PENGUNJUNG SETIA

08 Disember 2008

10 TERBUNUH BAS EKSPRESS TERBALIK


MENYAYAT HATI...Antara mayat mangsayang terbunuh selepas bas ekspres Super Nice Grassland terbabas dan terbalikdi Kilometer 146.5 Lebuhraya Utara - Selatan dekat Tangkak, Johor, semalam.

MUAR 7 Dis. – Seramai 10 orang maut apabila sebuah bas ekspres terbabas lalu merempuh penghadang jalan dan sebatang pokok sebelum terbalik di Kilometer 146.5 Lebuhraya Utara-Selatan antara Tangkak dan Pagoh dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, 18 orang termasuk pemandu bas dan pembantunya cedera. Mereka kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, semasa kejadian bas Super Nice Grassland yang berpangkalan di Petaling Jaya dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak menuju Singapura.

Beliau berkata, setakat pukul lima petang ini sebanyak lima mayat dalam nahas tersebut telah dikenal pasti identitinya.

Mereka ialah dua wanita, Foo Pei Sin, 21 dan Khor Mooi Hui, 49; dua lelaki iaitu Fuh Mooi Lang, 57, dan Ho Chung Shing, 26, yang dipercayai berasal dari Hong Kong dan seorang kanak-kanak perempuan, Chan Jia Yit, 9.

Tiga lagi mangsa perempuan ialah Ng Siew Woon, 12, Ng Ah Hwa, 40 dan Ho Lee Lee, 42 tahun.

“Kami masih lagi menyiasat identiti baki dua lagi mangsa nahas,” kata Mohammad Nasir pada sidang akhbar di sini petang ini.

Laporan awal menyebut ketika tiba di tempat kejadian bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan penumpang yang kebanyakannya sedang tidur cedera parah.

Menurut saksi, pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemandu kenderaan itu yang tersepit di tempat duduk kenderaan berkenaan yang remuk teruk.

Mohammad Nasirmenjelaskan, polis masih menyiasat punca kemalangan tersebut yang merupakan kemalangan terburuk di Muar tahun ini.

“Polis difahamkan bas tersebut telah hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik.

“Kita akan menahan pemandu bas dan pembantunya yang berusia 38 dan 26 tahun bagi siasatan lanjut berhubung kemalangan ini,” katanya sambil memberitahu kemalangan itu bukan disebabkan jalan licin kerana hujan.

Katanya, mereka yang tercedera terdiri daripada tujuh lelaki, empat wanita, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 11 hingga 40 tahunkini mendapat rawatan di HPSFM.

Bagaimanapun, katanya, empat penumpang lain telah dibenarkan keluar selepasmendapat rawatan sebagai pesakit luar.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 8 DISEMBER 2008

Tiada ulasan: