PENGUNJUNG SETIA

13 Oktober 2023

PROGRAM RAMAH MESRA PDRM JOHOR BERSAMA BROTHERS MOTOR 3.0 PERINGKAT IPD TANGKAK

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (depan, lapan dari kanan) bergambar ramai bersama pegawai IPD Tangkak dan peserta Program Ramah Mesra PDRM Johor Bersama Brothers Motor 3.0 - Safety Ride Peringkat Daerah Tangkak di Litar Lumba Tangkak dekat Grisek.

TANGKAK: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Johor menganjurkan Program Ramah Mesra PDRM Johor Bersama Brothers Motor 3.0 - Safety Ride selama tiga hari dengan menjelajah 13 ibu pejabat polis daerah merangkumi perjalanan sejauh 772 kilometer.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang mengetuai program itu turut singgah di daerah Tangkak pada hari kedua yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak dekat Grisek untuk menyantuni masyarakat khasnya Brothers Motor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang motor tercantik.

Hadir sama dalam program itu Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tangkak, Ee Chin Lee.

Objektif utama penganjuran program kali ketiga itu untuk menyantuni masyarakat dan orang awam khasnya penunggang motorsikal yang kebanyakannya golongan muda bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

Di Litar Lumba Tangkak pelbagai aktiviti diadakan termasuk konvoi motorsikal, pertunjukan perlumbaan cub prix, cabutan bertuah, motorsikal tercantik dan pameran daripada beberapa agensi termasuk pembayaran saman dengan diskaun 50 peratus. -INFOLEDANG

Tiada ulasan: