Ledang: "Saya dan ibu terus menjerit apabila terlihat mata pisau
diguna penjenayah di celah daun pintu," kata Ida Haryati Satibi, 31,
semalam.
Sebelum kejadian, Ida Haryati dikatakan sedang bersiap
untuk keluar bekerja apabila terdengar bunyi bising di pintu rumahnya di
kampung Simpang Lima, Bukit Gambir, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Dia
yang bertugas sebagai penjawat awam di pekan berkenaan kemudiannya ke
arah bunyi itu dan mendapati pintu rumah sedang diumpil.
"Saya terus memanggil ibu, Hamidah Othman, 58, untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Saya
melihat penjenayah mengumpil pintu dengan mata pisau, tetapi pintu
tidak boleh dibuka kerana pintu dipasang selak," katanya.
Menurut Ida Haryati, dia dan ibunya terus menjerit menyebabkan penjenayah itu melarikan diri.
Katanya, dia menghubungi Balai Polis Bukit Gambir bagi memaklumkan kejadian sebelum diminta membuat laporan kejadian terbabit.
"Saya terus ke Balai Polis Bukit Gambir, namun terkejut apabila diminta membuat pengecaman berkaitan dua individu ditahan polis sebelum itu.
"Saya
cam mereka adalah dua penjenayah yang cuba memecah masuk rumah kami.
Anggota polis berkenaan memaklumkan kedua-duanya ditahan orang ramai
ketika cuba mencuri sebuah motosikal jiran tidak jauh dari rumah saya,"
katanya.
Menurut Ida Haryati, dia dimaklumkan penjenayah mencuri motosikal berkenaan sejurus melarikan diri.
SUMBER: HARIAN METRO, 06 JULAI 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan