PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti
hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini
bermula awal tahun depan.
"Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini hari ini.
Beliau berkata, sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.
Mohamed Khaled berkata, sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad.
"Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urusniaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya.
Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.
Mohamed Khaled berkata, sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.
Kerajaan negeri, katanya akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Januari tahun depan.
"Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.
Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar semalam.

SUMBER: SINAR HARIAN, 24 NOVEMBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan