LEDANG - Golongan susah terus tidak dipinggirkan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak setiap kali tibanya Ramadan.
Terbaru, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) Daerah Ledang tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Yang Dipertuanya, Zabridin Ahmad berkata, pada kali ini PKMMNJ memilih 20 anak yatim dan dua ibu tunggal di Mukim Bukit Serampang untuk menerima sumbangan daripada persatuan berkenaan.
Menurutnya, melalui sumbangan itu diharap dapat meringankan beban mereka membuat persediaan berbuka puasa pada Ramadan dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Persatuan sentiasa bersimpati dengan nasib golongan kurang berkemampuan kerana mereka juga mempunyai keinginan meraikan Ramadan dan Aidilfitri seperti golongan berkemampuan dalam suasana gembira dan meriah.
“Adalah menjadi tanggungjawab kami membantu mereka dalam melaksanakan CSR yang juga merupakan aktiviti tradisi setiap tahun,” katanya kepada Sinar Harian.
Zabridin berkata, sumbangan berkenaan turut diperluaskan kepada golongan memerlukan di Mukim Grisek, Tangkak, Serom dan Kesang sempena Program Silaturahim, Ziarah, Berbuka Puasa dan Solat Terawih Daerah Ledang ke Mukim Bukit Serampang di Masjid Jamek Felda Sri Jaya, di sini.
“Pihak persatuan sentiasa menjalankan aktiviti kebajikan melibatkan ahlinya sepanjang masa bukan hanya untuk golongan kurang berkemampuan pada Ramadan saja malah turut menyalurkan sumbangan kepada sekolah, masjid dan surau,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Ledang, Amran A Rahman berkata, pembangunan dan kemudahan yang diterima masyarakat Felda perlu dimanfaatkan oleh penduduk.
“Kestabilan negara dan keharmonian masyarakat membolehkan kepimpinan yang ada menyalurkan pelbagai peruntukan demi kemudahan rakyat,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN, 10 OGOS 2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan