LEDANG: Bas yang membawa Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 18 ahli rombongan program
Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat ketika berhenti menunaikan solat
Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, bas yang diletakkan di luar pagar masjid di Jalan Hassan itu disimbah cat merah oleh dua remaja yang menunggang motosikal sebelum kedua-dua mereka melarikan diri.
Pemandu bas, Faizal Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, anggota rombongan baru selesai menunaikan solat Jumaat dan masih berada dalam masjid.
Katanya, dia terdengar bunyi kuat dan melihat dua remaja lelaki melarikan diri dengan sebuah motosikal.
"Bas ini dari Kuala Lumpur dan ke sini untuk program Jelajah Merdeka Rakyat sekitar Ledang dan Muar selain memenuhi jemputan rumah terbuka ahli pakatan pembangkang.
"Ia membawa 19 penumpang termasuk Anwar, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa lagi pemimpin," katanya.
Kejadian simbah cat kepada bas dinaiki pemimpin parti pembangkang itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini, dua kejadian sama turut dilaporkan di Kampung Kelubi, Jasin, Melaka dan di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, laporan kejadian itu dibuat pengawal Anwar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang pada jam 3.05 petang.
Katanya, berdasarkan kenyataan beberapa saksi, dua suspek menunggang motosikal menghampiri bas berkenaan sebelum melemparkan satu tin kecil cat merah.
"Kami masih mengesan suspek. Hasil siasatan awal, nombor pendaftaran motosikal digunakan ketika kejadian adalah palsu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 15 SEPTEMBER 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan