Kidam (kiri) di gerainya ketika dikunjungi Hamim (tiga kanan) semasa membuat tinjauan harga barang di Pasar Awam Tangkak, baru-baru ini.
Ledang: “Dalam
sehari saya mampu menjual antara 300 – 350 biji kelapa yang siap diparut
mengikut permintaan pelanggan,” kata Kidam Menin, 52, peniaga kelapa dan cili
kisar di Pasar Awam Tangkak.
Kidam berkata,
bekalan kelapa diperoleh dari Projek Pertanian Kesang Laut dan Tanjung Gading
dihantar pembekal bagi menampung permintaan harian pelanggan.
Katanya, beliau
menjual kelapa berdasarkan gred pada harga RM1 hingga RM1.20 manakala bagi
kelapa siap parut berharga RM1.50 sebiji.
Kidam Menin
“Kami tidak
menaikkan harga sesuka hati dan setiap barangan keperluan harian yang dijual di
sini mengikut harga pasaran.
“Setakat ini tiada
komen dari pelanggan mengenai harga kelapa yang dijual apabila kami menjelaskan
mengenai harga bekalan yang diperoleh daripada pembekal,” katanya ketika
ditemui di premis niaganya di sini.
Kidam yang telah 15
tahun berniaga kelapa dan cili kisar di pasar itu turut menjual barangan
keperluan harian lain bagi memudahkan pembeli mendapatkan barang yang
diperlukan.
Katanya, sambutan
daripada pelanggan amat baik walaupun terpaksa bersaing dengan peniaga lain di
pasar awam itu.
Menurutnya,
pemantauan pihak penguatkuasaan terutama dari Pejabat Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu bagi mengelakkan peniaga
menaikkan harga sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.-iNFOLEDANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan