PENGUNJUNG SETIA

29 September 2010

SULTAN JOHOR DI TNB


SULTAN Ibrahim serta Tunku Ismail (baris kedua, tiga dari kanan), Tunku Aminah (baris depan, lima dari kiri) dan Tunku Abdul Rahman (baris depan, tiga dari kiri) bergambar bersama kakitangan TNB selepas baginda merasmikan Bangunan TNB Muar di Jalan Sulaiman, Muar, semalam.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muar di Jalan Sulaiman, Muar, semalam.

Bangunan yang tersergam indah itu telah dibina menerusi konsep ‘taman bandar’ dan ia melengkapkan usaha TNB mewujudkan suasana selesa kepada kakitangannya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya.

Berangkat sama pada majlis perasmian itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim serta anakanda baginda, Tunku Abdul Rahman serta Tunku Aminah.

Majlis yang meriah tersebut turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.

Di samping merasmikan bangunan berkenaan, Sultan Ibrahim melakukan lawatan di sekitar bangunan bernilai RM12 juta itu selain bermesra dengan rakyat jelata.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 SEPTEMBER 2010

Tiada ulasan: