LEDANG: Tiga kumpulan curi motosikal dianggotai remaja sekolah serta keciciran sekolah ditumpaskan dalam tempoh tiga hari di sekitar Sagil, Bukit Gambir dan Tangkak di sini, bermula 22 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata serbuan pertama membabitkan kumpulan dianggotai lima lelaki termasuk tiga pelajar tingkatan lima dan seorang tingkatan empat dibuat di sekitar Sagil dan Bukit Gambir pada jam 11.30 malam.
"Suspek kelima mekanik berusia 28 tahun dan dalang kumpulan itu, tugasnya meleraikan komponen motosikal dicuri sebelum rangka kenderaan berkenaan dibuang di Sungai Sagil.
"Setakat ini, mereka dipercayai terbabit dalam satu kes curi motosikal berikutan penemuan sebuah rangka motosikal dilaporkan dicuri awal bulan lalu," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.
Keesokan harinya, menurut Harun, dua remaja keciciran sekolah berusia 18 dan 19 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit turut ditahan pada jam 8 malam di Bukit Gambir.
Menurut beliau, hasil siasatan, pihaknya menemui semula sebuah motosikal dilaporkan hilang di Pekan Bukit Gambir pada 16 Mac lalu dan kumpulan itu dipercayai terbabit sekurang-kurangnya satu kes curi kenderaan berkenaan.
"Dalam operasi berasingan di Bandar Baru Tangkak pada jam 9.30 malam, 24 Mac lalu pula, kami menahan seorang lagi remaja keciciran sekolah berusia 16 tahun dan merampas motosikal dilaporkan hilang empat hari sebelumnya.
"Siasatan masih dijalankan sama ada dia mempunyai kaitan dengan kumpulan curi motosikal di daerah ini," katanya.
Menurut beliau, tiga kumpulan ditumpaskan dalam tiga hari membuktikan pihaknya sentiasa komited untuk membanteras kegiatan curi motosikal di daerah berkenaan.
Beliau berkata, setakat ini, 34 motosikal dilaporkan hilang di daerah berkenaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 50 bagi tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu, dalam kes berlainan, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 35 tahun yang terbabit mencuri kabel, komponen besi dan tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sekitar daerah berkenaan sejak berbulan lalu.
"Ketiga-tiga suspek ditahan di sebuah restoran di Jalan Muar-Tangkak pada jam 8.45 malam, 27 Mac lalu.
"Mereka dipercayai terbabit dengan sekurang-kurangnya sembilan kes curi barangan berkenaan dengan kerugian dianggarkan RM150,000," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO, 02 APRIL 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan