PENGUNJUNG SETIA

27 Mei 2010

6月9日起慶升格2週年‧禮讓縣會罰款折扣70%

  • 禮讓縣長安南(右2),吁請拖欠禮讓縣議會傳票罰款的市民,於6月9日至8月7日的優惠期間繳清罰款。左起為馬華黨鞭譚廣達、國陣黨鞭阿布奧斯曼,右為縣會秘書哈斯林。(圖:星洲日報)

(柔佛‧麻坡、東甲)禮讓縣會於6月9日至7月8日歡慶升格為縣2週年,為拖欠縣會傳票的市民捎來佳音,在這一個月內繳付罰款者,皆可獲70%的折扣優惠。

禮讓縣長兼縣議會主席安南透露,凡是於今年4月或之前因觸犯清潔與衛生、建築,或泊車等條例而接獲禮讓縣議會發出傳票的市民,若在限定優惠期間繳付罰款,便可享有折扣。

他說,過去此縣的傳票罰款繳付率僅有三成至五成,所拖欠的罰款額高達110萬令吉,其中泊車罰款就佔了86萬2760令吉,而其他的各項罰款則是24萬1500令吉。

“為了鼓勵及方便市民清還所拖欠的罰款,縣會將會在傳票優惠期間,分別在東甲的禮讓縣署、武吉甘蜜和丹絨亞葛斯的縣議會分局開設傳票罰款收費柜台。”

將通過法律途徑追討罰款

他強調,過了這個折扣優惠期,所有傳票的罰款將回復正常,而且縣會將通過法律途徑向拖欠者追討罰款。

安南週三(5月26日)在主持禮讓縣會常月會議後,在新聞發佈會上表示,該會籌辦了一系列的慶 祝活動如下:6月12日,禮讓廣場舉辦禮讓升格為縣2週年紀念推介禮,節目包括烹飪比賽、由甘蜜區州議員阿蘇占策劃的古董車和電單車展覽,以及晚上的文藝 大匯演等;6月24日至27日,在利豐港泊那利島舉辦農業銷售嘉年華,由禮讓國會議員哈敏協助推動。

此外,吳池池州議員也將協助推動“布城嘉年華”,而青年之友則會舉辦攀登金山活動。

SUMBER: SIN CHEW, 27 MEI 2010

26 Mei 2010

274 PELATIH PLKN 6 KEM DIKUARANTIN

TANGKAK: Seramai 274 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di enam kem seluruh negara, dikuarantinkan di kem masing-masing selepas disahkan mengidap Penyakit serupa Influenza (ILI).

Semua pelatih membabitkan 87 dari Kem Sri Ledang, dekat sini; Kem Cancun, Pasir Mas (36); Kem Etnobotani, Gua Musang (30); Kem Jugra, Banting (99), Kem Bumimas, Sibu (12) dan Kem PTH, Kluang (10).

Enam lagi termasuk seorang yang disahkan positif Influeza A (H1N1) dikuarantinkan di Hospital Tangkak dan keadaan mereka dilaporkan tidak membimbangkan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata ibu bapa dan penjaga pelatih tidak perlu bimbang kerana keadaan penularan H1N1 di semua kem PLKN seluruh negara terkawal.

Katanya, pihaknya juga mematuhi prosedur yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan dan tempoh kuarantin itu dijalankan di semua kem yang dikenal pasti berlaku kes H1N1 dan ILI bagi mengelak penularan penyakit, berbanding sebelum ini biasanya kem itu akan ditutup serta pelatih dibenarkan pulang.

“Pada tahun lalu, 42 kem ditutup selepas penularan ILI tetapi mulai tahun ini, kita tidak menutup kem sebaliknya menggunakan prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan menjalankan langkah kuarantin,” katanya selepas melawat pelatih Kem Sri Ledang yang menghidap H1N1 dan ILI di Hospital Tangkak, semalam.

SUMBER: BERITA HARIAN, 26 MEI 2010

ILI: 274 PELATIH PLKN DIKUARANTIN

LEDANG 25 Mei - Sebanyak 274 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dikuarantin di bangunan berasingan di enam buah kem PLKN di seluruh negara kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI).

Enam kem yang terlibat adalah Kem PLKN Sri Ledang, Johor yang melibatkan 87 pelatih; Kem Bumimas Sibu, Sarawak (12); Kem Jugra Banting, Selangor (99); Kem Etnobotani Gua Musang, Kelantan (30); Kem Cancun Park Pasir Mas, Kelantan (36) dan Kem PTH Kluang, Johor (10).

Selain pelatih yang dikuarantin di dalam kem, enam pelatih lain yang menghidap ILI termasuk seorang yang baru pulih selepas didapati positif selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikuarantin di Hospital Tangkak di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (gambar) berkata, keadaan di kem terlibat adalah terkawal dan setakat ini tiada pelatih yang disahkan positif H1N1.

Beliau berkata, para pelatih yang disahkan mengalami ILI diasingkan di sebuah bangunan di kem masing-masing dengan rawatan dan pemantauan kesihatan dijalankan oleh para doktor dan kakitangan Jabatan Kesihatan.

"Saya ingin menasihatkan ibu bapa supaya tidak panik membawa keluar anak masing-masing dari kem PLKN kerana pengurusan kesihatan ILI adalah lebih baik dijalankan di kem PLKN.

"Kami memiliki doktor dan kakitangan perubatan yang bertugas secara berjadual bagi memberi rawatan dan ubat di samping kebersihan kem yang terjamin," katanya selepas melawat para pelatih yang dikuarantin kerana mengalami ILI di Hospital Tangkak di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan PLKN pada tahun ini telah memutuskan supaya pelatih yang dijangkiti ILI atau H1N1 dirawat di kem masing-masing.

"Pada tahun lalu, kita menutup sebanyak 42 kem PLKN namun selepas perbincangan dibuat dengan pihak Jabatan Kesihatan, langkah itu sebenarnya tidak berkesan dalam mengawal wabak tersebut daripada menular," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, enam pelatih Kem PLKN Sri Ledang yang dikuarantin di Hospital Tangkak berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih pada waktu terdekat.

"Daripada enam pelatih ini, lima dirawat sebagai ILI manakala seorang pelatih lelaki disahkan positif H1N1 namun telah disahkan pulih.

"Salah seorang daripada pelatih yang dijangkiti ILI telahpun sihat dan dibenarkan pulang ke kem dan kami juga menjangka keadaan beransur baik di kalangan pelatih lain," katanya.

Katanya, kes ILI pertama yang direkodkan di Kem PLKN Sri Ledang adalah pada 17 Mei lalu dan pihaknya telah mengambil tindakan segera bagi mengawal keadaan.

Pada masa ini, kira-kira 31,000 pelatih kecuali yang mendapat pelepasan awal untuk melanjutkan pelajaran sedang menjalani latihan di Kem PLKN di seluruh negara dan dijangka menamatkan latihan pada 11 Jun ini.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 MEI 2010

TENAGA PENDIDIK BERKUALITI JANA PENDAPATAN TINGGI


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan Tokoh Guru Daerah Muar dan Ledang 2010, Jamian Jaffar sambil diperhati oleh Ramli Abd. Samat (tiga dari kiri) bersama tiga lagi penerima anugerah di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, semalam. – Bernama


MUAR 25 Mei – Negara amat memerlukan tenaga pendidik yang berkualiti tinggi bagi mencapai matlamat meningkatkan tahap pendapatan rakyat daripada kelas sederhana kepada kelas tertinggi seperti digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MEB).

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggungjawab warga pendidik adalah begitu penting dalam melahirkan modal-modal insan yang berkepakaran dan berkemahiran tinggi bagi menjana sektor ekonomi negara.

Katanya, kerajaan begitu komited untuk memartabatkan profesion guru supaya kesemua guru yang bertugas adalah berkelayakan dan dapat memberi impak yang besar.

“Kita memerlukan tenaga modal insan yang mencukupi agar boleh membantu negara menjadi negara yang berpendapatan tinggi dan menjana sektor ekonomi menjadi lebih maju.

“Sehubungan itu, tanggungjawab warga pendidik menjadi lebih penting dan kita mahu profesion ini ditingkatkan lagi supaya setiap ilmu dapat disampaikan lebih berkesan,” katanya berucap pada majlis bersama warga pendidik daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Ramli Abd. Samat; Ahli Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr. Shaharuddin Salleh serta para pemimpin masyarakat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, pihaknya telah menggariskan pelbagai langkah untuk meningkatkan profesion guru dari semasa ke semasa.

“Para guru memerlukan kepakaran dan kemahiran lebih daripada biasa agar mereka terlatih dalam bidang tertentu atau disebut opsyen seperti Sains dan Matematik,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan menambah bilangan 27 institusi perguruan di negara ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk melahirkan lebih ramai guru berkualiti.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah kepada warga pendidik di daerah ini. Mereka ialah Tokoh Guru Daerah Muar dan Ledang 2010, Jamian Jaffar, Tokoh Guru Kokurikulum (Badan Beruniform),Kadir Ab Majid, Tokoh Guru Sukan/Permainan, Ramlan@Mazlan Hamzah, Tokoh Guru Sukan (Kepimpinan), Abd. Aziz Mohamed.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 26 MEI 2010

25 Mei 2010

SINAR HARIAN LEBARKAN SAYAP

JOHOR BAHRU - Sinar Harian, akhbar komuniti nombor satu negara akan mengorak langkah melebarkan sayapnya menerbitkan edisi Johor yang dijangka dilancarkan pertengahan Jun ini.

Sinar Harian yang telah dikenali di negeri lain sebelum ini, terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menemui masyarakat Johor dalam masa terdekat dengan harapan sambutan yang bakal diterima mencapai sasaran dan menempati kehendak masyarakat negeri ini.

Maklum balas yang diterima bertanyakan bila akhbar ini akan dilancarkan di Johor, jelas menunjukkan akhbar ini mendapat perhatian warga negeri ini yang ternanti-nanti akan kemunculannya.

Memulakan langkah dengan pembinaan kilang di kawasan perindustrian Senai, ia telah mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan dan kilang terbabit kini telah pun beroperasi secara tidak rasmi pada Mac lalu.

Operasi dilakukan bertujuan persediaan awal terutama dari segi kelancaran mesin cetak dan juga dari segi editorial bagi mengelakkan berdepan dengan masalah apabila dilancarkan kelak.

Mempunyai keluasan kawasan 36 meter (lebar) dan 90 meter (panjang), kilang ini dilengkapi penyediaan empat pengawal keselamatan yang akan memantau kilang terbabit selama 24 jam secara bergilir-gilir.

Menjadi harapan besar Penerbit Eksekutif akhbar ini, Akmal Eirfan Mohd Fauzi, Penasihat Eksekutif Editorial, Abdul Jalil Ali dan Ketua Pengarang, Norden Mohamed agar sambutan yang bakal diterima menjadi lebih baik daripada edisi sebelumnya.

Tempoh masa yang agak lama diambil untuk membuka edisi Johor adalah bagi mengukuhkan dan memantapkan pengisian akhbar ini, selain menjamin kualiti terbaik dari pelbagai sudut.

Mempunyai kira-kira 50 pekerja di kilang terbabit termasuk bahagian editorial, pengoperasian mencetak akhbar dimulakan pada waktu malam bermula jam 9 malam hingga 6.30 pagi setiap hari.

Membabitkan kos pembinaan kilang sebanyak RM3.5 juta iaitu tidak termasuk kerja-kerja tambahan selepas bangunan disiapkan, kos keseluruhan bagi mesin cetak yang digunakan pula mencecah RM5 juta.

Sinar Harian Edisi Johor yang berharga RM1 senaskhah ini diharap menepati kehendak pembaca di Johor dan menjadi harapan besar seluruh warga kerja Sinar Harian agar penerimaan dan sambutan yang bakal diterima lebih baik daripada jangkaan.

SUMBER: SINAR HARIAN EDISI JOHOR, 25 MEI 2010

22 Mei 2010

PELATIH PLKN KEM SRI LEDANG DIKUARANTIN, 5 HIDAP H1N1

MUAR: Program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Sri Ledang, dekat sini, yang menempatkan 410 pelatih, dikuarantinkan selepas lima pelatih disahkan mengidap influenza A (H1N1), manakala 60 lagi pelatih disahkan mengalami penyakit sama influenza (ILI).

Lima pelatih itu disahkan menghidap H1N1, semalam selepas dipercayai demam sejak kira-kira seminggu lalu menyebabkan seorang daripadanya dirawat di Hospital Tangkak, manakala empat lagi dikenakan tindakan kuarantin di kem berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata maklumat terkini yang diterimanya mengesahkan 65 pelatih Kem Sri Ledang membabitkan 44 lelaki dan 21 perempuan mengalami gejala ILI sebelum lima daripadanya, iaitu tiga lelaki serta dua wanita disahkan positif H1N1.

Sehubungan itu, katanya, semua pelatih itu kini dikenakan perintah kuarantin kecuali seorang pelatih yang dirawat di Hospital Tangkak dan keadaanya dilaporkan stabil dengan turut diberikan suntikan Tamiflu.

“Semua 64 pelatih dikenakan isolasi di dalam kem berdasarkan keadaan demam mereka dengan dipantau oleh Jabatan Kesihatan yang dihantar ke kem itu bagi menjalankan pemeriksaan secara berjadual,” katanya selepas meninjau Jeti Sarang Buaya, di sini, semalam.

Katanya, 40 jurulatih dan 20 kakitangan PLKN itu disahkan sihat tetapi turut diberikan vaksin H1N1 sebagai langkah berjaga-jaga, malah semua pelatih berisiko yang belum terdedah dengan jangkitan juga akan diberikan diberikan vaksin H1N1.

Dr Robia berkata, pasukan perubatan diketuai oleh Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Ledang, Dr Zaharah Mohd Salleh dengan dibantu seorang doktor pakar dan dua doktor serta paramedik ditugaskan menjalankan pemantauan harian di kem berkenaan.

Katanya, semua pelatih yang disahkan mengidap H1N1 dan ILI itu ditempatkan di bangunan berasingan daripada pelatih lain, manakala kegiatan keluar masuk kem juga dipantau serta dihadkan bagi mengelak penyakit itu tersebar.

Sementara itu tinjauan Berita Harian di kem itu mendapati beberapa kenderaan yang membawa pasukan perubatan turut ditempatkan di kem berkenaan, manakala kakitangannya termasuk pengawal keselamatan turut memakai penutup muka.

SUMBER: BERITA HARIAN, 22 MEI 2010

5 PELATIH PLKN HIDAP H1N1


SEORANG petugas keselamatan menutup pintu pagar PLKN Kem Sri Ledang di mana beberapa pelatih didapati positif H1N1 dan terpaksa dikuarantin di Tangkak, Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad.


LEDANG 21 Mei - Seramai lima pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Tangkak di sini disahkan menghidap selesema babi atau influenza A (H1N1) manakala 60 yang lain kini dikuarantin kerana menghidap penyakit serupa influenza (ILI).

Kesemua mereka kini diasingkan dan dikuarantin di sebuah bangunan di kem berkenaan manakala seorang pelatih yang menghidap H1N1 kini menerima rawatan di Hospital Tangkak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai berkata, pelatih-pelatih yang terjejas kesihatan mereka itu melibatkan 44 lelaki dan 21 perempuan.

"Lima yang positif H1N1 ini pula adalah terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan iaitu empat daripada mereka telah pun diasingkan daripada pelatih lain di kem ini manakala seorang lagi dirawat di hospital.

"Pelatih-pelatih ini telah pun diberikan rawatan anti viral dan kami juga giat memantau tahap kesihatan 60 pelatih lain yang mengalami ILI," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Robia, rawatan dan pemantauan yang dijalankan di kem berkenaan melibatkan sepasukan kakitangan Jabatan Kesihatan negeri Johor yang merangkumi Pegawai Kesihatan Daerah, tiga doktor termasuk seorang doktor pakar keluarga dan para anggota paramedik.

"Seramai 40 jurulatih dan 20 kakitangan kem PLKN ini disahkan sihat dan mereka telah pun diberikan suntikan vaksin H1N1.

"Suntikan vaksin turut diberikan kepada pelatih-pelatih yang berisiko menerima jangkitan dan pemantauan berkala dijalankan setiap hari," katanya.

Jelas beliau, kem PLKN yang menempatkan seramai 410 pelatih itu tidak akan ditutup kerana pihaknya telah menjalankan kuarantin bagi mengasingkan pelatih-pelatih selain menempatkan kakitangan Jabatan Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, kes demam pertama yang melibatkan pelatih kem tersebut dikesan pada Isnin lalu sebelum jumlah pelatih yang mengalami simptom yang sama bertambah.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 22 MEI 2010

21 Mei 2010

JETI TANJUNG EMAS HAMPIR RUNTUH


KEADAAN Jeti Tanjung Emas di Muar yang digunakan untuk menaiki bot menyusuri Sungai Muar kini terbenam akibat pelampungnya yang bocor.


MUAR 20 Mei - Kegiatan pelancongan menyusuri Sungai Muar dikhuatiri terjejas dengan masalah yang menimpa Jeti Tanjung Emas di sini yang semakin senget dan hampir runtuh.

Difahamkan, struktur jeti berkenaan mengalami masalah berikutan pelampung yang menyokong jeti itu pecah akibat keadaan muara sungai yang semakin cetek.

Masalah tersebut mula dikesan kira-kira dua minggu lalu namun ia menjadi semakin serius apabila jeti berkenaan hampir terbenam dan hanya empat tiang serta laluan ke pelantarnya sahaja yang masih kelihatan.

Dirasmikan pada 13 Ogos 2002 lalu oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, jeti yang bernilai kira-kira RM300,000 itu memainkan pelbagai peranan untuk menggerakkan pelbagai aktiviti pelancongan di Sungai Muar terutamanya sukan air.

Ekoran masalah yang berlaku itu juga, perkhidmatan bot penumpang menyusuri Sungai Muar dan melihat kelip-kelip terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abdul Wahab Ridwan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung masalah berkenaan pada Isnin lalu dan sepasukan kakitangan telah dihantar untuk memeriksa jeti tersebut.

"Pemeriksaan awal mendapati jeti ini bukannya runtuh, sebaliknya sebahagian daripada strukturnya terbenam ke dalam sungai.

"Tinjauan yang dilakukan mendapati masalah pelantar jeti terbenam ini kerana pelampung yang bocor dipercayai akibat kawasan dasar sungai yang semakin cetek," katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan meneliti kerosakan yang dialami oleh jeti itu termasuk kos membaikinya sebelum tindakan susulan diambil.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 MEI 2010

JETI TERBENAM

Oleh Junita Mat Rasid

Muara sungai makin cetek menyebabkan pelampung penyokong pecah

MUAR: Jeti Tanjung Emas, dekat sini yang digunakan untuk kegiatan pelancongan, terbenam dalam Sungai Muar, sejak awal pagi kelmarin, dipercayai akibat keadaan muara sungai yang semakin cetek sehingga menyebabkan pelampung yang menyokong jeti itu pecah.

Jeti bernilai kira-kira RM300,000 itu dirasmikan pada 13 Ogos 2002 oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman untuk kegiatan pelancongan dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar bagi menikmati pemandangan bandar itu.

Sejak dibuka, jeti yang terletak di muara Sungai Muar dan bersebelahan Marina Muar dan kawasan rekreasi Dataran Tanjung Emas itu turut dijadikan pusat kegiatan sukan air termasuk jet ski dan perlumbaan bot laju, selain menjadi antara daya tarikan orang ramai ke kawasan rekreasi yang menjadi lokasi pelbagai program.

Difahamkan, jeti itu semakin senget sejak kira-kira dua minggu lalu, sebelum ia jatuh dan terbenam ke Sungai Muar sehingga menyebabkan empat tiang dan laluan ke pelantarnya saja yang masih kelihatan.

Berita Harian difahamkan, keadaan jeti yang runtuh itu menyebabkan operasi perkhidmatan bot penumpang menyusuri Sungai Muar dan melihat kelip-kelip, turut dihentikan sementara waktu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abdul Wahab Ridwan berkata, beliau menerima maklumat mengenai kejadian pagi kelmarin sebelum pihaknya menghantar kakitangan untuk membuat pemeriksaan keadaan jeti berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati jeti itu bukan runtuh, sebaliknya sebahagian daripadanya terbenam ke dalam Sungai Sungai apabila pelampung bocor dipercayai akibat kawasan dasar sungai yang semakin cetek.

“Pelantar jeti yang menggunakan pelampung terbenam ke dalam sungai apabila sebahagian pelampung bocor, " katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih meneliti kerosakan yang dialami oleh jeti itu termasuk kos membaikinya sebelum tindakan susulan dijalankan.

Seorang pengunjung, Yusof Mohamad, 56, berkata beliau terkejut apabila mendapati sebahagian jeti itu terbenam ke dalam sungai dan dimaklumkan bahawa keadaan itu berpunca daripada masalah sungai yang semakin cetek.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkaitan supaya membaiki atau menggantikan jeti berkenaan kerana ia adalah antara ia digunakan untuk kegiatan menaiki bot menyusuri Sungai Muar yang juga tarikan utama pengunjung di Tanjung Emas.

“Sayang sungguh apabila tempat pelancongan seperti Jeti Tanjung Emas itu rosak sehingga terbenam ke dalam sungai kerana ia boleh menjejaskan tumpuan pelancong termasuk pelancong luar ke bandar ini bagi menikmati pemandangan indah dari Sungai Muar," katanya.

Katanya, sebelum ini beliau menyedari keadaan jeti itu semakin senget sejak kira-kira dua minggu lalu tetapi tidak menyangka jeti itu akhirnya akan terbenam ke dalam sungai.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 21 MEI 2010

PASAR TERBIAR JEJAS PEMANDANGAN

SUNGAI MATI – Kewujudan bangunan lama yang terbiar di pekan Sungai Mati mengundang masalah kerana mengganggu keindahan pemandangan kawasan tersebut.

Bangunan lama itu dipercayai bekas pasar awam wujud sekitar 1920-an yang menjadi tumpuan penduduk sekitar pada waktu dahulu.

Pasar tersebut sudah tidak beroperasi dan terbiar sejak 1950 sehingga kini serta kelihatan menyeramkan.

Penduduk, Abd Latif Sulung 74, berkata, keadaan pasar terbiar itu kini dipenuhi semak samun dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk berhampiran.

Menurutnya, dia juga tidak tahu status tanah dan pemilik sebenar pasar ini.

“Sejak pasar ini tidak beroperasi, tidak pernah kelihatan pemilik pasar ini datang sama ada melawat ataupun membersihkan kawasan ini.

“Tetapi mengikut sumber rakan terdahulu, difahamkan pasar ini dimiliki lelaki ceti yang cukup terkenal di kawasan ini,” katanya yang juga peniaga berhampiran dengan pasar tersebut, di sini.

Azlia Abd Razak 22, berkata, keadaan pasar terbiar dipenuhi semak samun boleh mengundang bahaya kepada penduduk berhampiran dan juga kepada semua peniaga di kawasan itu.

Menurutnya, keadaan semak samun itu dikhuatiri menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa seperti ular tedung selar dan kala jengking.
“Kadang-kadang kedai kami sering didatangi tikus dan dipercayai datang daripada semak berhampiran.

“Kami bimbang tikus ini akan merosakkan wayar mesin jahit dan secara tidak langsung akan menjejaskan kerja menjahit pakaian. Saya berharap pihak berkuasa mengambil berat permasalahan ini dan segera melakukan melakukan tindakan susulan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN EDISI JOHOR, 21 MEI 2010

BUKIT GAMBIR JUARA SULUNG

Oleh Jamaludin Husin

PASUKAN bola jaring Zon Bukit Gambir muncul juara Pertandingan Bola Jaring Muhibah Pembantu Pengurusan Prasekolah Daerah Muar/Ledang 2010, selepas menewaskan Zon Parit Bunga dengan jaringan 6-4 dalam perlawanan akhir baru-baru ini.

Tempat ketiga dimenangi Zon Sungai Balang selepas menewaskan Zon Maharani 2-1 dalam penentuan di Padang Sekolah Kebangsaan Parit Bunga Ledang.


Pertandingan julung kali itu dianjurkan Badan Kebajikan Pembantu Pengurusan Prasekolah Daerah Muar/Ledang bertujuan mengeratkan silaturahim antara pasukan membabitkan enam zon di dua daerah berkenaan.


Pengerusi pertandingan, Khatijah Salleh, berkata enam pasukan mewakili zon daerah Muar dan Ledang menyertai pertandingan termasuk pasukan dari Zon Tangkak dan Lenga.


Katanya, Badan Kebajikan ditubuhkan awal tahun ini bertujuan membolehkan ahlinya yang bertugas di prasekolah berinteraksi dengan lebih kerap melalui kegiatan kebajikan termasuk bola jaring.


“Memandangkan perlawanan persahabatan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta, kami bercadang menjadikannya acara tahunan.

“Selain itu, beberapa program lain diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini termasuk sukan prasekolah di peringkat zon dan daerah,” katanya yang juga Pengerusi Badan Kebajikan itu selepas perlawanan akhir.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 MEI 2010

18 Mei 2010

MAEL XPDC KENA RM500

Oleh Junita Mat Rasid

TANGKAK: Akibat mengajar anak, vokalis kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencederakan anak perempuannya berusia 16 tahun di rumah isterinya di Tanjung Agas, 9 Mei lalu.

Mael, 42, yang lebih dikenali sebagai Mael XPDC, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Salina Omar.


Dia didakwa dengan sengaja melakukan cedera kepada anaknya di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas, pada jam 7.30 malam sebelum dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhil Mat Satris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Muhammad Fadhil dalam hujahnya, berkata pengadu dalam kes itu adalah isteri tertuduh sendiri yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati, Isnin lalu dengan mendakwa tertuduh memukul anak perempuannya di bahagian tangan dan kaki dengan menggunakan sebatang rotan serta tangan.


Susulan daripada laporan itu, pasukan polis menahan Mael di rumahnya di Jalan Kim Kee, Muar, kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.


Mael dalam rayuannya, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung lima anak.


Terdahulu di mahkamah sama, Mael turut mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis ‘Tetrahydrocannabinol’ kepada diri sendiri ketika ditahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau dikenakan penjara sehingga dua tahun dan pengawasan mengikut Seksyen 38B dan dibaca bersama Seksyen 6 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) sehingga tiga tahun.

Bagi kesalahan itu mahkamah menetapkan 21 Jun untuk sebutan semula kes berikutan belum menerima laporan ujian dadah dan dibebas dengan jaminan RM2,500.

SUMBER: HARIAN METRO, 18 MEI 2010

MAEL XPDC DIDENDA RM500 KES PUKUL ANAK PEREMPUAN

MAEL  dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak atas pertuduhan  mencederakan anak perempuannya, semalam.
MAEL dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya, semalam.

TANGKAK: Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, dihukum denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencederakan anak perempuannya yang berusia 16 tahun, Ahad lalu.

Syed Ismail, 42, yang lebih dikenali sebagai Mael XPDC, mengaku salah selepas jurubahasa mahkamah membacakan tuduhan terhadapnya di depan Majistret Salina Omar.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan kepada mahkamah, isteri tertuduh sendiri yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati, Isnin lalu, dengan mendakwa Mael XPDC memukul anak perempuannya dengan menggunakan sebatang rotan serta tangan.

Susulan daripada laporan itu, pasukan polis menahan Mael di rumahnya di Jalan Kim Kee, Muar, kira-kira jam 2 pagi, Jumaat lalu.

Mael dituduh dengan sengaja mencederakan anak di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas, pada jam 7.30 malam, 9 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mael dalam rayuannya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan dengan alasan dia perlu menanggung lima anak.

Di mahkamah sama, Mael turut mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan ganja kepada diri sendiri ketika ditahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum denda maksimum RM 5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan pengawasan mengikut Seksyen 38B dan dibaca bersama Seksyen 6 Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) sehingga tiga tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes itu berikutan belum menerima laporan ujian dadah dan dia dibebaskan dengan jaminan RM2,500.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhil Mat Satris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

SUMBER: BERITA HARIAN, 18 MEI 2010

MAEL DIDENDA RM500 PUKUL ANAK


MAEL (kanan) ketika hadir di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, semalam.


LEDANG 17 Mei - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak di sini hari ini atas tuduhan memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun, lapan hari lalu.

Penyanyi tersebut turut mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis morfin tetapi hukuman bagi kesalahan itu akan ditentukan kemudian berikutan laporan perubatan terhadapnya masih belum siap.

Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 42, mengaku mencederakan anaknya di bahagian kaki dan tangan di sebuah rumah di Jalan Ahmad, Tanjung Agas, di sini kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan menggunakan rotan dan tangannya.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mael yang memakai baju tahanan reman warna ungu dan rambutnya bertocang, tidak diwakili peguam bela.

Tiada ahli keluarga atau rakannya kelihatan sepanjang kes itu berlangsung di mahkamah.

Majistret Salina Omar menggenakan denda tersebut selepas Mael dalam rayuan bagi meringankan hukuman menyatakan dia mempunyai tanggungan lima orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Fadhli Sutris yang mengendalikan pendakwaan berkata, siasatan terhadap penyanyi berkenaan dibuat setelah isterinya membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati sehari selepas kejadian.

''Berdasarkan siasatan, tangkapan telah dibuat terhadap tertuduh di rumahnya di Muar pada Jumaat lepas dan mangsa telah dibawa ke Hospital Tangkak untuk mendapatkan laporan perubatan,'' katanya.

Terdahulu, Mael mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan morfin jenis tetrahydrocannabinol semasa ujian air kencing dilakukan terhadapnya di Pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang kira-kira pukul 12 tengah hari, 14 Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan pengawasan sehingga tiga tahun.

Pegawai Pendakwa Cif Inspektor K. Subramaniam mengendalikan pendakwaan kes itu.

Salina memerintahkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan tarikh sebutan semula pada 21 Jun ini sementara menunggu laporan perubatan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 18 MEI 2010

17 Mei 2010

RM1 JUTA KOS RAWATAN HEMODIALISIS UNTUK KAKITANGAN AWAM


ABDUL Ghani Othman secara simbolik melakukan pemulihan Kardiopulmonari (CPR) pada perasmian Program Kesiapsiagaan Kecemasan Peringkat Negeri Johor di Tangkak, Johor, kelmarin.

LEDANG 16 Mei - Kos RM1 juta setahun bagi tujuan rawatan hemodialisis di kalangan kakitangan kerajaan negeri merupakan angka yang amat membimbangkan kerana ia berkait dengan rendahnya kesedaran amalan cara hidup sihat warga negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peruntukan besar itu jelas menunjukkan jumlah pesakit kronik yang membabitkan masalah buah pinggang adalah ramai dan ia berkait rapat dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Jelas beliau, masyarakat perlu sedar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan amalan kecergasan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berisiko tinggi termasuk diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

"Setiap bulan, ada sahaja kes pesakit baru yang memerlukan khidmat rawatan hemodialisis dan jumlah mereka yang menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sentiasa bertambah.

"Sebenarnya, masalah ini ada kaitan dengan gaya hidup serta pemakanan, saya yakin ia boleh diatasi sekiranya kualiti hidup dan usaha pencegahan penyakit dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesiapsiagaan Kecemasan CPR Untuk Komuniti, Satu Rumah Satu Penyelamat peringkat negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai; Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman.

Menurut Abdul Ghani, pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan perlu sentiasa disebarkan supaya rakyat dapat menjadi lebih sihat dan produktif.

"Kesedaran terhadap pencegahan penyakit ini perlu ditingkatkan kerana 'perubatan pencegahan' adalah jauh lebih baik daripada perawatan semasa sakit," katanya.

Dalam pada itu, menurut Abd. Ghani, program kesiapsiagaan kecemasan yang dianjurkan hari ini merupakan inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi memperluaskan pengetahuan bantuan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR) di kalangan anggota masyarakat.

"Walaupun teknik asas bantuan ini ada diajar di sekolah-sekolah menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans namun ia masih belum cukup meluas.

"Matlamat kami adalah supaya setiap keluarga mempunyai seorang ahli yang mempunyai kemahiran ini dan mereka boleh tampil memberi bantuan dalam situasi kecemasan," katanya.

Menurut beliau, Jabatan Kesihatan Negeri turut bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan kemahiran CPR diajar kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 17 MEI 2010

ROTAN ANAK: MAEL XPDC DIREMAN

MUAR 16 Mei - Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim (gambar), 42, direman tiga hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes memukul anak gadisnya berusia 16 tahun, di tangan, pada 10 Mei lalu.

Mael ditahan selepas isterinya membuat laporan polis pada hari kejadian di rumah wanita itu di Tanjung Agas, Ledang.

Difahamkan berikutan itu, anaknya yang dipukul dengan tangan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tangkak di sini, selepas kejadian tersebut.

Menurut sumber, Mael dengan isterinya tinggal berasingan namun dia dibenarkan untuk melawat anaknya dari semasa ke semasa.

Ketika kejadian, isteri Mael tiada di rumah kerana keluar bekerja dan perselisihan faham dikatakan berlaku kerana anaknya itu enggan bersalaman dengannya.

Siasatan polis terhadap kes penyanyi tersebut dibuat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 17 MEI 2010

16 Mei 2010

JOHOR LAUNCHES 'CPR RESCURER IN HOME' PLAN

By HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

TANGKAK: Johor wants every household to have a family member who can give cardiopulmonary resuscitation (CPR) in case of an emergency.

Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the basic life-saving skill was important to save those having sudden heart attacks, drowning and choking, and can even be used in road accidents.

Speaking to reporters here yesterday, he said Health Ministry statistics showed that more than 60% of deaths due to heart attacks happened at home and not in hospitals.

Life-saving skill: Ghani conducting CPR on a mannequin to launch the state's 'CPR for the community' programme in Tangkak yesterday. Looking on are Dr Robia (left), Johor Health Department director Dr Mohd Khairi Yakub (third from left) and Ledang MP Hamim Samuri (second from right).

“We want every household in the state to have one rescuer who knows how to conduct CPR, and in doing so can save a life.

“We are grateful to the state Health Department for launching the 'CPR for the community' programme where every home has one rescuer,” he said when launching it yesterday.

Ghani said that besides CPR, the people should focus on looking after their health as modern living and lifestyles had several negative impacts.

He said it was now common for people to suffer from hypertension, heart problems and diabetes, although they enjoyed a good standard of living.

Earlier, state Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai said the CPR programme would be promoted among all non-governmental organisations and schools in Johor.

She said the skill would be an asset to the public during emergencies and the department would extend the programme to all villages and communities in Johor.

SOURCE: THE STAR, SUNDAY MAY 16, 2010

THRILLED OVER BUKIT GAMBIR INTERCHANGE

By Chong Chee Seong
streets@nstp.com.my

JOHOR: News of a new expressway interchange at Simpang Lima in Bukit Gambir, Ledang, has brought cheer to more than 120,000 residents in 15 villages in the outlying areas.

Residents have been appealing to the authorities for many years to build an interchange between the Pagoh and Tangkak interchanges on the North-South Expressway.

Although the expressway cuts across Kesang, Sungai Mati, Sungai Terap, Serom, Simpang Lima, Bukit Gambir, Grisik, Sengkang, Kundang Ulu, Durian Condong, Kampung Teratai and two Felda schemes in Bukit Serampang and Kundang Ulu, and looks near, it is far to reach.

To reach the highway, the residents have to travel 25km to the Tangkak interchange or 55km to the Pagoh interchange to travel south or north.

Gambir state assemblyman M. Asojan said the year had brought good news to Ledang residents who had long been asking for an interchange closer to home which would cut down travel time and promote rural economic growth.

Asojan, who is the state Unity, Human Resources, Science, Technology and Innovation Committee chairman, said cottage industry products could be delivered more speedily and fetch better prices once the interchange was completed.

He said with the opening of the new 10.8km Sengkang-Teratai road last year which cost RM15 million, travellers from Segamat, Labis Kebun Bahru, Bukit Serampang and Bukit Kepong would be able to use the road to the new interchange.

Bukit Gambir Rukun Tetangga chairman Foong Yoon Kong, 82, said he was happy as residents had appealed for the interchange for more than 23 years.

Foong, a former Bukit Gambir MCA branch chairman, said the construction of the interchange would change their fortune as it would promote industrial growth and create job opportunities in villages.

Vegetable grower Tan So Tiok said produce from the Jalan Sengkang farms could reach markets nationwide faster, reducing spoilage.

He said operating costs would also be lowered as farmers need not travel to the Tangkak or Pagoh interchanges.

Tan, who is also Federation of Malaysian Vegetable Farmers' Association president, said the new interchange would expedite development in Ledang.

Plus Expressways Bhd chief operating officer Nik Airina Nik Jaffar said earlier that the three elevated interchanges on the North-South expressway would be built in Sungai Buaya, Selangor; Alor Pongsu in Perak; and Bukit Gambir in Johor, at a cost of RM250 million. The interchanges are expected to be completed in two to three years.

Construction of the Bukit Gambir interchange at Km157 between the Tangkak and Pagoh interchanges begins next month.

Each interchange will be equipped with facilities such as surau, toilets and parking bays.

SOURCE: NST JOHOR STREETS, MAY 16, 2010

15 Mei 2010

EMPAT TERMASUK CUCU ROMPAK NENEK

TANGKAK 14 Mei - Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian perbuatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tergamak merompak neneknya sendiri di Kampung Jawa, Panchor sehingga menyebabkannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pelajar tingkatan dua itu didakwa atas tuduhan merompak bersama tiga individu lain termasuk emak angkatnya, Noorzalilah Abd. Gapar, 39, dari Johor Bahru.

Dua lagi tertuduh ialah kenalan lelaki mereka yang bekerja sebagai pemotong rumput, R. Nagarajan, 21, dari Negeri Sembilan dan Mohamad Faizal Mohd Idrus, 20, dari Pagoh, dekat sini.

Mereka didakwa melarikan wang tunai RM3,860 dan barang kemas bernilai RM4,250 milik Rosliah Abu Bakar, 75, di rumah Lot 565, Jalan Bani Selamat, Kampung Jawa, Panchor, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi, 30 April lalu.

Keempat-empat tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Salina Omar menetapkan 24 Mei ini sebutan semula kes berkenaan.

Tiada pengakuan direkodkan atau ikat jamin diberikan oleh majistret tersebut ke atas setiap tertuduh berikutan ketiadaan hakim di mahkamah berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Dalam kejadian tersebut, Rosliah yang sedang bersama cucunya di rumahnya itu telah didatangi tiga tertuduh lain yang kemudian bertindak mengikat dan merompaknya.

Kesemua tertuduh itu kemudiannya melarikan diri bagaimanapun dua lelaki terbabit berjaya ditahan polis di di Bukit Pasir, Muar kira-kira pukul 3 pagi, 1 Mei lalu.

Remaja itu pula ditahan bersama ibu angkatnya di rumah wanita berkenaan di Larkin, Johor kira-kira pukul 9.45 malam hari yang sama.

Berdasarkan siasatan awal polis, remaja itu bersubahat dengan tiga tertuduh lain untuk merompak neneknya sendiri dengan alasan neneknya enggan memberikannya wang tunai.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 15 MEI 2010

14 Mei 2010

PENDUDUK BANTAH BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA DI PEKAN BUKIT GAMBIR

通告牌下舉大字報‧民商不滿將泊車收費

  • 陳正春(右)、林永源(左3)帶領職要針對武吉甘 蜜鎮即將施行泊車收費制而高舉大字報,表達民聲。(圖:星洲日報)

  • 陳正春:縣議會理應先徵詢村民與商家的意見,才決 定是否該在武吉甘蜜實施泊車收費制。(圖:星洲日報)

  • 林永源對縣議會官員沒有明確答覆有關武吉甘蜜徵收 泊車費事件的提問,感到遺憾。(圖:星洲日報)

  • 鄭添興:縣議會在武吉甘蜜施行泊車收費,肯定會增 加人民的負擔。(圖:星洲日報)

  • 周義成:泊車收費實施後,顧客可能會減少到其咖啡 店消費。(圖:星洲日報)

  • 王偉龍:縣議會在店門前大路劃上停車位,對顧客進 出造成不便。(圖:星洲日報)

行動黨柔州組織秘書陳正春、柔州社青團副團長林永源等人為此在當地和平路豎立的縣議會泊車通告 牌下舉起大字報,反映民聲。

陳正春:停車位多沒必要收費

陳正春說,在市區實施泊車收費,主要是因停車位不足,而武吉甘蜜只是剛興起的市鎮,停車位很 多,尚無必要徵收泊車費。

他認為,縣議會雖有權徵收停車費,而市民也歡迎縣議會規劃停車秩序,不過當局需體恤市民的困 苦,並應在實施前先徵詢市民的意見。

林永源:近日發動簽名運動

林永源表示該黨柔州社青團反對此項措施。他也對縣議會官員沒有針對有關措施,給予明確的答覆感 到遺憾。

他透露,該團近日內將就此發動簽名運動以表達心聲,歡迎當地村民或商家與他聯絡,並提出建設性 意見,聯絡電話:016-6669488。

陳月柏:不利武吉甘蜜發展

行動黨禮讓區財政陳月柏指出,近年來武吉甘蜜蓬勃發展,其中一個原因是無需繳付泊車費。

鄭添興:加重市民負擔

家住英雄花園的市民鄭添興說,此項措施將加重當地市民的家庭開支負擔,當局受促取消停車收費, 並在當地規劃更多的電單車停車位。

周義成:影響生意

咖啡店東主周義成擔心收費制開始後會影響到這間店的生意量。

王偉龍:盼店門前保留通道進出

電單車維修店東主王偉龍吁請縣議會在畫停車位時,能在其店門前保留一條通道,供其顧客進出。

SUMBER: SIN CHEW DAILY, 14 MEI 2010

13 Mei 2010

PERTANDINGAN BERCERITA PUPUK MINAT TERHADAP BI


BARISAN peserta yang menyertai Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris anjuran Wetex Parade di Muar, Johor, baru-baru ini.

MUAR 12 Mei – Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris (BI) anjuran Kompleks Beli-Belah Wetex Parade di sini baru-baru ini berjaya memupuk minat dan kecenderungan murid untuk menguasai bahasa berkenaan.

Seramai 91 murid menyertainya, namun hanya 20 orang yang berjaya melangkah ke pusingan akhir.

Pertandingan yang dikenali ‘The Little Big Book’ itu dibahagikan pada dua kategori iaitu Fasa 1 untuk murid Tahun 1 hingga 3 dan Fasa 2 bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Johan kategori Fasa 1 diraih murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Serom 3, Terence Gan Li Hong, manakala tempat kedua dimenangi C. Jeeviga daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Muar dan ketiga diraih oleh Ian Khoo daripada SK St. Andrew.

Bagi Kategori Fasa 2 pula, Siti Khairina Kad Rusman daripada SK Seri Menanti muncul johan, manakala Sakinah Siraj, pelajar SK Convent Muar dan M. Nantini Devi daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi masing-masing muncul tempat kedua dan ketiga.

Pengurus Wetex Parade, Mior Abdul Rahman berbangga dengan jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan daripada murid di seluruh daerah ini dan Ledang.

“Matlamat penganjuran adalah untuk memupuk sikap suka membaca di kalangan generasi muda di samping membina keyakinan mereka berbicara di khalayak ramai.

“Sememangnya, aspek komunikasi cukup penting dalam dunia profesional masa kini dan perkara itu yang kami ingin bentuk daripada murid-murid terbabit,” katanya.

Biarpun hanya diberi tempoh enam minit untuk bercerita, para peserta telah menunjukkan kreativiti dan turut memakai pakaian bersesuaian dengan konsep cerita.

Program yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar itu akan dijadikan acara tahunan dan merupakan aktiviti khidmat komuniti pihaknya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 MEI 2010

11 Mei 2010

SAMPAH JEJAS KUALITI SUNGAI MUAR

Oleh Hai Rozzaman Jalal
bhnews@bharian.com.my


PEMBUANGAN sampah ke dalam sungai menyebabkannya tercemar.

LEDANG:
Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memantau sekitar pesisiran Sungai Muar terutama di kawasan berhampiran pekan atau kampung bagi membendung kegiatan membuang sampah ke sungai berkenaan.

Pembuangan sampah sarap ke Sungai Muar oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan kualiti air, selain ekologi sungai berkenaan.

Bekas Ketua Masyarakat Cina Kundang Ulu, Lau Han Luan, 79, berkata, sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang sewenang-wenangnya membuang sampah ke sungai menyebabkan air sungai di kawasan terbabit menjadi kotor.

Beliau berkata, apabila mereka membuang sampah ke dalam sungai, ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran serta menjejaskan kualiti air yang menjadi sumber air mentah untuk kegunaan orang ramai.

Katanya, Sungai Muar berperanan membekalkan sumber air mentah sebelum diproses menjadi air bersih dan disalurkan bagi kegunaan penduduk di daerah ini dan Melaka.

“Kegiatan membuang sampah ke dalam sungai satu sikap tidak bertanggungjawab kerana ia mengotorkan air sungai dan menyebabkan pencemaran.

“Kita semua minum air berpunca daripada air sungai, apabila ia dicemari dengan sampah sarap dibuang ke dalamnya kita juga akan menggunakan air tercemar itu,” katanya ketika ditemui di Jeti Kundang Ulu, di sini.

Beliau yang setiap hari berada di jeti itu, sering melihat sampah sarap hanyut mengikut arus ke kuala sungai dan berasa bimbang mengenai pencemaran yang menyebabkan hidupan sungai seperti ikan dan udang akan mati.

Lau juga meminta penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya tidak membuang sampah ke dalam sungai sebaliknya perlu bekerjasama menjaga kebersihan persekitaran sungai.

Katanya, mereka perlu ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan tidak mementingkan diri sendiri kerana sumber air minuman diambil dari sungai berkenaan.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 11 MEI 2010

SEDIA BOT SEMENTARA

ANAK saya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad (STTA), Kundang Ulu, menghadapi masalah ke sekolah apabila bot penambang menyeberangi Sungai Muar dari Liang Batu dan Gombang, rosak beberapa minggu lalu.


Berikutan itu, pelajar sekolah terpaksa bercuti seminggu kerana tiada pengangkutan hingga Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) mengambil inisiatif menyediakan sebuah bot sementara bagi mengatasi masalah berkenaan.


Sebagai bapa, saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memberikan bantuan membolehkan pelajar ke sekolah.


Bagaimanapun, pada masa sama saya risau sampai bila bot berkenaan akan ditempatkan di kawasan itu kerana difahamkan ia perlu digunakan untuk aktiviti lain.


Sekiranya bantuan itu ditarik semula, pembelajaran pelajar dari Liang Batu dan Gombang terutama pelajarmenengah tiga dan lima bakal menghadapi peperiksaan tahun ini, bakal terganggu.


BAPA RISAU

Liang Batu, Muar


>MENYEDARI masalah dihadapi pelajar STTA yang tidak dapat ke sekolah berikutan kerosakan bot penambang, JPNJ mengambil inisiatif menyediakan sebuah bot sementara milik Pusat Kokurikulum jabatan dari Pulau Aur, Mersing.


Dengan adanya bot kami sediakan itu, 38 pelajar dapat hadir ke sekolah dan akan kekal di sini sehingga bot yang mereka gunakan sebelum ini siap dibaiki.


Kami prihatin masalah dihadapi pelajar dan sentiasa berusaha mengatasinya supaya proses pembelajaran di sekolah tidak terganggu.

Selain itu, kami menyediakan jaket keselamatan kepada setiap pelajar bagi kegunaan mereka ketika menyeberangi sungai bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

SUMBER: HARIAN METRO, 11 MEI 2010

10 Mei 2010

DAMAGE CEILING POSES A DANGER

THE collapsed ceiling of Seri Cantik Youth Centre poses a danger to the Kampung Sengkang Batu 22 villagers who often use the facility for their community programmes.
 The collapsed ceiling of Seri Cantik Youth Centre.
The collapsed ceiling of Seri Cantik Youth Centre.

Checks showed that the ceiling was only inches off the floor and the room was usually drenched during heavy rain.

The village security and development committee secretary Ismail Mat Syoti, 55, said many functions had to be postponed due to the failing structure.

He said the building was built in 1999 and he feared that something untoward might happen due to the ceiling's condition. Even the roof was damaged due to heavy rain.

"The villagers are hoping that the building would be repaired as soon as possible. If not, it would be difficult to organise any functions."

Among the activities usually held there are silat training, sewing and tuition classes.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES, JOHOR STREETS MAY 10, 2010

09 Mei 2010

DITIKAM MINTA ROKOK

LEDANG 8 Mei - Macam-macam kejadian pelik kini boleh berlaku. Di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir dekat sini semalam, seorang lelaki parah dipercayai selepas ditikam dengan parang di bahagian rusuk kanan oleh adik bongsunya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, Mohd. Khairuddin Mustafa, 27, parah dipercayai akibat ditikam oleh adik bongsunya yang berusia 25 tahun dengan menggunakan parang sepanjang 25 sentimeter.

Ibunya, Fatimah Mat Said, 47, (gambar) ketika ditemui berkata, kejadian berlaku ketika dia baru selesai solat isyak apabila anak keduanya itu yang dipanggil 'abang' pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir.

Kata Fatimah, suami dan anak bongsunya pula yang dipanggil sebagai 'adik' berada di ruang tamu menonton televisyen.

"Sebaik sahaja abang masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya semula. Adik terus bangun dari kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok.

"Sebaliknya dia terus mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abangnya," katanya ketika ditemui di rumah mereka hari ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana dua beradik itu sangat rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk motif pergaduhan dan kemungkinan suspek kes itu menghadapi masalah kesihatan.

"Suspek berjaya ditahan di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati, ia membabitkan pergaduhan dua beradik tetapi kita masih menjalankan siasatan lanjut," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 9 MEI 2010

ABANG PARAH DITIKAM ADIK

Oleh JUNITA MAT RASHID

TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

BERDARAH...lantai bilik  berlumuran darah.
BERDARAH...lantai bilik berlumuran darah.


Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.


Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Fairuz juga sempat memberi amaran kepada dia dan suami supaya jangan menghalangnya sebelum duduk di kerusi sambil memegang parang. Fatimah kemudian keluar rumah untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.

Fatimah berkata, Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.

Beliau berkata, kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk motif pergaduhan dan kemungkinan suspek menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

SUMBER: METRO AHAD, 09 MEI 2010

07 Mei 2010

PELAJAR, PENUNTUT KOLEJ MENYAMAR POLIS DITAHAN

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

TANGKAK: Dua pelajar, masing-masing Tingkatan Dua dan Tingkatan Lima serta seorang penuntut kolej adalah antara tujuh lelaki yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun pekerja asing di daerah ini dan Ledang.

Kumpulan itu yang menjalankan kegiatan mereka sejak Februari lalu, menjadikan kawasan perindustrian dan rumah kongsi pekerja asing sebagai sasaran, ditahan dalam satu operasi khas di sekitar Muar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kumpulan itu yang disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun pekerja asing, biasanya bergerak pada waktu malam.

“Modus operandi mereka ialah bergerak menggunakan beberapa motosikal dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum menahan pekerja asing atau mengetuk pintu rumah kongsi dengan alasan mahu membuat pemeriksaan.

“Dalam kejadian terbaru jam 9.45 malam, 28 April lalu, enam daripada mereka yang menaiki lima motosikal menahan seorang pekerja warga Myanmar di kawasan perindustrian Tangkak dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum membelasah dan menyamun wang tunai RM120.

“Kira-kira sejam kemudian, kumpulan itu bergerak ke arah Muar dan singgah di sebuah rumah kongsi di Jalan Tambak Merah, Rawang. Mereka mengetuk pintu rumah kongsi warga Indonesia itu, memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum memukul dan menyamun mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ledang, disini, semalam.

Beliau berkata, kegiatan kumpulan itu berjaya dikesan apabila seorang mangsa mengecam nombor pendaftaran sebuah daripada motosikal yang digunakan suspek. Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 20 tahun di Parit Jawa, Muar, kira-kira jam 5 pagi, Sabtu lalu.

“Susulan penahanan suspek pertama itu, polis berjaya mengesan lapan lelaki lain, termasuk seorang warga Indonesia berusia 39 tahun,” katanya.


SUMBER: BERITA HARIAN, 07 MEI 2010

PULIH DARA WARISAN IBU

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

LEDANG: Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.

Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.

Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.

Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.

Katanya, pertemuan pertama mereka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan ketika itu seorang daripada mangsa menceritakan masalahnya yang kehilangan dara ingin memulihkannya.

Katanya, lelaki terbabit memberitahu dia mempunyai kebolehan memulihkan selaput dara berdasarkan ilmu diperturunkan ibunya yang bertugas sebagai pakar sakit puan sebelum mereka bersetuju menyewa bilik di sebuah pusat peranginan di sini pada hari kejadian.

“Apabila tiba di situ, Tok Muda mendakwa kononnya dia tahu sama ada seseorang itu masih dara atau tidak dengan hanya melihat tahi lalat di punggung serta bentuk tubuh wanita dan meminta kedua-dua mangsa berbogel di dalam tandas.

“Mangsa menuruti arahan suspek dan ketika berbogel, gambar mereka dirakam lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas itu suspek memberitahu kedua-dua mangsa mereka tiada dara, namun mendakwa dia boleh mengembalikan selaput berkenaan dengan syarat perlu melalui ritual iaitu hubungan seks tiga serangkai dengannya.

Katanya, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan mengikuti kehendak suspek, namun terpaksa akur selepas diugut gambar bogel mereka akan disebarkan jika berdegil.

Selesai dan puas melakukan upacara pelik itu, keesokannya lelaki terbabit meninggalkan mangsa di sebuah kedai dengan alasan terpaksa pulang segera kerana mendapat berita kematian ahli keluarganya.


“Alasan diberikan suspek diragui mangsa menyebabkan mereka pergi ke rumahnya di Johor Bahru sebelum mendapati ditipu. “Keluarga suspek mengakui tiada kematian berlaku menyebabkan kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan suspek di sebuah rumah di Johor Bahru, Selasa lalu.

Katanya, soal siasat mendapati suspek bukan saja mengadakan hubungan seks, malah memperdayakan kedua-dua mangsa supaya menggadai seutas rantai dianggarkan bernilai RM900 bagi menanggung kos perjalanan dan penginapan di pusat peranginan berkenaan.

“Suspek kini direman seminggu sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak perempuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Ini kerana perilaku, tindak-tanduk dan pergaulan sosial anak perlu sentiasa diperhatikan bagi memastikan mereka tidak terbabit pelbagai masalah dan gejala sosia,” katanya.

“Tindakan ini wajib dilakukan ibu bapa bagi memastikan pergaulan anak mereka mempunyai batas tertentu, sekali gus melahirkan generasi yang berguna,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 07 MEI 2010

11 TOP SPM STUDENTS GET LAPTOPS

ELEVEN top Sijil Pelajaran Malaysia students from five schools in Ledang last year were given a laptop each courtesy of the member of parliament for Ledang, Hamim Samuri.

The MP, who had pledged to reward top students with a laptop each during his motivational talks in the schools last year, handed over the laptops to the students at SMK Tun Mamat in Tangkak.

The five schools are SMK Tun Mamat, SMK Pei Hwa, SMK Ledang, SMK Bukit Gambir and SMK Sri Tangkak.

Three recipients from SMK Tun Mamat were Gan Li Fang, Umi Najihah Ahmad Fuad and Mohd Amirul Amin Moen while the three from SMK Pei Hwa were Pung Chew Kwee, Teo Sin Wee and Muhamad Syahril Mohd Latif. The recipients from SMK Ledang were Tey Seng Rou, Hanim Aziz and L. Thurairaj.

Mohd Syahireen Jamain of SMK Bukit Gambir and Lim Li Min of SMK Sri Tangkak also received a laptop each.

06 Mei 2010

PIBG, SKS5P ANJUR PROGRAM KEM ON 5A STAR


Para peserta Program Kem On 5A Star sedang mengikuti senaman pagi di Dataran Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan.
HAI ROZZAMAN JALAL | BERITA HARIAN

LEDANG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan (SKS5P) telah menganjurkan Program Kem On 5A Star dan Semai Kasih Tabur Budi 2010, baru-baru ini.

Program selama dua hari itu disertai 37 orang murid Tahun 6 yang bakal mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 23 murid Tahun 4 dan 5.

Yang DiPertua PIBG, Ahmad Mat Noor, berkata program yang diadakan dengan kerjasama Kems Resources, Ulu Tiram itu bertujuan untuk mengenal pasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri murid-murid yang menyertai program itu.

Katanya, anak-anak di peringkat umur ini perlu diberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab mereka kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“sasaran utama kita kepada calon yang bakal mengambil peperiksaan UPSR supaya mereka dapat dibentuk menjadi generasi yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kecemerlangan.

“Kita berharap input yang diperoleh mereka dalam program ini akan menjadi perangsang ke arah meningkatkan usaha dan komitmen mereka membina kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya akademik,” katanya.

Ahmad berkata, melalui program itu, peserta dapat mempraktikkan konsep 5K iaitu kejujuran dan keikhlasan, kerjasama, kepercayaan, keterbukaan dan kesefahaman dalam membantu mewujudkan suasana harmonis dan kondusif dalam persekitaran yang bermotivasi.

Menurutnya, program motivasi untuk ibu bapa juga telah diadakan sempena program itu bagi memberikan kesedaran dan perlunya tanggungjawab bersama dalam membina kecemerlangan anak-anak terutama selepas waktu persekolahan di mana mereka perlu memantau dan memberikan tunjuk ajar sepenuhnya.

SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 5 MEI 2010

04 Mei 2010

PROGRAM BANTU SEKOLAH

MUAR 3 Mei - Buat tahun kedua, penduduk Muar dan Ledang berpeluang untuk menerima bantuan barangan keperluan sekolah menerusi program 'Membeli-belah Untuk Sekolah' anjuran Kompleks Wetex Parade di sini.

Dengan hanya menyertakan resit pembelian, sebanyak 20 buah sekolah yang menerima undian terbanyak akan menerima bantuan kelengkapan secara keseluruhannya bernilai RM72,000.

Pengurus Pusat Hektar Black Sdn. Bhd., Mior Abdul Rahman berkata, program kemasyarakatan yang diadakan syarikatnya itu akan menghimpunkan undian dari tempoh 3 Mei hingga 27 Jun ini.

"Hanya dengan membeli-belah di Wetex, setiap sekolah yang dicalonkan akan mendapat satu mata bagi setiap RM1 nilai barangan yang dibelanjakan.

"Orang ramai cuma perlu membawa resit pembelian kepada kaunter pelanggan di Wetex dan kemudian memberitahu nama sekolah untuk mata tersebut diberikan," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, sebanyak 48 buah sekolah di daerah Muar dan Ledang terlibat dalam program berkenaan yang menawarkan hadiah utama bernilai RM22,000 merangkumi peralatan pendidikan dan baucer.

"Daripada respons terdahulu yang kami terima, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah memberi kerjasama yang amat baik," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 04 MEI 2010