambir, Ledang, baru-baru ini. 
LEDANG 16 Sept. - Jabatan Veterinar negeri menerima peruntukan sebanyak RM1 juta untuk disalurkan kepada 100 petani dan penternak di bawah Program Azam Tani tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Kamaruddin Md. Isa berkata, dana itu disalurkan dalam bentuk peralatan dan benih ternakan bagi merangsang dan menggalakkan lebih ramai masyarakat berpendapatan rendah menceburi bidang pertanian atau penternakan untuk menambah pendapatan.

"Usaha ini juga diharapkan dapat meningkatkan hasil makanan di Johor yang kini merupakan pengeluar makanan terbesar berasaskan ternakan dan dilihat peranan itu mampu diperluaskan lagi.

"Kita banyak mengeluarkan hasil ternakan seperti ayam, lembu, kambing dan telur ayam yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam negara. Sebagai contoh, ternakan ayam telah menyumbang kepada pengeluaran sebanyak 300 peratus bekalan dalam negara termasuk untuk dieksport ke luar negara," katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Azam Tani 2012 di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri dan Penolong Pegawai Daerah, Shamsul Arif Sulaiman.

Pada majlis itu, Jabatan Veterinar negeri menyampaikan bantuan kepada 30 penerima yang diberikan peralatan antaranya motosikal roda tiga, pam racun, benih ternakan lembu serta kambing dan beberapa mesin.

Kamaruddin berkata, di bawah projek Jabatan Veterinar negeri pihaknya turut memperuntukkan tanah seluas 3,000 hektar untuk memajukan sektor ternakan dengan cara mempelbagaikan jenis haiwan ternakan.

Selain itu, katanya, negeri itu juga amat berhati-hati apabila menerima ternakan dari luar dan haiwan berkenaan akan menjalani proses pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan ia bebas penyakit bagi mengelakkan ternakan sedia ada tidak dijangkiti penyakit.

Sementara itu, Hamim mengingatkan para penternak bersyukur kerana terpilih menerima bantuan tersebut dan memanfaatkannya sebagai peluang meningkatkan taraf hidup masing-masing.

"Ini kerana setiap permohonan akan melalui proses tapisan oleh Pejabat Daerah Ledang selepas dipilih pemimpin setempat dan wakil rakyat. Mereka yang terpilih berdasarkan kelayakan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih dalam memberikan bantuan termasuk mereka yang mempunyai ideologi politik berlainan kerana perkara paling penting ialah membantu petani atau penternak.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 17 SEPTEMBER 2012

STATE VETERINARY DEPARTMENT HELP FARMERS

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metrose@thestar.com.my

TANGKAK: The Johor Veterinary Department has allocated RM1mil to help some 100 farmers improve their livelihood under the Azam Tani Project programme.

Its director Dr Kamarudin Md Isa said the aid covered cattle breeding, seedlings, fertilisers, and even motorcycles with sidecars for those involved in petty trading.

He said the programme was part of the 1Azam programme launched by the Women, Family and Community Development Ministry.

<b>Azam Tani aid:</b> Hamim (centre) presenting a motorcycle to Maarof Ahmad (third from left) while Dr Kamarudin (second from left) looks on.Azam Tani aid: Hamim (centre) presenting a motorcycle to Maarof Ahmad (third from left) while Dr Kamarudin (second from left) looks on.

“Our aim is to improve the living standards of villagers involved in farming and cattle breeding.

“Besides providing them with cows and goats, we also gave motorcycles with sidecars to those who sell vegetables,” he said at the presentation of the Azam Tani aid to 30 villagers from Ledang and Segamat in Bukit Gambir here, recently.

Dr Kamarudin said Johor had been the nation’s biggest agro- based food warehouse and produced beef, mutton, chicken and eggs for several years.

Eggs in particular, were supplied to other states in the country and exported to Singapore as Johor supplied about 300% more than the nation’s need for the product.

He said the department had also allocated some 3,000ha of land to those interested in breeding cattle in a move to increase the supply of beef and mutton.

At the same time, he said the state had stringent regulations on all livestock entering the country to control diseases and ensure that local livestock were not infected.

Commenting on the event, Ledang MP Hamim Samuri said all Azam Tani aid recipients should be grateful to the Government and utilise the aid to improve their livelihood.

He said not every villager was picked to receive the aid and those selected by the Ledang district office were the ones that were truly in need.

“We are fortunate to have the Barisan Nasional Government and state government, which truly care for the people’s needs.

“I hope the villagers will continue to give their support to the Government,” he said.

SOURCE: THE STAR, SEPT 17, 2012

15 September 2012

BAS BAWA ANWAR DISIMBAH CAT MERAH


LEDANG: Bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 18 ahli rombongan program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat ketika berhenti menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, bas yang diletakkan di luar pagar masjid di Jalan Hassan itu disimbah cat merah oleh dua remaja yang menunggang motosikal sebelum kedua-dua mereka melarikan diri.

Pemandu bas, Faizal Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, anggota rombongan baru selesai menunaikan solat Jumaat dan masih berada dalam masjid.

Katanya, dia terdengar bunyi kuat dan melihat dua remaja lelaki melarikan diri dengan sebuah motosikal.

"Bas ini dari Kuala Lumpur dan ke sini untuk program Jelajah Merdeka Rakyat sekitar Ledang dan Muar selain memenuhi jemputan rumah terbuka ahli pakatan pembangkang.

"Ia membawa 19 penumpang termasuk Anwar, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa lagi pemimpin," katanya.

Kejadian simbah cat kepada bas dinaiki pemimpin parti pembangkang itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini, dua kejadian sama turut dilaporkan di Kampung Kelubi, Jasin, Melaka dan di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, laporan kejadian itu dibuat pengawal Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada jam 3.05 petang.

Katanya, berdasarkan kenyataan beberapa saksi, dua suspek menunggang motosikal menghampiri bas berkenaan sebelum melemparkan satu tin kecil cat merah.

"Kami masih mengesan suspek. Hasil siasatan awal, nombor pendaftaran motosikal digunakan ketika kejadian adalah palsu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 SEPTEMBER 2012

14 September 2012

AMAL TIGA KONSEP

Oleh Jamaludin Husin

LEDANG: Pengalaman mengurut rakan ketika bermain bola sepak, badminton dan sepak takraw sejak 30 tahun lalu, membolehkan warga emas, Daros Md Alui, 71, membuka Pusat Rawatan Perubatan Tradisional dan Urut Refleksologi di Kampung Tanjung Gading, Batu 3 di sini, sejak empat tahun lalu.

Lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daros itu berkata, dia tidak akan menggunakan jampi serapah atau membaca mantera ketika mengurut pesakitnya dan hanya bermula dengan meminta izin dan berdoa kepada Allah supaya penyakit disembuhkan.

Daros yang berasal dari Kampung Sari Baru, Pagoh, Muar, dekat sini, berkata, ketika remaja dia aktif bersukan terutama bermain bola sepak, takraw dan badminton.

"Secara tidak sengaja saya sering diminta mengurut mereka yang terseliuh sama ada di tangan atau kaki ketika sedang bersukan, sama ada pemain bola sepak, badminton dan sepak takraw.

"Ketika itu timbul minat untuk mengurut kerana kebetulan mereka yang saya urut sembuh dan boleh meneruskan permainan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pak Daros berkata, minatnya menjadi tukang urut semakin mendalam apabila mereka yang sakit sendi dan sengal tubuh badan datang ke rumahnya di Pagoh untuk berurut.

Menurutnya, ketika mengurut dia mengamalkan tiga konsep iaitu berdoa kepada Allah, mengurut dengan yakin bahagian yang sakit akan pulih dan memakan produk dihasilkan menggunakan herba yang dijamin halal dan suci.

"Ketika saya berusia 40-an saya mendalami pengetahuan mengenai urutan secara tradisional di beberapa pusat perubatan termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Bahru.

"Melalui pengalaman ketika berkursus, saya banyak menimba pengetahuan dalam bidang mengurut termasuk urutan refleksologi yang boleh melegakan tubuh terutama kaki dan sendi," katanya.

Menurutnya, langkah membuka pusat rawatan bertujuan memberikan perkhidmatan mengurut kepada masyarakat di Ledang termasuk mereka yang sakit pinggang dan lutut.

"Bukan kekayaan yang dicari, sebaliknya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan supaya cepat sembuh," katanya.

Menurutnya, pusat rawatannya itu beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan menyediakan perkhidmatan berbekam untuk membuang darah kotor dalam badan.

Selain itu, katanya, dia membekalkan produk kesihatan diluluskan Kementerian Kesihatan dalam usaha membantu pesakit meningkatkan tahap kesihatan.

"Sejak beroperasi empat tahun lalu, saya sudah memberikan rawatan kepada lebih 300 pesakit sekitar daerah ini dan Muar.

"Saya juga sedia menerima panggilan telefon daripada mereka yang menghidap penyakit sendi dan tubuh untuk memberikan rawatan di rumah mereka bergantung pada masa dan keadaan," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 SEPTEMBER 2012

VETERINAR JOHOR SEDIA RM1 JUTA


LEDANG: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor menyediakan peruntukan RM1 juta kepada 100 penerima di seluruh negeri ini menerusi Projek Program Azam Tani untuk tahun ini.

Pengarahnya, Dr Kamaruddin Md Isa berkata, bantuan berupa peralatan dan benih ternakan itu sebagai rangsangan bagi menggalakkan orang ramai terutama berpendapatan rendah menceburi bidang penternakan bagi menambah pendapatan.

"Walaupun Johor adalah gedung terbesar pengeluaran makanan berasaskan ternakan, namun kami berharap peranan itu dapat diperluaskan.

"Hasil seperti ternakan ayam, lembu, kambing dan telur ayam sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam negara," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Azam Tani 2012 Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Penolong Pegawai Daerah Ledang, Shamsul Arif Sulaiman.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 SEPTEMBER 2012

08 September 2012

NGOs LODGE POLICE REPORT AGAINST JANJI BERSIH GATHERING ORGANISERS

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
metrose@thestar.com.my

TANGKAK: Some 14 non-governmental organisations (NGOs) here have lodged police reports against Janji Bersih gathering organisers in Kuala Lumpur for allowing some participants to step on the pictures of national leaders.

The gathering, which also showed some participants waving the Sang Saka Malaya flags, had also angered many people from the various races in Ledang.

Protests: Some pf the members from 14 non-governmental organisations in Ledang protesting against the Janji Bersih gathering organisers after lodging police reports at the Ledang police stations. Protests: Some pf the members from 14 non-governmental organisations in Ledang protesting against the Janji Bersih gathering organisers after lodging police reports at the Ledang police stations.
 
The group’s representative Huzahim Zaaba said it was a shameful act and rude for the participants to step on the pictures of the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and wife Datin Seri Rosnah Mansor.

We urge the police to act against those who were involved in organising the gathering as well as those who stepped on the pictures.

We also want the police to detain those who waved the Sang Saka Malaya flags as they had clearly showed their plans to change the national flag, he said after the group lodged reports at the Ledang police station recently.

Huzahim, who is also the Muar Ex-Policemen Association deputy chairman, said among the NGOs involved are Ledang Silat Sendeng Association, Ledang 4B Youth Movement, Ledang Ex-Army Association, Ledang Perkasa and the Ledang Youth Council.

He said the Home Ministry should be stern in such matters as the incidents had triggered anger among the people and affected the pride of the nation.

SOURCE: THE STAR, SEPT 8, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM AZAM TANI TAHUN 2012

Ahli Parlimen Ledang, Yang Berhormat IR Tuan Haji Hamim Bin Samuri akan merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Projek Di Bawah Program Azam Tani Tahun 2012 anjuran Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Ledang yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir pada pada 13 September 2012  jam 9.00 pagi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Ledang di talian  06-9781330 .

PROGRAM PERHIMPUNAN PAGI BULAN SEPTEMBER 2012

Pegawai Daerah Ledang, Yang Berbahagia Tuan Haji A.B. Han Bin Ramin, akan menyampaikan ucapan di Program Perhimpunan Pagi Bagi Bulan September 2012 kepada kakitangan awam di Daerah Ledang  yang akan diadakan di Dataran Ledang  pada pada 10 September 2012  jam 7.30 pagi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Daerah Ledang di talian  06-9787100 .

PROGRAM PERDANA 10,000 LANGKAH DAERAH LEDANG PADA 09 SEPT 2012

Pegawai Daerah Ledang, Yang Berbahagia Tuan Haji A.B. Han Bin Ramin akan menghadiri seteruskan akan membuat pelepasan kepaada para peserta Program Perdana 10,000 Langkah Serentak Seluruh Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Daerah Ledang di Dataran Pulau Penarik, Sungai Mati Ledang pada pada 09 September 2012  jam 7.00 pagi.

Semua media dijemput hadi menghantar wakil bagi membuat liputan majlis tersebut.

PROGRAM KAYUHAN MERDEKA ANJURAN SMK TUN MAMAT DAN JPMM DUN TANGKAK

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tangkak, Yang Berhormat Encik Goh Tee Tee, akan merasmikan Program Kayuhan Merdeka Anjuran SMK Tun Mamat Dan JPMM DUN Tangkak ini di Dataran Ledang pada pada 08 September 2012  jam 3.00 petang.
Sebarang pertanyaan sila hubungi SMK Tun Mamat Ledang di talian  06-9781245 .

BEAUTY-AND-WATERMELON VILLAGE

Bukit Kangkar is also known as a "beauty village" and "watermelon village." Photo courtesy: Sin Chew Daily
Translated by WINNIE CHOOI
Sin Chew Daily

BUKIT KANGKAR, Johor -- Bukit Kangkar in the Ledang district has been known as a "beauty village" and "watermelon village." During the olden days, 60% of the town's population constituted of young girls, most of whom are not only pleasant looking with nice figures but also well behaved and friendly.

Because of that, young men from far and near used to flock to the town to look for "Kangkar ladies" and plenty of romance stories have developed here.

On the other hand, the nickname "watermelon village" has been derived from the fact that many Bukit Kangkar residents used to be involved in watermelon growing.
 
 The main road in Ledang district. Photo courtesy: Sin Chew Daily

Rich experiences

Records show that Bukit Kangkar residents would try to grow some watermelon whenever they find a suitable plot of land for farming, and have made good money from it owing to their skills and rich experiences in growing watermelon.

Relocated to Muar after her marriage, local resident Xu Yu Yin told Sin Chew Daily she was not aware of the two titles given to Bukit Kangkar. However, she admitted that there were indeed many households with young pretty daughters and watermelon plantations in the town.

Xu said she was impressed by a family with seven daughters who were nicknamed the "Seven Fairies." She recalled that the Seven Fairies were born with big brown eyes and sweet faces.

Declining watermelon production

Xu said her elder brother used to be an apprentice at a watermelon farm some 20 years ago, but has since switched to other lines now.

Xu pointed out that there were indeed many households growing watermelon back then, but the industry has since declined while many local young ladies seek job opportunities in Singapore.

Water supply

According to records from three decades ago, Bukit Kangkar was totally different from what it is today. There was no water or electricity supply to the entire town, and large "Dutch Trees" flanked the two sides of the main street.

 
 Two giant water towers provide the local residents with clean water supply. Photo courtesy: Sin Chew Daily

Flowers were in full bloom around the Chinese New Year festive season, and both sides of the road would be covered in a carpet of yellow flowers.

Unfortunately, these century-old trees were felled in 1966 in the name of development under the recommendation of MCA

Following that, electricity and water supply was made available to the town.

Today, driving into the town, you will not fail to spot two giant water towers that are almost a century old in Bukit Kangkar.
 
 Thean Hou Temple is a major draw among the devotees.. Photo courtesy: Sin Chew Daily

Also known as Mazu Temple, the historic Thean Hou Temple located in the eastern village was reconstructed in 1959 and has since become a hit among the devotees.

SOURCE: SIN CHEW DAILY, SEPTEMBER 8, 2012

07 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI IBU PEJABAT POLIS DAERAH LEDANG

Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri  di Perkarangan Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang pada pada 07 September 2012  jam 8.00 malam.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di talian  06-9781222 .

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA NEGERI JOHOR DAERAH LEDANG DAN KOPMEL

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor, Daerah Ledang & Koperasi Kontraktor Dan Usahawan Melayu Ledang Berhad (KOPMEL) akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya  di Perkarangan Pusat Khidmat Bank Rakyat KOPMEL pada pada 07 September 2012  jam 10.00 pagi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Koperasi Kontraktor Dan Usahawan Melayu Ledang Berhad (KOPMEL) di talian  06-9783719 .
 

MAJLIS MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI BAGI TAHUN 2012 ANJURAN BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN LEDANG



Ahli Parlimen Ledang, IR Tuan Haji Hamim Bin Samuri akan menghadiri seterusnya merasmikan Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji Bagi Tahun 2012/1433H Anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Ledang yang akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak Ledang  pada pada 07 September 2012  jam 3.00 petang.

06 September 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP PIHAK PIJAK GAMBAR NAJIB MENINGKAT LAGI KEPADA 172

SEBAHAGIAN ahli 14 NGO Ledang yang membantah perbuatan menghina gambar pemimpin dan bendera Jalur Gemilang di Tangkak, Ledang, Johor, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Laporan polis terhadap tindakan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka baru-baru ini terus meningkat kepada 172 laporan setakat ini.

Hari ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu terus membuat laporan bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.

Antara NGO terlibat adalah Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Masyarakat India Kinrara dan Persatuan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Cina Puchong yang dihadiri kira-kira 50 individu.

Kesemua mereka hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada pukul 3 petang.

Ketua Penerangan GAPS, Ramli Simbok (gambar) berkata, pihaknya memandang serius perbuatan itu yang disifatkan sebagai kurang didikan selain mampu mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

Di MELAKA, kira-kira 400 ahli Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil mengadakan perhimpunan secara aman bagi membidas tindakan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih tersebut.

Dalam perhimpunan selama hampir satu jam di Rumah Melaka, Bukit Katil itu, kesemua mereka melaungkan rasa kecewa terhadap tindakan penyokong-penyokong parti pembangkang itu yang tidak menghargai kedaulatan negara.

Pelbagai sepanduk dibawa antaranya menuntut tindakan tegas diambil dan mencadangkan agar peserta yang terlibat diusir dan digugurkan kerakyatan.

Perhimpunan yang diterajui oleh Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datuk Hazizah Mohd. Sultan itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Di ALOR GAJAH, protes membantah tindakan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih itu mencetuskan kemarahan warga Felda Tun Ghafar, Bukit Bulat, Machap dekat sini apabila mereka berhimpun secara aman di hadapan Japerun Bukit Bulat bagi mendesak tindakan diambil.

Kesemua mereka yang berjumlah seramai kira-kira 200 orang itu berkumpul bermula pukul 5 petang sambil membawa kain rentang yang mengecam tindakan peserta perhimpunan selain turut membakar baju T berwarna kuning.

Di KOTA BHARU, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan turut membuat laporan berhubung isu sama di Balai Polis Kota Bharu.

Laporan dibuat pada pukul 10.30 pagi oleh Setiausaha Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood bersama beberapa ahlinya.

Sharif ketika ditemui berkata, laporan tersebut bertujuan untuk meminta polis melakukan siasatan berhubung tindakan biadab segelintir peserta Perhimpunan Janji Bersih itu.
 
Di LEDANG, sebanyak 14 NGO di daerah itu membuat enam laporan serentak semalam bagi membantah tindakan biadab para peserta Perhimpunan Janji Bersih.

Laporan dibuat kira-kira pukul 3.30 petang di IPD Ledang yang dihadiri lebih 50 ahli NGO terbabit dengan diketuai Naib Presiden Gabungan NGO Melayu Johor cawangan Ledang, Huzahim Zaaba.

Antara NGO terlibat adalah Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Sendeng, Gerakan Belia 4B, Perkasa, Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida), Pertubuhan Tiga Enam Tiga dan Majlis Belia Daerah Ledang.

14 NGO BUAT LAPORAN POLIS

Oleh : Zulhisham Isahak
Foto : Ishak Rahmad

LEDANG 5 Sept. - Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini membuat enam laporan polis serentak bagi membantah tindakan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 baru-baru ini.

Laporan dibuat kira-kira pukul 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang, semalam yang dihadiri lebih 50 ahli NGO terbabit diketuai Naib Presiden Gabungan NGO Melayu Johor cawangan Ledang, Huzahim Zaaba.

Antara NGO terlibat ialah Persatuan Bekas Tentera, Pertubuhan Seni Silat Sendeng, Gerakan Belia 4B, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia, Pertubuhan Tiga Enam Tiga dan Majlis Belia Daerah Ledang.

Huzahim yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis cawangan Muar dan Ledang berkata, rakyat Malaysia kini menarik nafas lega kerana tindakan mula diambil dengan penahanan pertama semalam iaitu penuntut kolej yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri.

Bekas pesara polis yang mewakili 14 NGO tersebut berkata, rakyat menantikan penahanan 10 lagi peserta yang terlibat itu bagi memberi pengajaran kepada awam untuk dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan.

"Kita bersyukur kerana dalam masa tidak sampai seminggu mereka yang melakukan perbuatan itu sudah dikenal pasti dan seorang daripadanya sudah mula diberkas. Kita harap tindakan tidak akan terhenti setakat ini sahaja.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus tegas dalam hal ini kerana melibatkan kepentingan awam dan maruah negara. Perbuatan ini secara tidak langsung memburukkan imej negara dan kita perlu menunjukkan ketegasan dalam menangani perkara ini," katanya.

Pada malam Khamis lalu, sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka tercemar apabila peserta Himpunan Janji Bersih bertindak meminjak, mengoyakkan dan membakar malah menunjukkan punggung ke arah gambar Perdana Menteri serta  isteri.

Dalam perhimpunan tersebut, penyokong pembangkang turut menuntut untuk menukar Jalur Gemilang dan terdapat beberapa peserta yang mengibar bendera berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura dan Indonesia.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perkasa cawangan Ledang, Basri Siron mahu dalang di sebalik perhimpunan tersebut ditahan dan siasat kerana perbuatan berkenaan seakan sudah dirancang dari mula lagi.

Dia percaya pemimpin-pemipin parti polik pembangkang terlibat dalam kejadian itu tetapi takut dan menyembunyikan diri apabila perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

"Mereka yang tidak tahu menghormati bendera negara sendiri adalah musuh bangsa dan negaranya. Kita tidak mahu pengkhianatan lebih teruk dilakukan terhadap Jalur Gemilang yang sepatutnya dilindungi dan dihormati tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 06 SEPTEMBER 2012