TONTON ASTRO AWANI

PENGUNJUNG SETIA

02 Januari 2014

MOHD SALLEH KETUA POLIS DAERAH LEDANG

HARUN Idris (kiri) menyerahkan dokumen kepada Mohd. Salleh Abdul Razak sambil disaksikan oleh Abdul Aziz Ahmad (tengah) pada upacara serah tugas di IPD Ledang, Johor, semalam. 
 
LEDANG 1 Jan. - Deputi Supritendan Mohd. Salleh Abdul Razak dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah ini berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu berikutan Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris bersara wajib.

Upacara serah terima tugas tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di Tangkak, di sini hari ini yang disaksikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ahmad.

Harun, 57, merupakan ketua polis daerah ini yang pertama sejak IPD Ledang ditubuhkan pada 1 Februari 2009 iaitu setahun selepas Ledang dinaik taraf sebagai sebuah daerah.

Ketika berucap, Harun melahirkan harapan agar kecemerlangan IPD Ledang diteruskan walaupun masih kekurangan kemudahan dan anggota.

"IPD Ledang bermula dalam keadaan serba kekurangan tertama kemudahan, anggota tetapi dengan semangat, tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi, semua itu dapat diatasi dalam menjalankan tugas kepolisan. Kita mahu hubungan harmoni antara warga IPD Ledang dapat kekalkan bagi membolehkan khidmat terbaik terus diberikan," katanya.

Harun juga berharap, hubungan baik antara warga IPD Ledang dan masyarakat akan dapat diperkukuhkan terutama melalui program kemasyarakatan termasuk aktiviti anjuran Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Ledang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 02 JANUARI 2014

Tiada ulasan: