PENGUNJUNG SETIA

25 Julai 2008

TUNKU MAHKOTA JOHOR POPULARKAN SUKAN RAKYAT

Tunku Mahkota Johor Popularkan Sukan Rakyat
Ditulis oleh Aivizanoorwani
Friday, 25 July 2008
Image
Tunku Mahkota Johor sedang membuat sumpitan.
LEDANG: Kemeriahan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2008 terus dirasai apabila penduduk kampung Sagil Parit 3 di sini pula berpeluang menyertai sukan rakyat bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar sempena ekspedisi hari kedua hari ini.

Acara di Dataran K-Bistari itu menyaksikan pertembungan antara pasukan Tunku Ibrahim Ismail, Menteri Besar Johor, Pegawai Daerah Ledang, Asmail Abdul Kadir dan penduduk kampung.


Hujan renyai sejak awal, tidak menghalang keempat-empat pasukan bertanding dalam acara permainan rakyat iaitu getah buntui, baling tin, menyumpit dan tolak tali yang kemenangan keseluruhan berpihak kepada pasukan Tunku Mahkota Johor.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof.

Selepas pertandingan itu, Tunku Ibrahim Ismail turut menyampaikan bantuan empat puluh basikal kepada kanak-kanak miskin serta tiga kerusi roda kepada orang kurang upaya.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor dan rombongan berangkat untuk menyempurnakan majlis gotong-royong di tapak pembinaan rumah Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di kampung yang sama.

Selepas itu, rombongan Kembara Mahkota Johor,meneruskan perjalanan ke daerah Segamat.

SUMBER: MEDKOM (www.medkom.my)

Tiada ulasan: