Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad M Said berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada kemampuan produk untuk bersaing di segi harga, mutu dan kualiti berbanding produk lain.
"Magic adalah penapis air panas dan sejuk yang menggunakan sistem teknologi air bermineral, beralkali dan hidrogen dan bukannya menggunakan teknologi air Reverse Osmosis (RO) iaitu air tanpa zat.
"Menerusi teknologi yang kami gunakan, air yang terhasil adalah air berzat dan mampu membantu mengatasi penyakit disebabkan pemakanan tidak seimbang," katanya di Kuala Lumpur.
Magic adalah produk kelapan keluaran syarikat yang berpangkalan di Tangkak, Johor dan memulakan operasinya sejak 2004. Mereka yang berminat untuk mengetahui produk Magic boleh melayari laman web www.hijrahwater.com atau hubungi 012-7176444.
Selain Magic, syarikat berkenaan turut mengeluarkan tujuh produk lain termasuk penapis air dan air mineral berjenama 'Hijrah'.
Mohamad berkata, pihaknya juga yakin harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah salah satu daya penarik produk berkenaan.
"Kami tawarkan Magic pada harga RM2,000 yang boleh dibayar ansuran sebanyak RM100 selama 20 bulan dan menawarkan sistem sewaan produk ini iaitu hanya RM100 sebulan selama 36 bulan dan selepas tempoh itu, produk ini menjadi milik pelanggan.
"Sepanjang tempoh sewaan juga, kami menyediakan perkhidmatan penggantian katrij secara percuma," katanya.
Beliau berkata, syarikat juga menjalankan urusan mengikut syariat tanpa sebarang unsur riba bagi menyediakan urusan perniagaan lebih adil kepada pengguna.
"Dalam sistem ini, harga ditawarkan adalah tetap tanpa sebarang faedah dan berikutan itu, kami yakin produk yang dikeluarkan syarikat ini lebih diminati semua golongan pengguna di negara ini," katanya.
SUMBER: HARIAN METRO, 14 MAC 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan