LEDANG 19 Mei - UMNO Bahagian Ledang membuat kejutan sempena sambutan
Hari Guru dengan mengagihkan pulut kuning ke 49 buah sekolah rendah dan
menengah di daerah ini.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Khairin Nisa' Ismail berkata,
program itu yang julung kalinya dianjurkan adalah untuk mencari kelainan
sebagai menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik itu.
Ini adalah ilham Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri
yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana
pengorbanan golongan guru dalam mendidik anak-anak terlalu mulia dan
tinggi nilainya.
Pulut kuning bersama kad ucapan Hari Guru daripada Datuk Ir. Hamim
disampaikan kepada guru besar dan pengetua sekolah dalam Parlimen Ledang
yang mengadakan sambutan pada hari ini," katanya selepas menyampaikan
pulut kuning kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Sahardin
Yusof di sini, semalam.
Sahardin pula mengucapkan terima kasih kepada Hamim dan UMNO Bahagian
Ledang yang membuat kejutan dengan memberikan pulut kuning kepada warga
pendidik dan cukup terharu atas penghargaan yang diberikan.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 20 MEI 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan