JOHOR BAHRU 12 Okt. – Menjalani kehidupan sebagai saudara baru atau dikenali ‘saudara kita’ di Johor merupakan pengalaman yang cukup mencabar kesabaran golongan berkenaan.
Ini kerana mereka yang memilih Islam sebagai agama atau cara hidup sering berdepan pelbagai dugaan ada di antara mereka yang disisihkan keluarga dan saudara mara serta dicerca kaum sendiri.
Bagi Mohd. Shafiq Abdullah, 42, yang berasal di Chamek, Kluang, dia mengetahui mengenai agama suci Islam sejak zaman kanak-kanak lagi kerana bergaul dengan rakan-rakan kaum Melayu di kampung dan sekolah.
‘‘Masa itu bila kawan-kawan Melayu adakan kenduri-kendara dan majlis-majlis keramaian saya ikut serta.
‘‘Pendek kata dari situ saya mengenali adat, resam, budaya serta mengetahui amalan-amalan agama Islam,” katanya yang kini bekerja di sebuah kilang di sini.
Bapa kepada dua orang anak ini berkata, sebaik menganut Islam pada 1989, dia disisihkan keluarga.
‘‘Ini kerana bapa saya merupakan orang kuat kuil yang terletak bersebelahan rumah kami di Chamek dan selepas itu saya diusir dari rumah dan dipukul oleh abang,” katanya.
Namun selepas lima tahun kemudian dan memperoleh seorang anak dia cuba mendekati keluarga dengan berkunjung ke rumah keluarga serta menghadirkan diri pada perayaan-perayaan mereka.
‘‘Nampaknya Alhamdulillah, hubungan saya dengan keluarga terutama ibu dan ayah bertaut kembali dan mereka menerima saya, isteri dan anak-anak saya sebagai ahli keluarga mereka,” katanya.
Begitu juga dengan, Siti Nur Amalia Abdullah, 33, yang berasal dari Tangkak, Muar yang turut menerima tentangan hebat daripada keluarganya ketika menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam.
Dia yang bekerja sebagai operator kilang di Senai memberitahu, dia menganut Islam pada 2004 setelah bergaul rapat dengan masyarakat Melayu di Sagil, Tangkak.
Katanya, pergaulannya pada zaman kanak-kanak dan persekolahan serta semasa bekerja telah mempengaruhinya untuk menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.
‘‘Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Islam, saya pernah berpuasa pada bulan Ramadan selama enam tahun dengan bersahur serta berbuka puasa bila tiba waktunya,” katanya.
Dia mengakui rakan karibnya, Rosni Abdul Rani banyak membantu dan mendorongnya sehingga menganut Islam pada 23 Julai 2004 di Masjid Abu Bakar, di sini.
Bagi memantapkan lagi ilmu dan amalan Islam, dia mengikuti kelas-kelas dakwah yang dianjurkan di peringkat daerah dan negeri.
‘‘Saya merasakan Islam adalah satu-satunya agama yang membawa ketenangan jiwa dan saya merasa cukup bahagia, malah atas kekuasaan Ilahi keluarga mula menerima saya dengan baik,” katanya.
Nur Ainna Syuhada Abdullah, 36, yang berasal dari Tambunan, Sabah pula menerima cercaan yang amat dahsyat daripada keluarganya sebaik mengetahui dia menganut Islam.
Dia yang kini tinggal di Senai berkata, antara cercaan yang paling dahsyat dan tidak akan dilupakan apabila dipaksa oleh kakak keduanya untuk memasuki gereja dan dibaling dengan daging babi kerana enggan meninggalkan Islam.
Isteri kepada Mohd. Nur Izuddin Abdullah ini turut memberitahu, keinginan untuk mengetahui mengenai agama Islam timbul sejak zaman kanak-kanak kerana keluarganya yang berketurunan Sino Kadazan beragama Kristian.
Menurutnya, dia pernah bermimpi mengenai seorang lelaki berjubah, berambut panjang dan membawa satu kotak berisi telekung dan memberikan barangan itu kepadanya.
‘‘Selain itu, saya juga pernah bermimpi cara-cara berwuduk dan bersembahyang dan banyak lagi yang akhirnya pada 27 Ramadan tahun 1420 Hijrah bersamaan 31 Disember 1999, saya menganut agama Islam secara rasmi,’’ katanya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 13 OKTOBER 2009

Tiada ulasan:
Catat Ulasan