LEDANG – Tidur lena sebuah keluarga terganggu apabila tayar kereta yang tercabut terkena pada dinding tingkat atas rumah kedai King Yong Motor milik mereka jam 12 tengah malam, kelmarin.
Menurut mangsa, Tee Kim Bob, 82, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari sebuah bilik yang didiami oleh dua cucu perempuannya.
“Sejurus mendengar bunyi tersebut, kami terus masuk ke bilik cucu saya dan melihat sebahagian dinding bilik tersebut pecah dihentam oleh tayar milik sebuah kereta Wira yang melalui jalan besar di hadapan rumah.
“Ketika kejadian, kepala kedua-dua cucu perempuan saya dihempap oleh kepala katil yang patah bersama serpihan kaca daripada tingkap kaca pada bilik itu yang pecah kesan dentuman roda yang mengenai dinding bilik.
“Malah beberapa batang besi tingkap turut terpelanting tercucuk pada sebelah dinding bilik tersebut,” katanya.
Kim Bob berkata, roda kereta yang tercabut daripada kereta Wira itu kemudiannya melantun kuat ke arah tingkat atas rumah mereka dan terpelanting ke atas atap rumahnya ketika kejadian.
“Kereta Wira ini baru sahaja keluar bengkel. Ia dipandu dengan laju dan didapati bolt nat pada roda kereta tersebut patah lalu menyebabkannya tercabut dan terpelanting dengan kuat ke arah dinding tingkat atas rumah saya.
“Pemandu tersebut berhenti di tepi jalan setelah menyedari salah satu tayar keretanya tercabut dan mencari-cari roda kereta yang tercabut.
“Kemudian baru dia tersedar tayar keretanya terpelanting kena dinding tingkat atas rumah saya,” katanya.
Sementara itu, menurut anak Kim Bob, Tee Keng Seng, 42, anak perempuannya yang berusia 13 dan 8 tahun masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut.
Mereka mengadu sakit setelah dihempap dengan kepala katil yang patah, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Saya diberitahu bahawa pemandu kereta tersebut datang dari Batu Pahat untuk ke rumah kawannya yang terletak di sekitar kawasan ini dan tidak menyangka bolt nat pada roda tayar depan keretanya patah akibat daripada tahap kelajuan yang dipandunya.
“Kerugian yang dialami oleh keluarga saya hanya kerugian harta benda dan mujurlah tiada sebarang kecederaan serius menimpa ahli keluarga.
“Saya berharap agar pemandu di laluan ini memandu dengan kadar kelajuan yang rendah dan lebih berhemah demi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 24 OGOS 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan