bhnews@bharian.com.my
LEDANG: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memantau sekitar pesisiran Sungai Muar terutama di kawasan berhampiran pekan atau kampung bagi membendung kegiatan membuang sampah ke sungai berkenaan.
Pembuangan sampah sarap ke Sungai Muar oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan kualiti air, selain ekologi sungai berkenaan.
Bekas Ketua Masyarakat Cina Kundang Ulu, Lau Han Luan, 79, berkata, sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang sewenang-wenangnya membuang sampah ke sungai menyebabkan air sungai di kawasan terbabit menjadi kotor.
Beliau berkata, apabila mereka membuang sampah ke dalam sungai, ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran serta menjejaskan kualiti air yang menjadi sumber air mentah untuk kegunaan orang ramai.
Katanya, Sungai Muar berperanan membekalkan sumber air mentah sebelum diproses menjadi air bersih dan disalurkan bagi kegunaan penduduk di daerah ini dan Melaka.
“Kegiatan membuang sampah ke dalam sungai satu sikap tidak bertanggungjawab kerana ia mengotorkan air sungai dan menyebabkan pencemaran.
“Kita semua minum air berpunca daripada air sungai, apabila ia dicemari dengan sampah sarap dibuang ke dalamnya kita juga akan menggunakan air tercemar itu,” katanya ketika ditemui di Jeti Kundang Ulu, di sini.
Beliau yang setiap hari berada di jeti itu, sering melihat sampah sarap hanyut mengikut arus ke kuala sungai dan berasa bimbang mengenai pencemaran yang menyebabkan hidupan sungai seperti ikan dan udang akan mati.
Lau juga meminta penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya tidak membuang sampah ke dalam sungai sebaliknya perlu bekerjasama menjaga kebersihan persekitaran sungai.
Katanya, mereka perlu ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar dan tidak mementingkan diri sendiri kerana sumber air minuman diambil dari sungai berkenaan.
SUMBER: BERITA HARIAN EDISI JOHOR, 11 MEI 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan