TANJUNG AGAS – Seramai 130 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak melepaskan peluang berkampung selama tiga hari di Taman Tun Syed Nasir demi mendekati masyarakat di sini.
Program khidmat komuniti anjuran Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Kolej Tun Hussein Onn UKM itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tanjung Agas.
Pengisian beberapa program dijalankan seperti aktiviti gotong-royong, ceramah dan persembahan kebudayaan, malah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu turut mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat sepanjang tiga hari.
Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata, golongan mahasiswa bukan sahaja berperanan untuk menimba ilmu, malah mereka juga digalakkan membantu menanam semangat kesedaran dan minat dalam kalangan anak tempatan untuk berjaya dalam pelajaran .
“Usaha ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat, malah golongan muda khususnya remaja dan belia turut menyimpan harapan untuk berjaya dalam bidang ilmu selepas melihat sendiri kejayaan yang dirangkul kakak dan abang angkat mereka.
“Dengan berkongsi cerita antara pelajar UKM berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan isu semasa dengan keluarga angkat masing-masing, ia akan dapat menimbulkan rasa minat serta mendorong generasi muda mencapai kemajuan dalam pelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Program Juara Rakyat Khidmat Komuniti Ledang 2010 dan disertai Ketua Kampung Tanjung Agas, Ishak Ahmad bersama barisan JKKK Tanjung Agas.
Hamim berkata, program komuniti sebegini dapat memberikan peluang kepada golongan mahasiswa dalam mengamati dan meneliti kehidupan masyarakat kampung dan memberi manfaat kepada mereka pada masa depan.
“Saya berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM, Profesor Datuk Dr Mohamad Abdul Razak dan UKM kerana memilih Ledang sebagai lokasi untuk mereka menaburkan bakti kemasyarakatan ini.
“Program ini sesungguhnya menjadi satu permulaan kepada golongan mahasiswa untuk belajar cara memimpin masyarakat pada masa akan datang kerana mereka perlu sedar aspirasi masyarakat,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 30 SEPTEMBER 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan