Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Serom 5, Zainal Ahmad (dua kanan) menyampaikan sumbangan
Kelab Bilik Guru (KEBIRU) kepada warga emas dalam Program Khidmat Masyarakat
sempena sambutan Hari Guru sekolah itu.
Ledang: Sambutan
Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 5, di sini bukan meraikan
para pendidik saja tetapi turut disertai 15 warga emas dan golongan kurang
berkemampuan yang dijemput khas dalam program anjuran Kelab Bilik Guru (KEBIRU)
sekolah itu.
Pengerusinya, A
Rahim Aziz berkata, program khidmat masyarakat KEBIRU yang menjadi rutin
tahunan sejak 2008 itu bertujuan mendekati
masyarakat kampung khususnya warga emas, anak yatim dan golongan kurang
berkemampuan.
Katanya, ahli kelab
yang terdiri daripada guru dan staf mengumpulkan dana dan barangan makanan
untuk disumbangkan kepada mereka.
“Budaya membantu
golongan memerlukan ini dapat mendidik anak-anak murid mengenai kepentingan
bersedekah dan menderma yang dapat menyucikan harta benda serta pendapatan yang
diperoleh.
“Tahun ini
anak-anak murid dapat menyaksikan sendiri guru mereka menyerahkan sumbangan
kepada warga emas dan kurang berkemampuan selain mendidik mereka mengenai
budaya bantu membantu sesama insan,” katanya.
Sumbangan berupa barangan
keperluan harian itu disampaikan Guru Besar SK Serom 5, Zainal Ahmad.
A Rahim berkata,
tahun sebelumnya, ahli KEBIRU berkunjung ke rumah golongan berkenaan menziarahi
mereka sambil menyampaikan sumbangan namun kali ini mereka hadir ke sekolah untuk
sama-sama meraikan sambutan Hari Guru.
Sementara itu,
Zainal berkata sepanjang bertugas di lima buah sekolah, SK Serom 5 mencipta
kelainan apabila mengadakan sambutan sederhana tetapi menyentuh perasaan bila
melibatkan golongan warga emas, kurang upaya dan anak yatim kampung berkenaan.-iNFOLEDANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan