SERONOK...Wahid melihat kambing yang dipelihara di rumahnya sejak 10 tahun lalu.
LEDANG: Walaupun tinggal sebumbung dengan 24 kambing milik mereka di Pekan Rawang di sini, sejak 10 tahun lalu, Wahid Husin, 58, dan isteri, Ijah Jaafar, 40, tidak menganggap bau serta kesesakan di dalam rumah kerana kehadiran ternakan berkenaan mengganggu mereka sebaliknya menambahkan lagi keceriaan.
Mereka yang mendakwa sudah biasa hidup sebumbung dengan haiwan terbabit malah tidak sanggup membiarkan ternakan itu tinggal di luar.
“Ada rakan serta jiran mengesyorkan kami melepaskan kambing itu ke luar rumah tetapi kami bimbang hilang dicuri atau mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya, semalam.
Wahid yang mendakwa tidak cukup modal membina kandang kambing berkata, sudah lama dia merancang membina kandang berkenaan tetapi hasrat sering terbantut kerana ada lagi perkara penting perlu dilakukan dengan wang yang ada.
Menurut Wahid, pada mulanya dia hanya membela dua kambing sebagai haiwan peliharaan tetapi lama-kelamaan membiak hingga mencecah 24 ekor.
“Semua ini bermula selepas saya mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang perabot berhampiran dan membela kambing bagi mengisi masa lapang.
“Tidak pula saya jangka kambing dulunya hanya dua ekor kini membiak sebanyak sekarang menyebabkan rumah kami sesak,” katanya.
Pasangan yang masih tiada cahaya mata itu amat menyayangi kambing berkenaan sehingga tidak sanggup menjualnya kepada orang ramai.
SUMBER: HARIAN METRO, 25 NOVEMBER 2010
1 ulasan:
ORANG MACAM NI PATUT KITA BAGI BANTUAN. BAGI ILMU.BIMBING DIA.SEKURANGKURANG DIA BERJAYA BESARKAN KAMBING HINGGA 24 EKOR.KAMBING NI PUN BUKAN UNTUK DIA MAKAN SEMUANYA. TENTU ADA PEMBELI YANG BERMINAT. DAH ADA URUSNIAGA. APA TUNGGU LAGI TUAN YANG BERHORMAT, NAIKKAN IMEJ ORANG KAMPUNG NI , JADIKAN DIA PENTERNAK MODEN DAN CONTOH....KALAU BACA DAN TENGOK JE BUAT APE...
Catat Ulasan