Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan
Budaya Johor, K Raven Kumar (kanan) melawat reruai Galeri Sejarah Tangkak
sempena Festival Amazing Tangkak 2022 di Dataran Ledang, Tangkak, Johor,
baru-baru ini.
TANGKAK: Penganjuran Festival Amazing Tangkak 2022 yang penuh dengan pelbagai
pengisian bermanfaat dapat menarik kehadiran orang ramai ke daerah itu sekali
gus memperkenalkan Tangkak sebagai daerah pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya
Johor, K Raven Kumar berkata festival anjuran Majlis Daerah Tangkak (MDT) itu
berjaya menarik orang ramai berkunjung ke Dataran Ledang bagi menyaksikan
pelbagai program yang dianjurkan.
Katanya, sebelum ini masyarakat tidak dapat menyertai aktiviti seumpama
itu akibat kekangan pandemik Covid-19 tetapi kini mereka gembira kerana dapat
membawa keluarga bersantai sambil menyaksikan atau menyertai aktivit yang
dianjurkan.
“Festival Amazing Tangkak 2022 ini satu program yang baik untuk masyarakat
Tangkak dan sekitarnya malah ia juga dapat membantu meningkatkan ekonomi
peniaga tempatan yang menyertai festival ini,” katanya ketika berucap
merasmikan penutupan Festival Amazing Tangkak 2022 di Dataran Ledang, Tangkak,
baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya
Johor, K Raven Kumar (tengah) sambil disaksikan Yang Dipertua Majlis
Daerah Tangkak, Ezlan Farid Mohd Said (kiri) menerima cenderahati berupa
buku-buku terbitan Persatuan Pengkarya Dan Pencinta Seni Tinta Karya
Tangkak ketika melawat reruai Tinta Karya sempena Festival Amazing
Tangkak 2022 di Dataran Ledang, Tangkak, Johor
Hadir sama Yang Dipertua MDT, Ezlan Farid Mohd Said; Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin Nisa Ismail;
Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, Sahrihan Jani dan Penyelaras Khas DUN
Tangkak, Datuk Ir Hamim Samuri.
Raven berkata MDT telah mengenalpasti beberapa tempat menarik untuk
diketengahkan menjadi produk pelancongan daerah Tangkak.-INFOLEDANG