PENGUNJUNG SETIA

11 September 2008

PESERTA FELCRA TAK DAPAT TANAH DITEROKA 38 TAHUN

Johor: Peserta Felcra tak dapat tanah diteroka 38 tahun

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my

BUKTI: Papan tanda menunjukkan kawasan diselia syarikat perladangan milik peserta Felcra Kundang Ulu.

PTD didakwa tidak ikut peraturan kurnia hak milik

LEDANG: Hasrat 260 peserta Felcra Kundang Ulu, di sini, mendapatkan hak milik tanah kerajaan yang mereka terokai sejak 38 tahun lalu, tidak kesampaian, apabila tanah berkenaan dikurniakan kepada individu lain, termasuk penduduk luar kawasan, awal bulan lalu.

Tanah seluas kira-kira 80 hektar itu adalah sebahagian daripada kawasan seluas 1,080 hektar yang dikurniakan kepada peserta Felcra terbabit pada 1970.

Bagi mengelak tanah kosong itu terbiar kerana kedudukannya di bahagian depan kawasan Felcra, peneroka melalui Syarikat Perladangan Peserta Kundang Sdn Bhd, yang menguruskan tanah peserta bertindak mengusahakan kawasan itu dengan tanaman getah dan kelapa sawit hingga sekarang.

Ketua Umno Cawangan Parit Medan, Kundang Ulu Pagoh, Mohd Solihan Badri, berkata peserta Felcra berkenaan terkejut apabila mengetahui tanah yang mereka teroka sudah diagihkan kepada 65 individu lain dengan keluasan 1.3 hektar tiap seorang.

Beliau mendakwa, pengurniaan tanah itu tidak mengikut prosedur biasa kerana tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) kepada penduduk tempatan bagi membolehkan mereka mengemukakan permohonan mendapatkan hak milik tanah berkenaan.

"Sebelum ini, peserta Felcra memang tidak mengemukakan permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah itu, kerana menyangkakan kerajaan akan merujuk kepada Felcra sebelum bertindak mengagihkannya kepada individu lain.

"Ini kerana selain mengambil kira tanah itu adalah sebahagian daripada kawasan yang diwartakan sebagai tanah Felcra, peserta pula sudah memerah keringat melalui syarikat yang ditubuhkan bagi membangunkan tanah berkenaan," katanya ketika ditemui di Kundang Ulu, di sini.

Mohd Solihan berkata, peserta tidak keberatan untuk memohon hak milik tanah itu jika PTD membuat pengumuman terlebih dulu, termasuk melalui Penghulu Mukim dan wakil rakyat.

Tindakan kerajaan negeri dan PTD itu, dakwanya, membelakangkan peserta Felcra tanpa mengambil kira pengorbanan mereka yang membangunkan tanah itu sehingga memberi peluang orang lain menikmati hasilnya.

Ketua cawangan Umno Kundang Ulu, Encik Nasir Bin Md Piah berkata, beliau terkejut apabila mengetahui tanah seluas 80 hektar sudah diagihkan kepada individu lain, pada hal terdapat papan tanda syarikat peneroka didirikan atas tanah berkenaan.

Sumber: Berita Harian, 11 September 2008

09 September 2008

COWS RELOCATED DUE TO USE OF WEED KILLER

Cows relocated due to use of weed killer

MUAR: A cattle breeder with more than 600 cows reared under an integrated farming scheme at a plantation near Grisek has been forced to relocate the herd.

Barnin Sawo, 46, from Kudang Ulu, said although no official notice was issued to him to relocate the cattle, workers had started using weed killer in the plantation.

He said this method to control undergrowth endangered the animals.

He had asked the plantation management not to use the poison to no avail.

No choice: Barnin looking at some of his cows reared at the plantation in Kundang Ulu recently

“I have an agreement with the plantation to rear the cows on a 500ha plot, but the agreement ends on October 30.

“I started the scheme with the plantation in 2004 and the workers have never used week killer near the area where the cows were confined,” he said in Kundang Ulu recently.

However, Barnin said that things changed recently when the plantation changed its management and the workers were directed to use the weed killer.

After several appeals to the management failed, he started relocating the cows to the Kundang Ulu Youth Felcra scheme where he owned a 1.2ha plot, he said.

The Felcra scheme covered less than 40ha and his herd would ravage the grass within two months, he said, adding that he needed at least 400ha.

His involvement in cattle breeding started eight years ago after calls by former Agriculture and Agro-Based Industries Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the Government planned to increase the nation’s beef and mutton production and cut imports amounting to more than RM1bil annually.

He started the venture with 300 head of Brahman cattle.

The Muar Veterinary Department later provided him another 300 head under a scheme called Pawah.

The animals were bred to produce new generations of Brahman cows for distribution to farmers as the Government wanted to cut beef imports from India and Australia.

SOURCE: THE STAR, 9 SEPTEMBER 2008

08 September 2008

PESERTA TERUJA SERTAI KONVOI BERMOTOSIKAL

Peserta teruja sertai konvoi bermotosikal

LEDANG 7 Sept. - Seramai 180 peserta Jelajah Merdeka Rakan Muda 2008 dari Ledang ke Segamat, baru-baru ini begitu teruja menyertai program itu meskipun ada antara mereka baru pertama kali mengikuti konvoi bermotosikal.

Dengan syarat yang ditetapkan penganjur iaitu setiap motosikal mesti enjin berkapasiti 150cc ke bawah, belia-belia Rakan Muda itu didapati begitu bersemangat untuk menyertai konvoi tersebut.

Salah satu faktor yang mendorong mereka menyertai kembara itu ialah perasaan ingin merasai sendiri suasana sambutan kemerdekaan dengan cara tersebut.

Rata-rata peserta yang ditemui pada majlis pelepasan kembara di Dataran Ledang, Tangkak begitu bersemangat dan ada juga berasa gementar kerana kali pertama mengikuti kembara seperti itu.

Peserta dari Kesang Laut, Mohd. Salihin Jamal, 21, berkata, kembara itu merupakan yang kedua diikutinya dan ia mampu mengeratkan lagi hubungan antara belia sebaya dengannya.

"Selain itu, saya gemar menyertai kembara ini kerana ia banyak mengajar saya teknik tunggangan yang berdisiplin," katanya yang bekerja sebagai penghantar pizza di sini.

Bagi Ahmad Farhan Jailan, 20, meskipun masih menuntut di Kolej Matrikulasi Jasin, Melaka, kesempatan menyertai kembara itu tidak disia-siakannya.

Ia merupakan kali pertama penuntut dari Tanjung Agas itu menyertai kembara tersebut dengan menggunakan motosikal jenis Yamaha LC 135 sepanjang kembara itu.

"Perasaan semakin seronok untuk menyertai kembara ini apabila empat rakan saya yang menuntut di kolej yang sama turut serta," jelasnya.

Rakannya, Mohd. Fikri Jailani, 18, pula berkata, sebagai generasi muda, beliau berbangga kerana dapat menyertai kembara itu untuk merasai sendiri semangat sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 negara.

Pekerja Pizza Hut Muar itu berkata, peluang tersebut mungkin hadir sekali dalam tempoh setahun dan dia bersemangat untuk menyertai kembara lain pada masa akan datang.

Bagi Mohd. Haziq Mohd. Farid, 17, pula, dia tetap gementar kerana kali pertama mengikuti kembara itu menggunakan motosikal jenis Honda Wave 125.

"Perasaan takut itu masih ada, tetapi saya cuba tenangkan apabila melihat rakan-rakan lain turut bersemangat," kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Sungai Abong itu.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 September 2008

07 September 2008

PENTERNAK LEMBU KECEWA RUMPUT DIRACUN

Penternak lembu kecewa rumput diracun


BARNIN Sawo memegang salah seekor lembu ternakannya sambil diperhatikan oleh dua pegawai Jabatan Veterinar daerah Muar di Kundang Ulu, semalam.

MUAR 6 Sept. - Seorang penternak lembu dalam skim bersepadu di sebuah ladang di Grisek dekat sini mendakwa ada pihak tertentu yang seolah-olah cuba menghalangnya daripada terus mengerjakan usaha menternak kira-kira 600 ekor lembu di kawasan itu sejak empat tahun lalu.

Barnin Sawo, 46, berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat pihak yang menyembur racun rumpai di kawasan rumput ladang tersebut yang dikhuatiri akan membahayakan lembu-lembu ternakannya.

Meskipun racun rumpai itu hanya bertujuan menghapuskan semak samun di ladang berkenaan, dakwa Barnin, perbuatan itu seolah-olah cuba 'menghalau' dirinya supaya berpindah ke tempat lain.

"Apa yang berlaku mengejutkan kerana sebelum ini tidak pernah ada orang meracun di kawasan padang ragut lembu-lembu ternakan saya," katanya ketika ditemui di Kundang Ulu dekat sini hari ini.

Barnin memberitahu, dia telah menandatangani perjanjian untuk menternak di kawasan seluas 500 hektar di ladang tersebut mulai tahun 2004 dan kontrak itu tamat pada penghujung Oktober ini.

Menurutnya, sejak mengusahakan ternakan itu, kesemuanya berjalan lancar, malah pekerja ladang terbabit tidak pernah meracun di mana-mana kawasan ragut ternakannya.

Berikutan masalah itu, kata Barnin, dia terpaksa memindahkan sebahagian kecil lembu ternakannya ke satu kawasan seluas 1.2 hektar di Felcra Kundang Ulu atas alasan keselamatan.

"Kawasan rumput di Felcra itu tidak mampu memenuhi keperluan 600 ekor lembu ternakan saya kerana jumlah itu memerlukan sekurang-kurangnya 400 hektar kawasan rumput," katanya.

Justeru, beliau merayu pihak berkaitan supaya mengatasi masalah tersebut bagi memastikan ternakannya mempunyai tempat meragut rumput yang mencukupi.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 7 SEPTEMBER 2008

04 September 2008

PENCURI TARAWIH MENGGANAS LAGI

PENCURI TARAWIH MENGGANAS LAGI

PECAH...Borhan menunjukkan kerosakan pada pintu belakang rumahnya
yang dipatahkan perompak.


MUAR: Sebuah lagi rumah dipecah masuk ketika pemiliknya mengerjakan solat Tarawih, menyebabkan kerugian lebih RM2,00 dalam kejadian di Parit Haji Idris, Bukit Gambir, di sini, malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 8.30 hingga 10.45 malam, ketika mangsa Borhan Wagimin, 61, bersama isterinya, Aminah Sardi, 53, mengerjakan solat Tarawih di masjid berhampiran.

Borhan berkata, pencuri dipercayai memecah masuk melalui pintu tengah rumahnya sebelum keluar menggunakan pintu dapur.

Katanya, dia hanya menyedari kejadian itu apabila pulang mengerjakan solat Tarawih apabila barangan di dalam bilik dan di luar berselerak.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia kerugian RM1,000 wang jualan kelapa sawit serta RM800 yang dipegang sebagai Bendahari Biro Pelajaran kampung itu.

Malah katanya, telefon bimbit milik anaknya yang baru balik ke asrama di sekolah agama di Kesang Tasik, petang kelmarin juga lesap dikebas penjenayah.

"Lampu di luar rumah dipasang sebelum saya dan isteri meninggalkan rumah dan tidak menyangka penjenayah berani memecah rumah.

"Saya tidak menolak berkemungkinan penjenayah biasa dengan selok belok di kampung, tidak mungkin orang luar tahu keadaan rumah dan kampung kami ini," katanya.

Menurutnya, kejadian itu adalah kali kedua rumahnya dipecah masuk dalam tempoh 10 tahun ini.

Katanya, laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Gambir kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Kejadian itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua hari Ramadan dan kejadian pertama membabitkan sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir terletak dua kilometer daripada tempat kejadian kedua.

SUMBER: HARIAN METRO, 4 SEPTEMBER 2008

03 September 2008

AHMAD LEPAS KUOTA LAWAN TIMBALAN KETUA

Johor: Ahmad lepas kuota lawan Timbalan Ketua


MUAR: Timbalan Ketua Umno Cawangan Kesang Laut, Datuk Ahmad Md Yassin, 49, disahkan layak bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu, bulan depan.

Beliau yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan itu atas permintaan ahli peringkat akar umbi, menerima 45 pencalonan, sekali gus melepasi syarat kuota pencalonan 15 peratus, selepas 126 cawangan Umno bahagian itu selesai mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing, minggu lalu.

Ahmad berkata, pencalonan diterimanya itu menterjemahkan hasrat ahli parti peringkat bawahan yang mahukan perubahan bagi memantapkan lagi perpaduan Umno di bahagian itu.


"Selepas memenuhi syarat kuota ditetapkan iaitu 15 peratus daripada jumlah cawangan dalam bahagian itu, saya mengambil keputusan bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang dalam mesyuarat perwakilan bahagian nanti.

“Pertandingan itu juga selaras dengan amalan demokrasi sihat dalam setiap kali pemilihan jawatan di semua peringkat sama ada Pemuda, Wanita dan bahagian," katanya, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pemilihan perwakilan Umno bahagian itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara beliau dan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri, yang mempertahankan jawatan berkenaan selepas menerima 81 pencalonan.

Ahmad, anak jati Kampung Kesang Laut, memiliki Ijazah Kejuruteraan Awam dari universiti di Amerika Syarikat pada 1986, pernah menjawat jawatan penting dalam sektor awam selama 10 tahun, sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada 1997.

Sumber: Berita Harian, 3 September 2008

02 September 2008

UNITY BEING WEAKENED

TANGKAK: Certain parties are instilling dissatisfaction in the various races to divide people and control the country, said Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Speaking at the Serom Constituency National Day celebration here, he said they adopted the British colonial system of divide and rule to weaken Malaysian unity.

He said the country and its people would face greater disunity if such a system took effect.

Free to fly: Abdul Ghani (right) releasing 51 pigeons to mark the launch of the Merdeka celebrations in Serom Utama recently.

People under Umno’s founding father, the late Datuk Onn Jaafar, struggled to free the country from British rule.

They came from all over to support Onn in his fight against the formation of the Malayan Union, he said at the launch of the celebration in Serom Utama recently.

Abdul Ghani, who is also Serom assemblyman, said after Onn prevented the formation of the Malayan Union, people joined hands to seek independence.

He said the British segregated the people, confining the Malays to villages, the Chinese in mining areas or trading and the Indians in plantations or working as labourers.

However, everything changed after independence and the different races no longer lived in segregation, he added.

“For more than 50 years, the various races have enjoyed peace and progress but things can change if the people allow themselves to be divided again.

“It will be sad if certain parties succeeded in ruling the country through the divide and control system,” he said.

SOURCE: THE STAR, 2 SEPTEMBER 2008

MAJLIS DAERAH TANGKAK MENANG KONTINGEN TERBAIK

MAJLIS DAERAH TANGKAK MENANG KONTINGEN TERBAIK

Oleh Hai Rozzaman Jalal
Hoo sedang menyampaikan hadiah kepada wakil JPMM DUN Serom, pemenang kategori pakaian terbaik sambil diperhatikan Pegawai Daerah Ledang, Asmail Abd Kadir.

LEDANG: Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Daerah Ledang di Dataran Ledang, Ahad lalu, kontingen Majlis Daerah Tangkak (MDT) telah menjadi juara keseluruhan dalam beberapa pertandingan sempena perhimpunan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang, selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Ketika berucap menyampaikan amanat Menteri Besar Johor, Hoo berkata kemerdekaan amat besar ertinya kepada semua dan 31 Ogos bukan sekadar untuk diingati sahaja malah ia mempunyai pengertian yang amat mendalam dan sarat dengan pengajaran.

Katanya lagi, semua rakyat hendaklah sama-sama mempertahankan kemerdekaan negara, berkompromi dan berkorban untuk mewujudkan negara yang harmoni dan membangun.

Berikut ialah senarai para pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:

Perbarisan kontingen kategori pejabat kerajaan:
  1. Majlis Daerah Tangkak
  2. Pejabat Kemas Daerah Ledang
  3. Pejabat Tanah Ledang
Kategori badan beruniform:
  1. PLKN Seri Ledang
  2. Bomba dan Penyelamat Tangkak
  3. Pertahanan Awam Ledang
Kategori JPMM
  1. DUN Serom
  2. DUN Tangkak
  3. DUN Bukit Serampang
Kategori NGO & Swasta
  1. Pioneer Techonology Bhd
  2. Puspanita Cawangan Ledang
  3. Wanita UMNO Bahagian Ledang
Kategori Sekolah
  1. SMK Ledang
  2. SMK Pei Hwa
  3. SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu
Pakaian terbaik kategori jabatan kerajaan:
  1. Pejabat Kemas Daerah Ledang
  2. Majlis Daerah Tangkak
  3. Pejabat Pelajaran Daerah Ledang
Kategori badan beruniform:
  1. PLKN Seri Ledang
  2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak
  3. Pasukan Gerakan Am Batalion 6
Kategori JPMM:
  1. DUN Serom
  2. DUN Tangkak
  3. DUN Bkt Serampang
Kategori NGO & Swasta:
  1. Pioneer Techonology Bhd
  2. Maybank Tangkak
  3. Wanita UMNO Bahagian Ledang
Kategori Sekolah:
  1. SMK Tengku Temenggong Ahmad
  2. SMK Ledang
  3. SMK Tun Mamat
Sepanduk terbaik:
  1. SMK Ledang
  2. Majlis daerah Tangkak
  3. Pejabat Agama Daerah Ledang
Johan Keseluruhan Kontingen terbaik:
Majlis Daerah Tangkak

60 KONTINGEN SERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

60 KONTINGEN SERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PATRIOTISME...Hoo (empat dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

TANGKAK: Kira-kira 60 kontingen menyertai perarakan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Daerah Ledang di Dataran Ledang, di sini, Ahad lalu.

Kontingen disertai beberapa jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pelajar sekolah menengah, badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota pasukan berpakaian seragam di daerah Ledang.

Majlis sambutan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang, selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Hadir sama, Pegawai Daerah Ledang, Hj Asmail Abd Kadir; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee dan Adun Bukit Serampang, Tahir Md Taat.

Acara dimulakan dengan perarakan peserta kontingen bermula dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tangkak ke Dataran Ledang bermula jam 8 pagi.

Selepas menerima tabik hormat daripada peserta kontingen, Hoo membacakan amanat Menteri Besar diikuti beberapa persembahan termasuk membaca sajak, koir, seni silat sendeng dan pancaragam.

Sempena majlis itu, Hoo melepaskan 51 burung merpati dan 51 belon sebagai tanda simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tahun sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
SUMBER: HARIAN METRO, 2 SEPTEMBER 2008

30 Ogos 2008

RAKYAT PERLU PERTAHAN KEMERDEKAAN - MB

Rakyat perlu pertahan kemerdekaan - MB

MUAR 29 Ogos - Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu berpegang kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa negara memperoleh kemerdekaan bagi memastikan ia dapat dipertahankan untuk generasi masa akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengingatkan rakyat agar tidak leka dengan kesenangan, kemajuan dan pembangunan pesat yang dikecapi pada masa ini kerana ada pihak lain kini hanya menunggu masa sesuai untuk cuba menjajah semula negara yang telah 51 tahun merdeka.

Menurutnya, apa yang menyedihkan sekarang, terdapat suara-suara terutamanya generasi muda kini yang menganggap mereka tidak lagi terikat dengan persetujuan 51 tahun dahulu kerana zaman ini sudah menempuhi arus globalisasi dan bukannya untuk terus mempertahankan tanah air.

"Jika itu pemikiran rakyat, kita tersilap kerana kemajuan dan pembangunan pesat sesebuah negara belum dapat menjamin ia merdeka selamanya dengan mengambil contoh Melaka yang suatu ketika dahulu adalah empayar agung serta maju tetapi dalam sekelip mata kerajaan itu runtuh apabila Portugis menjajah pada 1511," katanya melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Dewan Undangan Negeri Serom di padang awam Taman Serom Utama di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kemerdekaan DUN Serom kepada Alias Abdul Ghani, 82, salah seorang yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan di Johor suatu ketika dahulu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Pegawai Daerah Ledang, Asmail Abdul Kadir; wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat kawasan itu.

Sumber: Utusan Malaysia, 30 Ogos 2008

26 Ogos 2008

DATUK ROGOL CUCU DIPENJARA 40 TAHUN

Datuk rogol cucu dipenjara 40 tahun
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my



MENGAKU SALAH: Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku salah tuduhan rogol cucu.

Penoreh getah turut dikenakan 24 sebatan

MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang penoreh getah selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol cucunya yang berusia 13 tahun, pada Julai dan Ogos lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, menjatuhkan hukuman maksimun 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap kesalahan dengan hukuman dijalankan berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditahan pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh berusia 57 tahun dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, di sini, kira-kira jam 11 malam pada 19 Julai lalu dan kira-kira jam 10.30 malam, 1 Ogos lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dijalankan Penolong Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Sutris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana faktor usianya yang lanjut dan menghidap sakit paru-paru yang bergantung kepada ubat untuk rawatan.

Bagaimanapun, Muhammad Fadhli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat kerana perbuatan tertuduh merogol cucunya sendiri adalah perbuatan yang jijik.

Katanya, tertuduh bertanggungjawab memegang amanah menjaga kanak-kanak itu selepas ibu bapanya bercerai, sebaliknya bertindak merogol mangsa sehingga menggelapkan masa depan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat aduan di Balai Polis Bukit Gambir pada 8 Ogos lalu dan mendakwa dirogol datuknya beberapa kali sejak awal Januari 2007 hingga 1 Ogos lalu di rumah berkenaan, tetapi mangsa hanya mengingati dua kejadian pada 19 Julai dan 1 Ogos.

Tertuduh memegang amanah menjaga cucunya itu selepas kedua ibu bapa kanak-kanak itu berpisah sejak 2004.

Sumber: Berita Harian, 26 Ogos 2008

20 Ogos 2008

BOYS MISSING FOR SEVEN HOURS

Boys missing for seven hours

THREE children went missing for seven hours on Aug 19.

Mohd Badruzzaman Azmi, 13, Mohd Firdaus, 10, and Mohamad Fitri, 6, were playing at an oil palm estate at Parit Jarum Laut in Muar. They were supposed to return home before the Mahgrib prayers, about 7pm or so.

When they did not return, their mother, Noraziah Khamis, 35, panicked.

"I looked for them at the oil palm estate, which was just behind the house, but they were nowhere to be seen.

"I called my husband and we got the villagers to search for them."

Her husband, Azmi Ali, 37, said about 100 villagers and police joined in the search for the boys.

They were found seven hours later near a factory, which was about 200m from their house.

SOURCE: NEWS STRAITS TIMES, 20 AUGUST 2008

18 Ogos 2008

UMNO PARIT BUNGA ADAKAN SOLAT HAJAT

UMNO Parit Bunga adakan solat hajat

MUAR: Lebih 20 ahli UMNO cawangan Parit Bunga di sini menunaikan solat hajat malam kelmarin bagi mendoakan kejayaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.Solat hajat yang diadakan di surau Parit Bunga itu diketuai imam Asenar Hassan dan disertai ahli-ahli UMNO cawangan tersebut termasuk ketuanya, Kamarudin Jauhad, 42. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri.

Kamarudin ketika ditemui berkata, solat hajat tersebut diadakan bagi mendoakan kejayaan calon BN itu yang akan menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

"Sebagai sebuah cawangan yang mempunyai seramai 260 ahli di selatan tanah air, kami mendoakan kejayaan calon BN pada pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi.

"Mungkin ada di kalangan ahli cawangan ini yang tidak dapat turut serta membantu pilihan raya itu namun semua ahli turut mendoakan dari jauh kemenangan BN untuk memimpin rakyat di kawasan itu dengan lebih baik," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 18 Ogos 2008

SITI NAFSIAH DIRAYU PULANG

SITI NAFSIAH DIRAYU PULANG

SITI NAFSIAH...hilangkan diri sejak 2 Jun lalu

TANGKAK: Gara-gara kerap ditegur kerana selalu ponteng sekolah dan sering lewat pulang ke rumah, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini, Siti Nafsiah Norhaidi, 15, menghilangkan diri dengan pakaian seragam sekolah, sejak awal Jun lalu.

Bapa saudara kepada remaja perempuan itu, Johari Buntal, 36, dari Kampung Seri Jaya di sini, berkata Siti Nafsiah seperti biasa keluar dari rumah kira-kira jam 7 pagi pada 2 Jun lalu dengan menaiki bas ke sekolah bersama rakannya.

Bagaimanapun, katanya anak saudaranya itu yang tinggal bersama nenek, Marsini Abd Manan, 71, di kampung berkenaan tidak pulang ke rumah walaupun puas menunggunya hingga ke malam hari.

"Siti Nafsiah anak sulung empat beradik dan tinggal bersama neneknya selepas kematian ibunya pada 2000 manakala bapanya sehingga sekarang tidak dapat dikesan selepas meninggalkan kampung berikutan kematian isterinya.

"Kami bersama penduduk kampung puas mencarinya termasuk bertanyakan kepada rakan sekolah, tetapi tiada maklumat mengenai Siti Nafsiah," katanya yang ditemui di Kampung Seri Jaya di sini, kelmarin.

Johari mengakui pernah menegur sikap Siti Nafsiah yang sering pulang lewat dari sekolah sebelum ini dan teguran itu bertujuan mendidiknya supaya menjadi manusia berguna.

Menurutnya, sebagai bapa saudara, dia tidak mahu melihat remaja itu bergaul dengan remaja yang rosak akhlak sekali gus terjebak dalam gejala sosial.

"Kehilangannya sudah dilaporkan di Balai Polis Sungai Mati, pada 13 Ogos lalu, selepas gagal mengesannya, termasuk mencari di rumah saudara-mara di luar kawasan serta kenalannya.

"Justeru, saya merayu kepada Siti Nafsiah supaya pulang ke pangkuan keluarga kerana neneknya kini uzur, manakala adik-beradik sangat merinduinya," katanya.

Sehubungan itu, Johari berharap orang ramai yang mengetahui lokasi Siti Nafsiah berada atau mengenalinya supaya menghubunginya melalui talian telefon bimbit 013-6937758 atau balai polis berhampiran.

SUMBER: HARIAN METRO, 18 OGOS 2008

11 Ogos 2008

PENDUDUK MINTA AMBIL LANGKAH CEGAH CHIKUNGUNYA

Muar – Penduduk kampung Parit Bunga Raya Hujung Bukit Gambir, mahu Jabatan Kesihatan melakukan kerja penyemburan di persekitaran rumah penduduk dan kawasan perkampungan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Chikungunya sebagai langkah pencegahan awal untuk membendung penyakit sendi itu.


Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Umno cawangan Kampung Bunga Raya dalam bahagian Ledang, Abd Razak Sari, beberapa penduduk kampung telah dikesan menghidap demam sejak dua minggu lalu.


Walaupun penyakit itu dikatakan tidak merbahaya tetapi ia boleh menjejaskan kesihatan penghidapnya, kerana kemungkinan mereka dijangkiti penyakit lebih berbahaya jika langkah pencegahan tidak dilakukan segera.


SUMBER: Berita Harian, Isnin – 11 Ogos 2008