LEDANG – “Dua kali mohon bantuan Rumah Mesra Rakyat tetapi sehingga kini masih tiada perkembangan positif. Saya sangat kecewa dan putus harapan untuk mohonnya semula,” demikian luahan Zulkarnain Sarijor, 43.
Zulkarnain dari Kampung Melayu Raya, Sagil dekat sini mendakwa sudah mengemukakan permohonan tersebut pada tahun 2009 dan 2011.
Menurutnya, kegagalan mendapatkan bantuan tersebut menyebabkan dia bersama isteri dan lima anaknya terpaksa tinggal dalam rumah pusaka usang dengan zink yang sudah banyak bocor.
“Saya tiada pilihan kerana tidak mampu untuk baiki bumbung rumah kerana menghadapi masalah kewangan.
“Saya tiada pilihan kerana tidak mampu untuk baiki bumbung rumah kerana menghadapi masalah kewangan.
“Pendapatan RM400 sebulan hasil mengambil upah menoreh getah di kebun milik penduduk kampung menyukarkan saya untuk baik pulih rumah ini,” katanya.
Bapa kepada lima anak itu berkata, kehidupan mereka sekeluarga akan lebih terhimpit apabila penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil menyerang dan ketika itu dia tidak boleh bekerja.
“Memang tertekan setiap kali penyakit datang dan kami sekeluarga terpaksa berjimat-cermat untuk memastikan keperluan makanan anak-anak mencukupi.
“Mujur anak-anak memahami keadaan saya dan tidak minta sesuatu di luar kemampuan saya,” katanya.
Menurut Zulkarnain, dia sering menasihati anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran agar tidak mewarisi kepayahan yang dihadapinya itu.
Katanya, dia sering berasa sedih apabila memikirkan nasib keluarga terutama anak-anaknya yang terpaksa tinggal dalam rumah yang tidak begitu sempurna.
Bagaimanapun, kesedihan Zulkarnain sedikit terubat apabila menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad bersama rombongan untuk menyampaikan sumbangan, baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (Adun) Gambir, M Asojan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Pada masa yang sama, beliau meminta Zulkarnain bersabar kerana proses permohonan tersebut mengambil masa dan perlu mengikut giliran.
SUMBER: SINAR HARIAN, 20 APRIL 2012
SUMBER: SINAR HARIAN, 20 APRIL 2012
1 ulasan:
si asojan tu baru nak sisat!!!!, memeang lembab la dia ni. Bagi la bantuan apa yg patut . Malu la orang PAS pulak bagi bantuan dulu. Bukan ke Johor ni kubu kuat umno? tu la, pilih lagi wakil macam asojan, memang teruk la dia ni...cukuip la . ganti wakil baru pru 13 ni....
Catat Ulasan