AHLI Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri begitu optimis
dan yakin BN akan dapat mengekalkan pemerintahannya di kerusi Parlimen
ini pada PRU13, walaupun mungkin terpaksa melalui jalan getir.
Menurutnya, keyakinan yang dilontarkan itu bukan sekadar gimik politik atau cakap-cakap kosong, tetapi ia bersandarkan kepada peningkatan sokongan rakyat terutamanya dalam kalangan bukan Melayu terhadap BN.
“Ini membuktikan mereka (rakyat) iktiraf usaha dan pembangunan yang dilakukan kerajaan BN selama ini.
“Sokongan kaum India meningkat sebanyak 50 peratus, manakala kaum Cina meningkat 30 peratus,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu BN leka dan berasa selesa kerana pembangkang dilihat agresif untuk merampas dua kerusi Dun dalam Parlimen Ledang.
Namun katanya, BN tidak gentar hadapi tekanan pembangkang dan menganggap ia sebagai persaingan sihat.
“Kita yakin dengan kemampuan jentera pilihan raya di setiap peringkat untuk mendampingi rakyat bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.
“Walaupun pembangkang menyerang Dun Gambir, jentera kita di semua peringkat akan bekerjasama mendampingi rakyat,” katanya.
Menurutnya, apa jua serangan yang dilakukan pembangkang tidak menggugat kedudukan BN di Parlimen Ledang hasil kerja keras sehingga menjelang PRU13.
Mengulas mengenai strategi yang digunakan, katanya, BN Ledang berikrar akan terus mendampingi rakyat melalui pendekatan tertentu.
Pimpinan BN di kawasan itu juga sudah mula memberikan penerangan secara agresif dan jelas kepada rakyat mengenai jasa kerajaan membangunkan negara tanpa mengabaikan kepentingan rakyat.
“Kita perlu memberi kesedaran secara total kepada rakyat bahawa hanya kerajaan BN yang boleh membela nasib rakyat di negara ini,” katanya.
Hamim berkata, BN berhadapan dengan tugas agak berat malah perlu berusaha untuk menguatkan sokongan rakyat di samping bekerja keras bagi menangkis serangan fitnah oleh pembangkang.
“Kita tidak mahu fitnah ini terus merebak menjadi barah yang akan menghancurkan kepercayaan dan kesetiaan rakyat kepada BN.
“Pembangkang sering kali guna taktik kotor melalui penyebaran dakyah tidak benar bertujuan memburukkan pemimpin BN termasuk Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman,” katanya.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sangat berat kerana boleh memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan penyokong BN.
Selain itu, katanya, BN akan memberikan tumpuan yang lebih di Dun Gambir dan Dun Tangkak berikutan kemerosotan kemenangan majoriti pada PRU lalu.
“Kita akan perbaiki kedudukan BN di kedua-dua kerusi Dun itu dengan meningkatkan bilangan kemenangan majoriti. Rakyat usah mempertikaikan calon bertanding kerana ahli parlimennya masih beragama Islam.
“Rakyat perlu menyokong siapa sahaja calon BN yang bertanding untuk memastikan kemenangan kekal milik BN,” katanya.
Beliau berkata, BN sudah bersedia menghadapi PRU13 secara keseluruhannya dan ditambah pula dengan peningkatan 40 peratus sokongan golongan muda terhadap BN.
“Trend ini membuktikan mereka masih yakin dan memberi mandat kepada BN meneruskan pemerintahan,” katanya.
Merujuk kepada hasil kajian dilakukan, pihaknya mendapati mana-mana golongan muda yang menyertai pembangkang akhirnya kembali kepada BN.
Hamim berkata, sehingga suku ketiga tahun 2012, jumlah pengundi baru meningkat sebanyak 9,918 berbanding 58,501 pada 2008, melalui pecahan Melayu sebanyak 36,387 (53.2%), Cina; 28,485(41.6%), India; 3.250(4.8%) dan lain-lain bangsa sebanyak 297.
“Pada 2008, Melayu - 30,961, Cina - 24,813, India - 2,692 dan lain-lain - 35,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN, 13 JANUARI 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan