PENGUNJUNG SETIA

04 Mei 2013

TIADA ISTILAH 'RAKAN BN'

NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
Tiada istilah 'rakan BN'
Muhyiddin ketika melakukan tinjauan mesra sekitar pekan Bukit Gambir sebelum melancarkan Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Ledang, semalam. - Bernama
 
LEDANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Bebas yang merupakan bekas anggota Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak harus diberi simpati kerana mereka jelas menentang parti apabila membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas.

Beliau berkata, tiada istilah 'rakan BN’ dan simpati buat mereka walaupun antaranya ada yang pernah menjadi  wakil rakyat, pemimpin dan ahli Umno.

“Saya nak jelaskan mereka bukan lagi ahli Umno dan mereka adalah musuh kerana menentang kita.

“Jawatankuasa Disiplin dah pecat mereka, jangan bagi simpati pada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Ledang di Stadium Foong Yoon Kong, di Bukit Gambir, dekat sini, semalam.

Turut hadir calon BN Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri; calon Dun Gambir, M Asojan; calon Dun Tangkak, Goh Tee Tee dan calon Dun Serom, Abdul Razak Minhat. Muhyiddin berkata, tiada maaf kepada mereka (calon Bebas) yang sudah dianggap musuh nombor satu.

“Jika kita kasihan, parti akan kalah dan maruah akan tergadai. Jadi jangan bagi satu undi pun kepada mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa jentera BN melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan besar dapat diperoleh oleh calon dipilih.

“Saya bangga gelombang biru kini berada di mana-mana dan diterima baik rakyat  seluruh negara dengan sambutan luar biasa.

“Memang tidak diduga (sambutan gelombang biru) bukan dalam kalangan orang Melayu tetapi kaum lain juga. Kita harap BN akan sekali lagi diberi kepercayaan (sebagai kerajaan Pusat) di Putrajaya dan (kerajaan negeri) di Nusajaya,” katanya.

Katanya, respons penerimaan rakyat kepada BN semakin baik hasil perkhidmatan terbaik yang diberikan dan  usaha penolakan pembangkang perlu diteruskan sampai bila-bila.

SUMBER: SINAR HARIAN, 04 MEI 2013

Tiada ulasan: