LEDANG 2 Dis. - Seorang pemandu bas ekspres dipenjara tiga tahun dan denda RM8,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Tangkak di sini hari ini kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga meragut nyawa 10 penumpang, kira-kira tiga tahun lalu.
Tertuduh, S. Segaran, 41, yang berasal dari Ayer Tawar, Perak selain itu hilang kelayakan ke atas lesen memandu ekoran digantung lesen selama tiga tahun.
Majistret Analia Kamaruddin memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa hari ini.
Pendakwaan terhadap Segaran dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.
Ketika nahas ngeri itu berlaku, tertuduh memandu bas ekspres bernombor pendaftaran PEE 9898 pada pukul 2 pagi, 7 Disember 2008 lalu di Kilometer 146.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di daerah Tangkak.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan