BERHIMPUN. Lebih 600 waris daripada keturunan Daarisah dan Mohd. Ali (DMA) mengadakan perhimpunan di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang, Johor baru-baru ini.
Pertemuan yang melibatkan lima generasi itu menghimpunkan ahli keluarga dari serata tempat termasuk Ledang, Muar, Johor Bahru, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur dan Singapura.
Menurut Pengerusi Penaja Keluarga DMA, Salimin Abd. Ghani, matlamat perhimpunan adalah untuk mengemas kini maklumat keturunan DMA di mana sahaja mereka berada.
"Keluarga DMA berasal dari Desa Raji, Demak, Jawa Tengah dan salasilah keluarga boleh diperoleh dengan melayari laman web khusus www.daarisah-mohdali.my-heritage.com.
SUMBER: KOSMO! 7 NOVEMBER 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan