SIME Darby Bhd mengumumkan pelantikan bekas Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman (gambar) sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan
Eksekutif Bebas baru berkuat kuasa 1 Julai ini.
Sime Darby dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, Abdul Ghani akan menggantikan Tan Sri Samsudin Osman, yang memangku jawatan itu susulan persaraan Tun Musa Hitam sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby pada 8 November lalu.
"Susulan pelantikan Abdul Ghani itu, Samsudin akan dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas berkuat kuasa 1 Julai ini," kata kenyataan itu.
Abdul Ghani, 66, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of La Trobe, Melbourne dan memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi Politik dari University of Queensland, Australia.
Beliau menjadi pensyarah Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya dari 1974 hingga 1980 sebelum dilantik Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti berkenaan dari 1980 hingga 1984.
Kerjaya politiknya bermula apabila dilantik menjadi Senator pada Disember 1984 hingga Julai 1986 sebelum menjadi Ahli Parlimen Ledang bermula dari Ogos 1986 hingga Mac 1995.
Semasa dalam pentadbiran Persekutuan, Abdul Ghani dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada Mei 1987 hingga November 1990, Timbalan Menteri Kewangan dari November 1990 hingga November 1993 dan Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 hingga Mac 1995.
Abdul Ghani kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar Johor bermula Mac 1995 hingga Mei lalu.
Sime Darby dalam kenyataannya itu berkata, susulan pelantikan Abdul Ghani itu, Lembaga Pengarah kumpulan kini merangkumi 13 Pengarah dengan lima Pengarah Bebas.

SUMBER: BH, 25 JUN 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan