PENGUNJUNG SETIA

01 Ogos 2018

LOGO DAN TEMA MERDEKA MALAYSIA 2018

Tema Sayangi Malaysiaku dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018 pada 27 Julai 2018.

Logo Merdeka

Buat pertama kalinya didalam sejarah Malaysia, Sambutan Hari Kebangsaan 2018 diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.

"Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.

"Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018," katanya.

Gobind berkata pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 Ogos di Pulau Pinang seperti pertunjukan bunga api, kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka, karnival trak makanan, larian merdeka dan jualan My Best Buy FAMA.

Beliau berkata pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualkan tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.

Ditanya mengenai sambutan kurang baik dalam kempen kibar Jalur Gemilang pada tahun-tahun sebelum ini, beliau berharap rakyat dapat bersama-sama menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan itu.

Apabila tiba Hari Merdeka, kita semua merasakan ia adalah penting buat kita, jadi seharusnya semua rakyat Malaysia menunjukkan usaha bahawa mereka adalah sebahagian daripada sambutan itu. Mari kita jayakan sambutan ini bersama-sama.

"Saya mohon kerjasama setiap rakyat Malaysia bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga mulai sekarang dan sepanjang Ogos hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kota Kinabalu, Sabah," katanya.

Logo 'Sayangi Malaysiaku', ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

Merdeka 2018

RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

MAKSUD LOGO
Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warna adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Rasional Logo

RASIONAL TEMA
Tema Sayangi Malaysiaku bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ''Kita Punya Malaysia' nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.

Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta, katanya dan bakal dimainkan media-media rasmi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

© Logo & Tema Merdeka Malaysia 2018 - Malaysian Coin

19 Julai 2018

BAYI 10 BULAN CEDERA DIPERCAYAI JATUH BUAIAN

TANGKAK - Seorang bayi berusia 10 bulan parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.

Bayi lelaki itu kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, telah dihantar selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.

“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit pada jam 12.15 tengah malam tadi dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

PENGASUH DITAHAN BAYI DALAM JAGAAN CEDERA

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@nstp.com.my

TANGKAK Polis menahan seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun bagi siasatan kes seorang bayi lelaki berusia 10 bulan lebam di dahi kiri, pendarahan di mata dan retak tempurung kepala, awal pagi tadi.
Suspek ditahan kira-kira jam 12.15 awal pagi tadi, bagi membantu kes bayi lelaki itu yang dirujuk ke Hospital Tangkak, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, terdahulu bayi berkenaan yang dipercayai diserang sawan dirujuk pengasuh ke hospital berkenaan kira-kira 8 malam dengan bantuan jirannya sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.
"Mangsa dijaga oleh suspek pada 28 hingga 30 Jun lalu dan pada 2 hingga 17 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Setiap Ahad mangsa dijaga oleh ibunya, manakala Jumaat dan Sabtu dijaga oleh bapa mangsa.
"Ibu bapa mangsa menyedari mangsa sering menangis dan susah tidur mulai 10 Julai lalu sebelum pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh dari buaian sepanjang di bawah jagaannya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa adalah anak tunggal pembantu penguatkuasa yang berusia 28 tahun, manakala ibunya yang berusia 22 tahun bekerja sebagai pembantu klinik pergigian.
"Setakat ini siasatan sedang giat dijalankan dengan mendapatkan keterangan daripada ibu bapa, ahli keluarga dan jiran," katanya.

13 Julai 2018

BAS TERBALIK, 5 CEDERA RINGAN


BAS ekspres membawa lapan penumpang terbalik di KM 3 Jalan Solok-Serom 8 di Tangkak, Johor, malam tadi. - UTUSAN ONLINE

TANGKAK 12 Julai - Lima penumpang cedera ringan akibat bas dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Solok-Serom 8, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh sebelum terbabas.
Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, bas ekspres dari Larkin Sentral itu juga melanggar pembahagi jalan lalu terbalik di bahu jalan berkenaan.
“Lima penumpang yang cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak manakala empat lagi termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Kes terbabit disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. -UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 Jun 2018

DUA MAUT BAS TERBABAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN

BAS ekspres yang dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 163.8 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Tangkak, Johor tengah malam tadi. - UTUSAN ONLINE

TANGKAK 25 Jun - Dua penumpang maut, manakala tujuh termasuk pemandu bas cedera selepas kenderaan tersebut dipercayai terbabas di Kilometer 163.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini awal pagi tadi.
Dalam kemalangan pukul 3.20 pagi itu, mangsa yang maut ialah Tee Suang Lee, 55, dan P. Suthan, 33.
Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, bas yang membawa 37 penumpang itu berlepas dari Terminal Bas Larkin menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 12 tengah malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, bas dipandu lelaki berusia 46 tahun itu terbabas dan merempuh pembahagi jalan di lorong kiri.
“Ekoran itu, empat termasuk pemandu bas berkenaan parah, manakala tiga lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/2-maut-bas-terbabas-langgar-pembahagi-jalan-1.696269#ixzz5L8Xgey6D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 Jun 2018

5,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN GAMBIR

MUHYIDDIN YASSIN menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi rumah terbuka Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Serbaguna Gambir, Tangkak, Johor sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE


TANGKAK 18 Jun - Lebih 5,000 hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Dewan Serbaguna Pekan Bukit Gambir di sini sebentar tadi.
Rumah terbuka ADUN Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri itu bermula pukul 9 pagi dan selesai kira-kira pukul 1 petang.
Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak pelbagai kaum selain beramah mesra dengan tetamu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/5-000-meriahkan-rumah-terbuka-dun-gambir-1.692420#ixzz5L8UQ5xvZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

07 Jun 2018

SUASANA BENDANG MENDAMAIKAN


TANGKAK 7 Jun - Jika ingin menikmati suasana alam semula jadi yang mendamaikan jiwa, Kampung Sawah Ring di Mukim Grisek, Bukit Gambir, dekat sini adalah destinasi untuk bersantai yang sesuai seisi keluarga dan rakan-ra­kan, khususnya pada hujung minggu atau cuti umum.

Justeru, tidak hairan kampung tersebut kini kian popular dalam kalangan pengunjung berkeluarga yang ingin menghabiskan masa untuk menikmati keindahan alam dan merasai pengalaman hidup masyarakat yang masih berpegang teguh dengan budaya lama 'orang kampung'.
Atas faktor itulah yang me­nguatkan semangat Bendahari Koperasi Bela Rakyat Gambir Ledang Berhad, Hussein Mujip, 54, mengajak pesawah di kampung tersebut mewujudkan home­stay atau inap desa untuk menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung terutamanya yang datang dari luar.
“Kami bermula dengan menjadikan 10 buah rumah penduduk sebagai homestay, tetapi yang aktif separuh sahaja. Pada peringkat awal, kami mengikut konsep membenarkan pelancong tinggal bersama-sama, tetapi setelah memikirkan keselesaan kedua-dua belah pihak, kami menyerahkan sesebuah rumah untuk dihuni pengunjung berkeluarga,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Pada peringkat awal, keba­nyakan pengunjung menggunakan kemudahan penginapan yang kini dikenali sebagai Desastay itu untuk mengadakan kenduri kahwin atau tempat bersanggah bagi keluarga pengantin dari luar daerah.
Namun, bilangan pengunjung luar yang ingin menempah tempat penginapan di kampungnya meningkat dan pelanggan tidak terbatas kepada keluarga pengantin, malah lebih berminat untuk tinggal di situ antara satu hingga tiga hari.
Sebagai contoh, kata Hussein, semasa cuti menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini, semua Desastay telah ditempah oleh keluarga dari bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan bandar lain yang ingin berhari raya bersama keluarga di kampung.
“Kita terpaksa menggunakan kaedah siapa cepat dia dapat dalam menerima tempahan pe­langgan,” katanya sambil menyatakan bayaran yang dikenakan lebih tinggi berbanding hanya RM200 semalam pada cuti hari biasa.
Dalam pada itu, pihaknya turut menyediakan pakej seperti memancing ikan darat di tali air sawah padi, berbasikal mengeli­lingi sawah seluas 270 hektar di samping persembahan seni silat sendeng, permainan kompang dan tarian tradisional.
Selain itu, mereka turut dijemput menyaksikan aktiviti seperti partandingan wau dan sukan rakyat yang sering dianjurkan penduduk kampung untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
“Kami mempunyai kumpulan silat daripada Persatuan Seni Silat Sen­deng, penari zapin dan permainan kompang tradisional remaja terdiri daripada anak-anak penduduk kampung,” katanya.
Bagi menjadikan percutian itu lebih menarik, para pengunjung juga diberi peluang melawat projek tanaman buah-buahan tropika seperti jambu batu, limau manis dan menyaksikan penghasilan produk makanan ringan seperti mi siput dan popia tujuh perasa yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.
Mengenai rancangan masa depan, Hussein memberitahu, pihaknya bercadang membina Dataran Sawah di tengah-tengah kawasan sawah padi di situ untuk dijadikan medan bergambar ter­utama bagi pasangan pengantin yang ingin merakamkan saat indah mereka di kawasan tersebut.
“Kita juga merancang menjadikan Sungai Sawah Ring sebagai pusat aktiviti sukan air seperti berkayak sama ada untuk pengunjung mahupun bagi kemudahan golongan muda tempatan beriadah pada masa lapang,” katanya.
Bagi pengunjung yang ingin mengunjungi Kampung Sawah Ring menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, mereka boleh keluar di susur keluar Plaza Tol Bukit Gambir yang jaraknya kira-kira tiga kilometer dari kampung tersebut atau menghubunginya menerusi talian 011-11001772 dan 017-9500255 untuk keterangan lanjut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/suasana-bendang-mendamaikan-1.687561#ixzz5KtjDAo2d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

28 Mei 2018

SONGKOK TINGGI JADI TARIKAN



SYAMSUL BAHRI SATI sedang menjahit songkok tinggi di Kompleks  FAMA Bukit  Gambir, Tangkak, Johor, k
SYAMSUL BAHRI SATI sedang menjahit songkok tinggi di Kompleks FAMA Bukit Gambir, Tangkak, Johor, kelmarin. 

TANGKAK 27 Mei - Setiap Ramadan adalah saat yang paling sibuk bagi seorang pembuat songkok tinggi terkenal, Syamsul Bahri Sati dari Bukit Gambir di sini kerana terpaksa menyiapkan lebih ba­nyak tempahan pelanggan untuk persiapan menyambut 1 Syawal.

Begitu juga keadaanya pada tahun ini, Syamsul Bahri, 59, tidak mempunyai banyak masa rehat kerana jumlah tempahan yang datang bukan sahaja dari sekitar daerah ini dan Muar tetapi dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan bandar lain.

“Untuk songkok tinggi yang biasa digunakan oleh pasukan tarian zapin Johor sahaja sudah melebihi 100 pasang setakat ini sudah disiapkan.

“Ini tidak termasuk songkok biasa yang sudah ditempah awal oleh peniaga-peniaga dari merata tempat,” katanya ketika ditemui di kompleks Pasar Tani, pekan Bukit Gambir di sini semalam.

Beliau mengakui tempahan songkok tinggi banyak dari luar daerah khususnya Kuala Lumpur dan Selangor selepas cerita me­ngenai kepakarannya membuat songkok tinggi disiarkan di TV3 baru-baru ini.

Menurut Syamsul Bahri, keba­nyakan pelanggannya terkejut dengan harga setiap pasang songkok tinggi yang dijualnya sehingga 50 peratus lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai songkok tersohor lain di tempat lain.

“Setiap pasang songkok tinggi yang saya buat dengan baldu berkualtii terbaik saya cuma kenakan harga RM80 sahaja, berban­ding di tempat lain dijual pada harga RM150 manakala songkok rendah biasa saya jual antara RM20 hingga RM30 sahaja,” katanya.

Ditanya tentang kemahiran membuat songkok, Syamsul Bahri menceritakan, kemahiran itu diwarisi daripada arwah ayahnya yang pernah membuka kedai songkok sejak beliau masih kecil di pekan Bukit Gambir iaitu kira-kira 30 tahun lalu.

Sekarang ini beliau dibantu isteri dan seorang anak lelakinya, Nafiz Faizal untuk menjahit tempahan songkok tradisional itu.

Syamsul Bahri yang bersyukur dengan sambutan umat Islam terhadap songkok buatannya memberitahu, untuk songkok tinggi, beliau boleh menyiapkan 20 pasang sehari, tidak termasuk songkok biasa yang telah mula dibuat sebelum ketibaan Ramadan lagi.

“Saya agak hairan dengan sikap setengah orang muda sekarang yang tidak mahu mewarisi kemahiran ayah mereka dalam membuat barangan seperti saya, walhal jika mereka tekun dan sabar, mereka boleh memperolehi pendapatan lebih lumayan daripada bekerja makan gaji di bandar-bandar besar,” ujarnya.

 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/songkok-tinggi-jadi-tarikan-1.680689#ixzz5GlZ6942Y © Utusan Melayu (M) Bhd

27 Mei 2018

POPIA TUJUH PERASA JADI TUMPUAN

POPIA tujuh perasa dijual di bazar Ramadan Kompleks FAMA Kekal Bukit Gambir, Tangkak, kelmarin.


TANGKAK 27 Mei - Popia tujuh perasa hasil buatan seorang suri rumah, Norain Sepie, 37, adalah antara yang paling mendapat perhatian pengunjung Bazar Ramadan di pekarangan Komplek Pasar Tani Kekal Bukit Gambir di sini.
Selain rasanya yang lazat, popia Norain digoreng panas-panas di lokasi itu juga untuk meyakinkan pelanggan terutama mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran makanan untuk mengelak daripada keracunan makanan semasa membuat pilihan juadah berbuka puasa.
“Ini adalah tahun ke-11, saya berniaga di sini dan saya bersyu­kur sambutan masyarakat begitu memberangsangkan,” ujar ibu kepada tiga anak yang menetap di Kampung Sawah Ring berhampiran pekan tersebut ketika ditemui di bazar Ramadan itu semalam.
Setiap hari beliau menjual antara 1,500 hingga 1,750 ke­ping popia daging, ayam, sa­yur-sayuran, chese dan lain-lain perasa pada harga RM2 untuk setiap empat keping.
Menurut Norain, jumlah jualan akan meningkat hingga melebihi 2,000 keping pada hari cuti hujung minggu ekoran kehadiran pengunjung dari luar seperti Segamat, Kuala Lumpur, Melaka selain pelanggan-pe­langgan dari Bukit Serampang, Pagoh dan Muar.
Beliau dibantu dua anak perem­puan yang kebetulan bercuti sepanjang Ramadan ini menyediakan popia secara menual pada sebelah pagi setiap hari sebelum membawa untuk digo­reng di bazar tersebut selepas tengah hari sejak Ramadan bermula.
“Biasanya semua popia kami habis dijual seawal pukul 6.30 petang dan kami sempat balik rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga,” tambah beliau yang mendapat galakan suaminya, Mohamad Azmi, seorang pesawah padi sepenuh masa di Kampung Sawah Ring.
Selain menjual popia di bazar tersebut, beliau menjalankan perniagaan di kantin sekolah agama di kampungnya pada hari persekolahan biasa sebelum kedatangan Ramadan untuk membantu menambah pendapatan keluarga.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/popia-tujuh-perasa-jadi-tumpuan-1.680683#ixzz5LH9wuqLX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 Mei 2018

7 JOHOR UMNO BRANCH LEADERS QUIT, PLEDGE TO SUPPORT PH [NSTTV]


By HAI ROZZAMAN JALAL
 - 

TANGKAK: Seven Umno branch chiefs including former Serom assemblyman, Dr Abdul Razak Minhat have quit the party today, pledging their support for the Pakatan Harapan government.
The group's spokesman, Abd Hamid A Majid said they made the decision after acknowledging that the call for change coming from the people had turned out to be true.
He said the group was also willing to give their full support to the new state government and help achieve PH's agenda of realising a new and more vibrant Malaysia.
"We realise that staying loyal to the opposition (Barisan Nasional) will only cause disunity among society here,
"This will also lead to some quarters of the society being left out." he said.
Apart from Abd Hamid, who is Kampung Sungai Jaya Umno branch head and Abdul Razak, the other five who quit Umno are Captain (B) Mohd Yasir Mohed (Kampung Datuk Ngah); Saruni Bari (Kampung Seri Menanti); Abas Jais (Taman Sri Jaya); Miskam Mahmod (Kampung Sungai Rambai) and Mastor Abd Rahman (Kampung Parit Ghani).
Serom is part of the Ledang parliamentary constituency.

Abd Hamid A Majid (seated, 3rd from left), Mohd Yasir Mohed (left), Dr Abdul Razak Minhat (seated, 2nd from right) were among the seven Umno members who decided to quit the party and pledge their support for Pakatan Harapan government. Pic by ADI SAFRI
In 14th General Election, PKR's Faizul Amri Adnan won the state seat with 11,774 votes against BN's Abdull Rahim Taib (9,450) and Pas' Mustaffa Salleh (2,708).

BEKAS ADUN SEROM, 6 KETUA CAWANGAN KELUAR UMNO


DR. ABDUL RAZAK MINHAT (duduk, dua kanan) dan Abd. Hamid A. Majid (duduk, tengah) dan ketua-ketua cawangan serta ahli ketika mengumumkan keluar parti di Bukit Gambir, Tangkak hari ini. - UTUSAN ONLINE


TANGKAK 26 Mei - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Dr. Abdul Razak Minhat dan enam ketua cawangan dalam UMNO Bahagian Ledang mengumumkan keluar parti hari ini.
Pengumuman tersebut dilakukan mereka selepas menyedari kehendak dan tekad masyarakat yang tidak mahu tertinggal dalam arus pemodenan berikutan perubahan tampuk kepemimpinan negara.
Selain Abdul Razak yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Simpang 4, turut membuat keputusan tersebut adalah Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Jaya, Abd. Hamid A. Majid.
Turut meletakkan jawatan dan keluar parti ialah Ketua UMNO Cawangan Kampung Datuk Ngah; Kampung Seri Menanti; Taman Sri Jaya; Kampung Sungai Rambai dan Kampung Parit Ghani.
Abd. Hamid berkata, masyarakat di kawasan itu masih memerlukan bantuan dan sokongan serta peruntukan daripada kerajaan bagi menambah baik dan memenuhi keperluan semasa.
“Kami sebagai pendokong demokrasi akur dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan hati terbuka dan pada masa sama berlapang dada serta bersedia menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.
Ketujuh-tujuh cawangan tersebut yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir mempunyai 833 ahli UMNO. -UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bekas-adun-serom-6-ketua-cawangan-keluar-umno-1.679973#ixzz5LHB4QCjv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 Mei 2018

BILANGAN PEROKOK MAKIN MENINGKAT

Shaharom Nor Azian Che Mat Din (dua dari kanan) merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri di KKTM Ledang, di Tangkak, Johor, semalam.


TANGKAK 14 Mei – Jumlah pe­rokok lelaki yang berusia antara 18 dan 19 tahun di negara ini meningkat kira-kira 15.5 peratus pada 2015 berbanding hanya 24.6 peratus pada 2011.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, statistik hasil tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2015 mendapati, prevalen perokok berkenaan mencatat sebanyak 40.1 peratus pada tahun itu.
Menurutnya, jumlah perokok wanita juga meningkat daripada 1.1 peratus pada 2011 kepada 1.4 peratus dalam tempoh sama, selain bilangan pelajar sekolah yang dikenal pasti mula merokok turut meningkat.
“Malah, bilangan perokok lelaki dewasa walaupun menurun kepada 45.1 peratus pada 2015 tetapi ia hanya sekitar 1.5 peratus berbanding 46.6 peratus perokok pada 2011.
“Jika kita tidak bertindak sekarang, epidemik ini akan membunuh lebih lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030 termasuk penduduk di negara ini dan lebih menyedihkan 80 peratus kematian ini melibatkan masyarakat awam di negara berpendapatan rendah dan sederhana,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri dan Program Nafas Baharu Ramadan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang, di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Kesihatan (Awam) negeri, Dr. Shaharom Nor Azian Che Mat Din.
Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia disambut pada 31 Mei setiap tahun yang memberi penekanan kepada masalah kesihatan dan risiko-risiko lain berkaitan penggunaan tembakau sehingga menyumbang kepada 12 peratus kematian akibat penyakit jantung.
Ujar Dr. Selahuddeen, kese­daran terhadap epidemik yang digelar wabak tembakau itu perlu dipertingkatkan kerana gejala itu ibarat wabak berjangkit yang menular tanpa mengira lapisan umur.
“Perkara yang lebih membimbangkan, 10 peratus daripada kematian enam juta orang pada setiap tahun akibat tembakau ini melibatkan pengguna asap rokok terpakai iaitu mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap yang dihembus orang lain,” tegasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/bilangan-perokok-makin-meningkat-1.672850#ixzz5LHCGtC2i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

01 April 2018

150 ANIMAL SPECIES RESCUED BY PERHILITAN IN 2016

By Badrul Kamal Zakaria, HAI ROZZAMAN JALAL - 

TANGKAK: The Wildlife and National Parks Department (Perhilitan), between 2016 and last year, tackled 2,994 criminal cases involving wildlife, rescuing 150 different species in the process.
The department also managed to destroy more than 2,000 snares which posed a threat to wildlife, via 630 operations carried out from 2013 to 2017.
Natural Resources and Environment Minister, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, said the ministry, through Perhilitan, remains committed to preserving wildlife in Peninsular Malaysia and is proactive in ensuring that the country’s biodiversity resources are protected.
This, he said, is accordance with the goals of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who had stressed on the importance of preserving the environment in the National Transformation 2050 (TN50) policies, to ensure that the country’s wildlife do not go extinct by 2050.
“In line with the theme of World Wildlife Day, which is ‘Big Cats: Predator Under Threat’, we are focusing on the threat posed to the big cats species. These species are known around the world for their diversity, from lions, tigers, panthers, pumas, jaguars, leopards and cheetahs.
“However, these beautiful predators have since come under threat due to human activity. As a whole, the big cat population has declined at an alarming rate due to loss of habitat, human-wildlife conflict, illegal poaching and the animal trade.
“Among the key species under threat in Malaysia are the Malayan tiger, which is a national icon. The Malayan tiger population is now estimated to be between 250 to 340 in Peninsular Malaysia, with its main habitats located in Taman Negara and wildlife forest reserves,” he said.
(File pix) Hunting activities is viewed as a major cause of wildlife extinction, as well as the use of snares
Wan Junaidi was speaking at the launch of the World Wildlife Day 2018 celebration, and the launch of the Sungai Kesdang river rehabilitation project in Dataran Ledang.
Also present were Deputy Natural Resources and Environment Minister, Datuk Hamim Samuri; the ministry’s deputy secretary-general (Environment Management), Datuk Dr Azimuddin Bahari; and Perhilitan director-general, Datuk Abdul Kadir Hashim.
Wan Junaidi said hunting activities is viewed as a major cause of wildlife extinction, as well as the use of snares. This, he said, can lead to the drastic reduction in wildlife population as it can lead to the animal being seriously injured, or even death.
The use of snares, he said, is also cruel and inhumane as it could also harm humans.
“According to statistics from 2015 to 2017, 25 animals of various species died due to snares. Among them are Malayan tigers, leopards, elephants, tapir, mountain goats, as well as deer. This also cuts off the food chain between predator and prey.
“We have declared 2018 as the year of battling the use of snares. This campaign is being undertaken via the Blue Ocean Strategy through joint operations with enforcement agencies such as the police, army and non-governmental organisations.”

10 Januari 2017

ORANG ASLI LEDANG FAIL SAMAN, DAKWA TANAH DICEROBOH

Selasa, 10 Januari 2017 @ 1:56 PM

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Lebih 600 orang asli Ledang memfailkan saman terhadap Zila Maju Enterprise dan tiga yang lain termasuk Kerajaan Negeri Johor atas dakwaan mengganggu dengan membina pagar di atas tanah mereka untuk projek pemuliharaan Taman Negara Johor, sejak November tahun lalu. 

Tok Batin Jengkeng Jani dan Tok Batin Mengek Achai, masing-masing dari Kampung Tanah Gembur dan Kampung Sungai Air Tawas, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates. 

Mereka menamakan Zila Maju Enterprise, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat. 

Dalam penyataan tuntutan mereka memohon pengisytiharan bahawa mereka mempunyai hak milik Adat Asli dan tuan punya ke atas tanah yang mereka diami itu. 

Plaintif juga memohon satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak daripada memasuki atau melakukan sebarang kerja di atas tanah itu. 

Terdahulu pada sidang media, Mengek berkata projek membina pagar dan mengorek longkang di atas tanah orang asli oleh Perbadanan Taman Negara Johor merosakkan tanaman mereka, selain mengancam kubur nenek moyang mereka. 

Beliau turut mendakwa pihak perkampungan Orang Asli tidak pernah dimaklumkan mengenai notis memulakan kerja yang dikeluarkan Zila Maju Enterprise pada 30 November 2016. 

Sebaliknya mereka hanya menyedari apabila pihak kontraktor menghantar jentera berat ke kampung mereka pada 14 November lalu. 

"Penduduk kampung Orang Asli sudah empat kali berjaya menghentikan kerja kontraktor. Kami mahukan kesemua kerja ini dihentikan segera dengan meruntuhkan semula pagar yang dibina dan mengambus semula tanah yang dikorek," katanya. 

Beliau berkata, tiga kampung terjejas dalam pelaksanaan projek berkenaan ialah Kampung Sungai Air Tawas, Kampung Tanah Gembur dan Kampung Sungai Mering yang keseluruhan membabitkan 784 penduduk.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232663

03 Januari 2017

TIMBALAN MENTERI NRE LANCAR BUKU FLORA GUNUNG LEDANG

1 buku2.jpg
Hamim (kedua dari kanan), Abd Latif (paling kiri) dan dif-dif kehormat lain di majlis pelancaran buku.
2 photo.jpg
Hamim merasmikan program penanaman pokok tersebut

3 IMG-20161231-WA0015.jpg
Sebahagian daripada wakil-wakil FRIM yang menghadiri program tersebut.

3 Januari 2017 (Selasa) – Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Ir Hamim Samuri telah melancarkan buku terbitan FRIM bertajuk, ‘Gunung Ledang Malaysia—Flora Puncak Tertinggi Paling Selatan Asia’ pada 31 Disember lalu sempena Majlis Perasmian Program Penanaman Pokok Mega Parlimen Ledang 2016 di Bandar Baru Tangkak Park, Tangkak, Negeri Johor.

Buku yang disunting oleh Hamim, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan beberapa penyelidik FRIM yang lain ini mendokumentasi keunikan serta keindahan flora di Gunung Ledang. Di majlis yang sama, Hamim juga melancarkan logo ‘Love Ledang Tangkak’.

Abd Latif mengetuai delegasi FRIM dalam menyertai program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan untuk memelihara dan memulihara khazanah hutan serta memupuk kesedaran menghargai hutan.

Lebih 3,000 peserta termasuk ahli-ahli komuniti tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Gambir dan Serom telah menyertai program tersebut. Mereka berjaya menanam sebanyak 3,144 anak pokok karas berjaya sekali gus mencipta rekod baharu dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai “Largest Karas Tree Planting Event”.

Pengiktirafan tersebut dibuat oleh Pegawai Khas MBOR, Nurasyikin Ramli yang menyampaikan sijil kepada Timbalan Menteri NRE, Datuk Ir Hamim Samuri yang juga merupakan Ahli Parlimen Ledang.

Turut hadir, Dato’ Suhaimi Mamat, Setiausaha Bahagian Kanan NRE; Datuk Borhanudin Arshad, Timbalan KP Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; Datuk M Asojan Muniyandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir; Abd Razak Minhat, ADUN Serom; Ezahar Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak; Henry Goh, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia serta wakil dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain di bawah NRE.

Deligasi FRIM termasuk Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan KP (Operasi) dan isteri, Datin Salamah Selamat; Dr Samsudin Musa, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar; Datin Halidah Kasmin, isteri KP FRIM dan anak mereka, Muhammad Ismail.

 #ledangtangkakluarbiasa #loveledangtangkak