Seramai 90 kanak-kanak Tadika Durratul Hikmah, Little Caliphs Bukit
Gambir berusia 4 - 6 tahun mengadakan lawatan sambil belajar ke Projek Tanaman
Nanas MD2 Integrasi, Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan dekat Tangkak,
Johor.
Tangkak: Bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan proses penanaman hingga penuaian buah nanas, seramai 90 kanak-kanak Tadika Durratul Hikmah, Little Caliphs Bukit Gambir dibawa melawat ke ladang penanaman nanas, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun itu mengadakan lawatan sambil belajar ke Projek Penanaman Nanas MD2 Integrasi Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan, dekat sini.
Guru pengiring, Nurshaliza Abdul Kadir berkata objektif lawatan itu untuk memperkenalkan makanan daripada buah-buahan melalui Pembelajaran Berasaskan Kontekstual untuk memberikan pengalaman kepada kanak-kanak melihat, menyentuh, menghidu, menanam dan menuai buah segar dari ladang.
Pengurus Mohd Janis Sdn Bhd, Mohd Janis Abu Bakar pula berkata pendedahan awal kepada kanak-kanak ini dapat memberikan pengalaman berharga kepada mereka mengenai proses penanaman nanas dan merasai kelazatan buah nanas yang baru dipetik.
Katanya, syarikatnya mengusahakan lebih 20
hektar tanaman nanas MD2 secara integrasi dengan tanaman sawit secara
berperingkat-peringkat di bawah khidmat nasihat Lembaga Perindustrian Nanas
Malaysia Negeri Johor. -INFOLEDANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan