LEDANG: Dua wanita yang juga
sahabat baik berusia 23 tahun ditahan di sebuah rumah di Tanjung Agas di
sini, 11 September lalu selepas didapati menyimpan barangan curi.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kedua-dua wanita berkenaan ditahan hasil siasatan terhadap satu kes pecah rumah di Taman Tanjung Gading, 26 Mei lalu.
Menurutnya, dalam kejadian itu, rumah seorang guru berusia 45 tahun dipecah masuk ketika mangsa dan keluarganya tiada di rumah.
"Pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai dilarikan dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati pada hari sama.
"Penahanan dua wanita itu membawa kepada penemuan komputer riba, kamera, beg tangan, telefon bimbit, jam tangan serta alat penyimpan data milik mangsa," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati sebahagian barangan dicuri sudah pun dilupuskan.
Harun berkata, semua barangan ditemui di rumah suspek disahkan milik mangsa dan pihaknya kini memburu suspek utama kes itu yang kini menyembunyikan diri.
"Dua wanita terbabit sudah pun didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan didenda RM900 seorang sebelum dibebaskan," katanya.
Menurutnya, pihaknya kini mengesan seorang lelaki, Khairul Azrul Abdul Latiff bernombor kad pengenalan 920202-04-5453 dan beralamat di 5567, Kampung Pulai, Kilometer 16, Merlimau, Melaka bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Khairul Azrul diminta menghubungi IPD Ledang di talian 06-9788804 atau balai polis berhampiran.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki Orang Asli dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana memiliki motosikal curi.

SUMBER: HARIAN METRO, 21 SEPTEMBER 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan