|
|
Konvoi motosikal berkuasa tinggi diketuai Sultan Ibrahim itu diraikan dengan paluan kompang serta bunga manggar dan pelbagai acara bersama rakyat jelata.
Di samping meninjau kelengkapan dan prasarana, Sultan Johor turut merasmikan Bangunan Kolej Komuniti Ledang serta meluangkan masa mengikuti demonstrasi memasak, kecantikan kuku dan urutan tangan tradisional selain melawat program latihan servis kenderaan.
Turut berangkat mengiringi Sultan Ibrahim ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof.
Sultan Ibrahim turut mencuba sendiri pertandingan gusti lengan selepas menonton pertandingan akhir acara tersebut serta persembahan orang kuat menarik lori.
Baginda melapangkan masa menyempurnakan acara melepaskan peserta Pertandingan Larian Gunung dan Basikal Piala Adikara Ledang 2010 anjuran Kolej Komuniti Ledang.
Selain aktiviti di Kolej Komuniti Ledang, rombongan kembara pada hari kedua itu menjelajah ke Kampung Sawah Sagil, Ayer Hitam dan Pejabat Perbadanan Taman Negara di Kahang sebelum berakhir di Bandar Mersing.
KMJ 2010 yang berlangsung selama tiga hari akan berakhir di Kota Tinggi dengan konvoi berkenaan akan singgah di Dataran Mersing, Suaka Burung Panti, Felda Kledang dan Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 09 OGOS 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan