Ledang: Dua pelatih Pusat Pemulihan
Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar di Bukit Gambir, di sini, yang
melarikan diri dari pusat berkenaan sejak awal pagi kelmarin, masih
gagal dikesan.
Timbalan Ketua Polis Ledang Deputi Superintendan Mohd Salleh Abdul Razak berkata, operasi mengesan dua pelatih itu diperhebatkan, termasuk mengesan mereka di rumah keluarga masing-masing.
Dua pelatih itu, Mohd Farid Maksum, 30, berasal dari Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor manakala rakannya Mohd Darwis Kipong, 23, dari Taman Perdana Indah, Pandamaran, Klang, Selangor.
"Sehingga jam 4 petang ini (semalam), gerakan mengesan mereka masih diteruskan dengan bantuan kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
"Kami yakin kedua-duanya dapat dikesan dalam masa terdekat. Orang ramai juga tidak perlu bimbang kerana PUSPEN Muar dikawal pengawal keselamatan dan polis bantuan bagi mengawal keadaan jika berlaku perkara tidak diingini," katanya, semalam.
Sementara itu, Pengarah PUSPEN Muar Azli Uben berkata, operasi mengesan kedua-dua pelatih terbabit berjalan 24 jam sejak kelmarin.
"Motif mereka melarikan diri masih disiasat. Pada masa sama, kami juga tidak akan dedahkan kepada umum tempoh mereka menjalani rawatan di sini," katanya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, kedua-dua pelatih didapati hilang ketika pemeriksaan harian dilakukan di perkarangan bangunan PUSPEN.
Mereka dipercayai melarikan diri ketika semua penghuni tidur.

SUMBER: METRO AHAD, 13 OKTOBER 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan