LEDANG 31 Dis. - Misteri bau busuk yang dihidu oleh seorang warga emas di kebun pisang miliknya di Sawah Ring, Grisek di sini, sejak beberapa hari lalu akhirnya terbongkar apabila ia sebenarnya mayat seorang bayi.
Mayat bayi itu ditemui di dalam sebuah beg plastik yang ditanam di belakang rumah lelaki berusia 62 tahun tersebut.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, berikutan itu, polis menahan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun bagi membantu siasatan penemuan tersebut.
"Polis menahan wanita itu di rumahnya kira-kira pukul 5 petang. Lelaki itu terhidu bau busuk yang sangat kuat dan ia menjumpai puncanya dari satu beg plastik yang ditanam di dalam tanah.
"Selepas diperiksa, dia terkejut mendapati plastik itu membalut mayat bayi seorang perempuan yang baru dilahirkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 01 JANUARI 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan