TANGKAK - Kegiatan samun dan pecah rumah di Taman Syed Nasir, di sini berjaya dilumpuhkan dengan penangkapan seorang lelaki yang juga penagih dadah pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Harun Idris berkata, suspek itu kini ditahan reman sehingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan.
“Hasil dari tangkapan suspek itu, pihak polis menemui seutas rantai leher emas, tiga telefon bimbit dan dua kad bank.
“Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam aktiviti samun dan pecah rumah di sekitar Tangkak, malah kita masih melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibupejabat Polis Daerah Ledang, di sini, semalam.
Sementara itu, dalam operasi bersepadu sekatan jalan raya yang dilakukan IPD Ledang, kelmarin yang Harun itu turut memfokuskan penunggang motosikal bagi mengesan individu yang terlibat dalam kes ragut.
Harun berkata, operasi yang dijalankan bermula dari jam 10 malam sehingga 2 pagi di empat lokasi sekitar Tangkak dijalankan 15 pegawai dan 25 anggota polis.
“Pemeriksaan dilakukan ke atas 268 pengguna jalan raya iaitu 80 penunggang motosikal dan 129 kereta dan selebihnya kenderaan lain,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis giat melakukan siasatan dan mengesan suspek yang terlibat dalam kegiatan ragut dengan melakukan pemeriksaan rapi kepada individu yang disyaki.
Dalam operasi itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai jenis kesalahan lalu lintas termasuk menyita tiga kereta.
SUMBER: SINAR HARIAN JOHOR, 13 JULAI 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan