LEDANG: Bermodalkan RM2,700
diperoleh melalui Program 1Azam Niaga, seorang lelaki orang kelainan
upaya (OKU) Samari Sahar, 44, dari Felda Sri Ledang, di sini, nekad memulakan perniagaan membaiki basikal sejak Mac lalu.
Dia yang kudung kedua-dua kaki akibat kencing manis menggunakan wang itu bagi membina bengkel mini bersebelahan rumahnya dan kini mampu memperoleh RM600 sebulan.
"Kaki kiri dipotong pada paras lutut manakala tiga jari kaki kanan turut dipotong akibat kencing manis 10 tahun lalu.
"Sejak itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan dan gembira kerana permohonan kali ini diluluskan," katanya yang berkahwin dengan Norhayati Isnin, 41, dan mempunyai dua anak masih bersekolah berusia 10 dan 14 tahun.
Samari menerima bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas diusulkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sri Ledang dipengerusikan Abd Mutalib Md Diah.
"Saya tidak mahu terlalu mengharapkan bantuan mana-mana pihak sebaliknya mahu berusaha sebaik mungkin untuk menyara keluarga.
"Walaupun pendapatan diperoleh kecil, namun bersyukur kerana dapat membantu menyekolahkan anak dan membeli barangan keperluan harian," katanya.
Sementara itu, Abd Mutalib berkata, walaupun tidak boleh berjalan dengan sempurna, semangat Samari untuk berusaha mencari nafkah tidak pernah luntur.
"Pendapatannya mungkin kecil tetapi dia tetap mampu menyara keluarganya. Selain itu, dia turut menerima bantuan sara hidup di bawah kategori OKU sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lima tahun lalu," katanya.

SUMBER: HARIAN METRO, 14 DISEMBER 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan