LEDANG – Penduduk tempatan tidak menyangka rumah mereka yang terputus bekalan elektrik adalah berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) di sini, kelmarin.
Seorang penduduk, Rahmah Sa'id, 73, berkata, bekalan elektrik itu terputus sejurus selepas dia menunaikan solat Maghrib.
Menurutnya, pada awalnya dia menyangka bekalan elektrik kediamannya sengaja diputuskan pihak tertentu tetapi sangkaan itu meleset apabila melihat api yang menjulang tinggi.
“Sebaik melihatnya, saya kemudiannya menghubungi anak yang ketika kejadian tiada di rumah kerana keluar bekerja.
“Anak saya kemudiannya mengesahkan insiden bekalan elektrik terputus itu berpunca daripada kebakaran pusat pemulihan itu yang hanya 200 meter dari rumah saya,” katanya.
Sementara itu, anaknya, Mohd Ali Abu Hassan, 41, berkata, pada awalnya, dia hanya menyangka insiden itu hanyalah kebakaran biasa sebelum mengetahui penghuni di pusat itu merusuh.
Dakwanya, dia kini bimbang dan mula terbayangkan insiden hampir sama yang pernah berlaku pada 2000 di mana ada di antara pelatih memecah masuk kediaman dan barangan kemas termasuk beberapa barangan berharga lain turut dilarikan.
“Saya dan ahli keluarga lain berharap perkara itu dapat diatasi segera dan pihak berkuasa dapat memberkas kembali pelatih yang dikesan melarikan diri terbabit selain mengemas kini infrastruktur sedia ada di pusat itu terutamanya membabitkan bahagian pagar belakang,” katanya.
Seorang lagi penduduk kampung, Rashid Jalil, 47, berkata, semasa kejadian berlaku dia berada di rumah dan hanya ke tempat kejadian pada jam 9.15 malam.
Menurutnya, dia sudah menjangkakan insiden yang berlaku itu berdasarkan kekecohan yang didengarinya itu.
“Penguatkuasaan keselamatan di pusat berkenaan perlu ditingkatkan. Pagar-pagar sedia ada di Puspen ini sudah uzur dan perlu dinaik taraf semula demi keselamatan penduduk berhampiran.
“Lebih-lebih lagi apabila lima daripada 21 penghuni Puspen yang terlepas masih gagal ditemui telah memberikan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Kampung Sengkang Batu 17, 18 dan 19,” katanya.
Berikutan kejadian tersebut penduduk kampung dibelenggu ketakutan kerana bimbang dengan keselamatan keluarga pada waktu malam.
“Lebih membimbangkan jika mana-mana pelatih yang masih terlepas ini bertindak ganas dengan mengugut penduduk untuk meminta barang berharga seperti motosikal dan kereta untuk melepaskan diri daripada ditangkap,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 11 JUN 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan