TANGKAK - Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Ledang digesa supaya meneruskan semangat memajukan parti dalam menangkis pengaruh tidak sihat yang boleh membinasakan parti.
Ketua Pemudanya, Zaidi Abd Majid berkata, sikap mementingkan diri dan berjuang untuk mencapai agenda peribadi akan menjadi racun yang membinasakan parti.
“Kita perlu berada di barisan hadapan menjadi benteng mempertahankan UMNO dari sebarang ancaman untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
“Selain itu, kita perlu melonjakkan keinsafan dan meningkatkan kesedaran seterusnya memperkukuhkan perpaduan kerana Melayu perlu bersatu bagi meneruskan agenda rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ucapan amanat pada Majlis Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang 2010 di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, di sini, semalam.
Pada kali ini, majlis perasmian Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ledang diadakan berkelompok bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ledang yang dirasmikan wakil Menteri Besar Johor iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang, Ir Hamim Samuri.
Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Ledang, Abdul Rahim Talib; Bendahari UMNO Bahagian Ledang, Senator Ahamad Yusof; Pemangku Ketua Wanita Bahagian Ledang, Khairunisa Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Muhamad.
Beliau turut menyeru pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Ledang untuk sama-sama menjalankan tugas selaras dengan kepimpinan bagi menangkis dan menyerang sebarang pengaruh tidak sihat yang menular dalam pemikiran rakyat bagi memperkukuhkan sokongan terhadap parti.
“Janganlah pula ada dalam kalangan kita menjadi seperti pepatah duri dalam daging atau harapkan pagar, pagar makan padi.
“Kita mampu mendapatkan apa sahaja kerana kekuatan UMNO menjadi tunjang pemerintah negara sejak dahulu,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 28 JUN 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan