LEDANG – ‘Kasih ibu membawa ke syurga’, kata-kata tersebut jelas menggambarkan betapa sayangnya seorang ibu kepada anak meskipun dikurniakan anak orang kurang upaya (OKU).
Bagi Normah Ibrahim, 38, memiliki anak OKU bukan menjadi satu beban kepadanya, tetapi menganggapnya sebagai satu kurniaan yang sangat berharga dari ALLAH.
Menurutnya, tiada istilah pilih kasih dengan layanan yang diberikan di antara anak OKU dengan anak sempurna dan memberikan kasih sayang secara adil kepada anak-anaknya.
“Sebaliknya saya perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap Abdul Rahim Mohd Halip, 13, kerana menjadi OKU sejak berusia sembilan bulan.
“Abdul Rahim tidak ubah seperti bayi yang perlu diuruskan sepenuhnya termasuk makan dan keperluan yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Abdul Rahim sepenuhnya di rumah memandangkan anaknya itu sangat manja dengannya.
“Sejak dilahirkan 13 tahun lalu, keadaan Abdul Rahim sihat dan normal seperti bayi yang lain, tetapi kerana demam panas pada usia sembilan bulan, keadaan fizikal Abdul Rahim berubah sekelip mata.
“Walaupun pada mulanya terkejut dengan perubahan ini, tetapi akhirnya saya menerima segala ketentuan ini dengan hati yang terbuka,” katanya.
Pada masa yang sama, dia sering memujuk hatinya untuk reda dengan dugaan tersebut dan berasa yakin ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
“Menjaga anak OKU sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi kerana perangai dan karenah mereka sentiasa berubah-ubah.
“Macam Abdul Rahim ini kadang-kadang pada waktu lewat malam hingga pagi dia tidak tidur,” katanya.
Pada masa yang sama, Abdul Rahim perlu pemantauan yang rapi kerana tubuh badannya sangat sensitif terutamanya jika cuaca panas kerana dia mudah diserang sawan.
“Kerana masalah seperti ini menyebabkan saya tidak sampai hati untuk meninggalkan Abdul Rahim bersama orang lain jika keluar bekerja.
“Walaupun kadang kala mengalami kesempitan wang kerana pendapatan suami yang hanya mengambil upah memetik kelapa sawit tidak seberapa dan sekadar mencukupi untuk menyara tujuh anak yang lain,” katanya.
Walaupun Abdul Rahim OKU dan tidak seperti remaja normal yang lain, tetapi dia disayangi keluarga kerana keletahnya yang riang menjadi penghibur keluarga.
Katanya, perbelanjaan untuk anak OKUnya pula agak besar lebih-lebih lagi apabila perlu menukar kerusi roda Abdul Rahim setiap tahun.
“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk Abd Rahim sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 25 OGOS 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan