PENGUNJUNG SETIA

29 Januari 2014

MRQ76 TINGKAT PENGELUARAN BERAS WANGI

KERJA menuai padi MRQ 76 yang kali pertama dihasilkan di Kampung Kesang Tasek dekat Kesang, Ledang, Johor, semalam.

LEDANG 28 Jan. - Daerah ini menjadi perintis memperkenalkan penggunaan benih padi baharu MRQ 76 di 1,531 hektar sawah di negeri ini dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan memenuhi permintaan terhadap beras wangi berkualiti tinggi.
 
Jenis tersebut yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjadikan kawasan kira-kira 2.4 hektar di Kesang Tasek, dekat sini sebagai projek perintis untuk melihat kesesuaian dan hasilnya.
 
Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi berkata, mengikut perancangan apabila jenis MRQ 76 berjaya ditanam dan mengeluarkan produktiviti tinggi di Kesang Tasek, benih baharu itu turut akan ditanam di daerah lain.
 
 
"Kesang Tasek menjadi model untuk seluruh negeri ini. Selepas ini kita akan gunakan varieti ini di semua kawasan sawah di Ledang iaitu di Kesang Tasek dengan keluasan 76 hektar, Kesang Gate (32.4), Pulau Penarek (50.7), Telok Rimba (151.52) dan Sawah Ring (270).
 
"Ledang menyumbang kira-kira 70 peratus hasil beras untuk negeri ini dan kita percaya selepas ini Mersing yang merupakan kawasan sawah padi kedua terbesar akan menggunakan benih baharu ini diikuti daerah lain," katanya ketika ditemui selepas majlis menuai padi baharu MRQ 76 di Kampung Kesang Tasek, hari ini.
 
Beliau berkata, varieti baharu itu mempunyai banyak keistimewaan, antaranya pokok tegak serta tegap dengan daun pengasuh yang panjang dan tegak, matang pada 117 hari selepas ditabur benihnya, selain tahan penyakit karah atau serangan kulat yang merosakkan tangkai dan daun serta tahan serangan bena perang iaitu serangan ulat, serangga, hawar daun bakteria, hawar seludang dan penyakit merah virus.
 
MRQ 76 turut menghasilkan beras seroi atau peroi yang lembut, melekit dan sedikit berketul serta mampu mencecah lima hingga enam tan metrik bagi satu hektar sawah dan boleh dijual RM1.60 sekilogram (kg) berbanding beras jenis lain seperti MR220CL1 dan MR220CL2 iaitu RM1.15 bagi satu kilogram.
 
"Benih jenis ini sesuai ditanam di kawasan yang bukan jelapang padi. Johor menjadi negeri keempat menggunakan benih ini selepas Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka," katanya sambil memberitahu benih tersebut mampu meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan kos penanaman atau penyelenggaraan kerana tidak perlu menggunakan racun atau baja kimia bagi mengawal serangga atau penyakit.
 
Abdullah berkata, MRQ 76 hanya menggunakan baja organik dihasilkan daripada najis ayam atau lembu dan kaedah tersebut mesra alam serta lebih selamat.
 
"Penggunaan varieti baharu ini juga disasar bagi mengurangkan 30 peratus atau kira-kira RM500 juta yang dibelanjakan untuk import beras wangi dari Vietnam, Thailand dan Kemboja bagi menampung keperluan dalam negara," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 JANUARI 2014

28 Januari 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN UBL, PUBL


Oleh Hai Rozzaman Jalal
Ledang: Faktor usia bukan penghalang pasukan UMNO Bahagian Ledang (UBL) menyahut cabaran beraksi menentang pasukan Pemuda UMNO Bahagian Ledang (PUBL) dalam perlawanan persahabatan bola sepak, di sini, kelmarin.

Pasukan UBL diketuai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hamim Samuri dan dibarisi pemain merangkumi timbalan ketua bahagian, Datuk Abdul Rahim Talib dan Setiausaha, Mohd Bahri Sakrani serta ahli jawatankuasa.

Buat serangan

PUBL pula membariskan Ketuanya, Sahrihan Jani bersama dengan Naib Ketua, Mohd Jamil Helmi Abd Ghani serta ahli jawatankuasa. Perlawanan persahabatan ini diadakan sempena Cabaran Aspirasi Rentap Bola di padang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang dekat Serom.

Dalam perlawanan itu, pemain kedua-dua pasukan menunjukkan bakat masing-masing dalam membuat serangan dan mempertahankan gawang daripada ditembusi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sementara itu, Hamim berkata, perlawanan persahabatan bola sepak itu bukan saja dapat mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan antara golongan muda dengan veteran malah menambah kecergasan diri.
 
SUMBER: BH SUKAN, 28 JANUARI 2014

27 Januari 2014

40 BEKAS PELAJAR SMBG TAHUN 1987 BERTEMU

Bekas pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir (SMBG), Ledang yang menyertai majlis Reunion X-SMBG 87/88 di Simpang 5 Pekan dekat Bukit Gambir.

Bekas pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir (SMBG), Ledang yang menyertai majlis Reunion X-SMBG 87/88 di Simpang 5 Pekan dekat Bukit Gambir. Foto: iNFOLEDANG
 
Ledang: Seramai 40 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir (SMBG), Ledang berjaya mengadakan Reunion X-SMBG 87/88 dalam usaha mengumpulkan rakan sepersekolahan yang telah lama terpisah.

 
Semua yang hadir adalah bekas pelajar yang belajar di sekolah itu pada 1987 hingga 1988 bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan antara mereka.

 
Penyelaras pertemuan, Zainuden Ahmad, 42, berkata idea menganjurkan pertemuan itu dicetuskan rakannya, Norshilawati Husin dan berusaha menjejak mereka melalui laman sosial dan telefon.

 
Katanya, pertemuan julung kali diadakan itu dapat menemukan rakan-rakan sepersekolahan yang antaranya telah terpisah lebih 20 tahun berikutan berpindah atau bertugas di luar Bukit Gambir.

 
“Pertemuan kali pertama ini sebagai permulaan untuk menemukan semula rakan sekolah di SMBG yang telah mempunyai kerjaya dan keluarga masing-masing.
 
“Bukan mudah untuk mengumpulkan mereka kerana masing-masing terikat dengan tugas dan komitmen keluarga. Pertemuan istimewa ini dapat mengimbau semula zaman persekolahan,” katanya yang menjadikan perkarangan rumahnya di Kampung Simpang 5 Pekan sebagai lokasi pertemuan itu.

 
Zainuden berkata, pertemuan itu diisi dengan aktiviti menarik seperti suai kenal, tahlil ringkas untuk ibu bapa, bekas guru serta rakan yang telah meninggal dunia, pelantikan jawatankuasa, sembang santai dan karaoke.

 
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Kehadiran rakan-rakan dapat mengeratkan persahabatan yang pernah terjalin suatu ketika dulu," katanya.

 
Rakannya, Lizah Tamyiz pula berkata, pertemuan kali pertama itu amat menyeronokkan apabila dapat bertemu dan bersembang dengan rakan-rakan sekolah yang terpisah lebih 20 tahun.

 
Katanya, reunion itu turut melantik Norshilawati sebagai pengerusi bagi merangka pertemuan yang lebih besar pada masa akan datang dan dihadiri lebih ramai rakan bekas pelajar SMBG.

 
“Kami akan menjadikan reunion ini sebagai acara tahunan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim bukan saja dengan rakan sekolah malah keluarga mereka.

 
“Pertemuan ini turut membuka peluang perniagaan dan kerjaya kerana dalam kalangan mereka terdiri daripada penjawat awam dan golongan korporat yang dapat membantu rakan lain atau anak-anak,” katanya yang tinggal di Johor Bahru.  -iNFOLEDANG
 


PERSIMPANGAN BERTINGKAT BUKIT GAMBIR MULA BEROPERASI

MULA beroperasi...beberapa buah kenderaaan melalui Plaza Tol Bukit Gambir di Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gambir, Ledang, Johor, hari ini.

LEDANG 26 Jan. - Persimpangan bertingkat Bukit Gambir di sini yang dibina dengan kos RM115 juta beroperasi secara rasmi mulai pukul 6 pagi ini.
 
Tol kedua yang dibina di daerah ini, terletak antara Plaza Tol Tangkak dan Pagoh iaitu di Kilometer (km) 157.1, Lebuhraya Utara-Selatan dengan jarak sejauh 12.1 km dari Plaza Tol Tangkak dan 14.8 km ke Plaza Tol Pagoh.
 
Tinjauan Utusan Malaysia di persimpangan bertingkat itu mendapati, laluan masih lenggang dengan kebanyakan pemandu kenderaan keluar masuk adalah dari daerah ini yang mahu merasai pengalaman melalui lebuh raya tersebut.
 
Bagi kenderaan yang masuk dari Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit Gambir, bayaran dikenakan RM1.80 (kereta), RM2.80 (lori kecil), RM7.20 (lori besar), RM0.90 (teksi) dan RM1.40 (bas) manakala dari Tol Pagoh ke Bukit Gambir, bayaran adalah RM2.20 (kereta), RM3.40 (lori kecil), RM4.50 (lori besar) dan RM1.10 (teksi/bas). - UTUSAN ONLINE

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 27 JANUARI 2014

26 Januari 2014

PLAZA TOL BUKIT GAMBIR ATASI KESESAKAN

Oleh Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh

Plaza Tol Bukit Gambir atasi kesesakan
Muhyiddin melihat peta laluan bertingkat Bukit Gambir pada majlis perasmiannya di Ledang, Johor, semalam. - Foto Syarafiq Abd Samad
     
Pembukaan persimpangan bertingkat beri manfaat penduduk Muar, Ledang

Tangkak: Jika sebelum ini Plaza Tol Pagoh dan Tangkak sentiasa sesak setiap kali cuti panjang, kini masalah itu diatasi dengan pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir.

Plaza tol baharu itu dibuka sepenuhnya mulai hari ini selepas pembukaan secara rasmi disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Muhyiddin berkata, persimpangan bertingkat Bukit Gambir ini dapat menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza tol sedia ada di Tangkak dan Pagoh.

Kos RM108 juta

Katanya, projek persimpangan itu dimulakan pada Ogos 2010 dengan kos RM108 juta yang dibiayai sepenuhnya PLUS, selain kos pengambilan tanah RM7 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan.

“Pembukaan persimpangan bertingkat ini memberi manfaat kepada penduduk daerah Muar dan Ledang, selain menjadi kemudahan akses kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS),” katanya ketika merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat itu.

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Muhyiddin berkata, kejayaan projek berkenaan adalah manifestasi kerajaan yang sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat.

Usaha sama sektor awam, swasta

“Ia juga membuktikan kejayaan hasil usaha sama dan sokongan padu yang dijayakan sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur negara.

“Saya yakin kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi setempat,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, syarikat konsesi lebuh raya perlu terus meningkatkan prestasi mereka pada tahap yang tinggi.

SUMBER: BH AHAD, 26 JANUARI 2014

TPM: TINGKAT PERKHIDMATAN LEBUH RAYA

Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
TANGKAK - Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di negara ini diminta memastikan prestasi perkhidmatan mereka sentiasa berada di tahap tinggi.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi memastikan pengguna lebuh raya mendapat kepuasan daripada perkhidmatan yang diberikan mereka.
 
"Usaha-usaha PLUS misalnya menaik taraf kawasan-kawasan rehat dan rawat (R&R) di Pagoh dan Machap telah memberikan faedah bukan sahaja kepada pengguna-pengguna lebuh raya tetapi juga memaparkan imej yang baik kepada negara khususnya Johor yang kini pesat membangun dengan adanya Wilayah Pembangunan Iskandar serta pusat tarikan pelancong seperti Legoland, Johor Premium Outlets dan sebagainya," katanya.
 
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuh Raya Utara Selatan di sini hari ini, beliau juga mahu agar rakyat mengambil peluang daripada kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan.
 
"Misalnya, dengan adanya persimpangan bertingkat Bukit Gambir ini, masyarakat setempat boleh mempromosikan keunikan atau menganjurkan acara-acara yang menarik minat orang datang ke sini, apatah lagi kita sekarang berada dalam Tahun Melawat Malaysia 2014 di mana ramai pelancong dijangka akan melawat negara kita," katanya.
 
Mengenai projek itu, Muhyiddin berkata ia manifestasi kerajaan yang sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat.
 
 
Ia juga membuktikan kejayaan hasil usaha sama dan sokongan padu yang dijayakan oleh sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur negara.
 
"Saya yakin, kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi setempat," katanya. 
 
 
Muhyiddin berkata persimpangan itu nanti bakal mengubah wajah sekitar Bukit Gambir yang kurang dikenali sebelum ini melalui projek-projek baharu seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
 
Ia juga dijangka merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan perindustrian di daerah Muar dan Ledang.
 
Persimpangan bertingkat yang dibina dengan kos RM108 juta itu mengurangkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan ke pekan Bukit Gambir kepada lima kilometer berbanding 25km sebelum ini dengan masa perjalanan hanya 10 minit. - Bernama
 
SUMBER: SINAR HARIAN, 26 JANUARI 2014

PASTIKAN KHIDMAT TERBAIK

Oleh FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS
Ledang: Syarikat konsesi lebuh raya di negara ini diminta memastikan prestasi perkhidmatan mereka berada di tahap tinggi demi pelanggan.
 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pihak sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta yang terbabit dalam sektor perkhidmatan perlu meneruskan usaha menyediakan perkhidmatan melebihi jangkauan.

“Usaha PLUS (Malaysia Berhad) contohnya yang menaik taraf kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) memberi faedah bukan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan namun turut memaparkan imej baik kepada negara di mata pelancong asing.

“Apatah lagi kita sekarang berada dalam Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mana ramai pelancong dijangka melawat negara kita,” katanya ketika merasmikan Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Hasni Mohammad yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri serta Pengerusi PLUS Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Muhyiddin berkata, projek persimpangan bertingkat itu bermula pada Ogos 2010 dan siap sepenuhnya dalam tempoh 38 bulan dengan kos RM108 juta.

Katanya, kedudukan persimpangan yang strategik akan memberi banyak manfaat kepada pengguna PLUS serta penduduk setempat.

“Persimpangan ini juga membuktikan kejayaan hasil usaha sama dan sokongan padu sektor awam dan swasta dalam pembangunan infrastruktur negara.

“Ia juga bagaikan satu manifestasi kerajaan yang sememangnya sentiasa mengutamakan kemudahan rakyat,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin menggesa rakyat mengambil peluang kemudahan infrastruktur disediakan kerajaan.

Katanya, dengan adanya persimpangan itu masyarakat setempat boleh mempromosikan keunikan atau menganjurkan acara yang dapat menarik minat orang datang berkunjung ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, Fadillah berkata, persimpangan baru itu bukan saja mengurangkan kesesakan lalu lintas di persimpangan Tangkak dan Pagoh, malah memendekkan jarak perjalanan ke bandar Muar terutama bagi pengguna dari arah utara.

“Sebelum pembukaan persimpangan ini, pengguna yang ingin ke Bukit Gambir dari Lebuhraya PLUS perlu menempuh perjalanan kira-kira 30 minit dengan jarak perjalanan 25 kilometer.

“Kini, dengan adanya persimpangan itu masa perjalanan hanya sekitar 10 minit dan membantu pengguna terutama pada musim perayaan atau cuti umum,” katanya.

SUMBER: METRO AHAD, 26 JANUARI 2014

KEPUASAN PENGGUNA MESTI DIUTAMAKAN - TPM

LEDANG 25 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya meningkatkan prestasi perkhidmatan sehingga tahap yang tinggi bagi memastikan kepuasan pelanggan.
 
Timbalan Perdana Menteri turut menggesa rakyat mengambil peluang daripada kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan berkenaan.
 
"Misalnya, dengan kewujudan Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir ini, masyarakat setempat boleh mempromosikan keunikan atau menganjurkan acara-acara yang menarik minat orang datang ke sini, apatah lagi kita sekarang dalam Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mana ramai pelancong dijangka akan melawat negara kita," katanya.
 
Beliau berucap merasmikan Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir di Lebuh Raya Utara Selatan bernilai RM108 juta di sini hari ini.
 
Persimpangan yang dibina sejak Ogos 2010 dan siap sepenuhnya 30 Disember lalu itu mengurangkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan ke pekan Bukit Gambir kepada lima kilometer berbanding 25 kilometer sebelum ini dengan masa perjalanan hanya 10 minit berbanding 30 minit sebelum ini.
 
Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.
 
Timbalan Perdana Menteri yakin kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini akan sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan dijangka merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan perindustrian di daerah Muar dan Ledang.
 
Sementara itu, Fadillah berkata, pembukaan persimpangan bertingkat Bukit Gambir yang akan mula beroperasi esok, akan dapat menyuraikan kesesakan trafik di Plaza Tol Tangkak dan Pagoh terutamanya pada musim-musim perayaan dan cuti umum.
 
"Melalui persimpangan ini pengguna hanya perlu mengambil masa 10 minit dengan jarak perjalanan lima kilometer untuk ke pekan Bukit Gambir berbanding 30 minit dengan jarak 25 kilometer ke Plaza Tol Tangkak atau Pagoh.
 
"Persimpangan ini mempunyai susur keluar masuk, jambatan dan lapan lorong selain kemudahan asas seperti surau, tandas dan tempat letak kereta," katanya.
 
Fadillah berkata, persimpangan itu mencipta satu kejayaan baharu kerana kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebanyak RM108 juta manakala urusan pengambilan tanah dibiayai kerajaan iaitu sebanyak RM7 juta.
 
SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 26 JANUARI 2014

24 Januari 2014

MUHYIDDIN RASMI PLAZA TOL BUKIT GAMBIR ESOK

LEDANG 23 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan Plaza Tol Bukit Gambir yang dibina dengan kos kira-kira RM80 juta, Sabtu ini.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan berkata, plaza tol itu akan menjadi mercu tanda dan memberi kesan terhadap ekonomi di Bukit Gambir yang sedang membangun dengan pelbagai kemudahan serta pembinaan prasarana baharu.
 
Beliau berkata, menerusi plaza tol tersebut yang mula dibina pada Ogos 2010, pengguna lebuh raya dapat menjimatkan masa perjalanan sama ada ke utara atau selatan tanpa perlu melalui Plaza Tol Tangkak atau Pagoh.
 
"Terdapat lapan kaunter iaitu masing-masing empat untuk keluar masuk ke lebuh raya dan tol ini akan beroperasi bermula pukul 6 pagi, Ahad ini. Antara keistimewaan Tol Bukit Gambir adalah mempunyai ruang legar dengan 14 tempat duduk.
 
"Kemudahan lain seperti tandas dan surau yang besar juga terdapat di tol ini yang boleh memuatkan tiga buah bas dan lebih 30 tempat letak kereta," katanya selepas membuat tinjauan persiapan majlis tersebut hari ini.
 
Beliau berkata, seramai 20 kakitangan akan ditempatkan di tol berkenaan yang dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya yang kini semakin bertambah di Plaza Tol Tangkak dan Pagoh.
 
Projek itu berjaya direalisasikan hasil usaha bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman serta bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Hamim Samuri yang juga Ahli Parlimen Ledang.
 
Mengenai perasmian tol itu, beliau berkata, majlis itu bermula pukul 9.30 pagi dan turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Hamim yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
 
Asojan berkata, selain majlis perasmian tersebut, kaunter pendaftaran untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibuka untuk mengemas kini dan menyemak semula nama para penerima.
 
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah antara pihak yang turut membuka kaunter dan premis masing-masing.
 
"Kita jangkakan kira-kira 3,000 pengunjung akan datang ke majlis perasmian Plaza Tol Bukit Gambir. Pihak penganjur akan sediakan perkhidmatan 15 buah van dan 10 bas untuk membawa orang ramai ke majlis perasmian nanti," katanya sambil memberitahu pengangkutan yang disediakan di hadapan Dewan Serbaguna Bukit Gambir dan pekarangan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang di Serom adalah percuma.
 
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 24 JANUARI 2014

23 Januari 2014

SEBANYAK 40 PERATUS KAWASAN KEBAKARAN BERJAYA DIPADAMKAN

M.Asojan (tengah) diiringi anggota bomba meninjau kawasan ladang kelapa sawit, kebun pisang dan kebun jambu yang terbakar sejak Jumaat lalu di Sengkang Batu 20 dekat Bukit Gambir Ledang, Johor, semalam.
 

LEDANG 22 Jan. - Kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 40 hektar ladang kelapa sawit, kebun pisang, kebun jambu dan belukar yang terbakar di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, dekat sini sejak Jumaat lalu berjaya dipadamkan.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, A. Hamid Awaludin berkata, usaha memadam kebakaran digiat dijalankan termasuk menggunakan beberapa pendekatan baharu bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
 
"Kaedah pemadaman api yang kita gunakan ialah dengan cara semburan secara terus ke punca-punca utama selain menggunakan alat perenjis air (sprinkler) dan membuat takungan yang bukan sahaja menjadi sumber air tetapi akan meresap dalam tanah.
 
"Dengan cara takungan ini tanah akan menjadi lembab sekali gus membantu memadamkan sekam dan bara api di bawah tanah yang berpotensi terbakar semula," katanya.
 
Beliau ditemui selepas sesi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan yang melawat kawasan kebakaran tersebut, di sini hari ini.
 
A. Hamid berkata, selain tiga kaedah itu, parit berdekatan juga disekat untuk membina empangan bagi memastikan sumber air tidak berkurangan supaya tidak menjejaskan kerja-kerja memadam kebakaran.
 
Menurutnya, keadaan cuaca panas terik serta berangin menyebabkan api sukar dikawal dan lebih memburukkan keadaan beberapa lokasi kebakaran baharu turut dikesan.
 
Beliau memberitahu, kawasan berkenaan adalah satu-satunya lokasi titik panas di daerah iniserta pernah terbakar pada 2011 disebabkan cuaca panas dan pembakaran terbuka dilakukan penduduk kampung.
 
"Kebakaran ini menyebabkan asap tebal, mujur kawasan yang terbakar itu agak jauh dari kawasan kampung. Seramai 40 anggota dari Balai Bomba Tangkak, Zon Muar, Segamat Putra, Segamat di  Jalan Abdullah, Labis dan Balai Bomba Bukit Gambir terlibat memadamkan kebakaran," katanya.
 
Sementara itu, Asojan meminta penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana akan memburukkan lagi keadaan meskipun kebakaran tersebut masih terkawal dan jauh dari penempatan mereka.
 
"Ini penting kerana pembakaran secara terbuka berisiko untuk merebak ke kawasan berhampiran. Semua pihak perlu beri kerjasama," katanya.
 
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 23 JANUARI 2014

21 Januari 2014

PEMBAKARAN TERBUKA PUNCA TANAH GAMBUT TERBAKAR

Ledang: Pembakaran terbuka dan cuaca panas dipercayai punca kira-kira 40 hektar tanah gambut milik pekebun di Sengkang Batu 20 dekat Bukit Gambir di sini, terbakar sejak Jumaat lalu.

Kawasan terjejas membabitkan ladang kelapa sawit, kebun pisang, jambu dan belukar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, A Hamid Awaludin, berkata operasi memadam kebakaran membabitkan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Zon Muar, Bukit Gambir, Tangkak, Labis, Segamat Jalan Abdullah dan Segamat Putra.

Kerja memadam 10 jam sehari


Kerja memadam dijalankan lapan jam setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang berikutan kawasan tanah gambut yang terbakar itu sukar dipadamkan.

Pasukan itu menggunakan enam van, sebuah lori, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan enam pam air untuk kemudahan logistik berikutan jentera bomba tidak boleh memasuki kawasan kebakaran.

"Cuaca panas dan angin kuat menyukarkan kerja memadam api. Operasi itu membabitkan penggunaan air parit, selain membina takungan air bagi mengekalkan paras air.

"Setakat ini, kira-kira 20 peratus kawasan kebakaran berjaya dipadamkan dan kami berusaha untuk mengawal dan memadamkan kebakaran dengan segera," katanya.

SUMBER: BH 21 JANUARI 2014

46 HEKTAR LADANG, HUTAN TERBAKAR

Oleh Zulhisham Isahak
 Pegawai operasi Bomba dan Penyelamat Zon Muar, Bakariah Mohd. Salleh (kanan) bersama A. Hamid Awaludin melihat kesan kebakaran di Bukit Gambir, Ledang, Johor, semalam.
 
LEDANG 20 Jan. - Lebih 46 hektar ladang kelapa sawit, kebun pisang dan jambu termasuk hutan milik persendirian hangus terbakar di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, dekat sini, sejak Jumaat lalu.

 
Kebakaran di kawasan tanah gambut berkenaan dipercayai akibat cuaca panas ketika ini serta pembakaran terbuka dilakukan penduduk kampung yang merebak ke kawasan ladang.

 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, A. Hamid Awaludin berkata, pihaknya menerima maklumat awal pada hari kejadian sebelum menghantar sepasukan anggotanya termasuk bantuan dari balai bomba berdekatan untuk memadam kebakaran.

 
Menurutnya, operasi tersebut membabitkan seramai 40 anggota dari Balai Bomba Zon Muar, Bukit Gambir, Tangkak dan Labis serta dua Balai Bomba Segamat di Jalan Abdullah dan Bandar Putra.

 
"Kerja-kerja memadam api dilakukan selama lapan jam setiap hari bermula 8 pagi sehingga 6 petang berikutan kawasan kebakaran di tanah gambut yang sukar dipadamkan.

 
"Setakat ini kira-kira 20 peratus kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan, namun kita sedang berusaha sedaya-upaya untuk memadamkan keseluruhannya dengan segera," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran hari ini.

 
Beliau berkata, keadaan cuaca yang panas dan berangin sedikit menyukarkan kerja-kerja pemadaman, namun bukan penghalang kepada pihaknya untuk mengawal api daripada merebak.

 
Tambahnya, bekalan air diperoleh dari parit di kawasan kebakaran dengan menggunakan pam bagi memadamkan api supaya tidak merebak ke kawasan berhampiran malah pihaknya juga sudah membina empangan untuk menaikkan paras air parit kerana paras air sedia ada semakin berkurangan.

 
"Kita menggunakan enam van, satu lori, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan enam pam untuk kemudahan logistik memandangkan jentera bomba tidak dapat memasuki kawasan itu," katanya.

 
Dalam pada itu, A. Hamid menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana faktor cuaca semasa ketika ini boleh menyumbang kepada berlakunya pembakaran yang besar serta tidak terkawal.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 21 JANUARI 2014

20 Januari 2014

LKIM AGIH ELAUN RM83.3 JUTA

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
Khairunnisak Omar (dua dari kiri) mengiringi Abd. Razak Minhat (kiri) menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Ledang, baru-baru ini.
 
LEDANG 19 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah mengagihkan sebanyak RM83.3 juta kepada kira-kira 12,000 nelayan di negeri ini sebagai elaun sara hidup sejak lebih lima tahun lalu dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka.

 
Timbalan Pengarah LKIM Johor, Khairunnisak Omar berkata, jumlah tersebut diberikan kepada nelayan yang berdaftar dengan persatuan nelayan kawasan (PNK) masing-masing sejak elaun tersebut mula diperkenalkan pada Jun 2008.

 
"Jumlah terbesar diberikan kepada nelayan di Batu Pahat iaitu RM15.1 juta diikuti Johor Selatan (RM14.77 juta) dan Muar (RM14.05 juta). Elaun bulanan RM200 itu diberikan kepada pemilik individu lesen vesel perikanan atau lesen menangkap ikan yang sah.

 
"Elaun itu turut diberikan kepada pekerja dalam kalangan warga tempatan iaitu mereka yang memiliki kad nelayan dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia. Semua penerima mesti menjadi ahli PNK supaya insentif atau apa-apa bantuan dapat disalurkan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian elaun sara hidup kepada 230 nelayan kawasan Ledang di Dewan Serbaguna Taman Tun Syed Nasir, di sini baru-baru ini.

 
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat dan Pengarah Perikanan Negeri Johor Hamid Yasin.

 
Untuk itu, Khairunnisak mengingatkan nelayan di negeri ini yang masih tidak mendaftar sebagai ahli supaya segera berbuat demikian kerana mereka berpeluang mendapat pelbagai bantuan kerajaan seperti insentif tangkapan, subsidi petrol, bantuan bencana alam, baik pulih rumah, pinjaman tanpa faedah melalui dana nelayan untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan.

 
Dalam sidang akhbar selepas itu, beliau mengingatkan pemborong, peraih dan pembekal termasuk peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan sesuka hati berikutan terdapat aduan di beberapa daerah yang berdepan dengan keadaan tersebut.

 
"Terdapat segelintir pemborong, peraih dan pembekal didapati menyorokkan bekalan ikan dan hanya menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan berlipat ganda semasa hasil berkurangan terutama musim tengkujuh.

 
"Faktor lain menyebabkan bekalan ikan kurang kebelakangan ini sehingga membuatkan harganya tidak menentu ialah keadaan laut bergelora yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun menangkap ikan. Namun, ia akan diatasi dengan pengeluaran stok pelbagai jenis ikan beku yang lebih murah daripada harga semasa," katanya lagi.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 20 JANUARI 2014

19 Januari 2014

WUJUD RANTAIAN BEKALAN BAHARU, HAPUSKAN MANIPULASI

LEDANG 18 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan rantaian bekalan baharu melibatkan agensi dan syarikat milik kerajaan (GLC) bagi menghapuskan pemborong yang memanipulasikan harga barang sehingga mengakibatkan kenaikan kos sara hidup baru-baru ini.
 
 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, langkah itu merupakan antara penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang, sekali gus dapat menghapuskan monopoli pihak tidak bertanggungjawab.
 
 
"Bagi menangani masalah ini, mana-mana syarikat GLC seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Felda, Tabung Haji, Sime Darby dan beberapa syarikat di bawah Khazanah Nasional perlu bekerjasama mewujudkan rantaian bekalan baharu.
 
 
"Selepas itu kita boleh wujudkan satu mekanisme untuk memasar atau menghantar barang-barang keperluan asas sama ada dengan menyewa treler dan terus dihantar ke kedai-kedai runcit. Ini boleh dilakukan kerana kerajaan mempunyai kuasa dan kemampuan.
 
 
"Kita mahu beritahu pihak tidak bertanggungjawab ini 'permainan' mereka sudah tamat. Kerajaan akan buat apa sahaja untuk tangani isu ini dan tidak akan biarkan rakyat terus sengsara dengan permainan mereka," katanya selepas merasmikan Program Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Takzim 2014 di Sekolah Kebangsaan Serom 3 di sini hari ini.
 
 
Beliau mengulas perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pemborong yang dikatakan sebagai punca kenaikan harga barang secara mendadak di seluruh negara dalam kegiatan yang dipercayai didalangi pihak tertentu yang ingin membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
 
Mengulas lanjut Hamim berkata, langkah tersebut perlu dilakukan kerana perbuatan pemborong memanipulasi harga sudah melampau dan juga kerajaan perlu menarik balik lesen atau permit yang diberikan selain menyenaraihitamkan mereka.
 
 
Tegas beliau, mereka wajar ditukar dengan pemborong baharu jika dirasakan masih perlu khidmat pemborong kerana perbuatan yang dilakukan menyusahkan rakyat dan boleh merosakkan negara.
 
 
"Melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, siasatan ke atas rantaian bekalan melibatkan pengimport, pemborong, pengedar dan pembekal dan peruncit perlu dilakukan.
 
 
"Mereka ini sudah lama bermaharajalela dan perlu 'diajar'. Siasatan juga perlu dilakukan siapa dalang di sebalik permainan ini," katanya dan menyifatkan perbuatan itu sebagai satu sabotaj bermotifkan politik untuk menjatuhkan kerajaan secara halus.
 
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 19 JANUARI 2014

18 Januari 2014

LARANG EKSPORT 'IKAN RAKYAT' KE SINGAPURA

Oleh Shaiffulazhar Misri


Ledang: Sebanyak sembilan spesies ikan `rakyat' dilarang untuk dieksport ke Singapura berkuatkuasa 1 hingga 28 Januari ini bagi memastikan bekalan di Johor mencukupi untuk menampung keperluan pengguna menjelang Tahun Baharu Cina.

Ikan yang dilarang dieksport itu membabitkan jenis bawal putih, udang besar, kembung, selar, cencaru, selayang, tenggiri dan beberapa spesies air tawar seperti talapia dan keli.

Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor, Khairunnisak Omar, berkata langkah itu dilaksanakan bagi menangani masalah kekurangan bekalan selain mengawal kenaikan harga ikan.

Dikawal ikut kuota

"Selain jenis ikan rakyat itu, ikan lain dibenarkan untuk dieksport pada tempoh berkenaan tetapi dikawal mengikut kuota ditetapkan. Pengeksport perlu mendapat kebenaran dalam tempoh sehari sebelum dihantar ke negara jiran berdasarkan kuantiti dibenarkan.

"Kita mahu bekalan ikan di negeri ini cukup sebelum ia dieksport ke negara jiran. Kebiasaannya, Singapura akan mengeksport pula ke negara luar selepas mendapat bekalan ikan dari sini," katanya selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Tunai Persatuan Nelayan Kawasan Ledang kepada 120 nelayan berjumlah RM24,400 di Dewan Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat dan Pengarah Perikanan Negeri Johor, Hamid Yassin.

Khairunnisak berkata, sejak larangan mengeksport itu dikuatkuasakan, pihaknya mengesan cubaan pihak tidak bertanggungjawab membawa keluar ikan berkenaan secara haram ke negara jiran.

INFO

Spesies ikan `rakyat¿ dilarang dieksport ke Singapura

* jenis bawal putih, udang besar, kembung, selar, cencaru, selayang, tenggiri dan beberapa spesies air tawar seperti talapia dan keli

SUMBER: HARIAN METRO, 18 JANUARI 2014

LKIM TUMPAS CUBAAN SELUDUP IKAN, UDANG

Ledang: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mematahkan enam kes cubaan menyeludup ikan serta udang besar dilarang eksport ke Singapura sepanjang tempoh larangan pada dua minggu pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah LKIM Johor Khairunnisak Omar berkata, larangan eksport terhadap lapan jenis ikan iaitu kembung, selar, cencaru, selayang, tenggiri, keli, tilapia dan bawal putih itu dilaksanakan bermula 1 hingga 28 Januari ini sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Sehubungan itu, kata beliau, LKIM Johor bekerjasama dengan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk mengetatkan lagi penguatkuasaan di dua pintu keluar ke negara jiran iaitu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta di Lebuhraya Linkedua.

"Sejak larangan itu dikuatkuasakan, ada cubaan pihak tidak bertanggungjawab mengeksport ikan berkenaan serta udang besar ke Singapura.

"Bagaimanapun, cubaan itu dipatahkan petugas di Pusat Kuarantin Pertanian dan Perikanan (MQIS) di dua pintu keluar berkenaan.

"Berikutan itu, kami sudah mempertingkatkan kawalan dengan melakukan pemeriksaan lebih rapi terhadap setiap kotak makanan laut berkenaan yang hendak dibawa keluar dari negara ini," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 230 nelayan kawasan Ledang di Dewan Serbaguna Taman Tun Syed Nasir di sini, kelmarin.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berkaitan permintaan beberapa pengusaha yang mahu mengeksport ikan serta udang besar berkenaan berikutan permintaan berterusan daripada pengusaha di Singapura, Khairunnisak berkata, mereka boleh membuat permohonan berdasarkan kuota ditetapkan.

SUMBER: HARIAN METRO, 18 JANUARI 2014

17 Januari 2014

BELANG LEDANG WARRIOR B

Oleh Rozzaman Jalal
Ledang: Pasukan Ledang Warrior B mengungguli Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Rentap Bola selepas menewaskan Padang Lalang FC pada perlawanan akhir baru-baru ini.

Pasukan itu meraih RM1,000 serta medal, manakala Padang Lalang FC RM700 dan medal.

Kejohanan yang disertai 33 pasukan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri.

Ketua Pemuda UMNO Ledang, Sahrihan Jani, berkata program Rentap Bola adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program Jelajah Aspirasi Pemuda bagi mendekatkan kepimpinan parti dengan golongan muda di peringkat akar umbi.

33 pasukan bertanding terdiri daripada 14 pasukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, 10 dari DUN Gambir manakala 9 pasukan dari DUN Tangkak.

Tempat ketiga milik Pemuda Sungai Mati FC (RM400) dan keempat Jalan Ahmad FC (RM200).

Hadiah disampaikan Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Mohammad Abu Bakar.

SUMBER: HARIAN METRO, 17 JANUARI 2014

16 Januari 2014

SMA LOGHATUL QURAN UNGGULI PERARAKAN DAERAH LEDANG

Hamim Samuri (dua dari kanan) bersama Ab. Han Ramin (dua dari kiri) mengetuai perarakan 70 kontinjen dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang di Dataran Ledang, Tangkak, kelmarin. 
 
LEDANG 15 Jan. - Sekolah Menengah Agama (SMA) Loghatul Quran, Kesang Tasek, dekat sini menggondol dua hadiah bagi pertandingan kategori sepanduk terbaik dan kontinjen terbaik dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ledang, hari ini.


Sekolah itu mengalahkan 16 pasukan lain dalam kontinjen sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang turut disertai 64 kontinjen lain melalui perarakan sejauh dua kilometer dari Perhentian Bas dan Teksi Tangkak ke Dataran Ledang.


Sementara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ledang memenangi hadiah sepanduk terbaik kategori jabatan kerajaan manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan pemenang bagi kategori badan berkanun.


Dalam pertandingan kontinjen terbaik perarakan, Pejabat Pendidikan Agama Daerah (PPAD) Ledang muncul juara kategori jabatan kerajaan manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Serom 1 memenangi kategori badan bukan kerajaan (NGO) dan kampung.


Perarakan itu disertai 80 kontinjen dan disertai lebih 4,000 pengunjung manakala perasmian disempurnakan Pegawai Daerah Ledang, Ab. Han Ramin dan tazkirah disampaikan Pegawai Undang-Undang Syariah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Mejar Mohd. Nadzri Musman.


Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom Abd. Razak Minhat; Pentadbir Tanah Daerah, Shafei Ahamad dan Kadi Ledang, Mohd. Zaini Mohd. Salleh.


Ab. Han dalam ucapannya berkata, umat Islam perlu memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan Islam yang sebenar dan betul berasaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan mereka terjerumus ke lembah kebinasaan.


Katanya, pada hari ini banyak kepincangan akhlak dipaparkan dalam berita semasa menunjukkan seolah-olah keadaan sudah kembali kebelakang sebagaimana zaman jahiliah.


"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, mereka perlu menapis budaya Barat menggunakan piawaian syariah Islam bukan menerima bulat-bulat. Melalui pengetahuan ilmu agama saja kita dapat membendung kepincangan dan kecelaruan serta menimbang sesuatu yang baik atau buruk," katanya.


Ab. Han berkata, asas akidah yang kukuh amat penting disokong kefahaman ilmu akhlak dan ibadat yang mantap untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 16 JANUARI 2014

15 Januari 2014

BILA MAHU SIAP?

Oleh Shaiffulazhar Misri

Ledang: Seorang ibu tunggal dan lima anaknya terpaksa tinggal di rumah sumbangan Baitulmal yang tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik serta air selain kolam tadahan najis tidak bertutup akibat kerja pembinaannya tertangguh.

Zarinah Ibrahim, 47, berkata, mereka menghuni rumah yang terletak di Lorong Kenangan, Parit Bunga di sini, sejak November lalu.

"Saya memohon bantuan rumah daripada Baitulmal dan diluluskan pada 25 Oktober 2012. Sebelum ini, kami menetap bersama ibu saya sejak 2010 selepas suami meninggal dunia akibat penyakit misteri.

"Selepas permohonan diluluskan, rumah dibina dan menurut kontraktor dilantik, ia akan siap sepenuhnya pada September tahun lalu," katanya, semalam.

Bagaimanapun, ia tidak seperti dijangka dan mereka enam beranak berpindah ke rumah berkenaan kira-kira sebulan kemudian.

Menurut Zarinah, dia berpindah ke rumah yang masih belum sempurna kerana anaknya yang berumur 10, 14, 17, 19 dan 21 tahun memerlukan ruang secukupnya untuk keselesaan serta mengulang kaji pelajaran.

"Selain itu, ibu turut menjaga anak saudara saya. Saya tidak mahu menyusahkannya. Saya turut mendapatkan bantuan elektrik dan air daripada jiran.

"Pada masa sama, anak kedua, Zaza Hazlina Zaini, lumpuh separuh badan sejak lapan bulan lalu akibat penyakit urat saraf," katanya.

Menurut Zarinah, Zaza Hazlina hanya mampu berbaring selain duduk dan dia perlu memandikan serta menyuap makanan untuk remaja berkenaan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan bulanan persekolahan tiga anak sebanyak RM100 seorang.

"Saya mohon masalah rumah kami ini dapat diselesaikan, itu saja," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 JANUARI 2014

13 Januari 2014

33 PASUKAN SERTAI BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH


Oleh Hai Rozzaman Jalal


Ledang: Sebanyak 33 pasukan menyertai perlawanan bola sepak sembilan sebelah sempena program Rentap Bola anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ledang di padang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, di sini, baru-baru ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak 14 pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, manakala DUN Gambir (10) dan DUN Tangkak (9).

Ledang Warrior B

Dalam perlawanan akhir, pasukan Ledang Warrior B muncul juara selepas menewaskan Padang Lalang FC.

Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala manakala lawannya itu, menerima wang tunai RM700 dan medal.

Tempat ketiga pula menjadi milik Pemuda Sungai Mati FC untuk menerima wang tunai RM400 dan medal.

Pertandingan ini dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri, manakala hadiah kepada pemenang disampaikan Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Mohammad Abu Bakar.

Ketua Pemuda UMNO Ledang, Sahrihan Jani, berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program Cabaran Aspirasi Pemuda UMNO Ledang bagi mendekatkan kepimpinan parti itu dengan golongan muda di peringkat akar umbi.

Selain itu, katanya, ia juga bagi memenuhi cita rasa golongan muda dalam bidang sukan, menerusi cabaran Rentap Bola.

"Kita percaya menerusi pertandingan ini, pemain berpotensi boleh diketengahkan untuk mewakili daerah pada pertandingan peringkat negeri," katanya.

SUMBER: BH SUKAN, 13 JANUARI 2014

CIKGU AJAK MURID BERGADUH SUDAH DISIASAT

Ledang: Siasatan terhadap seorang guru sekolah di Labis dekat sini, yang didakwa mengajak seorang murid bergaduh selepas menamparnya tiga kali kerana makan sambil berdiri sudah dijalankan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata, guru berkenaan disiasat pihak sekolah berkenaan dan sebarang keputusan terhadapnya akan dibuat berdasarkan laporan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat dalam masa terdekat.

"Kita akan mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara ini dan pihak jabatan akan berlaku adil kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata mengenai aduan seorang bapa berikutan anaknya Mohamad Hambali, 11, murid tahun lima mendakwa ditampar di pipi dari arah belakang sebanyak tiga kali pada waktu rehat, Khamis lalu.

Bapa murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, mendakwa tamparan kuat guru terbabit menyebabkan anaknya terjatuh di tepi longkang kantin.

Guru didakwa tidak bertanya terlebih dulu sebab anaknya bertindak makan sambil berdiri ketika itu.

Dakwanya, anaknya yang juga seorang pengawas sekolah itu dikatakan makan sambil berdiri untuk memberi tempat duduk kepada murid lain.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Labis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat serta dilaporkan ke PPD Segamat.

Mohd Nor mengakui tindakan seperti yang didakwa tidak seharusnya dilakukan oleh seorang guru dan mereka perlu mengikut prosedur serta peraturan ditetapkan dengan tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap murid.

Katanya, sebarang tindakan yang tidak mematuhi prosedur atau peraturan akan memberi kesan atau tanggapan tidak baik bukan hanya kepada imej warga pendidik tetapi juga pihak sekolah serta jabatannya.

SUMBER: HARIAN METRO, 13 JANUARI 2014

MDT SIASAT KEBAKARAN KILANG PRODUK KECANTIKAN

LEDANG 12 Jan. - Majlis Daerah Tangkak (MDT) akan menyiasat status kilang produk kecantikan di Kampung Sri Sengkang, Bukit Gambir dekat sini yang terbakar baru-baru ini sama ada mempunyai lesen atau beroperasi secara haram.

Yang Dipertuanya, Ab. Han Ramin berkata, pada peringkat permulaan pihaknya telah meminta pihak berkaitan terutamanya bomba dan penyelamat untuk menyiasat kejadian ini.


"Siasatan berkenaan untuk mengetahui sama ada kilang berkenaan mengeluarkan produk yang berbahaya kepada kesihatan penduduk setempat atau sebaliknya.


"Sehingga kini MDT tidak menerima aduan atau permohonan semula daripada pihak kilang untuk meneruskan operasi. 


''Jika mereka berbuat demikian, kita akan menyiasat dengan lebih lanjut sebelum mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas rungutan kira-kira 1,000 penduduk di kampung tersebut yang bimbang kerana kilang tersebut yang terbakar pada 29 Disember lalu menghasilkan bau kurang menyenangkan dipercayai bahan kimia selepas beberapa hari insiden itu berlaku.


Mereka khuatir pencemaran bau tersebut merupakan hasil tindak balas bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Bau berkenaan boleh dihidu kerana jarak antara kilang dengan rumah penduduk hanya kira-kira 20 meter, tidak seperti peraturan yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 100 meter antara rumah dan kilang.


Mengulas lanjut, Ab. Han meminta penduduk setempat yang terjejas supaya mengemukakan aduan lengkap bagi memudahkan MDT dan pihak terbabit mengenal pasti punca serta masalah berkenaan.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 JANUARI 2014

TUNTUTAN PALSU: BEKAS PEGAWAI PENERANGAN DIDAKWA

JOHOR BAHRU 13 Jan. - Bekas Pegawai Penerangan Daerah Ledang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,500 kepada Jabatan Penerangan negeri, enam tahun lalu.


Zaid Md. Amin, 60, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.


Pesara kerajaan itu didakwa memperdayakan Jabatan Penerangan negeri dengan membuat pesanan kerajaan bagi perkhidmatan penyediaan makan dan minum Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pejabat Daerah Ledang pada 18 Mei dan 4 Ogos 2009.


Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000.


Mohamad Haldar membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari ini pengurusan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE

SUMBER: UTUSAN ONLINE, 13 JANUARI 2014

BANTU PELAJAR KENALI PEMIMPIN

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

MOHD. Nor A Ghani (tengah baris hadapan) bersama guru-guru dalam Majlis Perasmian Dewan Tun Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat di Tangkak, Ledang, Johor, semalam.
 
 
LEDANG 12 Jan. - Arahan menggantung gambar pemimpin negara dan negeri di semua 1,117 sekolah rendah dan menengah di negeri ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana tujuan berbuat demikian bagi membantu pelajar mengenal pemimpin.
 
Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Nor A. Ghani berkata, kaedah itu dapat menyemai rasa hormat terhadap pemimpin, seiring dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
 
"Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu, malah kita menggalakkan gambar pemimpin dipasang di setiap bilik darjah supaya pelajar tahu dan mengenali pemimpin negara.
 
"Pada saya, apa yang menjadi isu apabila pihak sekolah tidak memasang gambar berkenaan dan sepatutnya gambar itu digantung kerana kita tidak mahu pelajar tidak mengenali pemimpin negara," katanya selepas merasmikan Dewan Tun Mamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat di Tangkak di sini semalam.
 
Yang turut hadir, Pengetua SMK Tun Mamat, Mahmud Sarlan dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohamad Mohd. Said.
 
Mohd. Nor berkata, semua sekolah di negeri ini diwajibkan menggantung gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor, Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Menteri Besar yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.
 
"Di Johor terdapat tujuh gambar yang perlu diletakkan di setiap bilik darjah dan pada saya usaha ini atas inisiatif pihak sekolah berkenaan untuk melaksanakannya.
 
"Kalau perlu dibeli mungkin pihak sekolah boleh menggunakan wang sekolah yang dibenarkan untuk pembelian bahan tersebut terutamanya sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ini merupakan arahan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof," katanya.
 
Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Nor menasihatkan semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dan bakal melangkah ke menara gading supaya mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi untuk menghadapi cabaran sebagai sebuah negara maju.
 
Beliau berkata, persiapan itu penting kerana pengisian sebuah negara maju bukan sekadar sumber manusianya yang berasaskan ilmu pengetahuan, malah kemantapan pemikiran kerana keadaan dan keperluan semasa sentiasa berubah-ubah.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 JANUARI 2014

12 Januari 2014

1,117 SEKOLAH DI JOHOR DIMINTA GANTUNG POTRET PEMIMPIN 柔教育局指示1117中小學 課室掛國家領袖肖像

柔教育局指示1117中小學 課室掛國家領袖肖像

 Róu jiàoyù jú zhǐshì 1117 zhōng xiǎoxué kèshì guà guójiā lǐngxiù xiàoxiàng
 
 
(東甲11日訊)柔佛州教育局主任莫哈末諾已下達口頭指示,促州內1117所中小學,在所有課室內張掛國家與州領袖肖像。
 
 他說,教育總監拿督凱爾之前已口頭指示,全國所有學校課室張掛國家與州領袖的肖像。
 
 “目前只收到口頭指示,仍未接獲通令,我也只是發出口頭指示,要州內1117所中小學,在每間課室內掛起領袖肖像。”
 莫哈末諾今日巡視禮讓縣敦瑪末國中,並為該校禮堂主持開幕啟用儀式後,在記者會上這麼指出。
必須採用官方肖像
 他認為,在課室內張掛國家領袖肖像不是課題,不掛才是課題。
 他說,原本就應在課室內掛上領袖肖像,讓學生認識國家領袖,並培養愛國情操。
 “總監當時發出口頭指示時稱,所有學校的課室需掛上國家領袖肖像,國陣執政州屬需要掛上州務大臣的肖像,但總監沒指示民聯執政州,是否需掛州務大臣或元首的肖像。”
 莫哈末諾透露,柔州境內每間課室將掛起7張肖像,包括國家元首及元首后、蘇丹及蘇丹后、首相、副首相及州務大臣。
 “此外,必須採用官方式肖像,費用將通過學校的行政費或是由校長安排,目前也未給期限完成有關掛肖像工作。”
 莫哈末諾較早時說,他將在本月15日退休,希望學生有良好紀律,在學業與學術都取得好成績,以便日後在社會有好表現。
瑪末沙利安︰學校需家長配合
提供更全面教育
敦瑪末國中校長瑪末沙利安強調,校方需要家長全力配合,才能提供更全面的教育。
 他說,如果一間學校希望有更好的發展,就需獲得家長的配合與支持。
 “有了家長的合作,學生才能取得健全的教育。”
 家教協會主席拿督阿都拉曼則說,為讓孩子健全發展,所有家長將會盡全力配合校方。
 他也呼吁家長踴躍參加校方舉辦的活動,讓孩子更有歸屬感。
 
(Dōng jiǎ 11 rì xùn) róufú zhōu jiàoyù jú zhǔrèn mò hā mò nuò yǐ xiàdá kǒutóu zhǐshì, cù zhōu nèi 1117 suǒ zhōng xiǎoxué, zài suǒyǒu kè shìnèi zhāngguà guójiā yǔ zhōu lǐngxiù xiàoxiàng.
 
Tā shuō, jiàoyù zǒngjiān ná dū kǎi ěr zhīqián yǐ kǒutóu zhǐshì, quánguó suǒyǒu xuéxiào kèshì zhāngguà guójiā yǔ zhōu lǐngxiù de xiàoxiàng.
 
“Mùqián zhǐ shōu dào kǒutóu zhǐshì, réng wèi jiē huò tōnglìng, wǒ yě zhǐshì fāchū kǒutóu zhǐshì, yào zhōu nèi 1117 suǒ zhōng xiǎoxué, zài měi jiān kè shìnèi guà qǐ lǐngxiù xiàoxiàng.”
 
Mò hā mò nuò jīnrì xúnshì lǐràng xiàn dūn mǎ mò guózhōng, bìng wèi gāi xiào lǐtáng zhǔchí kāimù qǐyòng yíshì hòu, zài jìzhě huì shàng zhème zhǐchū.
 
Bìxū cǎiyòng guānfāng xiàoxiàng Tā rènwéi, zài kè shìnèi zhāngguà guójiā lǐngxiù xiàoxiàng bùshì kètí, bù guà cái shì kètí.
 
Tā shuō, yuánběn jiù yīng zài kè shìnèi guà shàng lǐngxiù xiàoxiàng, ràng xuéshēng rènshi guójiā lǐngxiù, bìng péiyǎng àiguó qíngcāo.
 
“Zǒngjiān dāngshí fāchū kǒutóu zhǐshì shí chēng, suǒyǒu xuéxiào de kèshì xū guà shàng guójiā lǐngxiù xiàoxiàng, guó zhèn zhízhèng zhōu shǔ xūyào guà shàng zhōu wu dàchén de xiàoxiàng, dàn zǒngjiān méi zhǐshì mín lián zhízhèng zhōu, shìfǒu xū guà zhōu wu dàchén huò Yuánshǒu de xiàoxiàng.”
 
Mò hā mò nuò tòulù, róu zhōu jìngnèi měi jiān kèshì jiāng guà qǐ 7 zhāng xiàoxiàng, bāokuò guójiā yuánshǒu jí yuánshǒu hòu, sūdān jí sūdān hòu, shǒuxiàng, fù shǒuxiàng jí zhōu wu dàchén.
 
“Cǐwài, bìxū cǎiyòng guān fāngshì xiàoxiàng, fèiyòng jiāng tōngguò xuéxiào de xíngzhèng fèi huò shì yóu xiào cháng ānpái, mùqián yě wèi gěi qíxiàn wánchéng yǒuguān guà xiàoxiàng gōngzuò.”
 
Mò hā mò nuò jiào zǎo shí shuō, tā jiàng zài běn yuè 15 rì tuìxiū, xīwàng xuéshēng yǒu liánghǎo jìlǜ, zài xuéyè yǔ xuéshù dōu qǔdé hǎochéngjī, yǐbiàn rìhòu zài shèhuì yǒu hào biǎoxiàn.
 
Mǎ mò shā lì'ān︰xuéxiào xū jiāzhǎng pèihé Tígōng gèng quánmiàn jiàoyù Dūn mǎ mò guózhōng xiàozhǎng mǎ mò shā lì'ān qiángdiào, xiàofāng xūyào jiāzhǎng quánlì pèihé, cáinéng tígōng gèng quánmiàn de jiàoyù.
 
Tā shuō, rúguǒ yī jiàn xuéxiào xīwàng yǒu gèng hǎo de fāzhǎn, jiù xū huòdé jiāzhǎng de pèihé yǔ zhīchí.
 
“Yǒule jiāzhǎng de hézuò, xuéshēng cáinéng qǔdé jiànquán de jiàoyù.”
 
Jiājiào xiéhuì zhǔxí ná dū ā dū lā màn zé shuō, wèi ràng hái zǐ jiànquán fāzhǎn, suǒyǒu jiāzhǎng jiāng huì jìn quánlì pèihé xiàofāng.
 
Tā yě hūyù jiāzhǎng yǒngyuè cānjiā xiàofāng jǔbàn de huódòng, ràng hái zǐ gēng yǒu guīshǔ gǎn.
 
SUMBER: CHINA PRESS, 12 JANUARI 2014

08 Januari 2014

PLAZA TOL BUKIT GAMBIR DIJANGKA DIBUKA 25 JANUARI 今日柔北.武吉甘蜜南北大道收費站 一切就緒25日啟用

 

今日柔北.武吉甘蜜南北大道收費站 一切就緒25日啟用

Jīnrì róu běi. Wǔjí gān mì nánběi dàdào shōufèi zhàn yīqiè jiùxù 25 rì qǐyòng


報導:李正瀚

 (東甲8日訊) “一波多折”的武吉甘蜜南北大道收費站,鐵定于本月25日正式通車!

 武吉甘蜜區州議員阿蘇占接受《中國報》訪問時指出,該收費站工程早在去年12月12日完成,所有系統也已進行測試,隨時都能投入服務。

 不過,他披露,由于銜接武吉甘蜜通往實廊與利豐港聯邦公路交界處遷移電纜、水管等工程的耽擱,導致收費站啟用日延后。

 “目前,有關大道的工程已竣工,路燈與紅綠燈將設立,該收費站鐵定在農曆新年前,既本月25日啟用,正式投入服務。”

方便逾5萬居眾

 實廊區州議員阿都拉薩則說,武吉甘蜜收費站設在南北大道第157.1公里處,介于巴莪收費站(142公里)與東甲收費站(169公里)之間。

 他說,一旦收費站投入運作,將給禮讓縣逾5萬名居民帶來交通便利,受惠的民眾主要來自實廊、武吉甘蜜、利豐港、新港、玉射及坤蘭烏汝。

 “此區民眾將取道此出入口南下新山,北上吉隆坡或北馬等地時,將無需再繞到至東甲或巴莪收費站,預計可減少逾15分鐘車程。

 武吉甘蜜南北大道收費站耗資8000萬令吉建設,于2010年8月動工,工程分2層階進行,本預定于2012年年底啟用。

慕尤丁主持啟用禮

副首相兼巴莪區國會議員丹斯里慕尤丁受邀主持啟用禮。

 阿蘇占說,大道公司負責人向他透露,配合收費站啟用,副首相慕尤丁受邀主持儀式。

 “惟副首相工作繁多,最終能否出席,有待確認!”

 他說,無論如何,大道公司負責人已表明,如副首相無法抽出時間主持啟用儀式,收費站還是會鐵定在該日期投入服務。

地皮會再漲價
★黃玟發(52歲,園坵管工,居住在新邦里瑪)

這裡的地皮隨著收費站的建設已飆漲,預計啟用后還會上漲。

 大道收費站啟用后將可帶動地方上各行各業。

 希望武吉甘蜜通往實廊與利豐港的路段能夠提升,避免出現交通擁擠。

帶動商業發展
★林金耀(42歲,商家,居住在武吉甘蜜)

收費站啟用,方便遊子往返,更重要是能夠帶動這裡的商業發展。

 收費站在農曆新年前啟用,將方便居住在這個地區的遊子返鄉,是皆大歡喜的事情。

Jīnrì róu běi. Wǔjí gān mì nánběi dàdào shōufèi zhàn yīqiè jiùxù 25 rì qǐyòng

Bàodǎo: Lizhènghàn

 (Dōng jiǎ 8 rì xùn) “yī bōduō zhé” de wǔjí gān mì nánběi dàdào shōufèi zhàn, tiědìng yú běn yuè 25 rì zhèngshì tōngchē!

 Wǔjí gān mì qū zhōu yìyuán āsū zhàn jiēshòu “zhōngguó bào” fǎngwèn shí zhǐchū, gāi shōufèi zhàn gōngchéng zǎo zài qùnián 12 yuè 12 rì wánchéng, suǒyǒu xìtǒng yě yǐ jìnxíng cèshì, suíshí dōu néng tóurù fúwù.

 Bùguò, tā pīlù, yóuyú xiánjiē wǔjí gān mì tōng wǎng shí láng yǔ lì fēng gǎng liánbāng gōnglù jiāojiè chù qiānyí diànlǎn, shuǐguǎn děng gōngchéng de dāngē, dǎozhì shōufèi zhàn qǐyòng rì yán hòu.

“Mùqián, yǒuguān dàdào de gōngchéng yǐ jùngōng, lùdēng yǔ hónglǜdēng jiāng shèlì, gāi shōufèi zhàn tiědìng zài nónglì xīnnián qián, jì běn yuè 25 rì qǐyòng, zhèngshì tóurù fúwù.”

Fāngbiàn yú 5 wàn jū zhòng Shí láng qū zhōu yìyuán ā dū lāsà zé shuō, wǔjí gān mì shōufèi zhàn shè zài nánběi dàdào dì 157.1 Gōnglǐ chù, jiè yú ba é shōufèi zhàn (142 gōnglǐ) yǔ dōng jiǎ shōufèi zhàn (169 gōnglǐ) zhī jiān.

Tā shuō, yīdàn shōufèi zhàn tóurù yùnzuò, jiāng gěi lǐràng xiàn yú 5 wàn míng jūmín dài lái jiāotōng biànlì, shòu huì de mínzhòng zhǔyào láizì shí láng, wǔjí gān mì, lì fēng gǎng, xīngǎng, yù shè jí kūn lán wū rǔ.

“Cǐ qū mínzhòng jiāng qǔdào cǐ chūrùkǒu nánxià xīnshān, běishàng jílóngpō huò běi mǎ děng dì shí, jiāng wúxū zài rào dào zhì dōng jiǎ huò ba é shōufèi zhàn, yùjì kě jiǎnshǎo yú 15 fēnzhōng chēchéng.

Wǔjí gān mì nánběi dàdào shōufèi zhàn hàozī 8000 wàn lìngjí jiànshè, yú 2010 nián 8 yuè dònggōng, gōngchéng fēn 2 céng jiē jìnxíng, běn yùdìng yú 2012 nián niándǐ qǐyòng.

Mù yóu dīng zhǔchí qǐyòng lǐ Fù shǒuxiàng jiān ba é qū guóhuì yìyuán dān sī lǐ mù yóu dīng shòu yāo zhǔchí qǐyòng lǐ.

Āsū zhàn shuō, dàdào gōngsī fùzé rén xiàng tā tòulù, pèihé shōufèi zhàn qǐyòng, fù shǒuxiàng mù yóu dīng shòu yāo zhǔchí yíshì.

“Wéi fù shǒuxiàng gōngzuò fánduō, zuìzhōng néng fǒu chūxí, yǒudài quèrèn!”

Tā shuō, wúlùn rúhé, dàdào gōngsī fùzé rén yǐ biǎomíng, rú fù shǒuxiàng wúfǎ chōuchū shíjiān zhǔchí qǐyòng yíshì, shōufèi zhàn háishì huì tiědìng zài gāi rìqí tóurù fúwù.

Dìpí huì zài zhǎng jià

★Huángwénfā (52 suì, yuán qiū guǎn gōng, jūzhù zài xīn bāng lǐ mǎ) Zhèlǐ dì dìpí suízhe shōufèi zhàn de jiànshè yǐ biāo zhǎng, yùjì qǐyòng hòu hái huì shàngzhǎng.

Dàdào shōufèi zhàn qǐyòng hòu jiāng kě dàidòng dìfāng shàng gè háng gè yè.

Xīwàng wǔjí gān mì tōng wǎng shí láng yǔ lì fēng gǎng de lùduàn nénggòu tíshēng, bìmiǎn chūxiàn jiāotōng yǒngjǐ.

Dàidòng shāngyè fāzhǎn

★Línjīnyào (42 suì, shāngjiā, jūzhù zài wǔjí gān mì) Shōufèi zhàn qǐyòng, fāngbiàn yóuzǐ wǎngfǎn, gèng zhòngyào shi nénggòu dàidòng zhèlǐ de shāngyè fāzhǎn.

Shōufèi zhàn zài nónglì xīnnián qián qǐyòng, jiāng fāngbiàn jūzhù zài zhège dìqū de yóuzǐ fǎn xiāng, shì jiēdàhuānxǐ de shìqíng.

SUMBER: CHINA PRESS, 08 JANUARI 2014

SAINS BUKTI KEBENARAN, KEBESARAN ALLAH - SASMAN

Sasman Yasir (kiri) bersama dengan pemenang yang menyertai pameran dan mereka cipta sempena Karnival Sains KMJ 2013 di Ledang, Johor, baru-baru ini.
LEDANG 7 Jan. - Ilmu sains perlu dijadikan alat untuk menyingkap tanda dan kebesaran Allah melalui penyelidikan walaupun tidak semua perkara boleh dibuktikan melalui kajian saintifik.
 
Pengarah Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Sasman Yasir berkata, ini kerana penemuan sains dapat menemukan seseorang dengan hakikat kebenaran dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah termasuk fenomena pelik, ajaib dan aneh.
 
"Kita semua sedia maklum sains dan Islam saling berkait rapat. Sains berlunaskan prinsip tauhid, melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya Khaliq atau Allah. Untuk itu, ilmu sains amat penting terutama bagi umat Islam.
 
"Sains dan teknologi ketika ini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat bagi kehidupan manusia sekarang," katanya semasa menutup Karnival Sains KMJ 2013 di KMJ Sagil, di sini kelmarin.
 
Beliau berkata, kedua-dua bidang itu amat penting pada masa ini dan ilmuwan terus mengkaji serta meneliti ilmu berkenaan sebagai penemuan yang paling canggih, sekali gus menjadi simbol kemajuan abad ini.
 
"Sekiranya sesebuah negara atau bangsa tidak mengikuti perkembangan sains dan teknologi, mereka akan mengalami kerugian serta dikategorikan tidak maju dan terkebelakang," katanya.
 
Mengenai karnival tersebut, beliau berkata, penganjurannya bertujuan menambah nilai dan merangsang keilmuan pelajar KMJ terhadap kreativiti serta inovasi dalam bidang sains.
 
Katanya, secara tidak langsung, karnival itu akan memberi impak besar kepada pelajar dalam pemantapan dan pemahaman terhadap mata pelajaran sains secara keseluruhannya selain mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah.
 
"Ternyata masing-masing mempunyai bakat terpendam hasil bimbingan pensyarah sehingga dapat menghasilkan produk bermanfaat.
 
"Sudah tentu kemahiran dan pencapaian para pelajar dalam bidang sains akan membuka peluang cerah pada masa depan," katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 08 JANUARI 2014

07 Januari 2014

TUJUH KELUARGA MANGSA RIBUT TERIMA BANTUAN JKM

LEDANG 6 Jan. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah memberikan bantuan bencana sebanyak RM12,260 kepada tujuh keluarga di daerah ini yang menjadi mangsa ribut pada 16 November lalu.
 
Sumbangan tersebut disampaikan dari satu rumah ke rumah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat kepada penerima di sekitar Tanjung Agas, Kesang dan Sungai Mati.
 
Abd. Razak berkata, bantuan berkenaan adalah untuk mengurangkan beban dan menampung kos baik pulih bahagian rumah mengikut keadaan serta kerosakan yang dialami.
 
"Ada rumah yang dihempap pokok, syiling pecah dan rosak termasuk bumbung yang diterbangkan angin dalam kejadian itu," katanya ditemui selepas menyampaikan bantuan di rumah mangsa ribut, Che Mah Ithnin, di Tanjung Agas di sini hari ini.
 
Che Mah, 63, yang tinggal bersama anaknya, Nor Aishah Shahari, 33, dan seorang cucunya berusia sembilan tahun merupakan penerima bantuan JKM yang paling tinggi iaitu RM4,000.
 
Menurut Abd. Razak, bantuan JKM berkenaan meskipun tidak menyamai jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa, diharap dapat membantu meringankan beban mereka.
 
Sementara itu, Nor Aishah ketika menceritakan kejadian pukul 7.15 malam itu berkata, mereka berdepan detik mencemaskan apabila rumahnya dipukul ribut hingga mengakibatkan 40 keping syiling pecah manakala bumbung diterbangkan angin kencang.
 
Akibat kejadian tersebut katanya, separuh rumahnya tidak mempunyai bumbung dan terdedah kepada panas dan hujan sekali gus mengakibatkan barang-barang dalam rumah terutama perabot mengalami kerosakan.
 
"Kami terpaksa menumpang di rumah saudara selama dua bulan kerana tidak mampu untuk menampung kos baik pulih kerosakan itu sebelum meminjam wang saudara sebanyak RM20,000 untuk membaiki syiling dan bumbung.
 
"Kami terpaksa meminjam kerana pendapatan ibu hanya bergantung kepada pencen arwah bapa yang sebelum ini berkhidmat dengan tentera laut," katanya.
 
Dia sekeluarga bersyukur kerana mereka semua terselamat dalam kejadian itu selain merakamkan terima kasih kepada JKM dan Pusat Khidmat ADUN Serom di atas bantuan tersebut.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 07 JANUARI 2014

TAMAN REKREASI KESANG DIBANGUNKAN SEMULA

Saudara Pengarang,


MAKLUM balas Taman Rekreasi Taman Kesang berikutan artikel aduan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Disember lalu.
 
Pada 9 Jun 2008, Daerah Ledang telah diisytiharkan dengan kawasan Kesang termasuk di dalam daerah Ledang.
 
Justeru, Majlis Daerah Tangkak (MDT) secara tidak langsung telah mengambil alih taman rekreasi tersebut daripada Majlis Perbandaran Muar.
 
Antara kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut ialah 12 buah gerai, tandas, surau, tiga pondok rehat, gelanggang futsal, taman permainan, tempat meletak kenderaan dan replika beca.
 
Pembukaan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) pada 2006 adalah antara masalah utama yang menyebabkan pengunjung semakin kurang menggunakan laluan asal ke medan selera tersebut iaitu Jalan Muar-Kesang-Melaka.
 
Justeru, ramai peniaga mengalami kerugian besar akibat tiada sambutan daripada pengunjung dan menyebabkan medan selera tersebut tidak beroperasi lagi.
 
Terdapat banyak kerosakan pada struktur bangunan dan kemudahan seperti pintu, tingkap, saluran paip dan saliran tersumbat akibat vandalisme.
 
Kawasan tersebut juga sentiasa dinaiki air terutama ketika musim banjir.
 
Pihak MDT bercadang untuk membaik pulih bangunan dan kawasan tersebut dan membuka peluang semula kepada peniaga yang berminat.
 
Kos membaik pulih tersebut menelan belanja kos sebanyak RM350,000, namun tiada peruntukan untuk tujuan berkenaan tetapi MDT akan cuba untuk memohon peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menampung kos pembaikan itu.
 
Jabatan Kesihatan turut telah membuat siasatan hasil daripada aduan ini dan mendapati sampah-sarap seperti tilam, karpet, papan dan bumbung asbestos telah dibuang di kawasan tersebut oleh orang ramai.
 
Untuk makluman, MDT telah melantik kontraktor pembersihan, Nuris Enterprise untuk membersihkan kawasan bangunan gerai, surau, tandas dan kawasan lapang serta membersihkan parit dan memotong rumput.
 
 
Namun, terdapat orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dapur di kawasan jalan hadapan dan pihak kontraktor telah mengutip dan membersihkannya setiap kali berlaku perkara tersebut.
 
Pihak MDT ada menyediakan dua unit tong sampah berkapasiti 240 liter untuk digunakan di kawasan gerai dan diuruskan oleh pihak kontraktor.
 
Bagaimanapun, pihak MDT telah berbincang dengan pihak kontraktor agar sama-sama membantu melupuskan longgokan sampah-sarap tersebut dan telah dilaksanakan pada hari itu.
 
Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama daripada orang ramai dan penduduk setempat agar bersama-sama dalam menjaga kebersihan terutama di tempat awam.
 
MDT menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap telah menerima dua permohonan daripada orang awam dan syarikat persendirian untuk membangunkan semula Taman Rekreasi Kesang dan antara cadangan itu adalah membuka pasar karat.
 
Kumpulan peniaga pasar karat di Tanjung Gading telah membuat permohonan untuk menjadikan Taman Rekreasi Kesang sebagai tapak perniagaan mereka yang baharu bagi menggantikan tapak lama yang terletak di hadapan rumah persendirian.
 
Berdasarkan cadangan pemohon, penempatan semula pasar karat yang menjual barang-barang antik bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung, namun aktiviti pasar karat ini hanya dijalankan pada waktu hujung minggu sahaja.
 
Kedua, cadangan bersepadu Taman Rekreasi Kesang iaitu pemohon berhasrat untuk membangunkan semula kawasan rekreasi sebagai kawasan penginapan calet yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, zoo mini dan kemudahan lain.
 
Pembangunan akan memberi tumpuan kepada menaik taraf kawasan sedia ada dan melibatkan pembinaan calet dengan kos pembinaan ditanggung sendiri oleh pemohon.
 
Selain itu, pemohon berhasrat untuk menjadikan kawasan rekreasi ini sebagai hentian rehat dan rawat terutamanya bagi pengguna Lebuh Raya AMJ.
 
Pemasangan beberapa papan tanda besar dari jalan utama ke medan selera tersebut boleh menarik minat orang ramai ke kawasan berkenaan, selain menghiasi persekitaran dengan landskap lebih menarik.
 
Bagaimanapun, hingga kini pihak MDT masih lagi dalam proses pertimbangan memandangkan kawasan tersebut terdedah kepada banjir dan kos membaik pulih kawasan tersebut yang tinggi.

SULAIMAN ISMAIL
Setiausaha Majlis Daerah Tangkak

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 07 JANUARI 2014