PENGUNJUNG SETIA
28 Mei 2018
27 Mei 2018
POPIA TUJUH PERASA JADI TUMPUAN
POPIA tujuh perasa dijual di bazar Ramadan Kompleks FAMA Kekal Bukit Gambir, Tangkak, kelmarin.
TANGKAK 27 Mei - Popia tujuh perasa hasil buatan seorang suri rumah, Norain Sepie, 37, adalah antara yang paling mendapat perhatian pengunjung Bazar Ramadan di pekarangan Komplek Pasar Tani Kekal Bukit Gambir di sini.
Selain rasanya yang lazat, popia Norain digoreng panas-panas di lokasi itu juga untuk meyakinkan pelanggan terutama mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran makanan untuk mengelak daripada keracunan makanan semasa membuat pilihan juadah berbuka puasa.
“Ini adalah tahun ke-11, saya berniaga di sini dan saya bersyukur sambutan masyarakat begitu memberangsangkan,” ujar ibu kepada tiga anak yang menetap di Kampung Sawah Ring berhampiran pekan tersebut ketika ditemui di bazar Ramadan itu semalam.
Setiap hari beliau menjual antara 1,500 hingga 1,750 keping popia daging, ayam, sayur-sayuran, chese dan lain-lain perasa pada harga RM2 untuk setiap empat keping.
Menurut Norain, jumlah jualan akan meningkat hingga melebihi 2,000 keping pada hari cuti hujung minggu ekoran kehadiran pengunjung dari luar seperti Segamat, Kuala Lumpur, Melaka selain pelanggan-pelanggan dari Bukit Serampang, Pagoh dan Muar.
Beliau dibantu dua anak perempuan yang kebetulan bercuti sepanjang Ramadan ini menyediakan popia secara menual pada sebelah pagi setiap hari sebelum membawa untuk digoreng di bazar tersebut selepas tengah hari sejak Ramadan bermula.
“Biasanya semua popia kami habis dijual seawal pukul 6.30 petang dan kami sempat balik rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga,” tambah beliau yang mendapat galakan suaminya, Mohamad Azmi, seorang pesawah padi sepenuh masa di Kampung Sawah Ring.
Selain menjual popia di bazar tersebut, beliau menjalankan perniagaan di kantin sekolah agama di kampungnya pada hari persekolahan biasa sebelum kedatangan Ramadan untuk membantu menambah pendapatan keluarga.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/popia-tujuh-perasa-jadi-tumpuan-1.680683#ixzz5LH9wuqLX
© Utusan Melayu (M) Bhd
26 Mei 2018
7 JOHOR UMNO BRANCH LEADERS QUIT, PLEDGE TO SUPPORT PH [NSTTV]
By HAI ROZZAMAN JALAL - May 26, 2018 @ 6:19pm
TANGKAK: Seven Umno branch chiefs including former Serom assemblyman, Dr Abdul Razak Minhat have quit the party today, pledging their support for the Pakatan Harapan government.
The group's spokesman, Abd Hamid A Majid said they made the decision after acknowledging that the call for change coming from the people had turned out to be true.
He said the group was also willing to give their full support to the new state government and help achieve PH's agenda of realising a new and more vibrant Malaysia.
"We realise that staying loyal to the opposition (Barisan Nasional) will only cause disunity among society here,
"This will also lead to some quarters of the society being left out." he said.
Apart from Abd Hamid, who is Kampung Sungai Jaya Umno branch head and Abdul Razak, the other five who quit Umno are Captain (B) Mohd Yasir Mohed (Kampung Datuk Ngah); Saruni Bari (Kampung Seri Menanti); Abas Jais (Taman Sri Jaya); Miskam Mahmod (Kampung Sungai Rambai) and Mastor Abd Rahman (Kampung Parit Ghani).
Serom is part of the Ledang parliamentary constituency.
Abd Hamid A Majid (seated, 3rd from left), Mohd Yasir Mohed (left), Dr Abdul Razak Minhat (seated, 2nd from right) were among the seven Umno members who decided to quit the party and pledge their support for Pakatan Harapan government. Pic by ADI SAFRI
In 14th General Election, PKR's Faizul Amri Adnan won the state seat with 11,774 votes against BN's Abdull Rahim Taib (9,450) and Pas' Mustaffa Salleh (2,708).
BEKAS ADUN SEROM, 6 KETUA CAWANGAN KELUAR UMNO
DR. ABDUL RAZAK MINHAT (duduk, dua kanan) dan Abd. Hamid A. Majid (duduk, tengah) dan ketua-ketua cawangan serta ahli ketika mengumumkan keluar parti di Bukit Gambir, Tangkak hari ini. - UTUSAN ONLINE
TANGKAK 26 Mei - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Dr. Abdul Razak Minhat dan enam ketua cawangan dalam UMNO Bahagian Ledang mengumumkan keluar parti hari ini.
Pengumuman tersebut dilakukan mereka selepas menyedari kehendak dan tekad masyarakat yang tidak mahu tertinggal dalam arus pemodenan berikutan perubahan tampuk kepemimpinan negara.
Selain Abdul Razak yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Simpang 4, turut membuat keputusan tersebut adalah Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Jaya, Abd. Hamid A. Majid.
Turut meletakkan jawatan dan keluar parti ialah Ketua UMNO Cawangan Kampung Datuk Ngah; Kampung Seri Menanti; Taman Sri Jaya; Kampung Sungai Rambai dan Kampung Parit Ghani.
Abd. Hamid berkata, masyarakat di kawasan itu masih memerlukan bantuan dan sokongan serta peruntukan daripada kerajaan bagi menambah baik dan memenuhi keperluan semasa.
“Kami sebagai pendokong demokrasi akur dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan hati terbuka dan pada masa sama berlapang dada serta bersedia menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.
Ketujuh-tujuh cawangan tersebut yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir mempunyai 833 ahli UMNO. -UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bekas-adun-serom-6-ketua-cawangan-keluar-umno-1.679973#ixzz5LHB4QCjv
© Utusan Melayu (M) Bhd
14 Mei 2018
BILANGAN PEROKOK MAKIN MENINGKAT
Shaharom Nor Azian Che Mat Din (dua dari kanan) merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri di KKTM Ledang, di Tangkak, Johor, semalam.
TANGKAK 14 Mei – Jumlah perokok lelaki yang berusia antara 18 dan 19 tahun di negara ini meningkat kira-kira 15.5 peratus pada 2015 berbanding hanya 24.6 peratus pada 2011.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, statistik hasil tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2015 mendapati, prevalen perokok berkenaan mencatat sebanyak 40.1 peratus pada tahun itu.
Menurutnya, jumlah perokok wanita juga meningkat daripada 1.1 peratus pada 2011 kepada 1.4 peratus dalam tempoh sama, selain bilangan pelajar sekolah yang dikenal pasti mula merokok turut meningkat.
“Malah, bilangan perokok lelaki dewasa walaupun menurun kepada 45.1 peratus pada 2015 tetapi ia hanya sekitar 1.5 peratus berbanding 46.6 peratus perokok pada 2011.
“Jika kita tidak bertindak sekarang, epidemik ini akan membunuh lebih lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030 termasuk penduduk di negara ini dan lebih menyedihkan 80 peratus kematian ini melibatkan masyarakat awam di negara berpendapatan rendah dan sederhana,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri dan Program Nafas Baharu Ramadan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Kesihatan (Awam) negeri, Dr. Shaharom Nor Azian Che Mat Din.
Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun yang memberi penekanan kepada masalah kesihatan dan risiko-risiko lain berkaitan penggunaan tembakau sehingga menyumbang kepada 12 peratus kematian akibat penyakit jantung.
Ujar Dr. Selahuddeen, kesedaran terhadap epidemik yang digelar wabak tembakau itu perlu dipertingkatkan kerana gejala itu ibarat wabak berjangkit yang menular tanpa mengira lapisan umur.
“Perkara yang lebih membimbangkan, 10 peratus daripada kematian enam juta orang pada setiap tahun akibat tembakau ini melibatkan pengguna asap rokok terpakai iaitu mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap yang dihembus orang lain,” tegasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/bilangan-perokok-makin-meningkat-1.672850#ixzz5LHCGtC2i
© Utusan Melayu (M) Bhd
Langgan:
Catatan (Atom)