LEDANG - Nasib malang yang dihadapi oleh rakyat Somalia mendapat perhatian banyak pihak termasuk di pelosok dunia.
Somalia yang sinonim dipaparkan sebagai negara miskin kerana rakyatnya menderita kebuluran sebenarnya adalah sebuah negara kaya tetapi ia berlaku sebaliknya kerana rakyatnya berpecah belah sehingga menjurus kepada peperangan sesama sendiri.
Oleh yang demikian, generasi muda didedahkan dengan konflik berkenaan sehingga mencetuskan rasa empati mereka terhadap penderitaan rakyat Somalia.
Bagi menterjemahkan rasa simpati itu, Tabung Kemanusiaan Somalia diwujudkan dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM623 oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sagil.
Pengetuanya, Zakaria Haiyun berkata, mereka membuat pungutan derma untuk disalurkan kepada rakyat Somalia hasil keprihatinan pelajar sekolah ini.
Menurutnya, perpecahan yang berlaku di Somalia ketika ini adalah kerana wujudnya kabilah dan ketua puak yang akhirnya mereka berperang sesama sendiri sehingga menyebabkan rakyatnya terus hidup menderita.
“Kejadian yang berlaku di Somalia ini harus dijadikan iktibar dan generasi muda perlu sentiasa mengutamakan semangat perpaduan dalam menjalani kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan generasi muda dapat dipupuk bermula di bangku sekolah.
Zakaria berkata, oleh yang demikian, Program Merdeka Raya telah diadakan sempena sambutan Hari Merdeka dan Aidilfitri, baru-baru ini.
Menurutnya, kehadiran pelajar berbilang kaum di sekolah tersebut tidak menjadi penghalang untuk menerapkan semangat patriotik, perpaduan dan hormat-menghormati budaya masing-masing dalam kalangan mereka.
Zakaria berkata, melalui program itu setiap peserta diberi peluang menunjukkan kebolehan mereka dalam mempersembahkan kebudayaan masing-masing menerusi persatuan atau kelab yang mereka anggotai.
“Bagi pelajar Melayu yang menganggotai Kelab Seni Budaya, mereka mempersembahkan tarian zapin dan nyanyian lagu bertemakan suasana hari raya.
Menurutnya, tarian kipas dan nyanyian lagu Mandarin pula dipersembahkan oleh ahli Persatuan Bahasa Cina manakala ahli Persatuan Bahasa Tamil mempamerkan bakat mereka melalui tarian klasik India dan lagu Tamil.
Zakaria berkata, bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Hari Kemerdekaan ke-54, Persatuan Sejarah mengadakan bacaan puisi kemerdekaan selain nyanyian lagu patriotik.
Menurutnya, konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri dapat diterjemahkan melalui perkongsian adat dan kebudayaan antara kaum menerusi kesepakatan yang ditunjukkan dalam program itu.
“Pada masa yang sama mereka turut diterapkan dengan semangat bersyukur dan saling membantu antara satu sama lain melalui program Aku Ingin Membantu (AIM) dengan mengumpulkan derma untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 03 OKTOBER 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan