KEMASUKAN tahun baru 2013 satu tanda detik Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) semakin hampir. Pejam celik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak kian hampir tamat penggalnya sebaik sahaja
pembubaran Parlimen diumumkan tidak lama lagi.
Tahun baru ini juga secara tidak langsung membawa bahang PRU13 yang semakin dirasai sama ada di peringkat pucuk pimpinan kerajaan, parti pembangkang, termasuk seluruh rakyat di negara ini.
Kesibukan dan tumpuan demi tumpuan seluruh jentera parti Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) turun padang bekerja keras mendekati rakyat dilihat semakin kerap kini.
Kemunculan perang bendera sama ada di pihak BN mahupun PR sudah mula dilancarkan di beberapa lokasi tumpuan di daerah Ledang, beberapa bulan lalu.
Kempen secara 'halus' itu menjadikan PRU13 kali ini bukan sahaja meriah malah boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling getir dalam sejarah negara kerana inilah penentu kepada survival perjuangan orang Melayu.
Ini berikutan tsunami politik yang berlaku dalam PRU12 yang memberikan impak berskala besar kepada BN apabila hilang kuasa 2/3 di Parlimen.
Sebaliknya, pembangkang melihat kegagalan BN itu sebagai batu loncatan kepada mereka untuk mendapat kemenangan yang lebih besar sekali gus merealisasikan impian menawan Putrajaya.
Bagaimanapun, ‘angan-angan’ itu ditentang hebat BN yang berikrar akan berjuang habis-habisan bagi memastikan kubu BN di Johor termasuk Parlimen Ledang tidak jatuh ke tangan pembangkang.
Itu senario yang dapat dilihat di seluruh negara ini, termasuk landskap politik di negeri ini yang tidak pernah mengubah keyakinan BN berjuang untuk mencapai kemenangan dan akan terus menjadi kerajaan yang memerintah.
Senario yang sama juga dilihat pada perjuangan PR yang tidak henti menanam cita-cita menawan pusat pentadbiran Johor, Nusajaya seterusnya membawa misi Putrajaya sebagai taruhan utama mereka.
Parlimen Ledang yang disandang BN sudah mula menerima tempias ‘cakap-cakap’ yang kononnya kawasan itu bakal dilanda ‘tsunami’ politik. Difahamkan, jentera perang gerak saraf PR sudah menyusup ke setiap masyarakat di Ledang.
Mampukah BN mempertahankan Parlimen Ledang seluruhnya? Atau PR mampu mengubah ‘ini kali lah’? NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN meninjau senario ini.

SUMBER: SINAR HARIAN, 13 JANUARI 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan